Ryan mencuci wajahnya. Rasa geramnya tak habis lagi. "Kurang ajar! Boleh pula dia menggatal dengan si Hafiz tu. Ingat aku ni tunggul?"
Jannah mengekori Ryan hingga ke luar tandas. Kalau masuk tandas lelaki, habislah. Terkejut beruk nanti.
Ryan keluar dari tandas. Dia membetulkan butang kotnya. "You okay?"
"Jangan pura-pura tak tahulah! You memang nak I sakit hati pun. Sebab tu you keluar dengan Hafiz tu!" tempelak Ryan.
"You merepek apa ni, sayang. Dia tu bawa I datang sini sebab mummy you yang invite dia."
'Bonda invite dia?' telah Ryan dalam hati.
"I datang pun sebab Hafiz yang ajak. Kalau you nak jealous tak tentu pasal tak payahlah."
Jannah mahu berlalu pergi. Tangannya dipegang. "I'm sorry. I shouldn't have said that to you."
Sebaik melihat kelibat Hazhirah, Jannah berpura-pura jatuh. Ryan menyambutnya.
"You!" jerit satu suara dari belakang.
"Apa ni?!"
Wajah Ryan berubah. Jannah pula tersenyum jahat. "Sayang, I boleh explain. It's nothing, dia pening."
Jannah berpura-pura pening. Dia mula lembik. Terjatuh atas bahu Ryan. "Aarghh, pening. Ian,please pimpin I. I rasa nak pitam."
Hazhirah meninggalkan Ryan. Dia berlalu keluar. "You okay?" tanya Iqbal.
"Okay, I nak balik rumah."
"Baik, I hantarkan."
...
Hazhirah membuka anting-antingnya. Mukanya masam. Dia marah pabila melihat suaminya sendiri memeluk wanita lain.
"Sayang, you okay?" tanya Ryan dengan nada rendah.
"Apa yang okay? I mean, macam mana I boleh okay kalau you peluk perempuan lain tadi?"
"Dia pening la. I tolong je."
"Tolong ke peluk?"
"Ish... Tolong la. Mana nak peluk pulak?"
Mesej masuk! "Nasib you pandai cover tadi. Kalau tak, habislah. Tapi, kalau dia tak ganggu tadi, mesti sesuatu yang lebih 'exciting' akan jadi kan?!." gedik pula si Jannah ni.
"Hah, dia mesej la tu. Pergilah tengok kalau dia pening lagi. Bawak pergi hospital terus." sindir Hazhirah.
Ryan mulai naik panas. Tapi dia masih bertahan. "Tak payahlah sindir I. Dia mesej pun ucap terima kasih. You tak payah nak buruk sangka."
"Buruk sangka apa? Tak cukup dengan gambar yang I tengok tu? Tambah dengan malam ni, you peluk dia."
"I dah cakap, dia pening. Sayang, sudahlah tu. You tahu I setia dengan you. Please. Kalau you rasa tak percaya, I call dia sekarang." pujuknya.
"Call lah. Nak tengok dia jawab apa."
Belum sempat Ryan mendail nombor telefon, telefonnya habis bateri.
"Bateri habis la." Ryan tersenyum senget memandang isterinya.
Hazhirah bangun menuju ke bilik tamu. Merajuk lah tu! Ryan mengejar isterinya dari belakang. Dia menggeletek pinggang isterinya sehingga Hazhirah ketawa.
"Tu lah, lain kali jangan gatal sangat."
"I tak gatal la. I hanya gatal dengan you. I nak cakap something tapi serba salah."
"Apa dia?"
"You sensitive la kebelakangan ni. Janganlah fikir bukan-bukan. I love you very much. Kalau you merajuk, baby pun merajuk dengan papa. Kakak dia pun sama. Merajuk dengan papa dia sampai tak cakap pun dengan papa. "
"Tu lah, papa jangan sakitkan hati mama. Semua merajuk. Aah... Aarghh!!"
"Kenapa ni sayang?"
Hazhirah mengambil tangan Ryan letakkan di atas perutnya. Bayi menendang!
"Assalamualaikum, sayang papa. Sayang, bagitahu mama janganlah cemburu dengan papa. Sayang papa jangan nakal-nakal tau. Papa sayang baby." katanya sambil mencium perut Hazhirah.
Ryan mengusap lembut perut isterinya. Hazhirah bersandar pada dada suaminya. Kemudian ditolak pula. "Aik, mama tolak papa pulak?"
"I tak habis lagi pasal tadi. I nak you explain pasal Jannah tu. Suspicious la."
Ryan melabuhkan punggung di sebelah isterinya. "Jannah tu kawan I masa di college. I selalu buli dia. Masa kita jumpa dia di jamuan rumah Pak Ngah haritu, dia kerja part-time. Kebetulan je tu. Lepas tu dia apply untuk jawatan manager buat sementara waktu. Dia graduate tinggi-tinggi takkan nak bagi dia duduk jawatan tu je?. Bila department finance ada jawatan kosong, I bagi kat dia. Pasal malam ni, dia memang betul-betul pening. I tolong je tadi. Hampir pitam tu."
Hazhirah memandang dengan riak wajah tak puas hati. Dia menghembus nafas perlahan. "Ye lah, habis tu, pasal gambar tu?"
"Gambar tu sebenarnya dari high school je. Kitaorang jadi kawan lepas I selamatkan dia dari cubaan kena rogol. Arwah mummy dia meninggal sebab cancer. Dia tak ada adik-beradik. Pakcik dia pula ada masalah mental. Pakcik dia yang jaga dia masa dia di London dulu. Ayah dia, tak payah cakaplah. Tak pedulikan anak sendiri. Dia pernah ada boyfriend tapi lelaki tak guna tu cuba ambik kesempatan dekat dia. Nasib baik I sampai kat situ kalau tak habislah. Dia trauma. I kesian kan dia. Jadi I terus berkawan dengan dia. Sejak tu kitaorang digelar 'high school sweetheart' walaupun kitaorang kawan biasa je. Gambar yang you dapat tu mungkin hasil edit je. Gambar kitaorang selalu jadi bahan edit sejak mula kitaorang rapat."
Hazhirah nampak yakin dengan penjelasan suaminya. "Okay, sekarang baru I faham. Jadinya gambar tu semua fake?"
Ryan mengangguk. "Kesian dekat dia kan b? Tak sangka kehidupan dia sampai macam tu sekali. Syukur kehidupan kita tak macam tu kan sayang?"
"Itulah, alhamdulillah. Tak payahlah fikir pasal dia. Baik kita fikir pasal kita. You, jangan fikir yang bukan-bukan pasal I dengan dia. Kitaorang colleague je."
"Yelah, I mintak maaf. I tak tahulah. I sensitive sangat kebelakangan ni. Mungkin sebab mengandung kot. You tahulah I. Masa mengandung dengan Dania pun I sensitive. Hormon I berubah." Hazhirah menggenggam tangan suaminya.
"Takpe, I pun salah jugak sebab tak berterus-terang dengan you. You isteri I. Macam mana you bertolak-ansur dengan I, macam tulah I bertolak- ansur dengan you."
...
David yang baru balik dari luar negara berlari memeluk Ryan. "Hey, man! Long time no see."
"How are you?"
"I'm fine."
"Dia dah balik." kata Ryan
Riak wajah David berubah. "Habis tu, macam mana you nak kawal 2 isteri dalam 1 masa?"
"Aku tak tahu."
"I've told you before. She's up to no good. She is a bitch. Besides, you kahwin dengan dia pun sebab terpaksa. Why she's back? I thought you asked her to stay at London?"
"Cakap baik sikit, Dave. Bini aku tu. Tapi, itulah masalah. Aku tak suruh dia balik. Dia pandai-pandai balik."
"Haz known about this? I'm sure she's not gonna be happy about this."
"She does not. I just told her that the woman was my colleague. Aku cuma takut kalau Haz tahu. Confirm dia tak boleh terima."
"Habis tu adik you, Amy? She okay? I heard that she and Qalish seperated. Is it true?"
"Yea, it's complicated."
"I know everything. Amy told me."
Ryan tersedak air yang diminumnya. 'Bila masa pula Amy cakap dengan dia ni?' telah Ryan dalam hati.
"Don't think nonsense. Amy and I was classmates back then in Science class. She told me Qalish is not suitable for her and..." David menggigit lidahnya. Terlepas cakap pulak!
"Yea, I know. She does not like Qalish. Diorang kahwin pun kena tangkap basah."
"Tangkap what?"
"Forced marriage."
"Ouh, yes. Where's our Shorty?"
Shorty ialah nama yang dipilih untuk Syazrina sebab antara semua dia seorang yang pendek.
"Ada."
"What she says about this?"
"She asked me to be careful. But I don't think that she's problematic. She is okay with me. She didn't say anything bad about Haz and she macam rela je."
"Rela what?"
"Rela jadi isteri simpanan I."
David membulatkan matanya. "You don't be such a fool. I don't think she came with the right... What they say again? Noktah?"
"Niat."
"Yes, that's the word. There must be something fishy going on. You are my buddy. I'm just trying to be protective for you."
"Aku faham, David. Tapi aku tak nak buruk sangka. Aku rasa dia pun berhak bahagia."
"Up to you. But as far as I knew her, she's bad news."
...
"Jom, lunch." ajak Jannah.
"Kejap, I nak siapkan proposal ni. Sikit lagi."
"Ala, you ni. Kalau macam tu I ajak Hafiz je lah."
"Eh... Eh. Jangan lah macam tu. Okay, jom." Ryan menyimpan fail ke dalam komputernya sebelum keluar bersama Jannah.
Jannah memeluk bahu Ryan. "Ish, janganlah. Malu kalau orang nampak."
"Malu apa? I ni isteri you yang sah. Tak ade orang boleh cakap apa-apa."
Ryan hanya membulatkan matanya. "Apa-apa je lah."
Setelah makanan sampai ke atas meja, Ryan membaca doa dan segera ingin menjamah makanannya tapi dihalang oleh Jannah.
"Kenapa you ni?"
"Ala, you ni. I ni isteri you. Suap isteri you ni. Lama you tak suap I."
"Tak payah lah, you. Malu orang tengok."
"You malu?! I ni isteri you. Kalau tak nak sudah. I nak balik."
Ryan menggaru kepala yang tidak gatal. "Aik, kejap. Okay... Okay I suap. Jangan buat kecoh."
Jannah tersenyum. Dia membuka luas mulutnya.
"Now, I suap you pulak. Open wide sayang."
Muka Ryan merah menahan malu. Dia membuka mulut.
"Is it good?"
Ryan mengangguk. Dia mula rasa selesa. Selalunya dia taklah nak bersuap bagai. Nak cium pun tak hingin. Petang tu, usai habis kerja dia masuk ke office Jannah.
"Jom, balik. I hantarkan you."
Setelah menghantar Jannah pulang, dia terus balik ke rumah. Dia teringatkan peristiwa tadi.
"Here we are."
"Thank you. You balik baik-baik. Bawa kereta elok-elok."
Ryan tersenyum.
"Jannah?" panggil Ryan dengan nada lembut.
"See you tomorrow. Love you."
Hatinya berbunga-bunga. Dia merasakan suatu perasaan yang aneh. Adakah dia sudah jatuh cinta?
Dia membuka telefonnya. Dia menekan app Instagram. Dia melihat account Jannah.
'Cantiknya. Kenapalah aku tak perasan pasal kau selama ni. Butanya aku.' bisik hati Ryan sambil jari-jemarinya menyentuh skrin telefon bagaikan membelai wajah isterinya walaupun hanya di dalam gambar.
"Ha, you. Tersenyum apa sorang-sorang?"
Ryan cepat-cepat membuka aplikasi lain. Dia berdehem. "Tak adalah."
"Eleh, you ni. Jangan buat macam I tak tahu eh. You kalau tak ada angin, tak ada ribut, senyum ni mesti ada apa-apa."
"Jangan merepek lah you. Dania dah tidur?"
"Dah"
Hazhirah memberi secawan kopi kepada suaminya. Nama pemanggil membuatkan Ryan hampir tersedak kerana terkejut. Amylia!
"Kenapa, cu?"
"Tak ada apalah. Nak mintak tolong Along jaga Amer besok."
"Boleh, tapi Along nak keluar dengan Rina main polo. Kak long pun ada sekali. Bawa dia datang ke polo club la besok."
"Yelah. Okay. Nanti cu hantar."
"Cu, baby okay ke?"
"Boleh lah, long. Anak acu kan anak yatim. Dia kena hukum sebab salah ibu dia."
"Janganlah macam tu, cu. Dia masih ada uncle dia, aunty dia, semua orang sayang dia."
Amylia mengusap perutnya. Kalaulah apa yang dikata abangnya itu betul, tapi kenapa ayahandanya sendiri hukumnya? Buat dia seperti orang asing?
Setelah menamatkan panggilan, Amylia tunduk. 'Maafkan mama sayang. Mama dah berdosa pada tuhan, mama berdosa pada anak- anak mama. Mama biarkan anak mama membesar tanpa seorang ayah.'
...
Ryan memukul bola. Syazrina membalas pukulan tersebut. "Out!" kata pengadil.
Syazrina turun dari kudanya. "You win this time, Shah. Next will be mine."
Ryan hanya menjelirkan lidah tanda mengejek Syazrina. "Rina, you tak boleh lawan I. Sebab, you just tak boleh!"
Syazrina menghempas kakinya menuju ke arah Hazhirah. "Babe, kau tengoklah Shah tu. Tak bagi aku menang." rungut Syazrina. Dia mencebikkan bibir bagai budak umur 5 tahun merajuk.
Hazhirah ketawa. "Kau ni, mengalahkan Amer dengan Dania ni lah."
"Takdelah, bagilah aku chance untuk menang. Aku perempuan kot. Takkan tu pun..."
"I takkan bagi chance untuk sesiapa pun." sampuk Ryan.
"Tak baiklah, you ni." kata Hazhirah dengan sisa tawa yang berbaki.
"Hi guys!" sapa Iqbal dari belakang.
— 次の章はもうすぐ掲載する — レビューを書く