アプリをダウンロード
90.47% Ulfun Ain / Chapter 19: Bab 19 - Nephila

章 19: Bab 19 - Nephila

Hari pertama pada bulan Ke Lapan Tahun 1000 Ulfun Ain - Rusuhan berlaku secara meluas di Kota Bulan Merah. Satu bulan setengah berlalu setelah kematian Lufis, Tiga Segi Berdarah hanya mampu bertahan di Kawasan Dewan Pemerintah dan Jalan Bulan Merah bahkan ekonomi kota itu juga menurun dengan sangat drastik. Manakala Jalan Bulan Gelap, Jalan Bulan Indah dan Jalan Pejuang Berdarah sudahpun dikuasai sepenuhnya oleh Pejuang Pohon. Setiap daripada Tentera Merah yang mereka lihat pasti akan hilang dibunuh tanpa jejak sehingga tiada lagi Tentera Merah yang sanggup berada di kawasan itu. Pada malam harinya, Luft berjumpa dengan Sufi di Penjara Merah melalui kotak hitam. Masih terdapat sebilangan Tentera Merah yang berada di sana atas perintah daripada Nephila untuk mengawal Sufi dan Ezyr yang berkewujudan seperti Panjiey.

"Ketua..." Panggil Luft.

Sufi yang sedang berbaring didalam selnya menoleh ke arah Luft.

"Mmm... Luft. Semakin sunyi kawasan di sekitar penjara." Balas Sufi.

Luft tergelak kecil mendengar ucapan Sufi yang berbaur pujian itu.

"Ketua tidak ingin keluar daripada penjara?" Tanya Luft.

"Belum lagi." Jawab Sufi.

"Tapi ketua... Jalan Pejuang Berdarah sudah aman. Di setiap tempat ada Pejuang Pohon yang bersedia untuk membunuh setiap daripada Tentera Merah. Ketua boleh keluar pada bila-bila masa." Balas Luft.

"Tenang..." Balas Sufi dengan tenangnya.

Luft menundukkan wajahnya. Bibirnya mula membuka bicara mengenai Maya dan juga maklumat yang diberikan oleh Lufis. Dia juga menerangkan mengenai bilangan Pejuang Pohon yang sudahpun mencecah 2000 orang dan ramai daripada mereka berasal daripada bekas Tentera Merah yang mula melihat sinar.

"Mmm... Kejayaan bagi raja mereka." Puji Sufi.

"Ada lagi satu perkara yang menjadi tanya kepada anggota-anggota Hiyar Ayil. Apa sebenarnya kelebihan yang Maya perolehi ketua?" Tanya Luft.

Sufi menyilang jarinya seperti biasa sebelum memulakan penyampaian suatu ilmu yang mengasyikkan.

"Jantung kedua aku adalah jantung yang sama seperti yang aku miliki. Sebenarnya, Lufis tidak memerlukan tambahan jantung penduduk kota yang lain untuk memindahkan pemilik Tunggal Hantu Salju. Yang mereka perlukan hanyalah jantung pemiliknya. Syaratnya terakhir terdapat pada kata Tunggal itu sendiri." Jawab Sufi.

"Maksudnya... Pemindahan pemilik Tunggal Hantu Salju tidak mungkin berlaku selagi pemilik yang pertama belum mati. Sebab itu pemujaan itu gagal. Kata Tunggal yang bermaksud... Hanya seorang pemilik." Sambung Luft.

"Meski Maya tidak berubah menjadi Tunggal Hantu Salju. Jantung itu sudah cukup untuk mengubah dia menjadi seorang Tunggal yang sama kuatnya sepertimana Tunggal Hantu Salju. Itulah petunjuk yang bicara hati ini berikan." Terang Sufi lagi.

"Petunjuk... Patutlah ketua tidak ragu-ragu untuk mencipta jantung kedua Tunggal Hantu Salju. Jika sama kuat... Maksudnya Maya juga seperti ketua. Mempunyai kebolehan Tunggal yang berunsurkan Salju?" Tanya Luft lagi.

"Mmm... Dan kemungkinan Maya adalah Tunggal Ratu Serigala Salju. Salah satu ketua bagi serigala jadian." Jawab Sufi.

"Patutlah... Wujud manusia Maya berbentuk separuh serigala." Sokong Luft.

"Lindungilah gadis itu sepertimana permintaan Lufis. Sekiranya Maya menganggap Radyah sebagai ibunya. Hormatilah keputusan gadis itu." Arah Sufi.

Luft mengangguk membenarkan arahan daripada Sufi.

"Nur?" Tanya Sufi.

"Sepertimana rancangan Laviant. Kami menyelamatkan Nur kerana dia risau, Nephila akan melakukan sesuatu terhadap gadis itu." Jawab Luft.

Sufi melepaskan silangan jarinya.

"Bijak... Rancangan seterusnya adalah rancangan yang terakhir. Bulan Ke Sembilan adalah Bulan yang terakhir pada tahun ini. Pada hari ke 29, aku akan keluar daripada penjara ini bersama Ezyr. Pada malam hari terakhir untuk tahun ini, kita akan memusnahkan Nephila dan cuba untuk menyelamatkan Lily." Arah Sufi.

"Tapi ketua... Mengapa kita mengambil masa yang lama untuk memusnahkan Nephila. Kita boleh melakukannya sekarang." Soal Luft.

"Tenang... Selama dua bulan berlangsung nanti. Kau dan sahabat yang lain akan faham." Pujuk Sufi.

Luft hanya menuruti arahan Sufi. Meninggalkan ketuanya dengan pelbagai persoalan terhadap arahan yang dia terima.

*****

Ke Esokkan Harinya - Suasana tegang menghiasi Dewan Pemerintah di antara Nephila dan Lily. Sofea juga berada di sana memerhatikan gerak geri mereka bersama wujud Merapati Putih.

"Lily..." Panggil Nephila.

Lily tetap pada kedudukannya di singgahsana Raja Bulan Merah tanpa menghiraukan panggilan daripada Nephila. Wajahnya menggambarkan kesedihan yang sangat jelas dihiasi akalnya yang sentiasa memikirkan keadaan Nur dan Sufi.

"Lily... Kita sudah kehilangan Lufis dan Livis. Esfarza pula menghilangkan diri. Ini pasti angkara Pejuang Pohon. Tunggal Raja Rimba sudah bertemu dengan rajanya. Kemungkinan besar, markas terbesar mereka ada di luar Tembok Zamrud Gergasi dan menunggu masa untuk memusnahkan kita." Terang Nephila.

"Buatlah apa yang kau inginkan Nephila." Balas Lily.

Suatu bicara yang membuat gelora amarah pada jiwa Nephila mendidih. Dengan suatu jelingan yang sangat tajam, Nephila menghulur tangan kiri bersama jari-jemari dimainkan. Dalam beberapa detik, Raja Bulan Merah yang berada didalam kawalan Benang Hantu keluar daripada salah satu bilik rahsia menuju ke kubah tertinggi di Dewan Pemerintah. Kubah yang digelar Suara Di Raja.

"Aku akan memerintahkan seluruh penduduk negeri yang ada di dalam dan di luar kota untuk bergabung menjadi Tentera Merah. Siapa yang tidak ingin, mereka akan kehilangan nyawa. Selepas itu, aku akan meranapkan seluruh kawasan di luar Tembok Zamrud Gergasi." Marah Nephila.

Lily mengukirkan senyuman kecil mendengar kemarahan Nephila. Nephila memerintah tenteranya untuk menyeru seluruh penduduk kota berhimpun di Jalan Bulan Merah. Mendengarkan amanat raja boneka mereka di bawah kekuasaan Nephila.

"Hiyar Ayil..." Ucap Lily tanpa suara.

*****

Suatu suasana di Kubah Suara Di Raja. Angin berhembus sayu di kala seluruh penduduk kota berhimpun di Jalan Bulan Merah. Pejuang Pohon yang diketuai oleh Myla pula memerhatikan gelagat Tentera Merah di lorong-lorong gelap bersiap sedia melindungi penduduk kota sekiranya berlaku sebarang peperangan. Raja Bulan Merah berdiri di puncak diiringi Nephila dan seorang general Tentera Merah sambil memegang sebuah tongkat emas yang berlambangkan bulan berwarna merah.

"Wahai... Penduduk kota. Beta sebagai Raja Bulan Merah. Raja Naufi. Memerintahkan seluruh rakyat beta untuk berjuang atas nama Tiga Segi Berdarah. Kita akan memusnahkan pemberontakan yang berlaku di negeri ini. Pemberontakan yang meragut nyawa keluarga kita semua. Tiba masanya kita bangit atas nama Tiga Segi Berdarah menentang kejahilan Pejuang Pohon. Dan sesiapa yang menentang amanat ini. Dia adalah pengkhianat. Wajib hukum bunuh ke atasnya." Amanat Raja Naufi.

Penduduk kota bertepuk tangan seakan meraikan ucapan raja boneka mereka bersama wajah yang mengukirkan senyuman sindiran. Penduduk kota sudah mengetahui kebenaran di sebalik pemerintahan raja boneka itu. Satu bulan setengah dalam peredaran waktu sudah cukup bagi Pejuang Pohon untuk menyebarkan kebenaran dan menyeru kepada perampasan semula. Tiba masanya mereka membalas suatu lakonan dengan lakonan. Menyarung baju besi berlambangkan Tiga Segi Berdarah bersama tujuan untuk mengkhianatinya.

*****

Pada malam harinya, anggota Hiyar Ayil bersama dengan Pejuang Pohon mengadakan perbincangan di Kedai Khamar termasuk Nur yang pertama kalinya ikut serta. Perbincangan pada malam itu dimulakan oleh Luft yang membawa pesan daripada ketua Hiyar Ayil. Kekeliruan berlaku dikala penyampai pesan itu mengatakan bahawa ketuanya meminta untuk diselamatkan selepas dua bulan berlalu.

"Dua bulan?" Soal Sofea.

"Apa yang Sufi fikirkan." Keluh Nur.

"Pejuang Pohon yang berada diluar Tembok Gergasi sudahpun mencecah 2000 orang. Aslan sudahpun bersiap sedia menanti arahan untuk menghancurkan Tiga Segi Berdarah. Mengapa Sufi perlu menanti selama dua bulan?" Tanya Myla.

Luft hanya mampu menundukkan wajahnya. Bahkan akalnya sendiri pun tidak sehebat itu untuk memikirkan tujuan sebenar Sufi.

"Entah..." Balas Luft.

"Pasti ada sesuatu yang hantu itu fikirkan." Ucap Rai.

Anggota Hiyar Ayil dan Pejuang Pohon berdiam diri seketika untuk merungkai persoalan di balik arahan Sufi. Manakala Laviant hanya tersenyum kecil melihat tingkah sahabat-sahabatnya itu.

"Laviant..." Seru Alim.

"Laviant... Ada sesuatu yang kau tahu?" Tanya Daem.

"Siapa Laviant?" Tanya Lokh.

Sahabat-sahabat Lokh mengeluh panjang. Dikala mereka memerlukan jawapan daripada Laviant, dikala itu jugalah Lokh hadir menjadi seorang penghibur.

"Kawan-kawan... Kamu semua pergi mana. Lama kita tidak bertemu." Soal Lokh dengan penuh ceria.

"Kami sibuk Lokh... Sibuk buat tanah perkuburan untuk kau dan penguasa-penguasa yang disingkirkan." Sindir Daem.

"Waaa... Baiknya kawan-kawan aku. Kamu semua ada tanam bunga?" Balas Lokh.

"Eh... Buat apa bunga Lokh. Kami pacak lampu jalan agar pusara kau terang waktu malam. Kami letak makanan sekali. Buat persediaan takut kau lapar nanti." Sindir Luft.

Ruangan itu di penuhi dengan gelak dan tawa mereka sehinggalah Sofea mula membuka bicara.

"Kawan-kawan..." Panggil Sofea.

Panggilan Sofea itu menjadikan dia sebagai tumpuan pada mata-mata yang memandang.

"Sewaktu aku mengawasi Dewan Pemerintah. Lily ada mengatakan tentang Hiyar Ayil sewaktu Nephila meninggalkan tempat itu." Terang Sofea.

"Lily tahu tentang kita?" Tanya Abang Rahman.

Bicara terdiam seribu bahasa dikala akal memikirkan tentang perjuangan yang sia-sia.

"Nur..." Seru Laviant.

Perubahan jiwa diantara Lokh dan laviant memecahkan keheningan diantara mereka.

"Fuh... Akhinya." Ucap Rai.

Nur menunjukkan wajah yang tenang dikala wataknya menjadi tumpuan. Pada waktu itu, Esfarza dan Panjiey masuk ke kedai Khamar.

"Orang tua..." Sindir Rai.

"Sekarang... Kita ada Esfarza dan Nur yang mampu menjelaskan kata-kata daripada Lily itu." Terang Laviant.

"Adakah... Mereka berdua pembelot?" Soal Daem.

"Ish! Bodohnya cara kau berfikir." Marah Myla.

Daem mengerutkan dahinya mendengarkan sindiran itu.

"Sebenarnya... Lily sudah mengetahui tentang Hiyar Ayil sebelum kita memulakan rampasan ini. Dia sudah mengenal Sufi sebagai Penawar lebih awal dari yang kita jangka." Terang Nur.

"Biar betul Nur." Balas Luft.

"Sebelum perampasan bermula... Maksudnya, ianya sebelum penyamaran kita di kota ini." Sokong Daem.

"Nur... Cuba terangkan lebih terperinci." Pinta Sofea.

"Mungkinkah... Rantaian Harapan terlerai lebih awal daripada Rantaian Kasih Sayang." Soal Abang Rahman.

Nur membenarkan bicara Abang Rahman dengan suatu anggukkan.

"Sufi sudahpun meleraikan Rantaian Harapan sewaktu kali pertama dia dan Lily berpandangan mata. Ingatan Si Majnun terhadap bayangan wajah Sufi yang dia ramalkan dahulu sudahpun terbit pada bayangan akal Lily pada waktu itu." Jawab Nur.

"Dan... Lily mengetahui Sufi dan Hiyar Ayil akan menyelamatkan dia suatu hari nanti. Dia juga meletakkan harapan untuk diselamatkan oleh Sufi. Sebab itu jugalah dia tidak memberikan sebarang arahan sebagai Penguasa Yang Dirahsiakan kerana Lily juga menyokong perjuangan kita." Sokong Esfarza.

Daem, Panjiey dan Abang Rahman menepuk tangan bersama jiwa yang merasakan keterharuan.

"Mengapa Lily tidak memudahkan perjuangan kita. Musnahkan Nephila dan Lufis dalam diam." Keluh Luft.

Nur dan Esfarza hanya mampu mendiamkan diri. Mereka berdua juga tidak mengetahui apa puncanya Lily tidak ikut serta dalam perjuangan mereka.

"Itu kerana kamu semua terlalu yakin mampu mengalahkan Nephila." Tegur Laviant.

"Kita ada ramai sahabat yang berkelebihan. Mengapa pula kita tidak mampu mengalahkan Nephila. Bahkan Sang Taufan hampir membunuh Nephila." Nafi Sofea.

"Kita ada Tunggal Raja Rimba." Sokong Myla.

"Kita memang kuat... Raja Petir, Sang Taufan, Si Api Abadi dan juga Raja Rimba. Tapi yang lufis katakan, hanya Hantu Salju yang mampu melemahkan Nephila. Itulah yang Si Majnun ramalkan. Daripada kata-kata Lufis sendiri, ianya menunjukkan bahawa Nephila bukanlah Tunggal biasa. Seberapa besar pun kuasa yang Raja Petir dan Sang Taufan miliki untuk memusnahkan Nephila hinggalah ketulan daging. Tubuhnya akan bersatu kembali." Terang Laviant.

"Benang Hantu bukanlah perkara biasa yang boleh ditangani. Ketika melihat Lufis meleraikan Benang Hantu, seperti ada sesuatu yang tertanam pada bahagian dadanya. Selagi benda itu tidak terpisah daripada tubuh pemiliknya, selagi itu Benang Hantu akan menghidupkan dia kembali." Sokong Rai.

"Fuh... Tunggal yang merumitkan." Balas Luft.

"Ish... Susah sangat Hantu Labah-Labah itu mahu mati." Keluh Myla.

"Jadi Laviant... Apa penyelesaian bagi Jurugomo ini?" Tanya Abang Rahman.

"Entah." Jawab Laviant dengan selamba.

"Hantu yang ini lagi merumitkan." Sindir Sofea.

"Hanya Hantu yang mengenal Hantu... Bukankah Sufi memberikan kita petunjuk." Soal Laviant.

"Dua bulan... Itu yang Sufi katakan." Balas Alim.

"Maksudnya... Kita kena tunggu selama dua bulan untuk melihat kelemahan Nephila. Kan." Sokong Nur.

Laviant membenarkan ucapan Nur dengan suatu senyuman. Keluhan mula terdengar pada jiwa-jiwa yang mendengar kenyataan itu. Di kala itu, Ulya, Radyah dan Maya keluar daripada salah satu kamar untuk menyertai perbincangan mereka.

"Radyah..." Panggil Nur.

Radyah berlari memeluk Nur dengan eratnya bersama kerinduan yang mendalam.

"Nur..." Balas Radyah.

"Siapa dia ibu?" Tanya Maya.

"Ibu?" Soal Panjiey.

"Radyah... Ibu?" Soal Nur pula.

"Kalau ikutkan tinggi... Gadis ini lebih tinggi daripada Radyah. Tapi umur mereka berdua lebih kurang sama." Sindir Daem.

"Wajah pun hampir sama. Kedua-duanya comel." Sindir Myla.

Maya mengarahkan tangan kanannya ke arah Daem.

"Wahai Salju..." Bicara Maya.

Aura gadis comel itu mula berubah menjadi hawa dingin yang sangat banyak. Dengan pantas Ulya memegang tangan kanan Maya.

"Jangan Maya... Mereka semua adalah sahabat-sahabat ibu kau." Pujuk Ulya.

Wajah yang comel dihiasi pandangan yang tajam ke arah setiap anggota Hiyar Ayil. Daem dan sahabat-sahabatnya hanya mampu mendiamkan diri melihat tingkah Maya yang menakutkan itu.

"Tenang ya Maya." Pujuk Radyah sambil bergerak mendekati anak barunya itu.

Radyah menenangkan Maya dengan tepukan halus yang manja pada bahu gadis itu. Maya menurunkan tangan kanannya lalu duduk di atas meja panjang yang ada di kedai itu.

"Fuh... Jauh beza perangai mereka berdua." Keluh Daem.

"Kesan daripada pemujaan yang Lufis lakukan, gadis ini kehilangan ingatan. Dan ianya digantikan dengan ingatan yang baru dimana Radyah adalah ibu barunya. Kita akan hormati permintaan Lufis untuk menjaga gadis ini." Arah Laviant.

"Dia akan masuk Hiyar Ayil?" Soal Luft.

"Aku tidak ingin. Aku hanya inginkan ibu." Balas Maya.

"Merumitkan." Sindir Sofea.

"Mmm... Biarkan dia... Dia bukan ancaman. Kita akan meneruskan rancangan selama dua bulan ini. Myla... Arahkan Pejuang Pohon yang menyertai Tentera Merah untuk menyelindungkan diri mereka di luar tembok gergasi bersama dengan Aslan. Rai... Arahkan Kenji, Aryan dan Mu'un-Mu'un yang lain dari Kg, Khyt untuk menyerang dan menguasai Jalan Bulan Merah...Sekiranya Nephila yang turun sendiri menentang mereka, beritahu mereka agar bersembunyi lalu menyerang semula sekiranya Nephila berundur ke Dewan Pemerintah. Kita akan membuatkan Nephila huru-hara." Arah Laviant.

Anggota Hiyar Ayil membalas arahan itu dengan senyuman yang lebar. Jiwa mereka cukup yakin dengan arahan yang pembantu Sufi berikan itu. Mempermainkan Tiga Segi Berdarah sepertimana mereka mempermainkan rakyat dahulu.

*****

Pada malam Hari ke-15 Bulan Ke Lapan - Sepertimana rancangan Laviant, Kenji dan Aryan bersama Mu-un-Mu'un yang tersisa melakukan serangan di Jalan Bulan Berdarah yang berada berhampiran kawasan Dewan Pemerintahan. Bulan purnama dihiasi dengan nyalakan daripada Mu'un-Mu'un Hitam hingga mengubah suasana kota menjadi tegang. 400 Tentera Merah yang mengawal jalan itu dibantai habis-habisan. Bermandikan api daripada Kenji, suasana hangat menghiasi suasana.

"Aughhh!!!" Nyalak Aryan dengan lantangnya.

Dalam beberapa jam berlangusngnya pembantaian, Nephila hadir bersama 500 Tentera Merah. Sekelip mata, Kenji dan Aryan mengarahkan Mu'un-Mu'un yang lain berundur.

"Pembelot!!!" Teriak Nephila.

Secara tiba-tiba penguasa itu memuntahkan darah berwarna hitam. Suasana yang tegang berubah sepi.

"Penguasa..." Panggil General Tentera Merah.

"Berundur! Kemungkinan mereka ingin menyerang Dewan Pemerintah." Marah Nephila.

Tentera Merah menurut arahan Nephila tanpa sebarang alasan meski mata-mata mereka melihat jelas penguasa itu tersiksa dari dalam tubuhnya.

*****

Hari ke-3 Bulan Ke Sembilan - Seramai 300 Tentera Merah mengkhianati Tiga Segi Berdarah dan bersatu dengan Pejuang Pohon di luar Tembok Zamrud Gergasi. Tentera Merah yang menyampaikan berita itu dibunuh oleh Nephila sendiri. Jasadnya pula di makan tanpa ada yang tersisa. Kekeliruan dan kemusnahan menghantui Nephila pada masa itu manakala Lily terus menyepi di dalam kamarnya bersama rindu terhadap Sufi yang tidak berpenghujung. Pada penghujung bulan ke Sembilan, wujud Nephila berubah sepenuhnya. Tubuhnya yang mereput memaksa tingkahnya untuk menajadikan seratus daripada tenteranya sebagai jasad santapan. Perubahan itu disaksikan oleh kedua mata Sofea dan Luft yang memerhatikan Dewan Pemerintah disebalik bayangan.

"Sepertimana kata Sufi... Dua bulan. Belum sempurna tempoh masa tersebut kita sudah melihat kemusnahan Nephila." Sindir Luft.

"Apa sebenarnya yang terjadi Luft?" Soal Sofea.

"Entah... Hanya Sufi yang mampu menjelaskan keperitan yang Nephila alami." Balas Luft.

"Tubuh Nephila juga membusuk...Seram." Ucap Sofea lagi.

Suasana yang terlalu asing didalam Dewan Pemerintah. Busuk dan sunyi ibarat suatu istana berhantu. Tiada siapa yang mampu menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku keatas Nephila kecuali Sufi. Sepertimana kata Laviant, hanya Hantu yang mengenal Hantu.

*****

Hari ke-29 bulan ke Sembilan - Ianya merupakan hari kedua terakhir sebelum berlalunya Tahun ke 1000 alam Ulfun Ain kerana setahun di alam itu hanya berlangsung selama 10 bulan. Pejuang Pohon dan Hiyar Ayil sudahpun bersedia di Penjara Merah untuk menjemput pulang ketua mereka yang bijaksana. Jalan Pejuang Berdarah dipenuhi dengan nyalakan daripada Mu'un yang diketuai sendiri oleh Aryan dan sorakan daripada Pejuang Pohon. Suasana meraikan kebebasan Sufi yang akan menamatkan kesengsaraan di Negeri Bulan Merah.

"Sinar!!!Sinar!!!Sinar!!!" Sorakan daripada Pejuang Pohon.

Sufi melangkah dengan tenang bersama Ezyr menuju keluar daripada Penjara Merah. Bahkan yang lebih mengejutkan pada mata-mata yang memandang, seramai seratus banduan mengiringi Sufi.

"Assalamualaikum..." Ucap Sufi di pintu Penjara Merah.

Salam dari seorang ketua yang bijaksana memaksa keheningan suasana untuk hadir seketika.

"Bum!!!" Rai tiba memecahkan suasana.

"Fuh~!!!" Panjiey tiba bersama anginya dalam masa yang sama.

Sorakan kembali memeriahkan suasana. Kegembiraan terukir pada wajah-wajah yang memperjuangkan sinar.

"Hantu... Pandai kau mencari ruang untuk menjadi tumpuan ya." Sindir Rai.

"Selamat pulang ketua." Sindir Panjiey.

Sufi membalas sindiran itu dengan gelak yang kuat.

"Mana yang lain?" Tanya Sufi.

"Semuanya menanti kau di markas kita...Menanti perbincangan yang terakhir." Balas Rai.

"Mmm... Mari." Ajak Sufi.

"Banduan ini?" Tanya Panjiey.

"Mereka adalah Pejuang Hiyar Ayil...Aku yang menjemput mereka untuk memperjuangkan sinar." Jawab Sufi.

"Akhirnya... Kita ramai." Balas Rai.

Mereka bergerak bersama menuju ke markas terbesar Hiyar Ayil. Menjalankan perbincangan untuk yang terakhir kali sebelum perampasan sepenuhnya Negeri Bulan Merah.

*****

Suasana di kedai Khamar. Untuk yang pertama kalinya, perbincangan mereka dihadiri oleh kesemua anggota Hiyar Ayil.

"Lama betul kau menghilang Sufi." Sindir Abang Rahman.

Aryan bergerak mendekati Sufi lalu melutut dihadapan pemuda itu secara tiba-tiba.

"Abang... Izinkan saya menjadi anggota Hiyar Ayil." Pinta Aryan.

Sufi dengan pantas menggerakkan tubuh Aryan agar bangkit dari kedudukannya.

"Jangan melutut... Aku bukan raja. Darjat kita juga sama. Sekadar manusia biasa." Balas Sufi.

Bicara yang mengusik jiwa daripada seorang ketua yang bijaksana. Sufi memasukkan Aryan ke dalam Hiyar Ayil tanpa sebarang bantahan daripada anggota yang lain. Melihat Aryan sanggup mengorbankan diri memperjuangkan sinar, sudah terbukti pemuda itu juga menginkan keindahan seperti mereka.

"Sudahlah... Kita terus kepada isi utama." Marah Laviant.

"Fuh... Ganas." Sindir Daem.

"Jadi... Apa yang kita perlu bincangkan sebenarnya?" Soal Sofea.

Panjiey mendekati kedudukan Sufi yang berada di tengah ruangan.

"Sufi... Apa maksud kau dua bulan?" Tanya Panjiey.

"Mmm... Ketua katakan pada aku tempoh hari, akan ada perubahan yang berlaku selama dua bulan ini. Dan perubahan yang terbesar aku dan Sofea lihat. Adalah keuzuran Nephila." Sokong Luft.

"Hantu..." Seru Rai.

Sufi menyahut seruan itu dengan silangan jari. Seperti kebiasaannya, bicara yang mengasyikkan bakal tiba.

"Tujuan utama penantian selama dua bulan ini adalah untuk melemahkan Nephila. Kita perlu melemahkan apa yang ada didalam tubuh Nephila terlebih dahulu sebelum membunuhnya. Jika tidak, dia tidak akan mati meski kita menggunakan semua kelebihan yang kita ada. Meski Raja Petir, Sang Taufan dan Raja Rimba menggunakan Rahsia Di Balik Rahsia milik mereka." Jawab Sufi.

"Apa yang membuatkan dia terlalu sukar untuk dibunuh?" Soal Abang Rahman.

"Wujud Benang Abadi. Wujud itu adalah seorang bayi yang terbentuk daripada jasad-jasad manusia. Wujud itu sentiasa memproses tubuh pemiliknya agar sentiasa kekal muda. Semakin banyak jasad yang manusia yang diberi makan kepada bayi itu, semakin cepat proses penyembuhan yang dia mampu lakukan." Jawab Sufi lagi.

"Maksudnya... Sekiranya dia tidak diberi makan, dia akan memakan jasad pemiliknya?" Tanya Sofea.

"Mmm... Wujud itu juga digelar Bayi Hantu. Bayi yang sentiasa mengidamkan jasad manusia. Disebabkan itu, Nephila bertindak seperti yang kamu lihat. Tubuhnya mulai di makan oleh Bayi Hantu secara perlahan-lahan." Sokong Laviant.

"Jadi... Penduduk kota yang aku culik selama ini bukanlah digunakan untuk pemujaan. Melainkan santapan Bayi Hantu." Keluh Ezyr.

"Fuh... Macam mana kau tahu tentang Bayi Hantu ini Sufi?" Soal Alim.

"Seperti yang Laviant katakan. Hanya Hantu yang mengenal Hantu. Sufi dan Nephila berada dalam golongan Tunggal yang sama. Tunggal yang berkewujudan Hantu. Tunggal dalam golongan ini mempunyai kelebihan rahsia yang tidak terikat dengan unsur mereka." Jawab Panjiey.

"Kelebihan rahsia seperti Bayi Hantu ini hanya mampu di rasakan oleh golongan Tunggal yang sama. Itulah yang dimaksudkan dengan kata-kata Lufis dan Laviant. Hanya Hantu yang mengenal Hantu." Sokong Rai.

"Waaa... Hebat." Puji Daem.

"Tapi merumitkan." Keluh Myla.

"Meski Nephila dalam keadaan yang lemah sekarang. Itu tidak bererti dia tidak mampu menggunakan Tunggal Hantu Labah-Labah, pertempuran tetap akan berlangsung. Sepertimana kata-kata Lufis, Si Majnun meramalkan yang Hantu Salju mampu melemahkan Hantu Labah-Labah. Bukan mengalahkannya." Tegur Laviant.

"Dan rancangan juga perlu dibuat. Apa rancangan terakhir kita Sufi?" Tanya Abang Rahman.

Suasana yang hening menerpa menenangkan jiwa-jiwa yang berkobar memperjuangkan sinar.

"Berapa bilangan Pejuang Pohon dan Tentera Merah sekarang?" Tanya Sufi semula.

"Pejuang Pohon seramai 2500 orang diketuai oleh Aslan sedang menunggu arahan di luar Tembok Zamrud Gergasi. Mereka sudah bersedia untuk memecah masuk ke Jalan Pejuang Berdarah pada bila-bila masa." Jawab Myla.

"Tentera Merah hanya tinggal 300 orang. Mereka semua berkumpul di Dewan Pemerintah atas arahan Nephila." Jawab Sofea.

Mendengar kelebihan besar yang mereka miliki membuatkan Sufi tersenyum manis.

"Esok malam sebelum kita menyerang Tiga Segi Berdarah. Alim akan mendendangkan puisi yang terakhir. Usai sahaja rangkap yang terakhir, kita akan memulakan serangan sehingga kita... Menang." Arah Sufi.

Bicara yang mengusik jiwa itu membuat para jiwa tersenyum. Sorakan dan tepukan menghiasi suasana di antara mereka.

*****

Suasana sepi menerpa semula di kedai Khamar milik Abang Rahman. Anggota Hiyar Ayil dan Pejuang Pohon menjalankan tugas mereka memerhatikan Kota Bulan Merah di setiap kawasan. Di ruangan perbincangan, Sufi berseorangan dibuai kesepian hinggalah Puteri Mawar Merah masuk ke ruangan itu.

"Nur?" Soal Sufi.

Nur menoleh ke arah Sufi bersama kejutan rasa pada jiwanya.

"Su... Hantu... Kau buat apa sini?" Tanya Nur.

"Salah?" Sindir Sufi.

Nur mengerutkan dahi mendengar gurauan Sufi meski jiwa mencerminkan yang sebaliknya. Berbulan tidak bermain kata sudah cukup mencipta suatu rindu yang mendalam didalam jiwa.

"Salah... Memang salah." Marah Nur.

Wajah Nur berubah tegang secara tiba-tiba. Dia bergerak mendekati Sufi sambil menggenggam erat kedua tangannya.

"Mengapa kau tinggalkan aku seorang diri bersama dengan musuh kita. Kau tahu, setiap hari Tentera Merah datang ke kedai untuk mengawasi aku. Dan... Tiada seorangpun yang melindungi aku." Marah Nur lagi.

"Nur..." Pujuk Sufi.

"Ish!" Balas Nur bersama suatu jelingan.

Dikala Nur memalingkan wajahnya daripada Sufi, Sufi mencapai tangan gadis itu menghalangnya daripada pergi membuat paluan rasa didalam jiwa semakin kencang berbunyi.

"Nur... Kau sendiri tahu itu semua untuk melindungi kau. Supaya tiada siapa yang mencurigai watak yang kau mainkan." Pujuk Sufi.

Nur menundukkan wajahnya dikala jiwanya tidak dapat menahan gelora rasa yang tidak henti daripada berbunga.

"Tahu..." Jawab Nur dengan nada perlahan.

"Jadi... Mengapa kau terlalu marah dengan aku." Soal Sufi lagi.

"Aku... Aku tidak tahu mengapa..." Balas Nur.

"Nur... Kau marah dengan aku. Atau kau terlalu rindu." Sindir Sufi.

Dengan pantas Nur menoleh semula ke arah Sufi.

"Pap!!!" Nur menampar wajah tenang milik Sufi.

Meski tamparan menyepikan suasana, namun tangan yang saling berpegangan tidak terlerai dikala pandangan mereka berdua mula terikat. Dikala itu juga Radyah dan Maya masuk ke kedai itu usai melawat pusara Marya yang di terletak di luar Kota Bulan Merah.

"Nur... Abang... Sufi..." Panggil Radyah.

Kehadiran Radyah membuatkan pegangan tangan diantara Nur dan Sufi terlerai. Gadis comel itu merenung kedua mata Sufi sedalam mungkin. Rasa didalam jiwanya seakan retak apabila melihat sesuatu yang dia sangat inginkan dimiliki oleh insan yang lain. Sesuatu yang dia sangat inginkan. Rasa yang berbalas.

"Ayah..." Panggil Maya mengejutkan ikatan pandangan antara mereka bertiga.

"Ayah?" Soal Nur.

Maya berlari menuju ke arah Sufi lalu memeluk erat insan yang dianggapnya sebagai ayah itu.

"Ayah?" Soal Sufi pula.

"Degupan jantung kita sama... Ayah." Balas Maya.

Apabila Sufi merasakan unsur yang ada pada tubuh Maya, ternyata ianya sama. Bezanya cumalah Tunggal dan kelebihan mereka berdua. Dikala itu, Nur terus kaku bersama bayangan akal yang bertentangan dengan kenyataan bicara daripada Maya manakala Radyah pula terus dibelenggu dengan permainan rasa didalam jiwa.

"Ibu... Marilah... Peluk ayah bersama-sama." Ajak Maya.

Nur dan Radyah tetap dengan kedudukan dan tingkah mereka meski setiap apa yang Maya katakan mengusik kedua-dua jiwa.

"Maya..." Pujuk Sufi.

"Maya tahu... Meski Maya tidak mempunyai ingatan pada masa lalu. Cukup melihat dan merasai ketenangan Ayah. Ianya sudah membuktikan yang kita berdua mempunyai ikatan." Balas Maya.

Sufi membalas bicara itu dengan senyuman. Situasi yang tidak mampu diungkapkan dengan bicara.

"Radyah... Radyah naik dulu ya." Pinta Radyah secara tiba-tiba.

Tanpa menunggu sebarang balasan, Radyah dengan pantas bergerak meninggalkan ruangan yang menyakitkan jiwanya itu.

"Ibu..." Panggil Maya.

Maya melepaskan pelukannya daripada Sufi bergerak mengikuti Radyah.

"Ayah... Nanti kita jumpa lagi ya." Pinta Maya.

Kepergian Radyah dan Maya menjadikan suasana sepi seketika diantara Nur dan Sufi.

"Sufi... Kau pasti tahu... Kan?" Soal Nur.

Sufi hanya mendiamkan diri tanpa sebarang jawapan.

"Kau pasti tahu... Yang Radyah mencintai kau. Mengapa kau mendiamkan diri." Sambung Nur.

Sufi masih dengan kedudukannya berdiam diri tanpa sebarang jawapan.

"Sufi..." Panggil Nur bersama nada yang sangat sayu.

"Mmm..." Balas Sufi dengan tenang.

"Aku... Aku tidak ingin ada apa-apa situasi lagi diantara kita yang mampu membuat jiwa Radyah terluka. Ya." Pinta Nur bersama wajah yang ditundukkan.

Usai bicara Nur, dia meninggalkan Sufi bersama tangisan kecil. Membawa jiwanya pergi daripada situasi yang menjelaskan segala kebenaran tentang ikatan antara jiwa mereka bertiga.

"Fuh... Arus takdir." Keluh Sufi.

Permainan rasa dalam permainan situasi. Tiada yang beruntung tiada yang rugi kerana jiwa berkongsi rasa yang sama. Namun dikala situasi tegang itu berlangsung, Ulya yang sedang bersembunyi di luar kedai Khamar juga mendengar perbicaraan itu. Mendiamkan diri bersama tangisan kelukaan yang tidak mampu dia sembunyikan. Berulang kali dia melihat dan mendengar situasi yang sama. Semakin dia memahami, semakin dia terluka. Meski perjuangan perampasan hampir mencapai kemenangannya, perjuangan rasa mula berlaku yang sebaliknya.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C19
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン