アプリをダウンロード
73.17% Damon Revenge / Chapter 60: 60.

章 60: 60.

Nak dibandingkan rumah Xiana yang ceria dengan warna cerah, banyak bingkai gambar dan susunan teratur perabot dengan rumah yang dia lihat, dia lebih suka duduk dekat apartment Xiana dari sini. Memang la nampak interior design rumah ni mewah dan sangat berkelas. Tapi itu la...feeling tu tak ada.

Sini masuk-masuk je dah boleh rasa aura dingin dan tak menyeronokkan. Kalau apartment Xiana, masuk je terus ada feeling seronok nak balik rumah.

"Cantik awak susun atur ruangan ni?"komen dia masa berdiri depan bingkai gambar keluarga dimana Elissa dan dua orang ibubapa wanita itu berada.

Elissa yang sedang tekun melukis rajah pakaian untuk rekaan terbaru dia tersentak mengangkat kepala. Bersama kening naik tinggi kerana berasa kagum melihat ketampanan Mateo, dia tersenyum. "Tak ada apa sangat...saya follow pinterest...jadi semua yang ada di sini hanya copy paste je."

Mateo palingkan kepala ke Elissa lalu jalan mendekat ke meja kerja wanita itu dengan tangan berada di belakang. "Awak pereka fesyen?"soal dia sambil pandang kertas-kertas yang bertampal dekat dinding bilik studio itu.

"Ya saya..."angguk Elissa tanpa alihkan pandangan dia dari wajah Mateo.

Sehelai kertas dengan lukisan dress di pegang Mateo."Tak bosan ke duduk sini je sepanjang masa melukis gambar?"ujarnya semasa pandang lukisan di kertas itu lalu diletakkan semula ke bawah.

Elissa pandang meja kerja dia yang bersepah dengan pen, marker, pemadam dan warna itu sambil tersenyum. "Bosan tu tak ada kalau kita minat dengan sesuatu tu.."

Terjungkit sebelah kening Mateo masa dia pandang Elissa. "Oh ya ke?"angguk dia. "Maksudnya awak ni cepat bosan la?"

Elissa jungkit bahu. "Maybe...bergantung pada keadaan."

"Bosan sampai sanggup bercinta dengan tunang kawan baik sendiri?"seloroh Mateo dengan bersahaja sewaktu dia tunduk belek-belek kertas dekat situ tanpa sebab.

Membulat mata Elissa. "Huh?"nganga dia kerana terkedu.

Mateo angkat kepala memandang Elissa."Huh?"blur Mateo sambil buat muka tak faham.

"Awak cakap apa tadi?"soal Elissa semula.

"Apa yang saya cakap?"tanya Mateo balik lantas tersengih jahat.

Kening Elissa berkerut tak faham. Rasanya dia tak salah dengar tadi.

Masa itu la Kian berdiri dekat depan pintu masuk studio tu. Disebabkan Elissa berdiri membelakang pintu itu, dia langsung tak perasan akan kehadiran lelaki itu.

Kebetulan Mateo yang berdiri menghadap pintu nampak Kian berdiri dekat situ.

Kian beri anggukan kecil kepada Mateo lepas tuan dia itu pandang ke arah dia sebelum berlalu pergi dari situ.

"Baik la...nampaknya saya kena pergi. Gembira dapat berbual dengan awak Cik Elissa."ucap Mateo sambil seluk tangan ke dalam poket kot labuh yang dipakai.

Elissa bangun dari bangku yang dia duduk itu untuk hantara Mateo keluar. "Biar saya hantar awak keluar.."

"Sure.."angguk Mateo sambil menarik senyuman manis.

Mereka berdua kemudiannya keluar dari bilik tersebut lantas menuju ke arah tangga. Mateo dekat belakang hanya perhatikan langkah Elissa dengan renungan dingin. Setiap satu langkah yang di atur oleh Elissa di hitung dalam hati. 22....23....24....

"Awak dah ada teman wanita?"tanya Elissa masa tunduk pandang ke bawah sewaktu menuruni anak tangga rumah tiga tingkatnya itu.

"Kenapa?Awak berminat ke?"tanya Mateo bersahaja semasa tunduk pandang kaki Elissa.

25...26...27...28. And BOOM!

Sambil tersenyum senang, Elissa toleh ke belakang hendak membalas, sekali tu entah macam mana, kaki kiri dia tersalah pijak lalu hilang keseimbangan sebelum gerak jatuh ke belakang. Sambil hulur tangan ke Mateo supaya di sambut, Elissa pandang ke lelaki berwajah dingin itu dengan mata terbutang luas semasa badan dia terjunam.

Tanpa berbuat apa-apa Mateo hanya perhatikan tubuh Elissa berguling-guling sepanjang anak tangga itu berkali-kali.

PRAK!

Bunyi sesuatu patah kedengaran tak lama selepas Elissa mendarat dekat bawah tangga.

Sambil turuni anak tangga itu, Mateo pandang tubuh yang dalam kedudukan kekok itu dengan kepala terlentok sikit. Mana tak terlentok, kaki dan kepala gadis itu dalam keadaan yang bengkok. Setiba dia di depan jasad Elissa, Mateo tunduk sedikit untuk check nafas dari hidung itu. Sekali dia bawa jari tu ke bawah hidung. tiada deru nafas yang di rasai.

Bersama muka kayu tanpa ekspresi dia lepaskan hela nafas kesal. Such a lose. Rugi je hidup cantik-cantik. Tapi umur pendek.

"Semoga kau berbahagia di samping ayah kau di golongan backstabber sana nanti."ujar Mateo dengan mendatar semasa berdiri tegak dan bergerak pergi dari situ.

Mateo gerak keluar dari situ dengan derap langkah biasa sehingga la dia tiba di pintu keluar rumah. Sambil pandang ke bawah, dia turuni tangga di depan pintu masuk itu satu persatu sehingga la dia tiba di depan pintu keretanya.

Kian yang sedia menunggu sejak tadi bukakan pintu kereta dengan sebelah tangan, sebelah lagi pegang kot diperutnya.

Sebelum Mateo gerak nak masuk ke dalam kereta, dia berdiri menghadap ke depan lantas bersuara. "Kau dah letakkan surat bunuh diri tu sekali?"

"Sudah tuan. Dia pilih dengan rela hati."jawab Kian dengan nada mendatar.

Mateo palingkan kepala dia ke Kian dengan renungan dingin. "Video tu?"

"Saya tinggalkan dalam bilik tu sebagai bahan bukti sekiranya polis buat siasatan."Kian tundukkan kepala ke bawah tidak memandang Mateo.

Tanpa berkata apa-apa lagi Mateo dongak memandang tingkap bilik tingkat dua di depannya. Dari situ je dia boleh nampak badan tergantung tu berhayun kanan dan kiri. Tanpa ekspresi di wajah dia kembali menghadap kereta lantas tundukkan kepala masuk ke dalam kereta.

Masuk saja tuan dia dalam kereta, Kian tutup pintu kereta tu dengan perlahan. Buat kali terakhir dia pandang rumah tiga tingkat itu sebelum pergi ke tempat sebelah pemandu dan masuk ke dalam kereta.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C60
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン