アプリをダウンロード
19.35% Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey / Chapter 6: Chapter 5

章 6: Chapter 5

SELAMAT DATANG KE ACADEMY WHITEFAIRY

Ryunosuke membaca sebaris ayat yang tertera di pintu masuk gerbang Academy yang cukup megah dah tinggi yang turut dihiasi dengan beberapa kuntum bunga yang berlainan warna.

Adakah sama macam FairyTaniah? Soalnya pada dirinya sendiri.

"Wuahhhhh!!!!! ANAK MAMA KENE BERLAJAR RAJIN-RAJIN!

NANTI DAH BERJAYA JANGAN LUPAKAN JASA PENGORBANAN MAMA!

MAMA YAKIN SATU HARI NANTI KAMU AKAN BERTERIMA KASIH KEPADA MAMA KERANA DAFTARKAN KAMU DI SINI! WUAHHH!

LEPAS NI MAMA SORANG SAHAJA YANG JAGA KEDAI"

Ryunosuke membeku bile melihat drama air mata yang kini di tayangkan oleh ibu angkatnya. Dia dapat mendengar bisikan serta gelak ketawa dari para murid dan ibubapa yang turut hadir pada hari pendaftaran.

"DAN KA...Hem!!!" Ryunosuke dengan tangkas menutup mulut Sarah mengunakan tapak tangannya.

"Dah le tu! Ini first day Ryu kut. Tolong jangan hancurkan mama!" ucap nya dengan rayuan ke Sarah. Ryunosuke melepaskan tangannya dari mulut Sarah,bile melihat anggukan dari ibu angkatnya itu.

Sarah membuat tanda okey mengunakan jari kanannya dan melangkah sambil menarik lengan anak terunanya, memasuki  pintu gerbang Academy dengan penuh semangat.

Tepat pukul 8:30pagi, kesemua pelajar baru telah selesai membuat pendaftaran di dewan utama academy.

Pihak academy memberi masa setengah jam kepada para murid untuk berbual mesra sebelum mereka memulakan sesi pertama iaitu orientasi.

Di hujung dewan terlihat sosok Ryunosuke dan Sarah yang sedang berpelukan. Si remaja tersebut sedang berusaha menenangkan hati ibunya yang kini sedang bersedih diatas perpisahan yang dalam masa panjang.

Ryunosuke mengusap perlahan belakang Sarah sambil memberi semangat dan pujukan agar Sarah berhenti dari tangisannya.

"Please mom!Stop crying. Every semester break, I will go home. so don't want to be sad Okay!" Pujuknya tapi tangisan itu kembali keras dengan pelukan yang kian erat.

"Mom i cant not breath! Don't hug too hard." Ucap Ryunosuke yang kian terasa sesak didada nya akibat pelukan yang cukup kuat.

Dia tidak sangka kekuatan ibu angkatnya mampu mematahkan tulangnya serta menghilangkan nyawa dari jasadnya.

Sarah melepaskan pelukan mereka lalu mengusap air matanya dengan sapu tangan. Dia mendiamkan diri seketika, cuba untuk mengawal emosinya yang masih belum stabil.

"Sudah rasa lebih baik sekarang?" Soal Ryunosuke lalu remaja itu menghela nafasnya bila dia melihat anggukan kepala dari Sarah.

"Mama harap dekat sini kamu akan bawa calon girlfriend balik rumah kita" Kata Sarah dengan penuh semangat manakal Ryunosuke menatap tajam ke arahnya tapi dia hanya buat tidak endah.

"Tak akan terjadi!" Ucapnya dengan tegas lalu melarikan anak matanya disekeliling.

Dia tidak tahu macam apa riaksi yang akan ditunjukkan oleh Sarah kalau wanita dewasa itu tahu bahawa dia pernah memiliki seorang tunang yang berasal dari keluarga terhormat.

Dia melihat interaksi diantara pelajar dan ibubapa masing-masing. Ada yang gelak ketawa dan ada jugak seperti ibunya yang menangis hiba bile terpaksa berpisah dengan anak mereka.

Tanpa sengaja anak matanya terhenti pada satu sosok yang sangat dia kenali dan paling di hindari nya.

Dan kini sosok itu sedang menggunakan satu set pakaian rasmi yang berbeza dengan pakaiannya. Disamping itu, penampilan gadis tersebut sungguh nampak elegan dan cantik di mata semua orang. Dan tidak kecuali dirinya turut terpesona dengan kecantikan sosok tersebut.

Anak mata mereka bertentang diantara satu sama lain dan dia dapat menangkap satu senyuman yang cukup manis tapi di matanya senyuman itu memiliki maksud tersendiri dan hanya diketahui oleh pemiliknya.

Aiko tersenyum sinis kearahnya lalu wajah itu kembali seperti biasa setelah anak mata gadis itu bertentang mata dengan pelajar lain.

"Nama dia Aiko Hayashi. Dia merupakan anak pertama dari Raja dan Permaisuri yang memerintah kerajaan yang kita duduk sekarang." Terang Sarah tanpa di pinta oleh Ryunosuke yang masih menatap ke sosok tersebut.

Hatinya seketika merasa panas bila melihat kedekatan seseorang jejaka yang sedang bergurau senda dengan sosok tersebut.

Jikalau dia tidak dalam persembunyian serta statusnya yang telah putus! Mungkin riwayat lelaki itu telah tamat di tangannya.

Tapi sadar dengan keadaan yang tidak mengizinkan, maka dia hanya mampu menahan sahaja tanpa niat untuk mencegah.

Dia Kene kuatkan hati melihat situasi itu, Kerana bekas tunangnya merupakan idola bagi semua golongan lelaki di seluruh kerajaan mahupun didalam atau diluar. Sosok tersebut agak terkenal dalam kalangan lelaki muda.

"Dia seorang yang cantik, ramai yang suka pada Aiko-sama. Setiap tahun atau setiap bulan ada je lamaran yang akan diberikan oleh golongan bangsawan mahupun dari status yang sama dengannya tapi dia tetap memilih setia pada yang satu." Sambung Sarah yang turut memerhatikan sosok Aiko yang sedang mesra melayan karenah pelajar-pelajar baru yang berkumpul disekitar gadis itu.

"Setia yang satu?" Soal Ryunosuke kepada Sarah dengan seribu tanda tanya. Entah kenapa muncul harapan agar perasaan gadis itu tidak berubah padanya seperti mana perasaannya yang tidak pernah mati untuk sosok tersebut.

"Dia tetap setia dengan tunangnya yang bernama Ryunosuke Nishimura dari kerajaan Rull Magic.

Mengikut cite yang mama dengar lah!

Calon suami dia sudah meninggal bersama anggota keluarganya yang lain kecuali anak bongsu Nishimura yang sempat penduduk asal Rull Magic Selamat kan.

Tapi keberadaannya masih menjadi tanda tanya?" Kata Sarah yang kini kembali menghadap kearahnya.

"Hah! Jadi kenapa dia tak batal kan je pertunangan tu? Bukan tunang dia dah mati?" Soal Ryunosuke dengan bingung.

"Hurm...sebab tu mama kata! Aiko-Sama tetap setia pada yang satu. Walaupun jasad milik Ryunosuke Nishimura tu sudah tertanam ke tanah. Tapi cinta Aiko-Sama pada dia tetap kukuh dan tidak mudah terpadam dengan mudah. Ahhhhh indahnya percintaan mereka tapi pada akhirnya hubungan itu terputus kerana salah satu dari mereka telah pergi untuk selamanya." Ucap Sarah dengan sayu dan perihatin.

Mengingati perjuangan sosok yang disayangi oleh semua warga White Magic dalam mengejar cinta dan kesetiaan pada putera mahkota dari kerajaan Rull Magic yang terkenal dengan kepandaian, ketegasan dan ketampanannya.

Apatah lagi sosok yang disukai oleh puteri mahkota mereka, turut menjadi idola bagi para wanita dari semua level.

Tapi akhirnya sosok itu tertarik kepada Aiko-sama. Namun begitu takdir tidak merestui hubungan mereka.

Sosok tersebut dinyatakan terkorban bersama anggota keluarganya pada malam berdarah tersebut.

"Kenapa dia bodoh untuk setia? Kenapa tak terima je pinangan orang lain! Tak faham betul." Ryunosuke menggelengkan kepala tapi dalam masa yang sama hatinya turut terusik akan kesetiaan gadis itu padanya.

'Aku tak layak untuk kau Ai! Aku pengecut.' hatinya sakit bila melihat derita yang dialami oleh gadis itu diatas perbuatannya.

"Itu yang dinamakan CINTA. Cinta yang sejati yang lahir dari lubuk hati yang ikhlas boleh membuatkan seseorang itu menjadi seorang yang bodoh dan nekat.

Oleh kerana itu! Bagi mama tindakan yang dilakukan oleh Aiko-Sama. Bersifat biasa, malah mama bangga memiliki bakal pemimpin yang setia dengan niat dan caranya dalam memiliki sesuatu yang diinginkan tanpa merugikan orang lain." Sarah berkata sambil bercekak pinggang kearah Ryunosuke yang telah melarikan pandangan kearah sosok Aiko yang sedang mesra bersama orang yang berada disekitarnya.

"Erm...bila mama ingat balik lah kan! Nama kalian berdua sama,malah mama seakan pernah lihat wajah kamu tapi mama lupa dimana!"

Hampir tersembur biji mata Ryunosuke bila mendengar bicara Sarah yang seakan dapat mengagak siapa dia sebenarnya.

"EHEM! Mungkin kebetulan nama sama. Yelah bukan saya sorang yang guna nama Ryunosuke!" Batuknya dan cuba berlagak biasa malah anak matanya tidak lagi kearah Aiko.

Sarah hanya mendiamkan diri sehinggalah terdengar pengumuman bahawa sekolah akan bermula dalam masa 5 minit lagi.

"Herm yelah. Mungkin kebetulan nama kamu dan dia sama. Agipun kamu tidak memiliki warna rambut dan warna mata yang menunjukkan keturunan dari keluarga Nishimura.Tak apa lah mama balik dulu. Apa-apa masalah hubungi mama. JANGAN TAK HUBUNGI! Fon tu jangan suka sangat mati kan! Kalau ada pape yang kurang atau memerlukan sesuatu bagi tahu mama. Nanti mama bawak kan untuk kamu."

"Setiap minggu mama akan masukkan duit bulanan dalam akaun kamu. Kalau tak cukup call mama. Faham!" Kata Sarah sambil merenung tajam ke dalam anak mata hitam sang anak angkatnya.

Ryunosuke hanya menganggukkan kepalanya tanpa bersuara dia cukup lelah melayan karenah Sarah yang sedari tadi tidak berhenti berbicara.

Setelah berpelukan untuk kali terakhir, akhirnya Sarah pulang ke rumah meninggal Ryunosuke berseorangan di tengah dewan yang cukup luas bersama pelajar lain.

"SILA BERATUR MENGIKUT BARISAN! KITA AKAN MULAKAN UJIAN KEMASUKKAN BAGI SEMUA PESERTA YANG HADIR ." laung satu suara mengunakan microphone.

Sosok wanita yang sedang berucap mengunakan microphone itu memusingkan kepalanya ke samping apabila merasakan seseorang memanggilnya.

Di mata Ryunosuke terlihat sosok Aiko yang maju kearah pentas dengan langkah yang anggun dan menawan.

Seakan slow motion, pergerakan itu diperhatikan oleh kesemua mata milik pelajar lelaki yang menatap kearah Aiko dengan pelbagai tanggapan dan sudah pasti pemikiran mereka sungguh menganggu ketenangan Ryunosuke yang berada diantara mereka.

'SHIT! MACAM TAK PERNAH TENGOK ORANG!' hatinya panas bile tidak sengaja mendengar satu percakapan disebelah tentang keinginan kotor terhadap sosok itu.

"Selamat pagi dan selamat datang ke Academy WhiteFairy. Saya disini ingin memohon maaf kerana mengubah sedikit ujian kemasukan untuk tahun pertama kalian." Tutur Aiko dengan tenang serta beribawa kepada calon pelajar.

Mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Aiko. Semua pelajar mula tertanya-tanya akan perubahan yang baru sahaja dijelaskan oleh calon ratu mereka.

Manakala Ryunosuke hanya menunggu keputusan Aiko yang mengatakan akan ada perubahan di awal ujian. Dia tidak kisah ujian dari segi apa. Asalkan dia dapat berdaftar di Academy kerana itu merupakan niat Sarah.

Tapi kalau di hari pertama ujian dia gagal. Dia tidak akan mengeluh. Tapi sebaliknya dia cukup bahagia kerana boleh kembali dengan rutin hariannya menjaga kedai buku.

Dia langsung tiada niat untuk kembali belajar. Baginya baik dia mencari duit dan hidup aman dan damai dengan keluarga barunya. Walaupun kadangkala dia merasa jengkel dengan Sarah yang sering mengatur hidupnya tanpa persetujuan darinya.

Apatahlagi sosok yang sangat di hendari nya turut berada di Academy jadi dia risau suatu saat dia tidak boleh mengawal sikap cemburunya kepada pelajar lelaki yang ingin mendekati sosok tersebut.

Dari dia makan hati baik jaga kedai buku yang boleh mendatangkan duit kepadanya.

"Ujian kemasukan tetap sama mengikut adat tradisi academy tetapi kali ini dan mulai saat ini ujian kelayakan academy akan turut dilakukan pada semua calon peserta.

Ujian kelayakan jugak membolehkan seseorang itu memilik aras yang tinggi dan membolehkan seseorang itu masuk ke kelas yang lebih baik dari kelas satu.

Tetapi! Untuk ujian Academy.

Semua peserta diwajibkan lulus dengan markah setinggi 90% ke atas dan sekiranya memiliki markah yang kurang dari 90%.

Maka, peserta itu akan berada dia aras yang sama miskin pun memiliki tingkat sihir yang tinggi.

Maka dari itu. Saya menetapkan setiap calon yang ingin beredar kelas maka harus seimbang dalam kedua aspek yang telah ditetapkan oleh kami dan lebih baik.

Bagi calon kesatria serta calon pekerja khas kerajaan, haruslah memiliki atau seimbangkan ke tiga aspek iaitu Academy atau pengetahuan, sihir serta latihan amali.

Ketiga aspek itu wajib memiliki markah yang tertinggi dan seimbang dalam setiap bulan kamu berada di academy.

Untuk kegagalan pertama dan kedua, kalian akan diberi peluang serta bimbingan dari guru mahupun senior yang berpengalaman.

Dan sekiranya kamu sudah melakukan kegagalan sebanyak 3 kali. Kami akan memberi bimbingan dan akan memantau prestasi kamu dalam masa 1 bulan dan sekiranya dalam satu bulan kamu didapati gagal.

Maka kamu akan disingkirkan dalam senarai pelajar Academy WhiteFairy.

Dan akhir kata dari saya. Semoga kalian semangat berlajar disini dan ciptalah kenangan indah untuk hidup kalian semua.

Kerana memori itu yang akan menjadi satu kebahagiaan dalam hidup kalian." Ucap Aiko lalu membongkok sedikit tubuhnya tanpa memberi salam mengikut ada di raja lalu beredar meninggalkan kawasan dewan tersebut bersama anggota pelajar yang sentiasa mengikutinya.

Ryunosuke menghela nafas bila anak matanya tidak lagi melihat sosok itu yang sedang berdiri di hadapannya.

Sosok yang seakan tidak mengenalinya atau mungkin gadis itu tidak menyedari keberadaannya di sini.

Tapi bukankah gadis itu membalas senyumannya. Ryunosuke menggelengkan kepala. Mungkin Aiko tidak melihatnya dan senyuman itu bukan untuknya.

Emosi Ryunosuke kian bercelaru dan mengganggu ketenangannya sehingga seseorang mengejutkan untuk mengikuti calon lain yang telah pergi ke tempat ujian yang akan dilangsungkan.

Tanpa membuang masa Ryunosuke mengikuti kearah yang telah ditunjukkan oleh senior yang sedang menunggunya di pintu keluar dewan.

Makan masa 5 minit mereka berjalan dan akhirnya langkah mereka berhenti di salah satu pintu yang tertutup rapat yang bercat warna putih emas. Sungguh indah pintu gerbang tersebut.

"Semangat ya Ryunosuke!" Ucap sosok lelaki itu kearah Ryunosuke sambil menggenggam kedua tangannya.

Ryunosuke hairan bila remaja dihadapannya mengetahui namanya. Setahunya dia tidak memiliki rakan yang bawah darinya. Jadi kenapa budak itu mengetahui namanya!

"Ahh!!! Kau mesti tak cam aku kan Ryu! Ini aku lah Kaito Konamori. Kawan baik kau! Sampai hati kau lupa aku Ryu!" Ucap Kaito dengan sedih.

Ryunosuke ingin membalas kata-kata tersebut tapi terbantut bila dia merasakan tubuhnya ditolak secara paksa ke dalam ruangan oleh remaja yang sesuka hati mengganggap mereka sahabat. Padahal mereka kenal pun tidak sampai satu hari hanya beberapa minit sahaja.Itu pun kerana perasaan kasihan terhadap remaja tersebut yang merayu-rayu kepadanya semasa ingin menutup kedai tempoh hari.

"Dah!Dah! Nanti kita berborak. Sekarang kau kene selesaikan dulu ujian kemasukan kalau tidak kau akan gagal di hari pertama. Semangat ya wahai sahabatku!!!" Ujar Kaito lalu menutup pintu gerbang itu tanpa melihat Ryunosuke yang kegagapan kerana ulah nya.

"Harap kau sudi berkawan dengan aku Ryu!" Ucap Kaito dengan sayu lalu meninggalkan kawasan tersebut dan menuju ke kelasnya.

@@@

Di asrama lelaki....

Ryunosuke merebahkan tubuhnya di atas tilam bersaiz queen didalam kamarnya.

Tubuhnya sungguh penat dan tidak larat untuk digerakkan sama-sekali.

Kakinya seakan mati rasa bila Kaito yang telah selamat menjadi sahabat barunya mengajak berjalan-jalan disekitar academy dan di asrama lelaki yang cukup luas.

Dan mereka hanya berjalan kaki! Tidak menggunakan kenderaan yang disediakan kerana kemudahan itu hanya boleh digunakan oleh golongan tertentu.

Jadi dengan terpaksa Ryunosuke mengikuti kemana sahaja

sosok itu melangkah walaupun masa itu dia sudah merasa penat.

Sepanjang mereka berdua berjalan. Mulut remaja itu langsung tidak berhenti bercerita tentang itu dan itu termasuk beberapa peraturan di academy yang baginya cukup memberi masalah padanya.

Apatahlagi di academy di sini memiliki budaya yang tidak sihat dan budaya itu jugak yang telah dihapuskan di Academy FairyTaniah sewaktu dia menjadi putera mahkota dan ketua pelajar.

Kini dia kembali berhadapan dengan budaya itu dan kali ini dia akan terkena tempiasnya kerana berada di golongan rendah apatah lagi statusnya sebagai anak angkat.

TUK!TUK!TUK!

Ryunosuke menarik bantal di sampingnya lalu ditekap agar tidak mendengar suara ketukan yang berasal dari pintu biliknya.

Dia tidak menerima sebarang tetamu pada waktu sebegini. Dia mahu merehatkan badannya.

Selang beberapa saat ketukan itu tidak lagi didengarnya tetapi secara tiba-tiba pintu balkoni biliknya terbuka dengan sendirinya.

Merasakan dalam situasi yang akan mengacam nyawanya dia lantas bangkit dari katil.

Dia mempersiapkan diri dari pihak musuh. Dan itu benar-benar terjadi bila sebilah pisau putih melintas kearahnya dan tepat tertancap di sebelahnya.

Tapi pisau itu tidak mengena wajahnya dan di pembaling memang sengaja mengarahkan pisau itu ke sampingnya.

"Nampaknya awak menipu dalam ujian kemasukan! Bukan kah itu salah dalam adat diraja! Calon pemerintah menipu di awal ujian kemasukan. Sungguh tidak bermoral!" Ujar satu suara milik seorang gadis yang mengenakan pakaian tidur yang cukup sexy.

Dan sosok itu adalah Aiko. Aiko memeluk tubuh ramping miliknya dengan anak matanya tajam menikam ke dalam anak mata milik Ryunosuke. Sehingga membuatkan pemuda itu tidak selesa dengan pandangan tersebut.

Ryunosuke terdiam dan terkejut dengan tindakan berani dan nekat yang dilakukan oleh gadis itu. Satu tindakan serta pandangan yang tidak pernah diberikan oleh gadis itu padanya selama tempoh perkenalan mereka.

Dia seakan melihat sosok itu telah menggantikan kepada sosok yang tidak dikenalinya dan sosok itu cukup mampu membuat bulu roma nya naik. Sungguh menakutkan!

'Cinta boleh membuat seseorang itu nekat dalam mendapatkan apa yang diinginkan' entah kenapa ayat yang diucapkan oleh Sarah terngiang-ngiang dalam mindanya.

Adakah gadisnya itu mula berubah kerana keputusannya untuk memutuskan hubungan mereka!

Adakah gadis itu marah padanya atau simpan dendam?

"Dan tidak sopan untuk seorang calon ratu kerajaan memasuki bilik pelajar lelaki pada waktu malam dengan pakaian yang tidak cukup kain! Ohh dan tidak lupa! Melemparkan pisau kearah orang tanpa memberi tahu apakah ada alasan sehingga calon ratu berbuat nekat macam ni!" Balas Ryunosuke yang tidak kalah sinisnya.

Aiko hanya tertawa kecil lalu melangkah kearah Ryunosuke yang mula mundur setapak kebelakangan sehingga tubuh itu terhenti akibat dinding di belakangnya.

Aiko duduk sambil menyilangkan kakinya dengan pandangan yang tidak pernah lepas dari Ryunosuke yang mula salah tingkah dengannya.

Malah pemuda itu mula terlihat seperti Cacing kepanasan bila Aiko dengan sengaja membiarkan peha putihnya dilihat secara langsung oleh Ryunosuke.

Dengan susah payahnya Ryunosuke menelan air liur yang terasa perit di tekaknya dan itu tidak lari dari pandangan mata Aiko.

Dengan niat menggoda, aiko menanggalkan kimono nya dengan perlahan dan niatnya berhasil bila anak matanya melihat perubahan Ryunosuke yang mula gelisah.

Sungguh pemandangan yang sangat lucu dimatanya.

"Mana ada tidak sopan! Bukan satu kesalahan pun masuk dalam bilik calon suami sendiri betul tak Ryunosuke Nishimura atau Ryunosuke Hishimura." Kata Aiko dengan senyuman menggodanya.

Lagi buat dia tersenyum bila menangkap riak wajah yang berubah dari pemuda itu walaupun wajah itu kembali keadaan asal. Seakan tidak terkesan dengan tutur bicaranya.

"Hishimura dan Nishimura. Bunyi keduanya seakan sama, bezanya hanya huruf depan sahaja. Apatah lagi mengunakan nama asal."

"Tapi! Saya tetap tidak dapat jejak keberadaan awak di sini walaupun kita dalam satu negara yang sama.

Sehinggalah minggu lepas. Keluarga angkat awal datang untuk daftar kan awak di academy dan kebetulan pada hari itu saya ada disini.

Ya jadi bilik yang awak dapat ni pun saya bagi secara special untuk awak."

"Supaya kau boleh sesuka hati masuk ke bilik ni tanpa persetujuan dari aku kan wahai calon ratu!" Sambung Ryunosuke dengan aura yang mula gelap.

Dia sudah mengagak ada sesuatu yang akan terjadi dan sudah terbukti bahawa semua kejadian yang berlaku merupakan campur tangan dari Aiko yang kini sedang menatapnya sayu.

Pandangan yang sentiasa melemahkan sosok Ryunosuke yang terkenal kejam, bengis dan tidak tersentuh.

Tapi sikap itu akan mudah tunduk bila berhadapan secara langsung dengan Aiko.

Tidak mahu terlena dengan perasaannya, dia melarikan pandangan matanya dari menatap wajah sayu itu.

Apatah lagi nafsunya yang kian bangkit bila melihat pakaian gadis itu yang cukup menguji pendiriannya untuk tidak melakukan perkara yang melebihi batas sebelum mempunyai ikatan sah dalam perkahwinan.

Aiko mencebikkan bibirnya bila melihat sosok di sampingnya tidak lagi memandang ke arahnya.

Dengan geram dia mencampakkan kimono nya kearah Ryunosuke lalu merebahkan badannya keatas katil milik kekasih hatinya.

Tanpa menghiraukan sosok kekasihnya yang mula serba tidak kerna. Mungkin kehadiran nya tidak menyenangkan bagi kekasihnya itu.

Tidak seperti dulu, setiap kehadirannya akan sentiasa disambut hangat tapi kini semua tidak sama lagi.

Tapi dia akan pastikan semua itu akan kembali cuma makan masa yang lama. Dia kene kuat kan semangat dalam menakluk kembali hati kekasihnya, seperti mana dia memperjuangkan untuk mendapatkan cinta dari sosok yang sangat di idolanya.

Dan dia yakin perasaan cinta untuknya masih belum padam dihati Ryunosuke cuma sosok itu mengabaikan perasaan itu.

"Ryu-Kun mulai malam ini, bilik ini akan menjadi bilik nombor 2 saya! Jadi awak tak boleh halau saya kalau tanak rahsia kita pecah" ugut Aiko dengan senyuman manisnya.

"Aiko kita berdua dah tak ada hubungan lagi. Jadi kau tak.."

"Sape kata hubungan kita dah berakhir? Hubungan kita masih berjalan. 

Saya tidak pernah putuskan pertunangan ini.

Saya tak sanggup hidup dengan orang lain selain awak." kata Aiko sayu kearah Ryunosuke yang mula termakan dengan kata yang diucapkan oleh Aiko.

Tapi perasaan senangnya hanya seketika, dia kembali dikecewakan bile melihat gelengan dari lelaki itu yang masih dengan pendiriannya.

"Is there another woman who has taken your heart from me?" Soal Aiko pada Ryunosuke yang maish mendiamkan diri tanpa niat untuk bersuara.

Perasaan bersalah Ryunosuke kian membesar bila pendengarannya mendengar esakan dari Aiko yang masih terduduk di katilnya dalam posisi yang sama menghadapnya.

"What I did wrong?

What's wrong with me that you make me like this?

Do you know that I love you more than anything?

Aku sanggup buat apa sahaja untuk dapat kembali perhatian yang pernah kau bagi dulu!

Aku sanggup buat apa sahaja untuk memiliki cinta dan dirimu walaupun aku tahu cara itu sungguh memalukan!

Salah ke aku mencintaimu?

Did I make a mistake?" Soal Aiko kepada Ryunosuke bertalu-talu dengan soalan yang menyakitkan.

Ryunosuke hanya seperti tadi tetap mendiamkan kan diri cuma entah macam dan bila.

Secara tidak sedar dia telah pun membawa Aiko kedalaman pelukan hangatnya seperti yang pernah dilakukan ketika mereka masih bertunang.

Tapi status mereka masih sama kerana gadis yang berada di pelukannya tidak memutuskan pertunangan dan tetap menggenggamnya.

Dan itu membuatnya cukup merasa bahagia kerana sosok itu masih menjadi miliknya.

" Jawap aku Ryu! Adakah aku salah?" Soal Aiko yang masih menangis didalam pelukan Ryunosuke.

"Tidak Ai kau tak salah! 

Tapi aku yang bersalah sebab buat kau menangis lagi sekali! 

Maaf kan aku sebab aku pengecut! 

Aku takut bahaya akan datang pada kau kalau kau masih bersama aku! 

Maaf kan aku sebab tak mampu melindungi mu?" Ucap Ryunosuke kepada Aiko yang mula terbawa suasana.

Ryunosuke menguatkan pelukannya. Dia tidak sanggup melepaskan gadis itu ke dalam pelukan orang lain selainnya.

"Ryu-kun, can i ask something to you?" Soal Aiko sambil mendongak menatap ke kedua anak mata yang kini berubah warna hitam ke warna asal iaitu merah.

Salah satu ciri keturunan dari Nishimura iaitu memiliki bola mata berwarna merah darah dan mempunyai warna rambut hitam kebiruan.

"Ye?" Blas Ryunosuke sambil membalas pandangan mata Aiko yang terlihat sayu tapi terlihat menarik di matanya.

"Do you love me like I love you?" Ryunosuke terdiam bila mendengar pertanyaan Aiko tentang perasaannya terhadap gadis itu.

Memilih jujur akhirnya dia meluahkan isi hatinya dengan ikhlas tapi tetap kedengaran menyedihkan.

"I love you more than you love me Ai.

Just like you! Aku akan buat apa je untuk orang yang aku sayang.

Tapi kerana takut kehilangan kau! 

Aku rela kalau kau mencari kebahagiaan dari orang lain yang mampu melindungi dirimu dengan baik seperti mana aku menjaga kau Ai.

Jadi Ai lupakan aku! 

Mula kan hidup baru.

Anggap Ryunosuke Nishimura dah mati" kata Ryunosuke lalu bangkit dari duduknya.

Ryunosuke ingin meninggalkan Aiko bersendirian tetapi pintu bilik itu telah terkunci kerana sihir dan sialnya dia langsung tidak menyedarinya.

Setiap ruangnya telah dilindungi oleh sihir pelindung yang dibuat oleh Aiko. Ryunosuke menghela nafas dia melangkah ke arah sofa yang terdapat di bahagian tengah biliknya.

Dia langsung tidak memandang ke arah Aiko yang kini menatapnya dengan sayu. Ya dia tahu, dia kejam dengan Aiko. Bukan itu je, dia pun kejam dengan perasaannya sendiri.

Jelas dia masih menyimpan perasaan pada gadis itu tapi tetap dengan pendiriannya.

Dia mahu gadis itu memulakan hidup baru tanpa dirinya. 

Dan dia mahu mula kan hidup baru sebagai orang awam. 

Bukan lagi sebagai calon raja mahupun tunangan Aiko.

Baginya itu semua sudah berakhir pada malam itu. Yang hidupnya yang dulu telah hancur dan mati bersama keluarganya.

Kini dia hanya orang biasa, seorang yang akan menjaga kedai bukunya yang diwarisi oleh ibu angkatnya.

Tidak ada lagi Ryunosuke Nishimura yang amat dikagumi dan disegani kini hanya ada Ryunosuke Hishimura yang hidup sederhana.

Di posisi Aiko, gadis itu turut bangkit lalu melangkah perlahan kearah sosok yang sangat disayanginya.

Dia melangkah dan akhirnya tiba di belakang Ryunosuke. Aiko manarik nafasnya dan cuba mengawal segala emosinya agar tidak meletup.

Ya betul kata orang cinta itu boleh membuat seseorang itu bodoh dan buta!

Aiko memeluk tubuh tersebut dengan senyuman manisnya lalu kepalanya turut di rebah kan di bahu kanan Ryunosuke.

Aiko dapat merasakan penolakan dari Ryunosuke tapi itu hanya seketika bila dia dengan manja menggeselkan hidungnya di leher Ryunosuke yang terdedah.

Tindakan itu kembali membuat Ryunosuke terlena dengan perasaannya. Lantas Aiko merubah posisinya.

Posisi mereka kembali seperti tadi bezanya kali ini Aiko yang memeluk Ryunosuke sambil menggeselkan wajahnya di sekitar leher dan dada bidang milik Ryunosuke.

"Adakah ada orang lain selain aku?" Katanya dengan perlahan tapi lelaki itu masih dalam dunianya.

Kedua tangannya mencapai wajah Ryunosuke lalu didekatkan ke wajahnya.

"Tak peduli awak ada orang lain atau awak mempunyai masalah lain. Tapi saya nak tegas kan sini!

Sampai bila-bila saya akan tetap tunggu awak walaupun masa itu awak sudah bertukar identiti.

Kerana bagi saya awak tetap orang yang sama. Seseorang yang sangat penting bagi saya.

You are my first love and that feeling will remain the same even if you don't have anything anymore.

Bagi ku cinta itu tidak memandang darjat seseorang tetapi dari keikhlasan dan kejujurannya.

So I'll always be yours and you'll always be mine until death do us part!" Bisiknya lalu mencium bibir itu dengan lembut.

Ryunosuke hanya membiarkan Aiko yang sedang menikmati bibirnya. Dia masih menghadamkan setiap kata yang diucapkan oleh Aiko.

Dan yang pasti sampai bila-bila hubungan mereka akan terikat miskin pun hubungan mereka tidak berjalan secara sihat.

Seperti mana yang Aiko bilang, bahawa bilik Ryunosuke merupakan bilik keduanya. Malam itu gadis itu terlena didalam dakapan Ryunosuke yang sedang asyik merenung ke wajah bersih milik si gadis manis.

Mereka berdua berbaring di atas katil dengan posisi lengan kiri Ryunosuke dijadikan bantal oleh Aiko yang sedang lena sambil memeluk pinggangnya.

"Nampaknya aku memang tak boleh lari dari kau ya sayang! Tidak akan aku sangka cinta tu memang gila.

Maaf kerana aku egois! 

Aku tak pernah bayangkan perasaan kecewa dan sedih dalam keputusan yang aku buat sepihak!

Aku janji Ai, kalau kau mampu mengubah pendirian aku maka aku akan kembali kepada kau walaupun aku tidak memiliki apapun.

Tapi apa yang kau perlu tahu! Tidak ada sorang pun yang mampu menggantikan tempat kau dan perasaan itu akan aku bawa ke mati sayang.

You are my first love and will remain the first and last in my heart" bisiknya lalu mencium dahi Aiko lama.

Dia kembali memeluk tubuh gadis itu dan turut terlena bersama.

Malam ini dia mahu berehat kerana esok merupakan hari barunya di sekolah yang akan penuh drama.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C6
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン