アプリをダウンロード
45.31% DIA ANNOYING TAPI SWEET / Chapter 29: BAB 29:

章 29: BAB 29:

"Semua orang dah tidur agaknya." Bisikku didalam hati. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 12 malam.

Aku dengan segera menghubungi Nabila. Aku ade banyak phone, hancur yang tu, ade banyak lagi. Hehe

"Hello Nabila! Kau kat mane?" Soalku.

"Kat rumah. Asal kau call aku?" Soal Nabila dengan hairan.

"Jom keluar." Ajak aku.

"Hah? Keluar? Masa ni?" Soal Nabila dengan terkejut.

"Erh! Jap! Kau ade kat sini ker?" Soal Nabila.

"Yer, aku ade benda nak citer dengan kau ni." Ujarku.

"Ok, kau tunggu, aku datang. Macam biasalah kan? Aku parking jauh, pastu kau cari la aku nanti." Ujar Nabila.

"Yes." Balasku.

Aku pun dengan laju bersiap and usai itu, aku menyelinap keluar dari rumah. Bukan senang nak nak keluar, nasib baik la sekuriti pun dah tidur. Aku ape lagi? Panjat pagar la!

Aku pun berjalan mencari kereta Nabila.

And Nabila pun sampai,

Aku pun masuk ke dalam perut kereta.

"Asal babe?" Soal Nabila dengan hairan.

"Aku stress sekarang ni. Kau pun tahu kan kat mane tempat untuk release stress?" Soalku dan tersenyum jahat.

"Club? Bukan ker kau cakap kau dah insaf?" Soal Nabila dan tersenyum sinis.

"Bising la kau ni! Aku dah lama tak minum. Sekali-sekala tak salahkan?" Marahku.

"Ok-ok." Balas Nabila.

"Chaw luh babe..." Ujarku sambil terhuyung-hayang kerana mabuk.

"Okeh... Pape roger!" Balas Nabila. Aku pun berdiri di pagar.

"Bukak pagar!" Arahku.

"Erh! Cik Eka keluar bila?" Soal sekuriti sambil membuka pagar. Dia menghampiri aku.

"Tepi la sial! Sibuk la kau ni!" Jeritku. Aku pun dengan terhuyung-hayang terus menuju ke pintu rumah.

Aku pun melemparkan kasut tumit tinggiku and terus membuka pintu.

"IREKA!!!" Jerit Papa.

Aku memandangnya dengan wajah blur.

Aku pun terus melangkah kaki ingin ke bilik aku.

"IREKA! STOP!" Jerit papa dengan tegas.

Dia datang menghampiri aku, mama, Umai, and Ashraf terus tersedar and datang ke arah kami. Mungkin sebab suara papa yang kuat sangat.

"Ya Allah Eka! Eka pergi tempat kotor tu lagi ker?" Soal mama dengan terkejut dan menekup mulutnya kerana kecewa.

"What is your problem?" Soalku dengan terhuyung-hayang.

"Kurang Ajar! Eka dah janji dengan mama and papa yang Eka takkan pergi kat tempat kotor tu lagi kan?!! So! Why you go there?" Tengking papa.

"Aku jadi macam ni pun sebab korang." Jawabku dengan selamba. AL maklumlah, tengah mabuk kan, memang dah takleh nak fikir ape.

PANGG!!!

Tamparan yang kuat hinggap di pipi aku.

"Jangan nak kurang ajar Ireka!" Jerit papa.

"Betul ape yang akak cakapkan tu." Umai mula bersuara dan menundukkan kepala.

"Akak takkan jadi macam ni kalau bukan disebabkan mama and papa buat semua ni. Mama and papa suruh dia pindah, dia dah pindah. Mama and papa paksa dia kahwin, dia akur. And mama and papa paksa dia berenggang dengan abang Adrian, dia dah buat. Mama and papa pernah tak fikir perasaan kak Eka? Dia yang sakit dalam hal ni." Ujar Umai dengan lembut.

Terkedu Mama and papa ku. Ade betulnya juga apa yang Umai cakap, diorang tak pernah fikir pasal Eka, Eka seolah-olah seperti anak patung. Dipergunakan.

"Dah la!! Eka nak naik!" Jeritku and aku terus naik tangga menuju ke bilik aku.

"Mama, papa. Kak Eka betul-betul dah buat perangai lama dia. Kita kena pastikan yang rancangan kita berjalan dengan lancar esok." Ujar Ashraf. Mama and papa mengangguk.

#PAGI#

Aku mengelipkan mata beberapa kali.

"Dah pagi?" Bisikku. Aku terus bangun and mencuci muka aku. Rasa cam loya pun ade,, banyak sangat minum semalam. Aku rasa sampai 5 gelas.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk.

"Masuk!" Arahku.

"Hai akak!" Sapa Ashraf.

"Kau nak ape ni?" Soalku dengan dingin.

"Teman aku jumpa girlfriend aku jap." Ajaknya.

"Malas la aku! Kau nak pergi kau pergi! Aku tak nak!" Marahku.

"Please kak! Sekali ni aje." Rayu Ashraf and menayangkan wajah cutenya. Kalau perempuan-perempuan kat luar sana tengok, confirm cair punya, dulu pernah sekali aku kena marah dengan fans dia, fans dia ingat aku nak menggatal dengan dia. Sekali diorang semua tahu yang aku kakak Ashraf, berjujuk fans dia datang buat baik dengan aku. Hampehh!!🙄

"Yerla, yerla. Bila nak pergi?" Soalku.

"Sekarang. Aku tunggu kau kat bawah ea?" Pamit Ashraf.

"Hum, Yerla." Balas ku. Dia pun turun ke bawah and aku pun bersiap.

Usai bersiap, aku terus turun ke bawah, sekali aku pandang, terus rasa nak melompat aku dibuatnya.

"ABANG AIREL!" Jeritku dengan kuat.

"Hey!!! Come to me!!!" Panggil abangku and terus mendepakan tangannya.

Aku terus berlari masuk ke dalam pelukannya.

(Airel is my brother, dia kerja sebagai doktor, kat negara Turkey)

Aku tak tahu kenapa aku rasa macam aku takkan rasa dah pelukan ini suatu hari nanti.

"Abang tak cakap pun yang abang nak balik?" Soalku.

"Alah, abang buat surprise. Rindu kat adik-adik abang." Ujar Abang Airel.

Kami pun meleraikan pelukan.

"Kenapa abang tengok adik abang ni macam sembap jer mata tu?" Soal Abang Airel.

Wajah aku yang gembira terus menjadi monyok.

"Takde pape." Balasku.

"Cepatlah!! Lama lagi ker?!" Soal Ashraf dengan nada yang tinggi.

"Asal kau nak marah-marah ni?" Soal Abang Airel.

"Aku pergi start enjin kereta jap." Ujarku dan terus pergi ke garaj kereta.

"Mana taknya aku tak marah, kau just tahu adik kau yang seorang tu aje. Macam aku dengan Umai ni tak wujud." Balas Ashraf acah-acah merajuk.

Abang Airel pun berjalan menuju ke arah Ashraf.

"Oooo... Macamtu!!! Alolololo adik bucuk bucuk abang ni! Lamanya tak jumpa!!" Sakat Abang Airel and mencubit kedua-dua belah pipi Ashraf.

"Ape kau ni bang? Geli la aku!" Balas Ashraf dan cuba menarik tangan abang Airel.

"Kau rasa plan untuk satukan diorang menjadi ker?" Soal abang Airel.

"Entah, aku harap berjalan dengan lancar. Tapi aku tak tahu kenapa aku rasa macam tak sedap hati." Ujar Ashraf dengan wajah gelisah.

#DI TAMAN#

"Mane girlfriend kau hah? Aku penat dah nak tunggu ni!!!!" Marahku.

"Kejap la. Nak sampai dah ni!" Ujar Ashraf.

Tiba-tiba,

"Ireka!" Panggil seseorang dari belakang.

Terus kaku aku kat situ. Kenapa suara dia macam,, Aku pun memusingkan tubuh ku ke belakang. OH SH*T!!!

"Maafkan aku eka!" Rayu Tengku Adrian and melutut di kaki aku.

Aku terdiam seribu bahasa. Aku memandang Ashraf, dia boleh pulak buat-buat macam tak nampak aku. Nak kena budak ni!!!

"Eka!" Panggil Tengku Adrian.

"Kau nak ape lagi?" Soalku dengan wajah menyampah.

"Aku nak kau kembali semula dalam hidup aku." Jawabnya.

"Untuk ape? Untuk kau sakitkan aku lagi? Dah la Adrian! Aku dah taknak hadap benda ni!" Marahku.

"Percayalah cakap aku eka! Aku takleh hidup tanpa kau!" Ujarnya sambil menangis teresak esak.

"Kau ingat aku peduli? Aku nangis merayu kat kau, kau sepak aku Tengku Adrian!" Marahku dan air mata ku mengalir.

"Kau anggap la ini pertemuan terakhir kita." Ujarku.

"Ashraf!!! Bukan ker papa dah tak bagi aku jumpa dengan dia! Asal kau bawak aku jumpa dia?!" Soal ku.

"Semua tu plan Tengku Haris and papa." Jawab Ashraf.

"WHAT?!" Soal aku and Tengku Adrian serentak.

Aku pun berlalu pergi kearah kereta.

Tiba-tiba,

"I LOVE YOU IREKA!" Laung Tengku Adrian. Aku yang nak buka pintu kereta, kaku terus kat situ.

Tiba-tiba, ade kereta yang berjenama Ford Ranger entah macamana boleh pandu menuju ke arah aku.

"EKA!!!!" Jerit Tengku Adrian.

BUKK!!!

Kereta itu melanggar aku sehingga aku jatuh terpelanting and banyak darah yang keluar dari kepala aku.

Tengku Adrian and Ashraf terus berlari ke arah aku.

Ashraf call ambulans and Tengku Adrian terus duduk di atas jalan itu and mengangkat kepala aku dengan perlahan keatas ribanya.

"Eka!!! Jangan tinggalkan aku Eka!!! Aku tak boleh hidup tanpa kau!!!" Raung Tengku Adrian dengan air mata yang mengalir laju.

Aku terbatuk-batuk sambil keluar darah dari mulut ku.

"Selamat tinggal! I love you too." Ucapku dan tersenyum. Aku pun menutup mata dengan perlahan, keadaan menjadi sunyi sepi.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C29
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン