アプリをダウンロード
50% FANTAHOMO (BL MELAYU) / Chapter 3: Obsesi: Part 2

章 3: Obsesi: Part 2

Di pagi hari sabtu, tatkala semua masih lagi dibuai mimpi kerana hari cuti ialah hari yang terbaik untuk pelajar untuk tidur extra time. Namun tidak bagi Raziq, dia mula mengemas bilik and basuh pakaian. 

Raziq kehulur kehilir dari bilik dan tong sampah yang berada di luar blok kerana mengemas. Keadaan sunyi sepi pada pukul 8 pagi di blok adalah perkara yang biasa.

Kemudian, Raziq terdengar bunyi tapak kaki ketika orang itu menuruni tangga. Raziq cuba mengintai dari jauh untuk melihat siapa yang akan turun. Adakah si tinggi helok ataupun si helok main gitar itu?

Kakinya melangkah lalu Raziq palingkan badan untuk tidak nampak obvious tengah mengintai. Dia menyibukkan diri membuang sampah dari penyodok. 

'Puk pukkk'

Mata Raziq masih melilau untuk melihat.

Rupanya si tinggi helok itu ingin membuang sampah juga. Mata mereka bertentangan.

Si tinggi itu senyum. Raziq juga balas senyuman itu.

Sedetik Raziq ingin pergi, si tinggi itu membuka mulut dan bertanya, "Hmm kat sini restoran apa sedap?"

Raziq menoleh semula dan menjawab, "Oh sini yang best kedai yang tepi Petronas tu, Kedai Cik Nah pun sedap. Kalau nak jauh sikit, boleh rasa masakan kampung padu kat Restoran Bawang Api" 

Raziq mencuba untuk kelihatan mesra walaupun soalan itu kedengaran aneh dan ganjil. Dah la nama dia pun tak tau lagi. Tiba-tiba tanya pasal restoran. Mungkin si tinggi itu malu tapi ingin bertanya.  

"Oh terima kasih" senyumnya lagi sampai menampakkan kedutan pada mata. Kemudian dia naik ke atas.

"Lah? Itu je. Takpelah aku anggap itu pun satu effort sebab dia sudi cakap dengan aku" kata Raziq dalam hati dengan wajah bingung tapi hatinya ingin meledak sebab lelaki itu menegurnya.

°•°•°•°•°•°

Raziq memberitahu hal yang berlaku antara dia dengan lelaki tinggi itu pada rakannya, Alif. Alif juga kelihatan buntu dan ingin melakukan sesuatu. Alif merupakan kaki stalker terhebat.

"Aku tak puas hati lah tak dapat tau nama dua ekor tu" Kata Alif.

"Itulah, diorang ada baju fakulti yg ada nama sekali kat depan. Tapi aku tak pernah nampak diorang pakai" Jawab Raziq.

"Apa kata kita buat kerja gila sikit?" Alif mencadangkan sesuatu dengan muka sinisnya.

"Kau nak buat apa gila?" Tanya Raziq dengan resah.

"Takyah banyak tanya. Kau ikut je aku!" Tegas Alif sambil sengih.

Kemudian mereka berdua pergi menghala ke pejabat. "Kita nak pi pejabat ke ni?" Soal Raziq.

Alif mengangguk dan tersenyum, "Nak settle kan sesuatu"

Pejabat urusan bagi setiap blok terletak tidak jauh daripada blok mereka. Pejabat itu dibuka untuk sebarang aduan atau isu.

Mereka berdua pun masuk ke dalam pejabat, lantas...

"Assalamualaikum Puan, plug dalam bilik saya rosak" kata Alif yang berada di kaunter pertanyaan. 

Raziq pula mengasingkan diri dan duduk di atas kerusi yang disediakan sambil melihat sekeliling pejabat.

Beberapa minit kemudian, "Jom! Dah settle" kata Alif sambil keluar dari pejabat.

Seusai mereka berada di dalam kereta, "Nah aku dah ada nama diorang"

"HUH??? KAU BUAT APA?" Raziq sangat terkejut melihat gambar yang diambil Alif. Gambar tersebut mengandungi senarai nama penduduk di blok tersebut.

Alif hanya tergelak dan bangga dengan kemahiran stalk nya itu.

"Ok Afiq dah tau, so... Irfan and... Faris" Raziq membaca nama yang ada dalam senarai tersebut. 2 nama itu dapat dikesan sebab kod kursus mereka persis dengan Afiq. Maka terbukti 2 nama tersebut ialah rakan sekelas Afiq itu.

Namun begitu yang mana si tinggi dan yang mana si gitar itu tidak dapat dikenalpasti. 

Nama penuh dan nombor telefon sudah ada. Pastinya makin mudah untuk mereka stalk social media mereka untuk camkan identiti mereka. Walaupun dah 2 bulan sudah duduk di bawah bumbung yang sama, mereka tidak tau nama sesama sendiri lagi. 

°•°•°•°•°•°

Mereka berdua berjaya stalk social media masing-masing. So info yang berjaya dikutip;

1) Afiq - kawan yang sudah berkenalan

2) Irfan - si tinggi

3) Faris - si gitar 

Sejak Irfan make moves untuk berbual dengan Raziq untuk kali pertama, mereka selalu bertembung dan berbalas senyuman. Ini merupakan langkah pertama bagi mereka untuk kenal lebih rapat. Namun mereka berdua pemalu orangnya. 

Setelah breakup dengan boyfriend nya beberapa bulan lepas. Raziq berhenti mencari boyfriend dalam aplikasi macam Grindr, Blued atau seumpamanya. Namun untuk gay macam dia, kalau tanpa apps ni, nak jumpa boyfriend kat mana lagi kan? Kalau bernasib baik dapatlah DM seketul dua kat Instagram kalau orang nak 'try' since gay sekarang amat berani. 

Kesenduan Raziq semakin bertambah akibat terlalu banyak menonton BL dan membangkitkan rasa berteman tapi dia sekarang dalam fasa fokus pada crush sahaja.

Memperkenal;

Misi Mendekati Crush! 

Oleh: Raziq

Raziq mencuba untuk berani dengan Irfan. Harap dia notice more. Bukan apa, kadangkala orang crush dari jauh je. Raziq sukakan cabaran.

Misi pertama;

Bilik Raziq berdekatan dengan tempat sidai baju yang disediakan untuk blok tersebut. Jadi, senanglah untuk Raziq mengintai kalau crush dia yang tengah sidai baju. Pada suatu petang, Raziq tiada kelas dan ada masa yang lapang. Raziq jemur pakaian lalu menonton BL di bilik seperti biasa. Kedengaran ada yang balik selepas kelas tamat iaitu mereka bertiga budak sains sukan itu. 

Raziq mengintai lagi, kelihatan si tinggi itu membawa bakul untuk sidai baju juga. Ruangan sidai baju itu pula cukup cukup untuk 2 orang sidai baju kalau baju setiap orang banyak. Lantas Raziq terlintas untuk konon konon melihat baju yang sudah kering untuk diambil dan dapat berikan ruang yang lebih untuk crush dia sidai baju. 

Raziq keluar lalu melihat si tinggi itu menjemur bajunya satu per satu. Mereka berdua hanya berbalas senyuman. Lalu, Raziq perasan sesuatu janggal dan kelihatan si tinggi itu tidak mempunyai penyepit. Apa guna kau jemur baju tapi tak sepit kan? Terbang dek angin nanti.

"Nak tak?" Soal Raziq sambal menghulurkan beberapa penyepit.

Si tinggi itu kelihatan terkejut dan tersenyum. Meskipun dia kelihatan teragak-agak, dia gagahkan diri jua untuk menerima pelawaan si Raziq itu. 

"Terima kasih" Balas si tinggi itu sambal tangan mereka bersentuhan sedikit Ketika mengambil penyepit yang berada di tapak tangan Raziq. 

Raziq kelihatan bangga apabila pelawaannya itu langsung tak ditolak malah digunakan?  Misi pertama Raziq agak Berjaya malah lebih dari yang dia sangka. 

Misi kedua;

Bagi tandas kongsi ni, of course banyak moment mencolok mata. Sesuatu yang Raziq perasan, si tinggi itu saja yang tak akan shirtless kalau lepas mandi. Kali ini, tuala Raziq diikat rapi sampai menampakkan bumper belakangnya yang padat. 

Hari tersebut terlalu hangat dan Raziq mengosok gigi di hadapan cermin dengan tidak berbaju. Adakala dia menyanyi kerana keseorangan di dalam tandas. Plus, siapa je tahan untuk tak nyanyi dalam tandas. Barulah feeling Akademi Fantasia. 

Kedengaran derapan tapak kaki dari arah tangga. Raziq berhenti menyanyi dan cover supaya tak mau kelihatan gedik. Oleh kerana gelabah, berus gigi Raziq jatuh ke lantai. Serentak pula, si tinggi masuk ke tandas and terlihat keadaan itu. Bakul mandian si tinggi itu terjatuh dan mereka berdua terdiam.

"Nak mandi dulu?" Si tinggi itu cuba untuk cover kejanggalan itu seusai mengutip barang mandian tersebut.

"Kau mandi la dulu" Jawab Raziq sambil jelas kelihatan si tinggi itu tertunduk dan cuba elakkan bertentangan mata. 

"Dia nervous ke?" Bisik hati Raziq lalu tersenyum di hadapan cermin. 

Misi ketiga;

Hari tersebut merupakan hari penting bagi Fakulti Raziq. Program Ceramah Kerjaya Graduan diadakan dari pagi. Makanan dan minuman juga disediakan. Selesai sudah program tersebut, bungkusan makanan diedarkan. Namun, terdapat lebihan beberapa bungkusan makanan.

"Aku boleh kasi dia ni~" Raziq terlintas untuk membawa pulang lebihan makanan tersebut. 

Setibanya di blok asrama, Raziq tercari cari kereta milik si tinggi itu. Sama ada dia sudah pulang atau belum. Ternyata belum pulang lagi. 

Raziq bersedia di dalam biliknya sambil menunggu dia pulang dari kelas. Dia mengintai dari tingkap melihat kereta siapa yang pulang.

Kelihatan kereta si tinggi itu diparkir.

Raziq bergetar kerana tindakan ini terlalu berani dan dia tidak berani untuk memberikan makanan tersebut.

"Apa dia fikir nanti kalau aku kasi makanan ni? Mesti dia pelik" Buntu Raziq.

Raziq membuka pintu dengan perlahan dan melalui ruangan kecil dari pintu itu, dia mengintai sama ada dia sudah naik ke atas atau belum.

Si tinggi itu baru nak melangkah tangga yang pertama, Raziq dengan pantasnya mengambil makanan tersebut lalu mengejar dia.

"Irfan!" 

"SHIT SHITTTTTT KENAPA AKU TERPANGGIL NAMA DIAAAAA" Hati Raziq ingin teriak sekuatnya kerana terbabas memanggil nama si tinggi itu sedangkan mereka tak pernah ada perbualan untuk tanya nama masing masing.

Si tinggi itu terhenti dan jelas di mukanya kerana terlalu terkejut. Dia berpusing dan menghadap Raziq.

"Fakulti aku tadi ada program. Ada makanan lebih. Kau nak tak?" Raziq dengan pantas tanya dia setelah dunia nya terhenti sesaat kerana terlalu bodoh memanggil namanya. 

"Oh sorry, aku dah makan tadi. Sorry eh" Si tinggi itu menolak dengan muka yang kecewa lantas terus naik ke atas. 

Tangan Raziq menggeletar.

Adakah sebab terpanggil nama?

Ataupun sebab rasa macam kene reject?

︿‿⁠ ︿‿⁠︿‿⁠︿

Hai readers, apa yang korang rasa kalau kat tempat Raziq?

Dah vote ke tu? ಠಿ⁠_⁠ಠ

Jangan lupa vote tau. ★


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C3
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン