アプリをダウンロード
36.36% My Ex (melayu sabahan) / Chapter 4: Let remarry

章 4: Let remarry

- Lara POV-

Interkom berbunyi. Aku silik telephone meja di sebelah kanan. Lampu interkom menunjukan pangilan dari bilik Mr. Aron - project manager a.k.a team leader highland hotel & resort project.

"Hello bos!" kata ku sebaik saja angkat pangilan interkom.

" Lara, bawa ke sini progress report main building highland hotel" suara garau Mr. Aron kedengaran macam biasa.

" Ok sekejap bos" sahutku dan bangun ke kabinet ambil beberapa document. Nasib juga Jonathan suda kasi ready apa yang patut, so senang sikit aku compile semua. Tiba-tiba aku notis ada info yang Jonathan belum complete. Aku cepat-cepat pigi tempat dia, waktu aku dekat suda dengan meja Jonathan aku dengar sora Mia bercakap.. kaki ku automatik berhenti melangkah.

" Ada ramai ba sumandak di company kita ni Jonathan. Napa juga ko mo rapat-rapat sama si Lara tu ... janda anak satu. Ko nda takut kena gosip ka? " tanya Mia.

" Gosip apa pula ko ni. Dia kan janda. Janda kan single. Saya single. Apa masalah?" Balas Jonathan. Derang dua masi nda perasan aku ada nda jauh dari tempat durang.

" Jadi ko suka dia la ni" Tanya Mia. Aku pun ikut tertanya-tanya jawapan si Jonathan.

Jonathan terdiam.

" Muka dia macam muka ex saya dulu ba. 1st love saya.." tiba- tiba Jonathan terus terang. Terkejut aku dengar. Muka aku macam ex dia? wah.. nda sangka pula.

" nah kan.. patut lah.. jadi ko sebenarnya suka dia sebab dia mirip ko punya 1st ex la ni?" bilang Mia dengan mimik muka takajut.

" Bukan la ba begitu.. cuma kalau saya rasa saya rindu sama ex saya tu.. saya tengok ja si Lara.. terus macam ilang rindu saya... tapi teda la ba saya mo mengurat dia.. kawan ja kami " balas jonathan. Astagaaa rupanya ada cerita yang tersirat pula si Jonathan ni patut la lain macam dia punya baik sama aku. Kadang-kadang tu aku rasa macam lain juga baik si Jonathan ni sama aku, keja yang patut aku buat Jonathan selalu tolong kasi siap. Mudah keja aku! Kadang-kadang rasa macam dia tu jadi assistant aku pula, rupanya ada cerita tersirat di sebaliknya. Setakat ni teda juga dia langgar batas la. Cuma kadang-kadang memang aku notis dia pandai curi-curi tengok muka ku. Kadang tu berseri-seri betul bila dia nampak muka ku dari jauh lagi lebar betul senyuman dia, dia punya vibe tu buat aku semangat keja.

Andu ba jonathan.. rindu betul ko sama ex ko tu ah. Sayang betul ko sama dia. Ko kena kasi tinggal ka tu? bisik ku dalam hati.

Tapi sebenarnya aku rasa mia macam suka si Jonathan ba ni. Kadang tu aku perasan juga tu mia ada silik-silik time aku lepak depan meja Jonathan. Dari gaya-gaya si Mia macam aku dapat rasa ba dia ni minat sama Jonathan tapi Jonathan teda respond.

"hmmmm" Aku mendehem membagi tau yang aku wujud di sekitar derang. Spontan Mia sama Jonathan tengok serentak tempat ku.

" Lama ka suda ko berdiri situ?" tanya Mia. Aku ketawa kecil.

" Sempat juga la.. dengar pasal ex si Jonathan" jawab ku sambil tengok muka Jonathan yang ada sikit merah. Mesti dia malu ni.

"Alama.. bucur sudah rasia... kalau ya pun Lara.. ko bilang la ba.. ko tidak terdingar.. " Bilang Jonathan sambil cover dengan ketawa. Aku sama Mia ikut ketawa.

" ah.. Jonathan. si bos Aron mau minta progress report main building, saya notis tu drawing teda attached.. ada suda ko print sedia?" aku cepat-cepat ubah topik supaya nda rasa kekok dengan Jonathan.

"oh.. ada. jap ..." Dia ambil dari laci dan pass sama aku.

"Nah.."

"Thank you.. bah.. sambung la kamu gosip.." sindirku sambil kenyit mata.. ketawa lagi Jonathan sama Mia. sambil dia kasi signal jari telunjuk di bibirnya.

Lepas puas hati dengan report di tanganku, aku pun jalan menuju ke bilik Mr. Aron yang nda jauh dari bilik ku. Sesampai depan bilik bos Aron aku ketuk pintu.

" Masuk Lara"

Panggil Mr.Aron. Pintu terkuak lebar Lara masuk dan menyerahkan dokumen tu. Dia buka helaian demi helaian. Mukanya berkerut.

"Baru 25% progress. macam kita lambat dari jadual ni.. kasi ingat saya nanti kita mo meeting lagi sama Engineer.. technician yang handle main building.. lambat betul ni progress" arah bos Aron.

" ok bos. nanti saya atur. tapi buat masa ni derang semua pigi site" Mr. aron angguk kepala bila dengar jawapanku. Pastu dia cakap lagi..

"ok. kalau boleh atur dalam masa terdekat.. paling lambat pun early next week"

"Noted bos!"

"Ok.. petang ni saya ada meeting dengan CEO baru dan few other invester.. macam biasa kasi ready report material untuk meeting.. " Mr. Aron bagitau. Ceo baru? Jadi petang ni ada meeting dengan Jason. Dup! Tiba-tiba aku jadi nda senang hati. Nda tau kenapa aku rasa reluctan mau bersemuka sama Jason.

"Ada apa-apa lagi bos? Sebelum saya balik meja saya?" Tanya ku.

"Teda apa-apa. Macam biasa nanti meeting sharp 2.15pm di conference room" Aku angguk lagi, pastu angkat kaki ke meja ku semula. Masa sibuk mau inform team highland hotel, tiba-tiba ada mesej masuk di handphone

'Lara. Lunch ni jumpa di cafe depan opis ko. Saya ada mo cakap'- Andy.

Mesej dari ex husband. Automatik aku terbayang adegan Andy dengan girlfreindnya semalam. Apa la konon yang hal dia mau cakap tu? mau bagitau yang Kaira mo dapat step mom suda? hmmmm

Sampai masa lunch aku cepat-cepat keluar, dengan harapan kawan-kawan kerja yang lain nda pigi makan di cafe depan opis. Aku malas kena nampak jumpa dengan ex husband. Nanti durang banyak tanya. Nda lama tu aku nampak suda Andy duduk sana dalam cafe. Aku masuk dan terus duduk kerusi sebelah dia.

"Lara.. saya ada hal serius mo cakap ko" serius muka andy.

" ba.. cakap la"

" Lara.. lets remarry"

" What?! Eh.. buduh. Malas saya mo cakap.. sana lah ko!!" rasa mcm tu valcano mo melatup ja kepala ku dengar cakap si Andy. Buli-buli dia panggil remarry sedangkan baru kemarin malam aku nampak depan mata dia kissing-kissing sama Kamila. Sot ka suda dia ni?

Andy tangkap tangan ku dan tarik kuat. Badan ku terumban ke badannya. Cekap tangannya tangkap bahu ku dan kasi aku mengadap muka nya yg serius. Aku try kasi lepas tapi kuat betul. Sampai sakit lengan ku dia pigang.

" eh.. lepas la!"

" Please.. for Kaira" rayu Andy macam sora terdesak. Ah gila talak ni jantan.

" Serius andy? Baru ja saya nampak ko sama Kamila becium depan kereta kemarin malam. Hari ni tiba-tiba ko mo panggil aku balik sama ko? Ko ada utak ka? Apa ko pikir? " Marahku lagi. Andy senyum. Menyampah betul aku tengok dia senyum. Aku gini punya marah sempat lagi dia senyum.

"Oh.. ko nampak?... ko jeles la ni?.. teda tu saya cium dia. Saya pura-pura ja macam cium dia.. saya tiup rambut dia saja tu... saya tau ko sakit hati jeles... saya buat mcm tu mo tengok ko jeles ka tidak.. saya..." cepat-cepat aku putung cakap andy.

"Jadi ada ko nampak saya jeles? Teda kan.. bukan ko suda move on ka? Ko ada gf suda.. ok ja pun kita jaga Kaira mcm ni .. gilir-gilir. Bukan dia jadi anak yatim pun.. dapat pun dia kasih sayang dua-dua ibu bapa.. apalagi yang mo remarry ni.. nda puas-puas lagi ka kita mo gaduh masa kawin dulu.. suda cerai pun mo sambung gaduh lagi " Marahku. Geramnya. Sedap-sedap dia pi cium perempuan depan aku kemarin hari ni bilang mo kawin balik sama aku. Kirim salam saja lah!!

" Lara ba.. saya betul-betul ba ni mo kita balik lagi.. bukan demi Kaira saja.. saya masi sayang ko ba.. betul-betul saya masi sayang ko. Saya menyesal betul kita jadi begini.." rayu Andy. Soranya terdesak betul. Sebenarnya aku tersentuh juga tu dingar luahan dia. Tapi susa ba aku mo pecaya. Bagus-nagus suda aku move on mo balik lagi serabut sama dia?

" menyesal? Huh.. pelik. Itu ka cara orang menyesal? Peluk-peluk cium-cium dengan gf depan ex wife pastu bilang mo balik lagi sama ex wife! Adui.. ada ka otak kau?!" Berapi -api ba geram ku sama dia ni.

" Lara.. saya..." macam susa dia mo cari ayat.

" cukup. No turn back!! Kita suda divorce. Titik!! Hubungan kita cuma sebagai ex husband / ex wife.. parents to kaira!! Itu ja.."

" ok.. apa ko mo saya buat kasi bukti saya betul-betul sayang ko.. saya betul-betul mo balik sama ko" mengharap betul mata dia. Kalau dulu mungkin aku cair. Tapi aku bukan Lara yang dulu.

" nda payah bukti-bukti segala. Saya nda mo balik sama ko.. saya nda sayang ko suda. Saya nda sanggup idup sama ko.. Kita sudah carai!!" Hampir jerit aku cakap dia. Andy terdiam. Aku nampak di matanya. Luka. Sakit. Sengsara. Ah.. tiba-tiba aku rasa hati ku macam ada rasa ngilu tengok muka Andy yang macam kesakitan. Macam kena gigit juga tu hatiku.

" Sampai hati ko cakap macam tu.. " pelan sora dia. Aku teguk air liur. Elak tengok muka nya. Matanya.

" Ada ka cara ... ada ka yang saya buli buat supaya ko sayang saya balik ... supaya ko terima saya balik.." pelan... lembut Andy tanya. Pegangan tangannya start longgar. Macam begagar pun ada. Aku silik mukanya. Macam menahan sebak. Auto mataku rasa berair.

Aku geleng pelan.

" Teda.. we are done" tangan Andy terlerai. Dia tarik napas panjang.. aku tau dia cuba tahan. Tidak mo nangis depan ku. Tapi muka nya memang macam mo nangis suda.

" No we are not done! I'm still so much in love with you. Napa ba saya kasi cerai ko..?" Menyesal betul sora dia. Terus aku ingat cakap Linda. Our marriage macam kena sihir pemisah. Bila sama-sama panas betul. Benci betul. Marah-marah. Ada saja yang jadi punca gaduh. Kami syak mami dia punya kerja. Tapi teda bukti.

" Sebab... habis suda jodoh.. " balas ku pelan. Andy napas berat macam berabis tekan rasa sakit dalam dadanya.

" Lara... saya nda paksa ko jawab sekarang.. i give you time to consider" aku nda jawab tapi geleng kepala saja.

Sejak divorce aku rasa aku berada di zon selamat. Masa kawin dengan Andy aku rasa macam mo gila hari-hari gaduh. Stress. Depressed. Betul la kali ah.. kena sihir? Tapi macam ni lagi bagus.. kalau la kami berubat. Later on orang tu sihir kami lagi balik? Sampai bila la aku mo tangung sengsara?

*****


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C4
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン