アプリをダウンロード
75% THE GOD OF ELEMENTS / Chapter 6: Red Flowery

章 6: Red Flowery

Hunner bangkit berdiri. Mentari pagi mula tersingkap keluar di sebalik celah gunung. Jalur cahaya menyinari seluruh kawasan Greeny Forest. Kicauan kawanan burung menjadi alunan musik yang mengasyikkan di tambah dengan keriuhan serangga yang mula memasuki sarang masing-masing, melindungi diri dari para pemangsa. Aroma alam begitu mengasyikkan. Hunner merasakan ini adalah pagi yang amat indah, sepanjang hidupnya.

Tubuhnya begitu bertenaga, aliran energy menyebabkan dirinya terasa seringan kapas. Sangat mengagumkan. Hunner menarik nafas sedalamnya. Begitu indahnya alam immortal. Senyuman terukir di wajahnya. Rambut hitamnya dibuai oleh bayu pagi, kabus dingin membasahi permukaan kulitnya.

"Aku telah tersadai beberapa hari, namun itu berbaloi. Kini aku tidak perlu memikirkan terlalu keras lagi untuk mendapatkan Bloody Sun Elixir. Aku kini seorang immortal".

Hunner mengenggam telapak tangannya. Dia masih seakan tidak percaya mimpinya kini menjadi kenyataan. Meskipun sering berazam untuk menjadi immortal, tapi dia tidak menyangka akan secepat ini.

"Red Flowery. Hmm aku akan mencuba sehebat apa seorang immortal, apakah tumbuhan spiritual itu mampu berselindung lagi".

Hunner melompat ke permukaan tanah. Menyentuh lembut dedaun kering yang terdampar di atas tanah. Perlahan dia mengorak langkah, satu langkah, 5 langkah, 30 langkah dan semakin cepat.

"Hahaha ini sangat hebat. Aku bahkan lebih laju dari seekor kuda elit. Sangat hebat. Alam immortal sangat hebat".

"Hmm itu hanya pada permukaannya. Alam immortal tidak seindah rupa. Akan sampai waktunya nyawamu akan berada di hujung tanduk, menunggu untuk di cabut. Jadilah seorang immortal yang sentiasa berada di dasar 'tasik', rendahkan dirimu sehingga kamu mampu untuk melindungi dirimu sendiri".

Yoda yang tidak bergerak dari altar mewahnya di dalam lautan jiwa Hunner, membuka matanya.

"Mencari Red Flowery terlalu mudah bagi seorang immortal.Sudut pandang seorang immortal jauh berbeza dari manusia fana.Hanya fokus kepada keadaan sekitarmu, sebarkan gelombang penglihatan sehingga menjadi sebuah bulatan menyerupai sebuah domain. Dan, kamu akan mengenalpasti setiap objek yang berada dalam 'domain' penglihatanmu.Ini di panggil eagle-eye bagi sesetengah immortal".

Hunner mendengar dengan teliti. Itu pengajaran pertama dari Yoda. Hunner sering mendengar bahawa seorang immortal mempunyai kebolehan yang mampu melihat sehingga berbatu jauhnya dan masih mampu mengenalpasti objek sekecil buah anggur.

Hunner mula mengatur pernafasannya. Dia mula fokus merasai keadaan sekitarnya. Setiap pohon, serangga, dedaun yang gugur dari dahan, cacing yang merayap di celah batu dan segalanya yang berada dalam jarak 100 meter, Hunner perlahan merasai keberadaan sekitarnya. Sudut pandangnya mulai menjadi lebih fleksible, dia kini mampu melihat ke arah celah-celah batu yang berjarak hampir 200 meter.

"Aku berjaya. Hahaha ini sangat mengagumkan. Kamu sangat hebat Yoda". Hunner melompat kegirangan. Hatinya bagai dipenuhi dengan bunga-bunga indah. Dia tidak pernah merasa sebahagia ini.

Hunner melihat ke kejauhan, setelah mengenalpasti objek, dia akan berlari seperti orang gila ke arah objek itu. Jika itu benar, dia akan meloncat-loncat kegirangan. Yoda yang hanya memandang dari lautan jiwa Hunner, hanya tersenyum. Dia tahu Hunner lahir dari keluarga fana, yang mana menjadi seorang immortal hanya sekadar angan-angan.

"Apakah kamu lupa tujuan asalmu? Kamu ingin mengumpul tumbuhan spiritual Red Flowery bukan? ".

"Oh iya. Aku hampir lupa. Haha aku hampir lupa diri".

Hunner kemudian mula fokus mengimbas keadaan sekitarnya. Dia berlari dengan pantas merentas Greeny Forest yang luas. Kini dia telah menjadi seorang immortal, tubuhnya menjadi lebih kuat, staminanya hampir tanpa batas. Pada awalnya, dia hanya mampu bergerak selama beberapa jam sebelum merasa lelah dan kehabisan tenaga, kini dia merasakan mampu berlarian sepanjang hari tanpa merasa penat.

Setelah mencari selama beberapa jam, Hunner menemui 11 Red Flowery di sepanjang perjalanannya. Hunner yang sedang duduk di atas sebuah batu besar dengan tangan kirinya memegang Red Flowery dengan bangga.

"Yoda. Apakah peringkat immortal wanita yang aku temui sebelumnya? Berapa lama untuk aku mencapai level seperti itu? ". Wajah immortal wanita itu tiba-tiba terlintas di fikiran Hunner. Dia masih merasakan aura yang menakutkan dari tubuh immortal wanita itu.

"Tidak ada cara untuk mengetahui secara tepat peringkat immortalnya. Namun, itu jauh lebih tinggi darimu. Berdasarkan dari aura yang dilepaskannya, immortal itu mungkin telah mencapai universe immortal. Itu bergantung dengan keberuntungan dan usaha untuk kamu mencapai level itu. Itu tidak mudah tapi tidak mustahil untuk di capai".

"Universe immortal? Aku pasti akan mencapainya satu hari nanti".

Hunner tahu beberapa peringkat dalam alam immortal. Dia pernah mendengar dari ayahnya. Alam immortal mempunyai peringkat berdasarkan energy core dalam tubuh. Peringkat awal adalah human immortal, sepertinya. Kemudian spiritual immortal, heavenly immortal, star immortal dan universe immortal.

"Dunia immortal terlalu luas. Kamu hanya berada di permulaan perjalanan. Haha aku telah melihat banyak hal di dunia ini, dan kini giliranmu". Aura gelap mengelilingi Yoda. Dari raut wajahnya, jelas ada kesedihan yang sukar di ungkapkan.

Hunner meneruskan pencariannya, tanpa menyedari apa yang difikirkan oleh Yoda. Hunner hanya berhenti apabila matahari mula turun di garis pergunungan. Dia menghela nafas dalam-dalam, kemudian meloncat ke satu dahan pohon sederhana besar. Pemandangan Greeny Forest tepampang di depan matanya.

"Satu hari lagi berlalu. 66 Red Flowery. Aku menemukan jauh lebih banyak dari yang aku jangkakan, jika aku menyerahkan ini untuk setiap misi yang aku ambil, pasti akan menyebabkan keriuhan".Hunner tahu adalah mustahil bagi seorang yang bukan immortal mampu mengumpul tumbuhan spiritual sebanyak itu.

"Untuk apa kamu menyerahkan itu? Untuk membeli elixir itu? ".Yoda bersuara secara tiba-tiba, menghancurkan ego Hunner yang baru tumbuh.

"Erkk.. Pada asalnya, ya, untuk mengumpul duit dan membeli Bloody Sun Elixir. Tapi kini, aku tidak pasti tujuanku untuk mengumpul tumbuhan spiritual ini". Hunner mengaru kepalanya. Dia kemudian bersandar pada dahan pohon. Kakinya di angkat dan di letak di atas dahan lain.

"Hidupku berubah dengan sangat pantas. Aku pernah menyimpan mimpi untuk menjadi seorang immortal yang terkuat. Menguasai sebuah wilayah dan mampu hidup dengan senang tanpa memikirkan masalah kewangan. Dan kini aku telah menjadi seorang immortal, apakah jalur yang aku akan lalui adalah sesuatu yang benar?".

"Haha tidak ada yang salah dan benar dalam sebuah jalur immortal. Itu bergantung kepada corak pemikiran. Jangan pernah percaya bahawa semua orang akan menyukai mu, pasti akan ada yang musuh dan akan berusaha melenyapkanmu. Itu pernah berlaku di masa silam ku. Dan aku tidak akan membenarkan itu berlaku semula".

Hunner diam seribu bahasa. Dia tidak pernah bertanya mengenai masa silam Yoda. Walaupun dia baru mengenal Yoda, itu sering tersenyum dan sentiasa tenang. Dia tidak menyangka Yoda memiliki kisah silam yang gelap.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C6
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン