アプリをダウンロード
50% CRUEL BUT ROMANTIC / Chapter 5: CHAPTER 5

章 5: CHAPTER 5

Setelah itu kelibat cik mudanya muncul di kepala tangga dengan rambut yang masih basah. Jay terpaku memandang cik mudanya yang mengenakan gaun tidur satin berwarna merah muda paras lutut.

Ketika pandangan mereka bertemu, Beryl melemparkan senyuman ke arahnya. Jay sekadar angguk kecil membalasnya. Sepasang selipar bulu tersarung di kaki gadis itu.

Jay berdiri tegap di tangga menanti cik mudanya turun. Sepasang kaki jinjang itu menuruni tangga dengan perlahan. Beryl menatap wajah tampan di bawahnya dan tiba-tiba hatinya berdebar kembali.

Akibat tidak fokus pada langkah kakinya akhirnya gadis itu tersalah pijak dan hampir terjatuh ke bawah. Mujur Jay pantas menangkap tubuh ramping itu lalu mendakapnya erat agar tubuh itu tidak terjatuh.

Beryl yang menyedari dia kini berada dalam dakapan erat lelaki itu bagaikan terkena renjatan elektrik. Tubuh mereka kini benar-benar sangat dekat.

Kedua-dua tangan Beryl kini memeluk leher Jay sementara kedua-dua tangan Jay pula memeluk erat pinggang ramping cik mudanya. Jay turut kelihatan terkejut sama seperti cik mudanya.

Pantas gadis itu menjauh dari tubuh tegap itu. Debaran jantungnya sudah tidak terhitung lagi.

"I'm sorry. Saya tak sengaja." Beryl membetulkan rambutnya yang berantakan.

Jay berdehem berusaha membetulkan detak jantungnya yang tidak keruan sebentar tadi.

"Tak mengapa. Cik muda tak apa-apa?"

"Tak,tak ada apa-apa. Saya baik-baik saja, terima kasih."

Dia mengukir senyuman manisnya berusaha menutupi rasa malu yang menerpa.

"Marilah. Mereka tentu dah lama tunggu."

Beryl buru-buru melangkah ke dapur, meninggalkan Jay di belakangnya. Jay tersenyum sendiri melihat gadis itu yang mudah gelabah.

Puan Rosy dan Tuan Ivan sudahpun duduk menunggu di meja makan berbentuk panjang itu. Puan Rosy duduk di sebelah suaminya.

"Marilah duduk,kita makan bersama," pelawa Tuan Ivan dengan mesra. Jay tersenyum sebagai tanda terima kasih.

Beryl menangkap senyuman di wajah yang sentiasa datar itu. Dia berharap wajah itu akan sentiasa tersenyum seperti itu.

Pantas Beryl mengingatkan dirinya bahawa kini dia sedang berada di hadapan kedua-dua orang tuanya dan dia harus berhenti memikirkan wajah bodyguardnya itu.

Jay terlebih dahulu menarik sebuah kerusi yang bertentangan dengan Puan Rosy lalu memandang cik mudanya sebagai isyarat untuknya duduk. Tuan Ivan dan Puan Rosy yang melihat bagaimana layanan Jay kepada anak mereka itu,tersenyum di antara satu sama lain.

"He's so gentleman. I like that," bisik Puan Rosy kepada suaminya.

Tuan Ivan turut mengangguk mengiyakan kata-kata isterinya itu. Beryl yang telahpun duduk bersebelahan dengan Jay melihat orang tuanya sedang berbisik di hadapan mereka.

"Mommy and daddy bisik apa tu?"

"Oh,tak ada apa-apa nak. Saja mommy kamu ni bergurau." Tuan Ivan tersenyum memandang anaknya itu. Begitu juga Puan Rosy.

"Jemputlah makan. Takut nanti makanan sejuk, tak sedap pulak," ujar Puan Rosy.

Pelbagai jenis makanan dan lauk-pauk yang terhidang di atas meja. Hidangan makanan laut,daging masak berempah, spaghetti dan pasta,daging grill serta ikan salmon panggang.

Sememangnya ini adalah pengalaman pertama bagi Jay dapat duduk semeja bersama 'keluarga' meskipun mereka bukanlah keluarga kandungnya. Dia merasa sedikit canggung kerana tidak pernah duduk semeja beramai-ramai seperti ini.

Baginya empat orang duduk semeja seperti ini sudahpun ramai. Puan Rosy perasan Jay sekadar memandang segala jenis makanan di hadapannya.

"Kenapa Jay? Ada yang kamu tak suka makan di sini? Mommy boleh suruh chef masakkan untuk kamu jika ada yang kamu nak makan selain dari makanan yang ada di sini."

"Eh,tak perlu puan..err..mom..semua yang terhidang ni dah lebih dari cukup."

Beryl bagaikan tidak percaya melihat seorang Jay yang tergagap ketika menjawab. Apatah lagi mendengar perkataan mom dari bibir itu. Dalam diam Beryl tersenyum sendiri.

Dia tidak menyedari bagaimana pandangan lelaki itu berubah tajam melihat senyuman yang tersungging di bibir gadis itu. Puan Rosy kelihatan gembira mendengar Jay menyebutnya mom.

Mereka pun menikmati makan malam dalam suasana yang hangat dan damai. Jay perasan bagaimana dia lebih banyak tersenyum saat bersama keluarga ini. Hal yang tidak pernah dia sangka akan terjadi.

Setelah selesai makan malam, mereka menikmati pemandangan waktu malam di taman hadapan mansion yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga seperti dandelion,lavender,gerbera daisies serta bunga ros pelbagai warna.

Bunga-bungaan yang menjalar tinggi itu telah dibentuk dengan cantik agar menjadi seperti pintu gerbang. Tuan Ivan saling bertukar cerita dengan Jay sambil ditemani oleh Puan Rosy.

Kedengaran mereka bertiga tertawa di sela-sela perbicaraan mereka. Beryl lebih senang duduk di atas rumput sambil menikmati cahaya bulan yang terang. Namun dia dapat mendengar perbualan mereka bertiga.

"So,Jay. How about your parents? Are they living in town too?" soal Tuan Ivan.

Jay tersenyum mendengar pertanyaan Tuan Ivan mengenai orang tuanya.

"I grew up in the orphanage so I never really knew who my parents were." Jay menjawabnya dengan tenang.

Tuan Ivan dan Puan Rosy tersentap mendengar jawapan anak muda itu. Beryl yang mendengar jawapan Jay turut sama terkejut namun dia tidak berani hendak berpaling melihat wajah Jay.

"I'm so sorry to hear that,son. I didn't mean to be rude." Tuan Ivan nyata bersimpati pada nasib yang menimpa lelaki itu.

"That's okay, I'm fine now. Saya bersyukur dapat diterima di sini seperti keluarga sendiri. I'm honored to be accepted here." Jay tersenyum ke arah dua orang tua yang telah melayannya dengan baik.

"We are honored to have you here too,Jay. Just know that we are here for you,if you ever need anything. Consider us your own."

Puan Rosy memegang erat tangan Jay,seolah mencuba menyalurkan kehangatan dan kekuatan kepada anak muda itu.

Dia seakan dapat merasakan kesunyian dan keperitan yang lelaki itu lalui sepanjang hidupnya melalui pandangan mata Jay meskipun anak muda itu tersenyum di hadapannya.

"Yes,son. We are your family now. From now on and forever."

Tuan Ivan menepuk bahu sasa jejaka itu lalu memeluknya erat. Jay merasakan kehangatan yang telah lama dia impikan selama ini. Alangkah indahnya jika Tuan Ivan adalah ayahnya,pasti dia tidak akan terseksa selama ini.

Jay mencuba untuk menahan air matanya daripada menitis. Dia tahu dia harus kuat untuk ke depannya seperti apa yang telah dia lakukan selama bertahun-tahun.

Tuan Ivan melepaskan pelukan mereka. Raut tenang di wajah tua itu benar-benar mengusik perasaan Jay yang selama ini datar dan dingin sahaja.

"It's getting late. Go get some sleep. You'll have a long day taking care of the princess," bisik Tuan Ivan lalu keduanya tertawa bersama.

"Yes I will,Sir..I mean,dad."

Puan Rosy merangkul tubuh Jay lalu mengecup perlahan dahi anak muda itu.

"Good night,son." Puan Rosy mengusap kepala Jay perlahan,layaknya mengusap anak kecil. Jay tersenyum memandang Puan Rosy.

"Good night too mom,dad." Suaranya hampir tidak kedengaran di hujung ayatnya kerana masih canggung.

"Beryl, we're going in now. Are you coming?" Puan Rosy menoleh ke arah anaknya.

"I'm gonna stay for a bit,mom."

"Alright but don't stay out too long. Jay,take care of her will you?"

"Yes,mom. I will." Jay angguk kecil.

Matanya memerhati kelibat keduanya yang semakin menjauh dan menghilang memasuki mansion. Jay mendekati Beryl yang masih lagi duduk di atas rumput.

"Cik muda kenapa tak tidur lagi?" Jay berdiri di samping cik mudanya.

"Saya masih belum mengantuk. Kalau awak nak tidur awak masuklah dulu."

"Saya tak boleh tidur selagi cik muda belum tidur."

"Saya nak menikmati malam ni sebentar saja lagi. Awak duduklah." Beryl menepuk-nepuk rumput di sebelahnya.

"10 minutes." Jay kembali ke mode dinginnya. Beryl tergelak kecil mendengar Jay memberinya waktu 10 minit sahaja.

"Baiklah Jay. 10 minit."

Jay melabuhkan punggungnya di sisi Beryl. Keduanya memandang bulan yang bersinar terang di dada langit,menerangi seluruh alam.

"I always thought that I am living such a dreadful life since I'm not as free as the others around me. Little did I know they are others who aren't as lucky as I am."

Angin malam menderu menyapa wajah Beryl membuatkan rambutnya beralun lembut.

"You are really lucky to have them as your parents."

Terdengar sayu suara lelaki itu mengatakannya. Entah kenapa Beryl turut bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki itu meski dia tidak tahu apa yang telah terjadi dalam hidupnya.

"I'm sure your parents were proud to have such a good son like you."

Jay tertawa kecil namun kedengaran sinis pada pendengaran Beryl.

"You know nothing about me for you to say that they were proud to have me. You've been raised like a princess so you don't really know what pain is."

Suaranya tertahan-tahan. Raut wajahnya tegang. Rahangnya diketap seakan menahan amarah.

"I know that I've never been in your situations but I do understand that every life has it's own struggle. You're not the only one who's in pain."

Terjentik amarah gadis itu apabila Jay mengatakan seolah-olah dia tidak benar-benar memahami segala keperitan yang dirasai oleh orang lain hanya kerana dia dibesarkan dalam kehidupan yang serba mewah.

Bagi Beryl, kemewahan yang dimiliki tidak bererti dia tidak pernah memahami erti kesusahan mahupun keperitan. Ini kerana orang tuanya sentiasa mengingatkan dirinya bahawa setiap kesenangan yang dimiliki awalnya diraih melalui segala keperitan dan pengorbanan.

Jadi apa hak lelaki itu untuk melabelnya sedemikian rupa? Hatinya panas mendengar kata-kata yang meluncur laju bagaikan mencurah air sahaja lagaknya.

Marah dengan kata-kata gadis itu,lantas Jay mencengkam dagu Beryl dan memegangnya erat,memaksa gadis itu memandang ke arahnya.

"I'm not the only one in pain? Huh! How funny when someone who utter the words,has never really experiences the real pain. How funny,my lady! You can't even compare your life to me,nor even feel a little bit of sympathy for me. Just stop it. It's disgusting!"

Jay melepas dagunya kasar. Gadis itu memegang dagunya yang sakit. Dia benar-benar tidak memahami sikap lelaki ini yang mudah berubah drastik sekelip mata.

Dia memandang Jay dengan ketakutan. Jay sudahpun melangkah pergi meninggalkannya sendirian di laman taman.

Tanpa sedar,air mata mengalir perlahan di pipi gadis itu. Dia bodoh jika dia berfikir Jay menyimpan perasaan terhadapnya hanya kerana sentuhan-sentuhan kecil dari lelaki itu.

Ini kerana seumur hidupnya,dia tidak pernah sedikit pun disentuh oleh lelaki lain selain ayahnya. Makanya dia dengan mudah terbuai perasaan saat Jay menyentuhnya,samada sengaja ataupun tidak.

Kini dia juga tidak tahu atas alasan apa dia menangis. Apakah kerana kecewa terhadap dirinya sendiri yang mudah terbuai perasaan ataupun kecewa dengan tindakan lelaki itu yang telah mengasarinya.

Perasaannya semua bercampur-baur. Antara kecewa, sedih dan marah bercampur menjadi satu. Beryl mengelap air matanya seraya bangkit dari duduknya. Langkahnya longlai menuju ke biliknya.

Sebelum masuk ke dalam biliknya,dia sempat melirik ke arah bilik Jay. Pintu bilik Jay tertutup rapat,mungkin saja lelaki itu telah tidur. Hatinya sakit kembali lalu dia pun masuk dan mengunci pintunya.

Beryl membasuh mukanya lalu terus merebahkan tubuhnya di atas katil empuknya. Dia ingin melupakan perkara yang telah berlaku malam ini. Biarlah mimpi indah yang akan menghilangkan segala kesakitan yang dia rasai saat ini.

Sementara di bilik Jay pula, lelaki itu sudahpun melelapkan matanya. Dia sudahpun memasuki alam mimpi seperti penghuni yang lain. Peristiwa-peristiwa lampau yang pernah terjadi dalam hidupnya kembali menggangu lenanya.

Bayangan-bayangan ngeri yang selalu cuba hendak dilupuskan dari ingatannya kembali menghantui mimpinya. Segala kesakitan di tubuhnya menjelma kembali seakan-akan ingin menenggelamkannya terus ke jurang paling dalam.

Nafasnya tercungap-cungap bagaikan ikan yang berusaha untuk mencari nafas. Peluh membanjiri dahi dan tubuhnya meskipun bilik itu dilengkapi kemudahan aircond.

Bayangan dirinya yang tenggelam ke dalam sebuah lautan yang paling dalam menyiksa tubuh realitinya sehingga dia kesusahan untuk bernafas. Dia merasakan nafasnya sudah sampai ke penghujung.

Tubuhnya semakin tenggelam bersama cahaya yang semakin suram menjauh darinya. Pandangannya semakin kabur.

Lama-kelamaan dia merasakan tubuhnya sudah tidak berdaya lagi untuk menyelamatkan dirinya dari lautan yang menenggelamkannya.

"Jay!" Dia seakan terdengar satu suara yang amat dikenalinya.

"Jay.." Suara itu kedengaran lembut dan sedikit kerisauan.

Siapa yang sebegitu risaukan dirinya? Bukankah selama ini tiada siapa yang pernah merisaukan keadaannya?

"Jay..Bangun.." suara lembut itu bagaikan cahaya yang menariknya keluar dari lautan dalam yang menenggelamkannya lalu matanya terbuka luas.

Dia mendapati dirinya kini berada di dalam biliknya sendiri. Rupanya dia cuma bermimpi. Dadanya turun naik mencuba untuk bertenang. Dia terkejut melihat bayangan seseorang di sisi katilnya lalu dengan tangkas dia mencapai pistol yang terletak di atas meja di sebelah katilnya.

"Jay! It's me."

Saat suara cik mudanya menyapa gegendang telinganya,barulah dia bertenang kembali seraya menurunkan tangannya. Pandangannya kembali normal. Wajah kerisauan gadis itu menyapa pandangannya.

"Awak meracau-racau tadi jadi saya bangunkan awak. Saya minta maaf sebab masuk bilik awak tanpa kebenaran. Awak okay tak?"

Beryl melihat wajah Jay dibasahi peluh. Sebentar tadi dia sempat menyentuh dahi lelaki itu dan dia dapat merasakan peluh dingin di sekujur tubuhnya.

"Yes,I'm fine. Just go get some sleep." Jay bersandar pada hujung katilnya sambil memicit-micit kepalanya yang berdenyut.

Meski tadi lelaki itu telah mengasarinya,namun Beryl tetap merasa bersimpati melihat keadaan lelaki itu yang seperti menyimpan seribu luka. Dia tidak berani hendak bertanya lebih lanjut mengenai mimpi yang telah membuatkan Jay seperti orang kesakitan.

Andai saja dia dapat menyelami mimpi lelaki itu,dia pasti akan terus menyelami isi hatinya sekaligus. Sifat lelaki itu yang terlalu berusaha untuk menutupi dirinya menyukarkan Beryl untuk memahami sifat sebenarnya.

Beryl mencapai teko air di sebelah katil Jay lalu menuangkan sedikit air ke dalam sebiji gelas. Gelas itu diserahkan kepada Jay.

"Minumlah. Lepas tu tidur. Kalau awak pening,nanti saya berikan awak ubat."

"Tak perlu. Saya tak apa-apa. Cik muda pergilah tidur. Dah lewat malam."

Jay meneguk air di dalam gelas sehingga habis. Setelah itu dia kembali merebahkan tubuhnya. Melihat Jay yang kembali melelapkan matanya,Beryl melangkah keluar dari bilik lelaki itu lalu menutup pintu dengan perlahan.

Mendengar bunyi pintu yang ditutup,Jay kembali membukakan matanya. Dia sebenarnya tidak ingin menunjukkan dirinya yang lemah di hadapan cik mudanya.

Dia tidak ingin menunjukkan dirinya yang lemah di hadapan sesiapa pun. Dia tidak mahu dianggap lemah. Dia akan diremehkan jika terlihat lemah. Kerana itulah dia akan terus menutupi segala kelemahannya di sebalik sikap dinginnya.

★★★★★

Dua minggu telah berlalu sejak Jay berkhidmat menjadi bodyguard untuk Beryl. Selama minggu itu juga Jay tetap dengan sikap dinginnya tanpa emosi sepanjang bersamanya.

Selama itu juga Beryl kerap sibuk dengan segala aktiviti di kampus memandangkan dia adalah salah seorang mahasiswi yang diberi kepercayaan mengurus beberapa hal yang berkaitan dengan kampus.

Dalam minggu itu, beberapa kali juga Beryl melihat Jay kadang keluar dari mansion di tengah malam. Dia tidak tahu ke mana lelaki itu pergi.

Kadang lelaki itu akan pulang sekitar jam 2 atau 3 pagi tetapi tidak akan pernah pulang lebih dari jam 4 pagi. Tapi yang anehnya,Jay tetap dapat bangun seawal jam 7 pagi setiap hari. Dia benar-benar seperti robot yang telah disetkan waktunya.

Setelah melalui minggu yang sibuk untuk persiapan ujian semester,Beryl memutuskan untuk keluar menenangkan fikiran. Dia merancang hendak mengunjungi kafe kegemarannya.

Setelah siap berpakaian dan berdandan ala kadar,Beryl melangkah ke arah bilik Jay berniat untuk memaklumkan rancangannya hari ini. Dia mengetuk pintu bilik lelaki itu perlahan.

"Jay,awak ada kat dalam tak?"

Selang beberapa minit kemudian,pintu bilik terbuka. Jay yang kelihatan seperti baru habis mandi langsung tidak mengenakan baju di tubuhnya.

Dia hanya mengenakan sweatpants sahaja. Rambutnya yang kebasahan dilap dengan sehelai tuala kecil.

"Ada apa cik muda cari saya? Cik muda nak keluar hari ini?"

Beryl menelan liur melihat otot tubuh Jay. Tubuh sempurna seperti itu benar-benar membuatkan dia tidak dapat mengalihkan perhatiannya dari terus menatap tubuh sasa itu.

Sesaat dia tersedar lalu dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke wajah Jay. Jay pula sekadar memandang wajah cik mudanya tanpa emosi dan menanti arahannya.

"Ya,saya nak keluar hari ni. Awak bersiaplah dulu. Saya akan tunggu di bawah."

Beryl menuturkan segala yang ada di fikirannya lalu dia cepat-cepat menuruni tangga meninggalkan Jay yang belum sempat hendak bersuara.

Dia tidak ingin berlama-lama bersama Jay dalam keadaan lelaki itu yang tidak berbaju. Dia masih sayangkan jantungnya. Melihat lelaki itu saja sudah dapat memendekkan umur jantungnya.

Tuan Ivan dan Puan Rosy awal-awal sudah bertolak ke airport kerana harus menaiki kapal terbang ke Itali atas urusan kerja. Mereka akan berada di Itali selama 2 minggu. Jadi hanya Beryl dan Jay yang akan berada di mansion.

Awal-awal juga Puan Rosy sudah berpesan pada Jay agar menjaga Beryl dengan baik. Beryl juga tidak dibenarkan pulang lewat malam.

Jay berjaya meyakinkan wanita itu bahawa dia pasti akan menjaga dan melindungi Beryl dengan baik sepanjang ketiadaan mereka. Setelah itu barulah wanita itu kembali tenang lalu berpamitan pada kedua mereka.

Jay memandu kereta ke kafe kegemaran cik mudanya. Satu-satunya tarikan yang membuatkan Beryl betah mengunjungi kafe yang dinamakan Happy Cafe itu adalah kerana menu latte dan juga crêpes yang begitu digemarinya.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C5
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン