アプリをダウンロード
38.09% KAU BIDADARI SYURGAKU / Chapter 8: BAB 07

章 8: BAB 07

SUNYI sepi keadaan di dalam kereta ketika ini. Shadrina rasa kurang selesa. Dia tidak menyangka, Shahril segigih ini mahu menghantarnya ke tempat kerja. Ingin ditolak, dia bimbang akan dikatakan tidak sudi. Lagipun, dia bukan sendirian di pondok menunggu bas tadi. Jika dia menolak, bimbang dia bakalan menjatuhkan air muka Shahril. Dia lakukan semua ini sekadar ingin menjaga hati sahaja. Tidak lebih dari itu.

Shahril menjeling Shadrina di sebelah dengan ekor mata. Dia tahu wanita itu tidak selesa atas bantuannya. Niatnya ikhlas mahu menghantar.

"Cikgu," Shadrina ingin meluahkan sesuatu. Jika dia tidak meluahkan apa yang sedang dibekam dalam hatinya ketika ini, pasti semakin tinggi budinya pada guru muda itu.

Shahril memandang Shadrina lagi, sekilas, bila Shadrina mula bersuara.

"Mulai esok, cikgu tak perlulah hantar saya macam ni lagi. Saya boleh naik bas."

"Tak apalah, lagipun saya tak buat apa-apa kat rumah." Balas Shahril. Sesungguhnya hatinya senang dapat menghantar Shadrina. Sekurang-kurangnya terlepas juga rasa rindunya terhadap gadis itu.

"Ya, minggu ni minggu cuti sekolah, bolehlah cikgu hantar saya macam ni. Tapi, kalau cikgu dah mula mengajar, tak kan cikgu nak terus hantar saya? Nanti, lewat pula cikgu ke sekolah."

Shahril terdiam. Tidak terfikir pula dia akan hal itu.

"Tak apalah, saya boleh ke sekolah lewat sikit." Kerana cinta sanggup Shahril berbuat apa sahaja. Kuat sungguh penangan cinta.

"Cikgu, tolonglah jangan buat saya rasa serba salah. Saya dah dewasa, saya boleh naik bas sendiri. Saya tak nak susahkan cikgu," bersungguh Shadrina menjelaskan.

"Tak apa, saya cuma mahu menolong. Salah ke saya nak tambah pahala?" Shahril menjerat dengan soalan itu.

"Lebih tinggi pahala cikgu mengajar anak-anak bangsa kita dekat sekolah tu, dari hantar saya seorang ni ke tempat kerja. Kalau cikgu terus bersikap macam ni, saya tak selesa." Shadrina cuba berkeras.

Bukan dia tidak membenarkan Shahril menambah pahala. Rasanya dia tidak perlukan pertolongan lelaki itu. Dia masih ada kudrat untuk pergi dan balik kerja dengan menaiki bas.

Shahril terdiam. Tidak tahu apa yang ingin diluahkan bila Shadrina sudah berkata begitu.

"Okey, next week saya registerkan nama awak dekat akademi memandu. Awak ambil lesen kereta. Bila dah ada lesen kereta, saya belikan awak kereta untuk awak pergi dan balik kerja, okey tak?" cadang Shahril, beria-ia sekali.

Shadrina mengluh berat mendengar cadangan Shahril itu. Seolah lelaki itu menganggap semua perkara untuk membantunya satu perkara enteng. Hakikat yang sebenar, selagi dia terus menerima segala bantuan lelaki itu, semakin ketat lehernya terjerut dengan budi yang sudah menggunung.

Dia tahu Shahril menyukainya. Tapi itu bukan alasan untuk dia menerima kesenangan dari lelaki itu. Dia bimbang suatu hari nanti setiap inci budi lelaki itu akan diungkit satu per satu. Dia tidak mampu membayarnya.

"Saya tak tahu nak kata apa, cikgu." Shadrina membuang pandangan ke luar kereta.

"Apa yang boleh saya bagi tahu cikgu, saya tak boleh terima cadangan cikgu tu. Bukan tak bersyukur. Cuma saya rasa, dah tiba masanya untuk saya tentukan hala tuju hidup saya sendiri. Saya tetap berterima kasih pada cikgu atas bantuan dan budi cikgu selama ni. Budi baik cikgu hanya Tuhan sahaja yang mampu balas," sambung Shadrina. Dia berharap Shahril memahami hatinya.

Shahril berdegus lemah.

"Berhentikan saya dekat depan bus stop tu, cikgu," pinta Shadrina sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah pondok menunggu bas yang telah dimaksudkan.

"Bus stop depan tu ke? Mana ofis awak?" tanya Shahril, hairan sambil memusing setereng ke kiri. Memakir keretanya di hadapan pondok menunggu bas yang telah dimaksudkan Shadrina.

"Ofis saya tak jauh dari bus stop ni. Saya boleh jalan kaki," jawab Shadrina sambil membuka pin tali pinggang keledar. Hakikat yang sebenar, dia tidak mahu Shahril tahu. Kerbarangkalian Shahril akan menjemputnya petang nanti adalah tinggi jika lelaki itu tahu di mana tempat dia bekerja.

"Saya harap, cikgu memahami saya dan tidak mendesak saya. Mulai esok, cikgu tak perlu hantar saya macam ni lagi. Berilah saya peluang untuk buat keputusan sendiri dan tentukan hala tuju hidup saya, cikgu. Andai cikgu masih memaksa saya seperti pagi ni, jangan terkejut kalau cikgu tak akan bersua dengan saya lagi. Saya harap cikgu tak ekori saya. Assalamualaikum."

Walaupun rasa bersalah kerana telah mengugut lelaki yang telah banyak menabur budi terhadapnya itu, dia tetap gagahkan diri. Dia buat semua ini demi kebaikan bersama.

Shahril terpaku mendengar kata-kata Shadrina. Belum sempat dia bersuara, daun pintu sudah ditutup. Nampaknya, Shadrina kini bukan lagi Shadrina yang dulu. Gadis itu semakin dewasa untuk menentukan hala tuju hidupnya sendiri.

"Rin… andai kau tahu betapa dalamnya cinta aku pada kau," rintih Shahril sendirian sambil memandang Shadrina yang sudah melangkah jauh. Dia tidak mampu menahan dan mengejar. Dia tidak mahu hubungan baiknya dengan Shadrina tergugah.

# # # #

SENYUMANNYA masih terukir di sebalik bibir sejak tadi. Apa yang berlaku di rumah tadi benar-benar tidak disangka-sangka. Bagaimanalah emaknya boleh terfikir yang dia seorang gay? Masakan hanya kerana dia masih belum punya kekasih hati kala usia sudah mencecah 30 tahun dia terus di cop gay?

Dari manalah emaknya itu boleh tahu pasal gay? Pasti dari adik-adiknya. Apa yang pasti, dia bukan seorang gay. Kekangan masa dek kesibukan kerja menyebabkan dia kurang bersosial untuk mencari teman wanita atau berpacaran. Target hidupnya ketika ini adalah mahu memajukan Shaf Engineering Sdn. Bhd. sehingga dikenali sebagai sebuah syarikat pembinaan milik bumiputera yang berjaya.

Lagipun, dia masih belum bertemu dengan wanita yang betul-betul biasa buat hatinya berdetak kencang. Walaupun emaknya sibuk melobi Zenia, namun hatinya sedikit pun tidak tertarik dengan wanita itu. Ya, Zenia seorang wanita moden yang pandai bergaya, berkaliber dan bijak. Namun, itu bukan ciri-ciri wanita yang dia mahu untuk dijadikan suri hatinya.

Hari ni dia mula kerja… desis hatinya. Sebenarnya ada hal lain yang menyebabkan bibirnya terus mengukir senyuman. Stereng kereta terus dikawal dengan senyuman meleret. Tidak sabar dia mahu sampai di pejabat. Dia teringin melihat wajah gadis itu! Gadis yang telah menggetarkan jiwanya semasa sesi temuduga Isnin lalu.

"Siti Shadrina." Nama itu terus melekat di hujung bibirnya sejak kelmarin. Nama yang padanya, sedikit klasik dan sedikit moden. Sukar untuk dia melihat seorang wanita yang bergaya ringkas seperti gadis itu. Bertudung biasa tanpa berlilit di mana-mana. Berbaju kurung labuh tanpa memperlihatkan bentuk tubuhnya. Gadis seperti itulah yang dia inginkan selama ini. Merendah diri dan akan tersenyum walaupun disindir teruk.

Entah bagaimana ketika dia sedang fokus memandu, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton bergerak keluar dari bahu jalan tanpa memberi isyarat terlebih dahulu. Mendadak Shafiz menekan hon dan brek keretanya, serentak.

Tooon!

"Astaghfirlahalazim…" Shafiz beristifar panjang. Bersyukur dia kerana tidak belanggar. Namun, amarahnya tetap meledak bila ada manusia tidak berhemah seperti itu. Dia kembali menekan pedal minyak dan memakir kenderaannya ke bahu jalan berhadapan dengan kereta tadi. Dia melangkah keluar untuk meraih satu penjelasan.

"Bro, macam mana kau bawa kereta ni, bro?" tanya Shafiz, bengang bila melihat pemandu kereta itu sudah berdiri di sisi keretanya.

"Maaf bro, memang salah aku. Aku minta maaf sangat-sangat."

Pohon lelaki itu beria-ia sekali dan mengaku akan kesalahannya. Seketika kemudian mereka berdua terkaku seketika. Mereka saling cuba mengecam wajah masing-masing.

"Shah ke?" tanya Shafiz antara yakin dan tidak. Wajah lelaki di hadapannya seolah dia kenal.

"Kau…" Lelaki itu turut cuba mengingat wajah Shafiz. "Shaf kelas 5 Sains 1?" tebak lelaki itu, teragak-agak.

"Ya ALLAH, tak sangka boleh jumpa kau kat sini. Kecilnya dunia ni. Kau apa khabar?" tanya Shafiz teruja sekali lalu mereka bersalamanan dan berpelukan untuk seketika. Mereka dipertemukan dengan insiden kecil yang hampir mencetuskan pergaduhan.

"Aku baik. Kau buat apa kat sini?" Soalan bertukar kepada rakannya yang bernama Shah itu.

"Aku kerja kat kawasan sini," jawab Shafiz, jujur.

"Ooo…"

"Kau pula buat apa dekat sini?"

"Aku ada hal sikit tadi."

Shafiz angguk akur. Dia memandang jam di pergelangan tangannya. Dia sudah lambat!

"Sorry bro, aku dah lambat nak ke pejabat ni. Macam ni," Shafiz mengeluarkan kad nama yang selalu ada di dalam poket baju kemejanya lalu dikeluarkan sekeping. Kad namanya itu dihulur kepada kawan lamanya itu.

"Ini kad nama aku. Ada nombor telefon aku sekali. Senang-senang kau boleh call aku. Manalah tahu nak lepak minum sama-sama? Lama aku tak dengar cerita kau. Nak tahu, apa cerita kau sekarang."

Kad namanya disambut baik oleh kawan lamanya itu.

"Okey, nanti aku call kau," balas kawannya itu turut teruja dengan pertemuan ini.

"Aku minta diri dulu. Jangan lupa call tau?" pesan Shafiz lalu mereka bersalaman sebelum melangkah semula menuju ke keretanya.

Sampai sahaja di dalam kereta dia terus memandu menuju ke pejabatnya. Ada yang lebih penting di pejabatnya ketika ini. Beberapa saat kemudian, telefon pintarnya berdering. Tetapi deringan itu berbunyi hanya seketika. Tahulah dia yang panggilan itu dari kawan lamanya tadi.

Lima minit kemudian, dia sudah berada di hadapan pintu masuk pejabatnya. Dengan rasa berdebar dan teruja yang bergaul menjadi satu, dia menolak pintu pejabat itu ke dalam. Terbuka sahaja pintu, pandangannya dijamu dengan wajah insan yang benar-benar dia ingin temui sejak kelmarin. Hatinya tiba-tiba disapa rasa tenang bila melihat wajah indah di hadapannya itu. Tanpa sedar, senyuman mula mekar di hujung bibirnya.

Tanpa Shafiz sedari, ada sepasang mata sedang memandang sinis ke arahnya ketika ini.


クリエイターの想い
Cik_Bintang Cik_Bintang

Hazel Jay - Penulis dari Malaysia.

Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C8
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン