アプリをダウンロード
14.28% My Girlfriend Bodyguard / Chapter 2: Bab 1

章 2: Bab 1

SEORANG lelaki dengan laju melarikan diri ke arah tempat yang sesuai untuk bersembunyi. Dia melihat sekelilingnya yang ketika itu sunyi sahaja. Tercungap-cungap lelaki itu dibuatnya. Bila difikirkan balik, dia hampir sahaja dibunuh oleh pembunuh yang diupah oleh seseorang. Menurut pembunuh itu, dia diupah kerana mereka tidak puas hati akan kekayaan yang dimilikinya. Nasib dia baik dapat melarikan diri daripada pembunuh itu.

"Tak guna punya pembunuh! Kalau ye pun nak duit aku, mintalah duit dulu baru bunuh! Ni, tiba-tiba terus nak bunuh! Tak ke bengap pembunuh tu? Haih, pelik betul pembunuh zaman sekarang ni!" marah Tengku Fahmi dengan menyelitkan sedikit gurauannya. Dia melihat sekelilingnya lagi. Melihat tiada siapa yang mengikutinya, dia pun meneruskan lariannya yang tadi terhenti seketika untuk mengatur nafasnya.

Bang! Bang! Bang!

Bunyi tiga kali tembakan itu membuatkan Tengku Fahmi berpaling seketika. Sebaik sahaja dia berpaling, dia ternampak pembunuh itu berlari ke arahnya. Langsung sahaja, dia pun dengan laju terus melarikan diri.

"Woy, jangan lari woy! Kalau tak, aku tembak kau!" jerit pembunuh itu dengan kuat.

Tanpa mempedulikan jeritan pembunuh itu, Tengku Fahmi terus melarikan diri. Sedang dia melarikan diri, satu tembakan terkena tepat di bahu kanannya. Seketika bahunya terasa sakit dan berdenyut, akan tetapi dia tetap meneruskan juga lariannya daripada ditangkap serta dibunuh terus oleh pembunuh itu.

Dengan sekilas, Tengku Fahmi melihat jalan raya berada di hadapannya. Dia terus menuju ke arah jalan raya itu dengan cepat. Ketika itu, sebuah kereta BMW hitam menghampirinya dan membuat isyarat dengan menggunakan hon kereta dan juga memainkan lampu. Tengku Fahmi dengan cepat terus berlari je arah kereta itu. Tiba di kereta, dia terus memboloskan diri ke dalam perut kereta.

"Aliff, jalan cepat!" arah Tengku Fahmi sedikit kuat. Dia menekan lukanya yang berdarah itu daripada terus mengalir keluar.

Setelah mendengar arahan Tengku Fahmi, Aliff terus menekan minyak dan berlalu meninggalkan kawasan yang sunyi itu. "Macam mana kau boleh kena culik ni?" soal Aliff cemas.

"Aku kena ketuk dekat kepala lah... Mana sempat nak lari..." jawab Tengku Fahmi lemah. Dia menarik nafasnya lalu menghembus perlahan. Seketika denyutan di lukanya itu perlahan-lahan mengurang. Dia menggigit bibirnya dengan kuat untuk menghilangkan rasa sakit di tempat luka yang terkena tembakan itu.

"Kita pergi hospital and then we make a police report," ucap Aliff sepatah. Dia memandang Tengku Fahmi sekilas. Melihat Tengku Fahmi memejam matanya dan senyap membuatkan dia semakin cemas. "Woy, Fahmi! Jangan mati dulu! Sebelum kau mati, bayar gaji aku dulu. Lepas tu, baru kau boleh mati! Amacam.. Okey, tak?" sambung Aliff lagi. Sengaja dia menyelitkan gurauannya itu. Walaupun dia tahu yang kawannya itu akan geram dengannya.

"Liff, kau pernah rasa kena tembak tak? Kalau belum rasa lagi, aku boleh tolong tembakkan... Manalah tau, kot-kot kau mati dulu ke..." kata Tengku Fahmi berbau ancaman buat Aliff.

Aliff tersengih setelah mendengar jawapan daripada Tengku Fahmi. "Sabo-sabo.. Aku gurau aje.." ujar Aliff.

Tengku Fahmi hanya menggeleng kepalanya. Dia memejam matanya untuk menghilangkan rasa peningnya itu. "Liff, yang pasal report polis tu... tak payah lah..." ujar Tengku Fahmi perlahan.

"Apa pahal pulak tak payah? Wey, kau kena tembak tau! Hampir kena bunuh! Kau gila?" marah Aliff. Apa masalah member aku sorang ni? Degil nak mampus! Setiap kali kejadian macam ni terjadi, mesti tak nak report polis... Apa punya pemikiran lah...

"Ala, kau pun tau kan yang aku tak nak terlibat dengan polis. Nanti jadi kes besar lah... aku tak suka..." jawab Tengku Fahmi sambil memejam matanya.

"Hmm, yela." Aliff mengeluh tanda mengalah dengan sikap Tengku Fahmi yang terlampau degil itu. Mendengar dengkuran halus di sebelahnya itu membuatkan dia senyap dan tidak bertanya lagi. "Aku harap ada seseorang yang mampu membuatkan kau turunkan ego kau sendiri, Mi..." gumam Aliff perlahan agar tidak kedengaran oleh Tengku Fahmi.

SEJAK kejadian itu, Tengku Fahmi banyak menghabiskan waktunya itu di apartment nya sendiri. Kadangkala, Aliff datang ke apartment nya untuk membincangkan projek yang baru sahaja masuk. Semua urusan di pejabat, setiausahanya iaitu Aliff yang mengurusnya. Perkara penting sahaja, Aliff akan memberitahunya.

"Aku rasalah kan... Aku nak upah bodyguard," ujar Tengku Fahmi sambil memandang wajah setiausahanya merangkap kawan baiknya, Aliff. "Okey, tak?" sambungnya lagi dalam soalan.

Aliff yang mendengarnya pun berpaling ke arah bosnya itu. Dia mengangkat kening sebelahnya kanannya. "Bodyguard?" tanya Aliff pelik.

"Haah, bodyguard." Tengku Fahmi mengiyakan soalan Aliff.

"Pengawal peribadi?" tanya Aliff lagi. Dia menginginkan kepastian daripada Tengku Fahmi.

"Eh, tak lah. Aku nak cari chef untuk jaga aku daripada bahaya nanti," kata Tengku Fahmi sambil mengetap giginya dengan geram. Haih, ada yang kena tumbuk dengan aku ni nanti... Dia menjeling kawan baiknya. Lantas dia menyambung pekerjaan yang berhenti seketika tadi.

Alif hanya tersengih dengan kata-kata Tengku Fahmi. Teringat akan sesuatu, dia dengan berhati-hati bertanya kepada Tengku Fahmi. "Kau masih teringat kan dia?" tanya Aliff berani.

Terhenti seketika perbuatan Tengku Fahmi sebaik sahaja soalan Aliff itu tersampai di pendengarannya. Lantas, fikirannya teringat akan peristiwa di mana 'si dia' tidak mahu berjumpa dengannya lagi. Masih jelas di ingatannya akan pesanan 'si dia' untuknya.

"Aku harap kita takkan jumpa lagi lepas ni. Kalau jumpa pun, aku harap kita pura-pura tak kenal satu sama lain." Seketika Tengku Fahmi menyesali perbuatannya. Seketika juga dia tidak pernah sesali akan perbuatannya itu terhadap 'si dia'. Ada sebab kenapa dia mengganggu gadis itu. Salah satu sebabnya adalah karena dia menyukai gadis itu. Sangat sangat suka. Dia mahu gadis itu kenalnya. Dia mahu gadis itu tahu akan keberadaannya. Dia mahu gadis itu ingat akan dirinya yang pernah hadir dalam hidup gadis itu. Tetapi caranya itu ternyata salah dan membuatkan gadis itu menghilangkan dirinya. 'Aisy' seru hati Tengku Fahmi dengan sayu.

"Fahmi!" panggil Aliff kuat.

Tersentak Tengku Fahmi daripada lamunan. Dia memandang Alif yang masih menanti jawaban daripadanya. Segera dia mengalihkan pembicaraan itu dengan bodyguard. "Nanti, kau tolong aku cari bodyguard yang boleh jaga aku and boleh dipercayai, tau?" pinta Tengku Fahmi kepada Aliff.

Aliff hanya mampu mendengus sahaja. "Yela-yela, nanti aku cari!" balas Aliff dengan geram. It's okay... Aku akan tanya banyak kali sampai kau mengalah.

Tengku Fahmi sekadar tersenyum akan perangai Aliff yang satu ini. Tak habis-habis merajuk.. Nasib kaulah, Liff.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C2
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン