Pada keesokkan harinya,tibalah hari yang ditunggu-tunggukan oleh Alya tetapi kini tidak lagi.Irham pula berasa sudah tiba masanya untuk dia menyedarkan Izham sebelum terlambat dan teringat dengan kata-kata yang dia tak akan lupakan selagi Izham tidak pulih.
"Irham,nanti kalau kami dah tak ada.Pastikan Izham pulih sepenuhnya.Tolong sedarkan dia ya nak.Daddy nak sangat bagi kebahagiaan kepada Alya tapi daddy tak mampu.Jadi tolong tunaikan permintaan daddy dan mommy.Daddy nak sangat Alya dapat merasakan kebahagiaan di hari lahir dia.Sebelum ni dia tak pernah dapatkan kebahagiaan yang dia inginkan."Ismail berpesan pada anaknya.
"Betul kata daddy tu.Kamu janji ya Irham.Janji dengan mommy dan daddy.Janji perlu ditepati.Kami ni bila-bila masa saja boleh pergi.Jadi kalau kami dah tak ada kamu mesti jalankan amanah ni."Kata Syarifah.
"Apa mommy dengan daddy ni.Cakap pasal mati pula.Tak baik tau cakap macam tu.Kata-kata tu satu doa tau.Yalah daddy mommy nanti Am akan usahakan sampai berjaya.Am janji mommy daddy."Jawab Irham.
Lima hari kemudian,Alya tiba-tiba menghilangkan diri kerana ingin melupakan segala yang berlaku.Alya pergi ke taman perumahan tanpa pengetahuan keluarganya.
Pada ketika itu,Irham dan isterinya risau kerana mencari Alya di dalam bilik tak ada.Mereka baru sahaja ingin bawa Alya keluar berjalan-jalan tetapi benda yang tak disangka berlaku.Irham dengan panik terus hubungi anaknya Aril yang sudah berumur 15 tahun.Umaira pula cemas dan terus beritahu Izham tetapi Izham tidak peduli langsung.
Pada malam itu,Zayn iaitu suami kepada Siti senyap-senyap menghubungi Irham untuk memberitahu bahawa Alya selamat berada dirumahnya dan berkata yang Alya tidak mahu balik buat masa terdekat ni.Jadi jangan susah hati.Malam itu juga,Irham menegur Izham dengan tegas sehinggakan Izham mula menyedarinya.
"Iz,kau sayangkan arwah Suria kan?Kalau kau sayang maknya takkan anaknya kau tak sayang.Lagipun Alya tu anak kau sendiri.Kau tengok sekarang apa dah jadi,Alya pergi menghilangkan diri.Dia baru berumur 7 tahun tau.Kau pula boleh relax bila tahu anak kau tu hilangkan diri.Bapak jenis apa kau ni.Sedarlah Iz.Adik aku tu dah lama tak ada.Sampai bila kau nak jadi macam ni.Sampai bila kau nak abaikan anak kau?Sampai dia mati ke?Aku tak salahkan Alya kalau sebab bapak dialah punca dia hilangkan diri tapi orang yang aku akan salahkan adalah KAU."Kata Irham dengan tegas.
Selepas ditegur oleh Irham,Izham mula menyedari bahawa dia tak patut abaikan anaknya sendiri dan sampai bila dia nak bersedih.
"Betul kata diorang.Sampai bila aku nak jadi macam ni.Semua benda tak terurus.Kerja dan anak pun aku abaikan sehingga aku dah menyusahkan ramai orang.Kalau aku menangis air mata darah sekalipun Su tetap tak akan hidup kembali dan kalau aku dah menyusahkan Irham mesti aku dah menyusahkan juga Zayn.Kenapa dengan aku ni ya Allah."Kata Izham dalam hati.
10 tahun kemudian,Alya sudah berumur 16 tahun dan dia juga merindukan rumah dan ayahnya.Alya juga bercadang akan balik dalam masa terdekat ni.Sudah 10 tahun dia tak tahu apa-apa berita tentang keluarganya.
"Alya kamu tak ada rasa ke nak balik jumpa keluarga kamu?Aunty tak halau tau tapi aunty rasa kamu dah lama sangat kat sini sehinggakan tak jumpa keluarga.Kasihan diorang tau."Kata Siti.
"Ya aunty.Memang Alya ada plan nak balik jumpa dan minta maaf kat mereka sebab terlalu lama Alya menghilang.Alya cadang akan balik dalam 2 3 hari lagi.Alya rindu sangat pada diorang."Jawab Alya.
"Baguslah tu.Nanti Alya balik nak aunty dan uncle hantarkan tak?Ke nak balik sendiri?Ikut Alya la ye.Nak aunty hantar pun boleh nak naik grab pun boleh."Kata Siti.
"Eh takpa aunty.Alya rasa better Alya balik naik grab sebab taknak la nanti diorang salah faham pula."Jawab Alya.
Akhirnya Alya pulang ke rumah dan terkejut apabila setibanya dia di rumah orang pertama peluk dia adalah ayahnya manakala orang lain menangis tengok mereka berpelukan dan Alya menangis bahagia kerana ayahnya memeluknya buat kali pertama seumur hidupnya.