Semakin deras air mata Linalin mengalir tanpa suara tangisan yang kuat hanya esakkan berkali kali di esaknya, memandang lama dokumen perceraian menjadi pertanyaan di hati nya adakah setuju atau tidak .
Suaminya sudah nekad dengan keputusannya dan sudah ada tandatangan Arfan di kertas.
Melihat di pergelangan tangan sudah satu pagi ,berjam ia menangis di usap nya sisa air mata ia bangun masuk ke bilik mandi membersihkan mukanya .
Lalu mengganti pakaian melihat cermin matanya merah kembung akibat menangis lalu mengenakan mask membungkus kepalanya dengan selendang.
Linalin menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya Linalin membalikkan kepalanya menoleh kebelakangan dipandangnya dokumen itu lalu terus memutar tombol pintu keluar dari bilik itu,ia tidak ingin mendatangani perceraian mereka.
Ruang rumah sangat sunyi kerana semua orang masih tidur , tidak sulit bagi nya untuk keluar dari rumah itu ia terus berjalan kaki ke jalan besar tanpa melihat belakang .
Dari tingkat atas kelihatan bayangan laki laki memerhati pergerakan Linalin tidak lain lagi adalah Arfan suaminya Linalin, kerana ini memastikan agar Linalin tidak membawa apa apa barang bawaan lalu ia masuk ke dalam.
Lampu jalan menerangi perjalanan nya melihat kiri dan kanan di sepanjang perjalanan merapatkan kedua tapak tangan lalu menggosok nya suasana sangat sejuk ia melihat ke langit masih gelap jalan raya masih sunyi belum ada kenderaan yang dilihatnya .
Melihat jam tangannya tepat 3 pagi hanya jam tangan yang di bawa nya itu adalah pemberian dari ibu nya sebagai hadia semasa lulus pengajian ia tidak mementingkan barang lain telefon mahupun duit .
Saat ini ia merindukan ibu nya yang sudah lama meninggal jam tangan di pegang nya erat membuatnya berani berjalan di jalan besar .
Masa yang sama ___
Arfan memasuki bilik tidur mereka secepatnya membuka lemari pakaian melihat dari atas ke bawah ,membuka peti perhiasan tidak ada satu pun yang kurang ,lalu ia pergi ke meja make up semuanya tersusun rapi .
Sedang berjalan ia terpijak kertas di pungutannya dokumen perceraian mereka ia membeleknya ke belakang tidak di tandatangani di remuknya kertas itu lalu di baling nya,perasaan marahnya meningkat .
"seharusnya saya lebih tegas lagi memaksanya menandatangani "Gumam nya .
Arfan masukkan tangannya ke dalam poket seluar menarik keluar telefon nya mengesir gesir skrin telefon mencari nama Linalin di kliknya memanggil merapatkan skrin telefon di telinganya kedengaran .
"Tut..Tut..,Tut..Tut..,Tut..Tut.."sambil Arfan menunggu
"Trit..trit..trit.."bunyi bergetar.
Arfan pun menoleh mencari bunyi itu dari jauh ia melihat beg tangan Linalin berada di bawah meja di hampirnya membuka telefon dan beg duit serta kunci kereta semuanya di dalam .
"S**t!!".ucap nya
Arfan duduk di atas sofa sambil meletakkan telefon di telinganya.
"Lakukan... orang nya sudah keluar dari rumah." perintah Arfan terus mematikan panggilan.
Kembali situasi Linalin masih berjalan kaki mengikuti lampu di tepi jalan apabila berada di kawasan lampunya mati ia cepat-cepat berlari berpindah ke lampu jalan yang hidup.
Pertama kali nya Linalin berjalan kaki sendiri pada waktu fajar, dahulu sebelum berkahwin ia sering larut malam pulang berkerja sesekali sehingga fajar tapi kini ia merasa takut kerana tidak ada seorang pun di jalan .
Melihat seberang jalan ada perhentian bas ia berniat ingin duduk di sana dan meneruskan lagi perjalannya ,saat ini ia masih serabut fikirannya juga belum memutuskan ke mana harus pergi
Kakinya melangkah memasuki jalan besar .
Menyeberang menuju perhentian bas tiba tiba suara bunyi kereta dari arah jauh cahaya lampu kereta menyuluh matanya membuatkan tidak terhenti di jalan besar, tanpa di sedari tubuhnya sudah bertembung dengan kereta yang memecut dari tadi ia merasa tubuhnya terbang di udara .
Kepalanya terhantuk dengan sesuatu yang keras di jalan sehingga berlumur darah terbaring di tempat kejadian ia memandang ke langgit melihat langit semakin berubah menjadi terang berlahan -lahan menutup mata sambil mendesah perlahan.
"Ahh....."hembusan terakhir nya.
*********
" Trit..trit..trit..trit..""KLIK" menekan klik jawab di skrin telefon.
"Bagaimana?"suara yang menjawab panggilan.
"Selesai bos" di dengari dari dalam telefon, Arfan mematikan panggilan sambil meyurung mulutnya ketepi terukir senyuman senget kerana senang mendengar berita itu.
**********
Mengangkat tangannya perlahan menekan nekan kepalanya yang terasa pening perempuan itu mengerutkan keningnya sedikit demi sedikit membuka mata melihat sekeling ruang bilik merasa kenal ruangan itu.
Linalin duduk menyandar dengan bantal di belakangnya sambil kepalanya ke kiri ke kanan mata nya tiba tiba-tiba terhenti melihat kelender yang berada di atas meja di rapatkan setengah rapat kelopak matanya.
"Tahun 2021..?"
Matanya tiba tiba terbuka luas menatap kelender , perempuan itu merasa sangat bingung berdiam seketika sedang bermain di fikirannya kerana ia sepatutnya di tahun 2023 lama ia memikirkannya, cepat-cepat menoleh sekeliling ruang bilik itu.
"Bilik saya ?..ini rumah sewa saya ."Gumamnya .
Linalin merasa dirinya hidup kembali ke masa lalu kerana baru teringat bilik miliknya itu pada tahun ini ia masih tinggal sendiri masa ini juga masih bertunang dengan Arfan .
Perempuan itu kembali ke masa lalu dua bulan sebelum perkahwinan mereka.
"Arrg!!!" .Teriak perempuan itu tetapi ,
Wajah Linalin tiba tiba berubah sayu mengingatkan masa lalu tahun ini ia tidak berkesempatan menemui ibunya .
Ibunya meninggal seminggu selepas majlis pertunangan nya dengan Arfan.
Perempuan itu beranjak dari tempat tidur nya duduk di kerusi yang berdekatan dengan mejanya ,ia menatap sampul berwarna putih di terbalikkannya.
"Surat letak jawatan" Linalin meningkat dirinya hari ini akan menyerahkan surat berhenti kerja kerana mengutamakan persiapan perkahwinan nya ia harus mengosongkan jadual harian dan juga lepas berkahwin ingin fokus rumah tangga nya, Arfan juga menyokongnya .
"Tetapi itu 2 tahun yang lepas kini saya kembali seharusnya tidak menyerahkan surat berhenti kerja" Linalin berkata sendiri.
"Kamu b*d*h Linalin "
Perempuan itu mengata dirinya sendiri kerana terlalu polos membuat keputusan mengenang masa lalu.
Menekan nekan di skrin telefon pintar. Ia menekan panggil setelah sekian lama mencari telefonnya berada ,telefon yang di beli dengan gaji pertama ia bekerja.
Selepas berkahwin Arfan membelikan nya telefon baru dan telefon ini di jual kembali pada masa itu , Linalin sangat merindukan telefon nya.
"Hello Ris.."
"Hello KP Linalin "
kedengaran suara dari telefon pembantu Linalin PA Rista.
"pagi ini saya tidak turun kerja ,sedang tidak sehat badan". ucap Linalin melihat jam sudah lewat ia berbuat alasan untuk tidak pergi kerja.
"Baiklah..KP " Tut! telefon di matikan.
Ia meletakkan telefon di atas meja, merebahkan badannya di tempat tidur memandang ke atasnya.
"Saya Linalin akan menyusun kembali dan mengubahnya tidak ingin mengulangi kembali"
Perempuan itu bergumam sendiri mata masih melihat dinding atas.
~~~~~~~~~~
Berpakaian blouse hitam berbutang lengan panjang, bahagian bawah blouse nya di masukkan ke dalam pinggang seluar sebelah belakang di biarkan melepas,ia mengenakan seluar skinny hitam Linalin menghiasi wajahnya agar tidak kelihatan pucat menggunakan kaca mata gelap .
Perempuan itu berjalan di jalan seperti modelling yang sedang melakukan pertunjukan ia melangkah dengan elegannya ,orang yang melewati dengannya pun terus mengekori biji mata melihat perempuan itu berjalan.
Linalin menyedari bahawa dirinya menjadi tumpuan ramai tetapi membiarkannya Linalin berdiri di perhentian bas kerana ingin menaiki taxi perempuan itu mengangkat tangan kanannya di tepi jalan melihat sebuah taxi membelok menuju ke arah perempuan itu berdiri lalu ia pun menurunkan tangannya sesudah taxi itu berhenti di tepinya.
"Ke taman memori"ucap Linalin
"Baiklah.."jawab pemandu teksi itu.
Setelah perempuan itu menyusuaikan kedudukan di tempat duduk penumpang, ia memandang ke luar melalui tingkap cermin kereta melihat langit banyak kenangan yang terlintas bermain di fikirannya ia mengingat sudah lama tidak mengunjungi ibunya ,di masa lalu ia terlalu sibuk sampaikan tidak mempunyai masa melawat ibunya di taman memori .
Hari ini adalah kesempatan nya.
Taxi itu memasuki gerbang dan berhenti di salah satu tempat letak kereta terlihat ditepi gerbang bertulis TAMAN MEMORI .
Linalin menolak pintu kereta sambil tangannya menghulurkan duit sewa kepada pemandu taxi itu .Lalu ia menurunkan kakinya dan keluar dari kereta.
Melihat depan kaunter pendaftaran ada jualan bunga perempuan itu baru menyedari tidak membawa bunga maka ia pun memilih mawar putih yang sudah siap di bungkus dihiasi dengan ikatan reben.
Setelah selesai mengisi namanya di kaunter Linalin pun memulakan langkahnya ke tanah perkuburan ibunya sesampai di salah satu marmar peringatan Melihat nama ibunya dia sana Linalin pun berlutut sambil meletakkan bunga.
"Ibu apa kabar"ucap Linalin,
Seketika berdiam lalu meneruskan percakapannya.
"Maafkan Linalin ..ibu , kerana tidak pernah menggunjungi ibu , Linalin sangat merindukan ibu".
Nada suara Linalin semakin rendah .
Mata nya mula berkaca kaca di sebalik kaca matanya ia mengangkat wajahnya memandang atas langit membesarkan sedikit matanya menahan air mata agar tidak keluar.
Lianlin mengkedipkan mata lalu melihat kembali marmar peringatan nama ibunya.
Linalin melihat sekelilingnya suasana hari mula berubah menjadi petang ,sudah satu jam lamanya la bercerita dengan ibunya saatnya pulang ,setelah menyelesaikan kata akhirnya ia pun meminta izin untuk pulang.
Kembali ke rumah.
Linalin membersihkan diri mengganti pakaian nya dan duduk di kerusi yang berhadapan dengan meja ia menarik buku diari nya lalu membuka satu satu lembaran.Sambil tangannya memutar putarkan pen itu.
"masa lalu saya memang mencatatkan semua di dalam diari, berapa naif nya diriku " . Gumam Linalin.
Perempuan itu tersenyum lucu melihat salah satu lembaran di diari nya ,ia meningkat semasa Arfan berjanji kepadanya.
"berjanji tidak akan selingkuh .. Linalin satu satu nya isteriku dan juga ibu kepada anakku" .
Perempuan itu membaca sangat jelas mengikut apa yang tertulis di dalam diarinya.
Linalin mengelengkan kepalanya lalu menggaris panjang dengan pen .
Ia membalikkan ke lembaran yang kosong menuliskan di bahagian atas.
"RENCANA"
" Pertama membatalkan perkahwinan "
perempuan itu bergunam seorang diri.
"Ke dua membatalkan letak jawatan "
"Ke tiga...?" Pen perempuan itu terhenti di nombor 3, ia melirikkan mata ke tepi dan menatapnya kembali.
" Kemudian rencana ke tiga saya fikirkan dahulu" ucap nya ,
"selesai !". Linalin bergumam ia pun meletakkan pen nya dan berbaring di tempat tidur .
Pagi yang cerah beberapa orang berjalan kaki melintas jalan setelah lampu isyarat bertukar warna merah.
Sesetengah orang berdiri di perhentian bas begitu juga Linalin yang sudah berada di perhentian bas sedang menunggu bas datang.
Hari ini Linalin kembali bekerja
Linalin memakai blouse warna krim leher v lengan paras siku dengan skrit ketat hitam memanjang lurus sampai betis kaki dan menggunakan sendel tinggi, rambutnya di biarkan lepas .
"Pagi KP Linalin"sapa salah satu pekerja yang melihatnya sedang menunggu lift terbuka.
Linalin pun menoleh rupanya pembantunya PA Rista ia pun membalas dengan senyum.
Linalin bekerja sebagai pengawasan marketing ia menjadi ketua pengawasan atas usahanya sendiri walaupun upahnya cukup tinggi tetapi masih tidak mencukupi untuk dirinya kerana harus membayar pinjaman yang ia pinjam semasa pengajiannya.
Tatapan mata Linalin melihat meja kerja sambil duduk perlahan di kerusi putar menarik nafas lega senyumannya pun terlihat ia sangat rindu suasana di meja nya, tata letak mejanya dihadapn dengan empat meja berpasangan.
"Senyum.. nampak?" Gurauan Rista sambil tersenyum senyum , mengejutkan Linalin.
"Ermmm..erm."Linalin berpura-pura merasa haus kerana merasa malu.
" Apakah ada projek baru ?", dengan cepat Linalin mengganti pertayannya.
Rista hanya bersenyum sambil memberi beberapa fail ia tahu bahawa Linalin tidak menjawab pertanyaan tadi.
Suasana tempat kerja sangat sibuk dan aman seperti yang di alami Linalin di masa lalu ,tidak ada yang tahu Linalin telah hidup semula dan kembali ke masa lalu yang sekarang ia berada,ia hanya beranggapan yang hidupnya di masa kini sudah meninggal .
Ia sangat bersyukur di beri peluang meluruskan jalan kehidupan .
Semua rakan-rakan sekerja nya sedang keluar makan sudah waktu nya beristirehat tinggal ia sendiri di ruang kerja di depan komputer nya masih menggerakkan jari jemari menekan keyboard.
"Ting!.!.." Bunyi notifikasi whatsapp.
Jari jemari Linalin berhenti tangannya menarik telefon pintarnya tanpa melihat nama pengirim mesej mengesahkan cap jari untuk membuka telefon sambil matanya memandang skrin komputer lalu menoleh nya ke skrin telefon.
" Lin besok ketemuan ya sekalian cuba gaun pengantin "
Membulat mata Linalin nama Arfan pemilik nombor pengirim whatsapp.
Linalin hampir lupa yang ia harus menyelesaikan pembatalan perkahwinan mereka , Linalin membiarkan whatsapp itu tidak berbalas.
Linalin menghentikan kegiatan nya melihat ruangan, terlintas di fikirannya semasa di masa kini hatinya sakit kerana di khianati ia diusir dari rumah terlebih lagi di tuduh atas kematian bayinya.
"Ting!.."
Linalin di kejutkan lagi dengan notifikasi whatsapp, ia melihat Trisa nama sahabat nya.
"Sayang ku..Lin sayang.. keluar malam ini yuk.?"
Tertulis di mesej whatsapp tersenyum Linalin di bibirnya sudah lama ia tidak bertemu sahabat nya .
Di masa kini selepas berkahwin mereka jarang bertemu kerana sibuk hal masing-masing ia pun sibuk sebagai suri rumah.
"Okey..jumpa nanti ".
Balas nya Linalin di whatsapp lalu meletakkan telefon pintarnya perempuan itu pun meneruskan pekerjaan nya.
Petang sudah berganti gelap beberapa pekerja lain sudah beranjak pulang .
Linalin berangkat bangun dari kerusinya berjalan menuju pintu lift bersama pekerja yang menunggu pintu lift buka.
Akhirnya sampai pintu keluar utama bangunan itu ia pun berjalan dan berdiri di tepi jalan hanya beberapa langkah dari bangunan tempat kerjanya dengan jalan utama.
"Masuk Lin!.."
Suara Trisa dari dalam kereta yang tepat berhenti di tepi jalan di mana Linalin berdiri ia membuka pintu lalu masuk ke dalam kereta.
~~~~~~~~