Pada hari Alya pulang ke rumah,Izham terus meminta maaf kepada Alya kerana telah mengabaikannya selama 7 tahun.Alya juga meminta maaf kepada ayahnya dan juga seluruh ahli keluarganya.
"Maafkan ayah,Alya.Ayah lalai dalam membesarkan kamu dengan baik.Ayah abaikan kamu selama kamu berada disisi ayah.Kini ayah telah pulih dan ayah nak sangat Alya sentiasa berada disisi ayah ya nak."Kata Izham dengan sedih.
"Ayah,Alya nak minta maaf juga kerana telah menghilangkan diri selama 10 tahun.Alya tak pergi mana-mana pun.Alya ada je kat rumah aunty Siti dan uncle Zayn.Mereka yang jaga Alya sepanjang Alya berada dengan mereka."Kata Alya dengan sedih.
"Kami tahu Alya.Kamu ada je kat rumah aunty Siti tu.Suami dia yang bagitahu kami sebaik sahaja Alya mengikuti mereka pulang rumah mereka.Uncle Zayn pun hari-hari bagitahu keadaan Alya sepanjang Alya berada disana.Kami rindu sangat pada Alya."Kata Irham.
"Oh begitu rupanya.Maafkan Alya ya semua."Jawab Alya dengan sedih.
Mereka pun berpelukan ramai-ramai dan Izham pula mengumumkan bahawa dia ingin membawa seluruh ahli keluarga dan Zayn bersama isterinya pergi bercuti bersama-sama semasa waktu cuti umum nanti.
"Okay semua.Dengarkan apa yang Iz nak umum ni.Iz ingat nak pergi bercuti nanti.Iz juga yang akan tanggung bil bayaran semua.Iz nak semua ikut Iz.Iz buat semua ni untuk Alya yang buat pertama kalinya kami bercuti bersama.Mama nanti tolong bagitahu Along sekali ya."Kata Izham.
"Alya tahukan yang Alya dah tinggal bersama uncle Zayn begitu lama.Jadi ayah yang akan ajak dia bersama isteri dia sendiri untuk sertai percutian kita."Kata Izham pada anaknya.
"Baiklah ayah tapi bila kita akan pergi?Alya tak sabar rasanya."Kata Alya.
Buat pertama kalinya Alya dapat merasakan kebahagiaan ketika itu dan mereka pun mengadakan majlis makan malam bersama.
TAMAT
— 次の章はもうすぐ掲載する — レビューを書く