アプリをダウンロード
37.5% Lonvely / Chapter 3: 00:02

章 3: 00:02

"Faqeen!" Aiman memeluk bahu kawannya yang baru tiba itu. Faqeen hanya tersenyum manis.

"Wey! Asal semalam tak datang dude?! Kau tahu tak macam-macam jadi semalam!" Kata Aiman dengan teruja.

Faqeen sudah memudarkan senyumannya. Mereka berdua masih lagi berjalan menuju ke kelas. "Ish! Asal aku tak datang je. Mesti ada je benda yang menarik jadi! Geram pulak aku! Benda apa yang menarik?" Soal Faqeen dengan nada yang geram sedikit.

"Semalam ada budak baru masuk kelas kita!"

"Lelaki ke perempuan?!" Soal Faqeen ingin tahu.

"Perempuan! Dia sombong gila nak mati weyh! Dia tak bergaul! Dia alone je aku tengok. Semalam buaya sekolah si akid tu nak ngorat budak tu! Kau tahu apa jadi??"

"Apa dia apa dia??" Soalnya yang semakin membuak buak ingin tahu.

"Dia jeling dan palau sehabisnya! Pastu si Akid tu tak mengalah! Pastu budak perempuan tu cakap macam ni. 'Go die, fucking bastard' setepek! Memang semua lah terkejut! Mana ada orang pernah reject si mamat buaya tu! Kau tahu kan dia paling hensem dalam sekolah?! Rose yang cantik lagikan baik tu pun boleh jatuh kat tangan mamat tu!" Dengan penuh semangat Aiman menceritakan dengan gaya sekali dia tunjuk.

Faqeen sudah mengangguk dan menggeleng sahaja melihat tingkah laku Aiman ini. Mereka hampir dengan pintu kelas.

"So dia takde kawan? Budak perempuan kelas kita tak try borak?" Soal Faqeen lagi.

"Dah weyh! Tapi dia palaunya semua! Rose yang baik lagikan friendly tu pun dia tak layan! Selalunya beratur orang nak berkawan dengan si rose tu!" Kata Aiman lagi yang semangatnya seperti pakcik bawang.

"Kau ni tak habis-habis libatkan rose. Tersedak dia dekat kelas." Faqeen menggeleng perlahan.

"Kitorang semua dalam kelas harapkan kau je weyh! Sebab kau lah satu-satunya orang yang paling friendly dalam sekolah ni! Kau je paling peramah paling ceria! Kawan kau bukan aku sorang! Satu sekolah pun nak kawan dengan kau! Memang kitorang harapkan kau ajak budak tu berkawan!" Puji Aiman kepada Faqeen. Faqeen hanya ketawa sahaja.

Memanglah benar apa yang Aiman cakap. Hanya Faqeen yang mampu ajak orang berkawan. Pernah satu hari ada pelajar yang pendiam dan tidak bergaul. Bila datangnya si Faqeen ajak berborak dan berkawan sekali. Terus keluar segala perangai budak itu.

Aiman dan Faqeen berhenti di dalam kelas. Aiman sudah menutup mulut kerana melihat riaksi Faqeen berubah kaku macam orang jatuh cinta.

"Hai faqeen!" Hampir satu kelas melambai ke arah Faqeen kecuali seorang pelajar perempuan yang sedang tidur. Faqeen tidak membalas dia memandang ke arah gadis yang seperti lena dibuai mimpi itu.

"Tu kan tempat aku?" Soal Faqeen dan matanya hanya tertuju pada gadis yang tidur itu.

"Eh, haah lah! Aku lupa nak cakap tu tempat kau, sorry eik" Kata Aiman dan tersengih.

"Ala duduk je sebelah dia kan kosong. Tapi kena kuatkan hati kalau nak tegur dia" kata Arif kepada Faqeen.

"Hm takpelah, biar aku try sembang dengan dia" Faqeen terus meluru ke tempat duduknya di sebelah Qhairyn. Memang sepatutnya tempat yang Qhairyn duduki sekarang ini adalah tempatnya tetapi tidak mengapa. Dia hanya mengalah sahaja.

"Aku harap sangat faqeen boleh lembutkan hati budak batu tu" bisik Afif pada Aiman dan Arif.

"Comfirm boleh punya!" Kata Aiman dengan yakin.

Faqeen mengetuk perlahan meja Qhairyn kerana risau jika gadis itu terkejut. Qhairyn langsung tidak mengendahkan.

"Cikgu datang!" Jerit Faqeen tiba-tiba. Yang lain sudah menahan ketawa melihat Faqeen yang mahu mengenakan orang.

Qhairyn perlahan membuka mata. Dia tidak menghadap ke tingkap. Jadi terus dia terpandang wajah Faqeen yang tersenyum manis padanya.

Heart attack!

Senyuman Faqeen menusuk ke jantung! Tetapi Qhairyn tiada perasaan. Dia hanya menjeling dan berpaling menghadap tingkap.

"Er sorry saya gurau je tadi. Er- awak, boleh tak tukar tempat? Tempat yang awak duduk tempat saya. Saya nak duduk tepi tingkap" dengan berhati-hati Faqeen menuturkan kata-kata. Risau pula kalau gadis itu tersinggung ke terasa ke kan?

Qhairyn mengangkat kepalanya. Dia memandang kosong ke arah Faqeen. Pipi kiri di tongkatkan menggunakan tangan kirinya. Qhairyn memberi pandangan 'so?' Kepada Faqeen.

"Ouh takpelah, saya duduk jelah sini" Faqeen terus menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.

Qhairyn menongkat pipi kanannya pula dan menghadap ke tingkap. Dia merenung jauh ke padang.

Yang lain hanya membuat hal masing-masing. Ada juga yang memandang Faqeen dengan berharap agar Faqeen dapat menjadikan Qhairyn sebagai kawan.

"Nama awak apa? Umur?" Dia terlalu gugup dengan aura Qhairyn dan menyebabkan dia mengeluarkan soalan yang agak bodoh.

Qhairyn masih mengabaikan.

"Oh sorry-sorry. Kitakan sebaya haha." Faqeen menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ha bagitahu nama boleh?" Soal Faqeen dengan ramah.

"Qhairyn" jawabnya sepatah dan masih lagi memadang ke arah padang.

"Oo.. apa kata, kita jadi kawan? Nak tak? Saya suka berkawan" Kata Faqeen mesra.

Qhairyn hanya diam.

"Kalau awak diam, maknanya awak sudi lah kan?" Soal Faqeen lagi.

Qhairyn memandang wajah Faqeen.

"Tak." Qhairyn menjeling dan menghadap padang semula.

"Awak tak sudi nak kawan dengan saya?" Soal Faqeen lembut dan seperti sedih itu.

Qhairyn sudah menggulingkan bola matanya ke atas.

"Tak payah nak awak saya sangat. Geli." Kata Qhairyn selamba.

"Ouh tak selesa eh? Okay okay. Aku pun tak selesa sebenarnya. Aku ingat kau selesa saya awak. Hohoho..." itulah Faqeen. Memang caranya begitu.

Qhairyn hanya mampu mengabaikan.

Cikgu Sains masuk dan memberi salam. Mereka memulakan pelajaran tentang hormon.

Sepanjang cikgu memberi penerangan Qhairyn hanya memejam matanya dan telinganya yang fokus mendengar. Kepalanya beralaskan lengan dan buku teks. Wajahnya menghadap ke arah Faqeen.

Faqeen pula hanya termenung dan mencuci mata nelihat wajah Qhairyn yang kelihatan comel itu. Faqeen dapat lihat bahawa Qhairyn mempunyai banyak luka yang tersimpan. Dengan hanya melihat wajah gadis itupun dia sudah tahu yang Qhairyn seperti ada masalahnya yang sama dengannya. Mungkin.

"Faqeen Syazliq!" Jerit Puan Siti yang mengajar Sains itu. Faqeen tersentak dan memandang Puan siti dengan wajah cuak.

Qhairyn bernasib baik kerana terlindung oleh pelajar yang duduk dihadapan sebab itu Puan siti seperti tidak perasan yang gadis itu sedang berbuat apa.

"Penat saya terangkan dekat depan ni awak termenung! Cepat bagitahu saya, hormon apa yang berkaitan dengan berat badan??"

Faqeen berdiri. Dia lemah dalam sains jadi dia mengemam bibir memikir jawapan.

Qhairyn menyimpan senyuman sinisnya. Walaupun dia tidak membuka mata. Dia tahu bahawa Faqeen termenung ke arahnya.

"Tiroksina" Kata Qhairyn tanpa membuka mata.

"Ti-tiroksina cikgu!" Jawab Faqeen.

"Dari kelenjar??"

"Tiroid"

"Tiroid cikgu!"

"Ha bagus. Nasib betul. Dah duduk! Lepasni fokus sikit!" Pesan Puan Siti pada Faqeen dengan tegas.

Faqeen menghembus nafas lega. Dia memandang Qhairyn hairan. Macam mana dia boleh jawab? Sedangkan dia tidur? Itu yang Faqeen fikirkan.

"Thankyou. Tapi macam mana kau tahu?" Soal Faqeen perlahan. Risau jika Cikgu dengar.

Qhairyn membuka mata. "Itulah function buku teks dikeluarkan." Jawabnya dingin.

"Tapi kau tak tengok buku pun."

"Sebab tu kena pasang telinga. Kalau nak tenung anak dara orang pun. Telinga tu pasanglah. Biar tak hensem, jangan bodoh" Kutuk Qhairyn selamba lagi dan kembali melentokkan kepala di atas lengannya sendiri. Mata di pejam semula.

Faqeen meneguk air liurnya. Kata-kata gadis itu terlalu Savage.

"Muka comel, mulut fuh... not bad, cutie savage, hehe" gumam Faqeen perlahan dan tersengih. Dia tidak tersinggung langsung dengan gadis ini.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C3
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン