アプリをダウンロード
82.97% Love Between Choices / Chapter 39: Bah. 15: Hentian pertama

章 39: Bah. 15: Hentian pertama

Aisyah berbaring di katil dan merenung siling. Dia berasa amat lelah selepas bermain sepanjang hari. Dia teringat akan suatu kejadian semasa bermain paintball petang tadi.

Wajah Haris ketika kejadian itu terbayang-bayang di fikirannya. Tiba-tiba, dia berasa tubuhnya menjadi hangat. Dia bangkit dari pembaringannya. Dia mendapatkan duduk di sisi katilnya lalu kemudian dia menoleh ke sisinya dan melihat Finna telah tidur lena. Dia mengusap-usap belakang tekuk akibat kemaluan saat mengenangkan hal itu.

Kehidupannya kini dipenuhi pelbagai kejadian dan sibuk dengan banyak hal. Dia tidak lagi memikirkan tentang perkara yang terjadi kepada dirinya sebelum ini mahupun mengenangkan kenangannya bersama-sama Luqman. Walau terkadang dia terimbau akan bayang arwah dalam ingatannya, namun dia tidak lagi menjadi tidak keruan saat terbayang akannya.

Dia perlahan-lahan menerima kenyataan dan cuba menghidupkan kembali kehidupannya dengan ceria seperti sebelumnya. Dirinya yang sentiasa gembira dan optimis yang telah mempertemukannya dengan Luqman suatu masa dahulu. Dari berteman sehingga menjadi teman tapi mesra sehinggalah menjadi pasangan yang berjanji sehidup semati, Luqman melengkapkan hidupnya suatu ketika dahulu.

Walau mereka berjanji sehidup semati, Aisyah tidak mampu menentangi takdir yang tertulis untuknya mahupun untuk mereka. Aisyah harus meneruskan hidupnya kerana ketentuan untuk masih belum berakhir. Dia masih perlu memenuhi misinya untuk melengkapkan takdir yang telah ditentukan untuknya.

Aisyah merenung jam di skrin telefon pintarnya. Jam sudah menunjukkan tengah malam dan tidak dapat tidur. Dia beransur ke bilik air untuk berwuduk.

Dia menunaikan solat sunat dan mengaji Al-Quran. Selepas selesai, dia kembali ke katilnya dan cuba melelapkan mata. Akhirnya, dia dapat lena jua.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C39
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン