アプリをダウンロード
100% Hanya si Dia / Chapter 20: Bab 20

章 20: Bab 20

Wanie bangun dari tidur dan memandang ke arah suaminya yang tidur lena. Dia mengiring di hadapan suaminya sambil tersenyum. Wanie main-main bibir Afif yang ternganga sedikit dengan jari telunjuk dan ibu jarinya.

"Terima kasih.. Terima kasih sebab cintakan Wanie.. Dan terima kasih sebab semalam juga. Abang.. Seandainya takdir kita hanya di sini. Hati sayang hanya untuk abang.. Dan abang boleh bersama dengan kak Illa seperti dulu.. Sayang yakin.. Abang boleh bahagiakan kak Illa." Wanie mengusap lembut pipi Afif.

"Abang.. Pertama kali abang munculkan diri abang masa sayang umur 17 tahun dan masa tu umur abang 21 tahun.. Abang datang dengan kak Illa dan abang Aiman di sekolah menengah kita orang. Sayang tahu.. Masa tu abang tak perasan sayang sebab sayang jarang muncul di hadapan abang. Dan orang pertama yang tahu result sayang adalah abang.. Abang datang dekat sayang dan tanya keputusan sayang.. Sungguh masa tu sayang seronok sangat abang cakap dengan sayang." Wanie senyum sambil melihat wajah suaminya. Wanie masih usap pipi kanan Afif.

"Dan kali kedua abang datang rumah atok, umur abang dah 26 tahun dan pada mulanya sayang ingat abang dah kahwin.. Tapi tak, abang tak kahwin lagi. Macam mana sayang tahu? Sayang tanya dekat abang Aiman lah. Sayang tanya semua pasal abang dekat abang Aiman dan abang Aiman tahu yang sayang suka abang dah lama sebab tu sayang rapat sangat dengan abang Aiman."

"Abang.. Pada mulanya susah sayang nak terima kekurangan abang.. Tapi sayang cuba, sebab sayang nak abang berubah.. Dan jadi suami yang baik untuk kak Illa, sayang tahu dulu abang terlalu sosial. Semua perempuan abang layan tapi sebaiklah tak buat benda tak elok." Wanie mencebik. Di cubit pipi Afif perlahan.

"Dan.. Sayang sanggup jadi bahan pukul abang.. Tapi bila lama-lama sayang dah tak dapat tahan.. Sayang dah tak tahan dengan maaf abang.. Sayang dah bosan.. Abang.. Terima kasih sebab izinkan sayang jadi isteri abang dan terima kasih sebab sanggup korbankan hati abang untuk sayang." Wanie usap perlahan air matanya dan kembali usap pipi kanan Afif.

"Abang.. Sayang dah tak boleh bertahan dengan abang.. Selama ni, sayang masih bertahan, sebab sayang nak kasih sayang abang.. Tapi.. Abang tetap pukul sayang.. Abang cakap abang cintakan sayang.. Tapi.. Cinta abang adalah pukul sayang ke? Sayang nak kasih sayang abang.. Itu sahaja abang.. Hanya itu." Wanie menahan air mata dan di tutup mulutnya dengan tapak tangannya. Wanie menarik nafas dalam-dalam dan sambung kata-katanya.

"Abang.. Sayang cintakan abang sangat-sangat, sayang nak bersama-sama dengan abang. Abang.. Bila sayang dah tak ada dekat sisi abang.. Abang kena teruskan hidup abang.. Abang luangkan masa dengan kak Illa pula tahu." Wanie senyum kepada Afif yang buka matanya terkejut mendengar kata-kata Wanie.

"Apa sayang cakap ni.." Afif usap air mata isterinya.

"Abang dengar eh.. Buat pura-pura tidur, cium nanti." Wanie gigit bibir bawahnya geram.

"Abang dengar seeemuuaa cerita sayang dari A sampai Y." Wanie mengerut dahi.

"Aik.. Sampai Y? Habis dah eh Wanie cerita." Wanie mencebikkan bibirnya. Afif menggeleng.

"Tak sampai Z pun lagi."

"Tang mana yang tak sampai Z?" Wanie mengerut dahinya.

"Tang ni." Afif menunjukkan bibirnya. Wanie jeling dengan jawapan Afif.

"Betullah.. Tadi kata nak cium abang.. Cium lah." Afif memuncungkan bibirnya. Wanie tampar perlahan bibir Afif. Afif memandang isterinya dengan pandangan mengecil.

"Biasa dia na.." Afif peluk tubuh isterinya, Wanie hanya menjelir. Afif dekatkan tubuhnya dengan tubuh Wanie sambil di cium dahi isterinya lama.

"Tak ada apa-apa yang akan berlaku antara kita, kan?" Afif memandang wajah isterinya. Wanie senyum memandang wajah Afif, dia hanya senyum tak mampu nak beri jawapan yang sebenar kepada Afif. Afif turut senyum, di erat pelukannya dengan si isteri.

"Abang.. Nak tahu tak kenapa sayang masih bertahan dengan pukulan abang?"

"Sayang.. Dah la.. Abang minta maafkan semalam." Afif memandang isterinya, Wanie senyum nipis.

"Sebab.. Ni.. Sebabkan ni. Your arm is mine. Lengan ni sahaja abang akan pukul sayang.. Tak ada orang lain lagi. Just me." Wanie senyum manis kepada suaminya. Afif memandang wajah isterinya lama. Dia cium bibir isterinya lama, Wanie lepaskan ciuman Afif.

"Abang tak nak pergi kerja ka?" Wanie memandang leher suaminya. Afif cium dahi isterinya sebelum di pandang wajah isterinya.

"Tengok apa tu?" Tanya Afif apabila mata isterinya tengok di lehernya.

"Tak tengok apa.." Wanie mengerut dahi memandang suaminya. Afif senyum sendiri.

"Pergi.. Awal lagi sayang.. Jap lah." Afif kembali peluk tubuh isterinya. Wanie tutup matanya.

"Nak tidoq la." Kata Wanie perlahan, Afif menganggukkan kepalanya.

↪↩↪↩↪↩↪↩

-2 bulan-

"Ok. Harini sayang nak makan apa?" Afif memandang isterinya yang di hadapannya, Illa di sebelahnya turut memandang Wanie.

"Makan apa-apa ja lah." Wanie memandang Illa dan Afif silih ganti.

"Ok. Nanti you order, I nak pergi tandas jap." Afif bangun dari kerusi dan terus mencari tandas, Illa menganggukkan kepalanya dan senyum kepada Wanie, Wanie membalas senyuman Illa. Sementara mereka menunggu Afif tiba dan makanan yang di order mereka sampai, Wanie memandang ke arah jalan raya. Di seberang jalan ada sebuah kedai runcit, Illa memandang ke arah suaminya yang baru keluar dari tandas.

Wanie bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke jalan raya, dia mula melintas apabila kereta masih jauh, Afif memandang isterinya yang baru lepas melintas. Dia duduk di tempatnya tadi dan sembang dengan Illa sementara tunggu isterinya muncul.

"Erm.. Tak sangka you dah berubah eh.. Jangan buat lagi tau!" Illa memberi amaran.

"Ish.. Ye.. I tak akan buat lagi.. Lagipun.." Mata Afif dan Illa memandang ke arah bunyi. Afif terus bangun dari kerusi dan menuju ke arah orang yang baru nak berkumpul di tempat kejadian. Afif memandang lama gadis yang duduk di tepi jalan dengan bantuan orang.

"Abang.." Panggil seseorang di hadapannya, Afif dan Illa memandang orang yang panggil panggilan Afif. Wanie yang berdiri di hadapan kedai runcit memandang suaminya dari jauh, terkejut juga dia apabila dengar bunyi yang kuat. Afif dan Illa berlari ke arah Wanie. Afif terus peluk isterinya yang memandangnya pelik.

"Abang.. Abang ingat.. Dah kehilangan sayang." Afif memeluk isterinya erat, Afif menarik Illa dalam pangkuannya. Dia tak nak kehilangan kedua-dua isterinya, terutamanya Wanie.

↪↩↪↩↪↩↪↩

-7 bulan-

"Jangan nak buat kerja sayang!" Afif jerit kecil dari dapur. Wanie mencebik, di pandang suaminya geram.

"Apa abang ni.. Nak buang sampah ja pun!" Wanie gigit bibir bawahnya, buang plastik sampah pun tak boleh. Nak terperap dalam bilik? Wei bosan kot!

"Tak.. Bo.. Leh.." Afif berjalan ke arah Wanie dan ambil beg plastik di tangan isterinya dan serah kepada Ira. Ira ambil sahaja plastik sampah yang di serah oleh Afif dan menuju ke luar rumah.

"Buang sampah ja kot.." Wanie memandang ke arah Ira yang sudah hilang di sebalik pintu. Afif bawa isterinya duduk di sofa.

"Sayangkan mengandung.. Ni.. Dah tujuh bulan.. Duduk sini diam-diam. Tengok cita kartun ni." Afif membuka siaran TV3 yang ulangan boboiboy. Wanie mencebik, di jeling Afif geram.

"Ish.. Sayang.. Nanti jangan jadi macam papa tau! Kuat mengongkong!" Kata Wanie sambil mengusap perlahan perutnya. Afif senyum sendiri, di pegang perut isterinya dan di usap perlahan.

"Sayang.. Beritahu ibu.. Mestilah papa kuat mengongkong.. Sebab ibu isteri papa dan sayang anak papa.. Tak akan pula papa nak biarkan ibu buat kerja berat-berat." Kata Afif sambil memandang wajah isterinya. Wanie mengecilkan matanya memandang wajah Afif.

"Buang sampah bukannya berat pun." Wanie jeling geram. Afif ketawa kecil dengan jelingan isterinya.

"Memang lah tak berat.. Tapi abang tak sanggup tengok sayang jalan tadi." Afif usap perlahan perut isterinya.

"Kak Illa! Meh siniii.. Wanie tak nak cakap dengan abang Afif. Dia buli Wanie.."

"Bila masa abang buli sayang." Afif memandang isterinya, Illa membawa senduk kayu dan pura-pura marah Afif. Afif ketawa dengan perangai isterinya, Wanie turut ketawa dengan Illa dan begitu juga Puan Fatimah dan Tuan Shariz yang dari tadi duduk di sofa melihat babak romantik di hadapan mereka.

↪↩↪↩↪↩↪↩

"Fif.. Macam mana dengan Wanie? Cucu ummi?" Tanya Puan Fatimah apabila melihat Afif keluar dari bilik salin.

"Anak Fif selamat ummi, baba.. Tap-tapi Wanie.. Dia.. Tak dapat di selamatkan." Afif memandang semua mata memandang ke arahnya.. Aiman dan Amar datang ke arah Afif, di peluk tubuh Afif. Aiyin, Aenin dan Illa sudah menangis mendengar khabar Wanie tak dapat di selamatkan.

Dayana terdiam, dia baru jumpa dengan sepupunya semalam dan minta maaf kepada Wanie, tapi hari ini.. Dia dengar Wanie dah tak ada.. Aiyin memandang kakaknya yang bisu, Aiyin memeluk tubuh kakaknya.

"Nangislah kak.. Jangan pendam." Kata Aiyin perlahan. Selepas Dayana dengar kata-kata adiknya Dayana nangis dalam pangkuan Aiyin. Puan Fatimah nangis dalam pangkuan suaminya dan begitu juga dengan Puan Zuriah dan Puan Farida. Afif terduduk di lantai, dia tak dapat terima isterinya sudah tiada.

Aiman memeluk bahu Afif, tak pernah dia nampak Afif begitu lemah. Aiman memandang Amar yang memandang Afif yang nangis. Dia silap tentang sepupunya itu dan dia pun silap dengan perubahan Afif. Dia tak sangka, Afif betul-betul cintakan Wanie dan hanya Wanie juga Afif berubah sebegini.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Afif dan keluarganya baru balik dari tanah perkuburan, Afif masuk dalam rumah dan terus menuju ke dapur di mana ada bilik arwah Wanie.

Afif masuk dalam bilik Isterinya yang sudah lama pergi meninggalkannya. Dia menuju ke arah katil yang tidak di usik oleh sesiapa. Masih tersusun dengan kemas bantal di tempatnya. Afif duduk di birai katil sambil mengusap lembut katil, dia capai pula bantal dan peluk erat bantal itu sambil di pejam matanya.

"Sayang... Abang rindu sayang.. Maafkan abang sayang.. Ma-maafkan abang." Afif peluk erat bantal yang di pegangnya sambil air mata jatuh menitis ke bantal.

"Abang berdosa dengan sayang.. Abang tak layan sayang.. Ab-abang pukul sayang.. Ab-abang bodoh.. Abang bodoh. Maafkan abang sayang.. Abang menduakan sayang. Sayang tak patut jumpa dengan abang. Sayang tak patut terima lelaki macam abang." Afif berkata kuat sama sekuat dengan tangisannya.

"Abang me-menyesal sayang.. Nyesal dengan perbuatan abang dekat sayang.. Abang minta maaf." Afif baringkan badannya ke atas katil sambil peluk bantal. Tangisannya semakin perlahan. Dia sembunyikan tanggisannya di sebalik bantal.

Puan Fatimah, Tuan Shariz, Ira dan Illa melihat tubuh Afif yang menangis di sebalik bantal. Mereka turut sedih dengan tanggisan Afif.

Afif bangun terkejut dan duduk di atas katil. Wanie terkejut dengan suara Afif, terus dia bangun dan duduk memandang Afif.

"Kenapa ni abang?" Tanya Wanie yang masih mamai. Afif memandang sekeliling, sekelilingnya semua putih seperti dia pernah duduk tempat macam ni dulu.

"Ab-abang mimpi sayang meninggal." Afif pegang kedua pipi Wanie. Wanie memandang wajah Afif lama.

"Abang.. Tidur eh.." Wanie baringkan suaminya.

"Abang.." Panggil Wanie lagi.. Afif memandang isterinya lama.

"Bangun.. Bangun dari mimpi ni.. Jangan terlalu ingatkan sayang.. Abang ada orang yang ramai sayangkan abang.. Abang ada anak-anak kita yang perlukan abang.. Dan abang ada isteri, kak Illa perlukan abang.. Abang ada ummi, baba dan Ira. Mereka pun perlukan abang. Wanie sayangkan abang.. Dan abang kena terima Wanie tak ada di sisi abang.. Bangun abang.." Wanie bangun dari katil dan terus tinggalkan Afif yang sendirian di atas katil.

"Sayang.. Sayang.. Jangan pergi!" Afif bangun dari tidurnya, di lihat Wanie tak ada di sebelahnya. Puan Fatimah masuk dalam bilik dan melihat Afif yang turut melihatnya.

"Ummi.. Wanie mana?" Afif mencari kelibat Wanie dari belakang Puan Fatimah, tapi tak ada. Puan Fatimah berjalan lemah ke arah anaknya, air matanya sudah mengalir. Di peluk tubuh anak sulungnya, tak pernah dia nampak anaknya begini.

"Wanie mana ummi.." Afif turut menangis dalam pangkuan Puan Fatimah. Matanya di pejam rapat-rapat.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Afif yang duduk sendirian di luar rumah, termenung jauh. Di ingat kembali kata-kata terakhir isterinya.

"Abang.. Sayang dah tak boleh bertahan dengan abang.. Selama ni, sayang masih bertahan, sebab sayang nak kasih sayang abang.. Tapi.. Abang tetap pukul sayang.. Abang cakap abang cintakan sayang.. Tapi.. Cinta abang adalah pukul sayang ke? Sayang nak kasih sayang abang.. Itu sahaja abang.. Hanya itu."

Afif memejam matanya apabila mengingat kata-kata isterinya dulu. Dia melihat lengannya pula.

"Abang.. Nak tahu tak kenapa sayang masih bertahan dengan pukulan abang? Sebab.. Ni.. Sebabkan ni. Your arm is mine. Lengan ni sahaja abang akan pukul sayang.. Tak ada orang lain lagi. Just me."

Afif mengeluh perlahan, di pandang lengannya lama sebelum matanya melihat langit yang mula nak cerah dengan sinaran matahari.

"You.."panggil Illa dari pintu. Afif memandang ke arah isterinya. Dia senyum nipis kepada Illa yang memakai kasutnya dan dua orang anak kembarnya memakai kasut dan berlari ke arahnya.

"Papa!" Jerit dua orang kembar itu. NURA HARLINA DAN NURA AZLIZA. Afif memeluk kedua anaknya yang sudah berumur 4 tahun lebih. Wanie dah lama tinggalnya. Sudah 4 tahun lebih Wanie meninggal dan 4 tahun lebih ni Illa menjadi ibu kepada anaknya dan Wanie. 4 tahun ni lah Illa yang menyusukan anaknya. Illa jaga anak kembarnya seperti mana Illa menunaikan janjinya dengan Wanie.

"You.. Mari sarapan.. Sekejap lagi you nak pergi kerja kan?" Afif senyum kepada Illa. Afif dukung Nura Azliza dan Nura Harlina di dukung oleh Illa. 4 tahun juga dia bahagia dengan keluarganya kini. Empat tahun ni.. Dia sudah dapat terima kepergian Wanie dalam hidupnya dan dia tak pernah padam kisah cintanya dengan Wanie dalam kepalanya. Tidak sesekali.

*TAMAT*


Load failed, please RETRY

終わり レビューを書く

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C20
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン