アプリをダウンロード
93.61% Love Between Choices / Chapter 44: Bah. 5: Baby?

章 44: Bah. 5: Baby?

Suatu petang, Aisyah akhirnya selesai kerjanya untuk hari itu. Dia merasakan ada sesuatu yang jangkal tapi dia tidak dapat memikirkan apakah ia lalu dia melemparkan badannya ke sofa untuk berehat seketika.

Dia termenung sejenak sambil bersandar santai di sofa. Dia akhirnya menyedari dia tidak melihat kelibat Neko sejak pagi tadi selepas dia memberikan Neko makanannya. Dia berasa aneh kerana kucing itu selalunya akan mengekorinya ke mana-mana sahaja dan selalu melarikan diri ketika dia menggunakan pembersih vacum tapi masih memerhatikan dirinya dari kejauhan.

Namun hari itu, Neko tidak berkelakuan seperti biasa dan Aisyah tidak menyedarinya kerana dia terlalu banyak fikiran sepanjang hari itu. Dia memeriksa bekas makanan Neko dan mendapati makanan basah Neko masih berbaki separuh daripadanya.

Aisyah cuak dan mencari-cari akan kelibat Neko. Dia mengiau-ngiau memanggil akan Neko. Akhirnya, dia menemui Neko terkulai lemah di tilamnya di bilik Haris. Tiba-tiba, Neko memuntahkan isi perutnya.

Aisyah menjadi kelam-kabut dengan situasi itu. Dia segera mencapai telefon bimbit di poket seluarnya dan mendail nombor telefon bimbit Haris.

"Hello, Haris?" panggil Aisyah dengan nada cemas sebaik panggilan telefonnya berjawab. Dia tidak dapat menyembunyi perasaannya ketika itu yang penuh kebimbangan akan keadaan kucing kesayangan majikannya itu.

"Neko,...." ujar Aisyah tersekat-sekat yang mula sebak.

"What's wrong with my baby?" soal Haris yang mula risau ketika mendengar nada suara Aisyah itu.

"Dia muntah-muntah. Dia lembik je ni," jelas Aisyah dengan cemas.

"Nak kena buat apa?" soal Aisyah yang kebuntuan.

"Cepat bawa dia ke klinik! Aku on the way," arah Haris.

Dia yang terlalu risau akan keadaan kucingnya itu tidak dapat berfikir panjang lagi dan ingin segera bergesa datang kepadanya. Ketika itu, kebetulan Haris sedang berjalan masuk ke biliknya selepas waktu rehat tengah hari itu saat dia mendapat panggilan telefon itu. Kegelisahannya itu disaksikan oleh beberapa jururawat yang bertugas ketika itu namun dia terlalu cemas sehingga tidak menyedari perbualannya didengari oleh orang yang lalu lalang ketika itu.

"Linna, cancel all appointment for today. Reschedule-kan." Dr. Haris berkata sebaik melihat Linna sedang berjalan ke arahnya. Dia pantas membuka pintu pejabatnya lalu segera mendapatkan begnya.

Linna hanya berdiri kaku melihat keadaan Haris yang kelam-kabut itu tanpa memberi respons. Selepas seketika, Linna terkebil-kebil dan hanya mampu mengangguk mengiyakan arahan Dr. Haris sebentar tadi.

"Saya ada emergency kat rumah," ujar Dr. Haris lagi ketika dia segera beredar.

Sepanjang perjalanan, Haris asyik terkenang akan detik-detiknya bersama-sama Neko. Neko sudah seperti anaknya kerana kucing itu telah lama menemani hidupnya. Dia masih ingat pertama kali dia menemui kucing itu yang merayau kedinginan ketika dia mula belajar di luar negara.

Ketika itu, dia masih ingat dia mengatakan nasib Neko dan dirinya hampir sama. Terbuang, terabai dan tiada peduli. Saat itu, dia masih tidak dapat membiasakan diri dengan budaya hidup negara itu dan mengalami banyak kesulitan. Dengan ketiadaan tempat untuk bergantung mahu mengadu perasaan namun dengan Neko, dia berkongsi susah dan payah.

Haris tiba di klinik haiwan. Dia mendapati Aisyah yang sedang menanti di luar bilik rawatan klinik itu.

"Macam mana keadaan dia?" tanya Haris yang penuh kebimbangan.

"Doktor kata ada infection kat digestion tract. Sebab tu, dia muntah-muntah dan feverish. So, doktor tengah rawat dia." Aisyah bangkit dari duduknya di bangku dan memberitahu Haris mengenai keadaan Neko itu.

"Jangan risau. He will be fine," ujar Aisyah cuba menenangkan kerisauan Haris itu.

"And doktor kata sebab dia dah agak berusia, kejadian seperti ni biasa terjadi. Lama-kelamaan, kejadian seperti ni akan semakin kerap terjadi. And there are will be a time that they can't save him anyone," jelas Aisyah lagi.

"Old? Of course, he was with me for ten years and I saved him when he was already a grown-up cat. Straying in the coldness. For how long, no one knows." Haris mengomel sendiri ketika dia menunduk menatapi lantai. Namun Aisyah dapat mendengar omelan itu dengan jelas dan turut sebak dengan kisah itu.

Haris tidak menahan sebak di dadanya lagi dan air mata menitis jatuh dari kelopak matanya. Akhirnya, doktor selesai memberikan rawatan kepada Neko. Doktor haiwan itu menemui Haris dan memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai keadaan Neko serta memaklumkan Neko perlu ditahan di klinik sehingga deman membaik untuk mengelakkan komplikasi.

Kemudian, Haris melawat Neko di bilik pemulihan. Dia melihat tubuh kecil Neko yang terkulai lemah itu. Pendampingan Neko selama ini sudah seperti keluarganya malah lebih dari itu. Dia tidak dapat membayangkan betapa kosongnya hidupnya tanpa Neko di sisinya.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C44
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン