アプリをダウンロード
10.52% Oh My Crush / Chapter 6: Chapter 6 : Teman Serumah

章 6: Chapter 6 : Teman Serumah

Kade menanggalkan apron yang dipakainya. Kemudian dia menyidainya di penyangkut sebelah cabinet dapur memasak setelah selesai mencuci pinggan dan peralatan memasak yang bersepah di dalam sinki tersebut.

Sebelum melangkah keluar dari ruang dapur apartment tempat sewaannya hampir empat tahun lalu, dia sempat melarikan tangan ke rambut hitamnya yang sudah Panjang menutupi sebahagian dahinya.

Setibanya dia di ruang tamu, pintu apartment terbuka, dan seorang wanita berwajah penat dan kot tergantung di tangan berjalan masuk sewaktu tunduk menanggalkan high heel dari kaki. Senyuman terbit di hujung bibir. Gembira melihat kepulangan wanita itu.

"Welcome home..Naera.."sapanya kepada teman serumahnya itu.

"Hai..."balas Naera dengan nada malas. Mungkin kepenatan. Naera pandang ke arahnya dengan senyuman nipis di bibir.

"Dah makan belum?Saya dah masakkan makan malam sekali.."beritahu Kade sebaik Naera selesai sarung selipar dalam dan bergerak ke arahnya lantas terbaring atas sofa di tengah ruang tamu bersebelahan dia sedang berdiri. Dia yang lihat hanya lirik akan pergerakan itu.

Something fishy here!

"Nanti je la..."keluh Naera apabila dia memejam mata dan baring di situ sudah tiada tenaga. Seluruh urat saraf di badannya menjerit minta berendam dalam air hangat di tab mandi! Satu hari ini adalah hari yang panjang buatnya. Ditambahkan lagi berita mengejut mengenai pertukaran owner syarikat, buatkan beban yang dia tanggung semakin berat menyesakkan dadanya. Itu belum lagi pertemuannya dengan Seth. Crush aka pengarang hatinya selama ini!

Berasa simpati dengan keadaan Naera, Kade dekati sofa itu lalu duduk di tepi kaki itu dan tunduk memandang Naera ke tepi. "Sesuatu terjadi dekat pejabat ke hari ni?"tanya dia sambil menyelak rambut panjang milik Naera yang menutupi muka itu ke tepi.

Naera mengerutkan keningnya sewaktu memejam mata. Wajah Seth bermain dalam kepala seperti layar filem berulang-ulang kali. Suara. Pergerakan. Kehadiran. Bau.Semua itu terngiang-ngiang. Penangan cinta pertama dia datang semula. Habis la.

"Franklin telah di bubarkan dari organisasi Di Clover..."beritahunya dengan nada malas kepada rakan baik dan juga rakan serumahnya. kalau bukan kerana Kade, sudah tentu rumahnya ini tidak lepas membawa sewa, dan juga dia akan diganggu dengan kaki stalker dan pervert yang sering buat onar di kawasan ni.

"So?Awak hilang kerja ke?"tanya Kade dengan kening berkerut tidak faham. Dah kenapa pulak dilucutkan?Bukan ke orang tua itu presiden syarikat?

Naera menggeleng kepala beberapa kali dengan lemah. Dia buka mata lalu bertentang mata dengan bingkai gambar keluarga lamanya di dinding depan sofa itu. Wajah tersenyum ibubapanya serta dirinya sedang tersenyum lebar di tatap sayu. Jenuh betul la hidup dia ni!

"Triad Convenant telah membeli syarikat itu...saya ingat saya boleh dapatkan syarikat tu...tapi tak...mereka terlebih dahulu mengambilnya dari saya.."ucap Naera. Ya, Di Clover adalah syarikat yang awalnya adalah milik ayahnya 8 tahun lalu. Tetapi sesuatu telah terjadi hingga ia jatuh ke tangan orang lain. Dan misi dia adalah untuk menuntut semula hak yang dirampas dan tegakkan keadilan buat nama ayahnya yang telah tercemar!

Keluhan panjang lepas dari Kade. Dia pandang ke satu arah dengan renungan risau. Masalah apa lagi la yang menimpa Naera ni? "Awak okay tak ni?"tanya dia prihatin.

Bersama sisa tenaga yang ada Naera bangunkan dirinya dari perbaringan dan duduk bersimpuh di atas sofa itu. Renungan tajam terarah pada wajah ibunya yang pernah dia kenali sebagai wanita paling cantik dan penuh kasih sayang. Orang yang telah tunjuk dia betapa indahnya dunia ini.

Tapi kini semuanya telah berubah. Ibunya terperangkap di balik dinding batu yang dikeliling doctor dan jururawat siang dan malam. Meracau dan menangis tanpa henti memanggil nama ayahnya yang telah mati bunuh diri dengan terjun dari bangunan syarikat sendiri 8 tahun lepas!

Rasa indah itu telah diubah menjadi mimpi ngeri buatnya selama ini.

"Ada sesuatu yang lebih buruk dari tu..."Naera palingkan kepala, dia pandang Kade dengan kening mencerlung hendak menangis. Macam mana dia nak jawab yang dia tak okay?

"Apa perkara tu?"soal Kade Bersama riak risaunya.

"Seth Cain ada di sini...dia bos baru syarikat saya.."haih!Susah la kalau berterusan begini.

Terbuka mulut Kade sebaik mendengar nama itu. Keningnya terangkat tinggi hingga buatkan dahinya berlapis."Crush yang awak ceritakan kepada saya tu ke?"takkan la!

Naera mengangguk kepalanya semasa tunduk memandang gelang di tangan kirinya. Dia usap tali platinum itu dengan perasaan sebak. melihat nama ibu dan ayahnya tertarah pada permukaan besi itu sudah cukup buatkan dia menjadi marah semula.

"Dia ada tanya apa-apa pada awak?"tanya Kade lagi tergagap tanpa sedar sebab agak taken aback dengan kenyataan mengejut Naera. Adakah crush Naera mahukan Naera semula?

Naeira menggeleng kepala pula. Tanya?Bertuah la!Entah-entah Seth tidak mengingatinya sama sekali. Atau paling teruk, lelaki itu dari awal lagi reject dia. Malam dating itu pasti Seth tidak hadirkan diri juga. "Tak. Mungkin dia sudah lupakan saya. Sebab itu la dia tidak bertanya apa-apa kepada saya."katanya. Buat dia risau sendiri je memikirkan semua kemungkinan tu!

Kade pandang dengan cemas kanan dan kiri, diurut jari jemari cuba tenangkan diri sendiri. Nafasnya tidak menentu. Dah kenapa pulak crush lama Naera ada di sini?Kacau betul la! "Yalah...kalau begitu awak masuk la ke bilik. Berehat. Kalau nak makan, awak panaskan semula makanan di dalam microwave. Saya masuk bilik dulu.."katanya meminta diri.

Naera bersandar letih ke belakang. Dia termenung memandang ke beranda apartmentnya. Mengenang semula memori lamanya ketika dia begitu tergila-gilakan Seth dan angau dengan lelaki itu. Tapi perasaan sukanya itu hanya bawa sumpahan terbesar dalam hidupnya!

"Okay...terima kasih. Selamat berehat Kade."angguk Naera tanpa memandang lelaki itu berganjak dari situ. meninggalkan dirinya sendirian mengenang nasib.

Apabila Kade tiba di depan pintu bilik, sempat dia kerling ke Naera di sofa itu. Dia pandang tepi muka itu Bersama kerutan di kening. Selepas beberapa saat, dia masuk ke bilik dan tutup pintu sepenuhnya.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C6
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン