アプリをダウンロード
3.65% Damon Revenge / Chapter 3: 03.

章 3: 03.

Ibu Xiana dan Ayah Xiana palingkan kepala ke arah anak bujang bongsunya yang berjalan masuk ke dalam ruangan itu.

"Kamu dah balik Danish?"sambut Ibu Xiana dengan senyuman lebar di bibir. "Kamu dah makan?"

Danish pandang ibunya dulu sebelum memandang kakak sulungnya yang berdiri memandang dia dengan renungan skeptical pada dia.

"Asal pandang-pandang...ada masalah ke?" sentap Danish dengan muka tak puas hati. "Ibu...kenapa perempuan ni ada dekat sini?"pandang dia ke ibunya pula.

Xiana hanya mampu melepaskan hela nafas tak percaya. Tak terkata sebab perangai adik 19 tahun dia ni sikit pun tak nak tunjukkan rasa hormat pada dia.

"Ah..kakak kamu hanya singgah sekejap. Mari la masuk. Ibu dah masak. Kamu nak makan ke?"Ibu Xiana dapatkan anak bongsu kesayangannya itu dan terus lupa marah akan suaminya.

Ayah Xiana buat muka menyampah bila menengok layanan isteri dia pada anak lelaki menyusahkan mereka itu. "Kau pergi mana semalaman hah tengah hari macam ni baru nak balik rumah...kau ingat rumah ni hotel...keluar masuk ikut suka. Lapar balik rumah tak ada duit mintak lepas tu buang masa melepak dengan kawan-kawan tak guna kau tu..."bebel dia buat kali ke berapa dia tak ingat. Yang pasti dah banyak kali!

Kening Danish terus mencerun tajam bila dengar kata-kata ayahnya itu. "Ayah tu sama jugak...keluar dari pagi sampai ke malam..habiskan masa dekat kedai judi ayah...lapar balik rumah...tak ada duit mintak.."

Xiana berdiri dekat situ menghadap keluarganya dengan renungan tak percaya. Sia-sia betul dia datang ke sini. Baik dia habiskan hujung minggu dia sendirian dari berjumpa dengan ahli keluarganya ini.

Pada masa itu juga la pintu bilik yang berada di sebelah kiri apartment itu terbuka. Seorang gadis berbaju tidur dengan blind fold dekat dahi berjalan keluar.

"Woi! Kau orang dah apahal pagi-pagi memekak ni! Tau tak aku nak tidur! Kau orang nak bertanggungjawab ke kalau muka aku rosak tak cukup tidur!"jerkah suara tu dengan lantang.

Dengan serentak semua kepala terarah pada anak kedua keluarga mereka. Aliah,20 tahun. Penganggur tetap nombor 1 dalam household ni.

"Pagi kepala otak kau...dah tengah hari mangkuk"balas Danish dengan muka menyampah.

Aliah yang dengar terus berarak mendekati adik lelaki bongsunya itu sebelum di pukul belakang kepala tu sekuat hati.

POK!

"Auw!Kau apahal!"marah Danish sambil pegang belakang kepala dengan kening berkerut.

"Aku kakak kau eh...dengan Xiana kau boleh la kurang ajar...dengan aku jaga sikit bahasa tu!"bebel Aliah sambil tunding jari depan muka Danish.

"Sudah la tu Aliah...adik kamu tak sengaja. Kenapa pukul dia macam tu..."

"Ahh...lantak la situ...ayah keluar dulu...kau orang nak gaduh-gaduh la situ.."ayah Xiana berpaling dari situ dan terus keluar dari rumah secepat mungkin.

"Ibu ni..asyik, menangkan adik je. Mana la dia tak besar kepala.."marah Aliah.

"Mana ibu menangkan Danish...."

"Dah memang betul kan..."

"Hei kau apahal...memangnya kau cemburu kalau ibu sayangkan aku lebih dari kau!"

Dah tak tahan lagi dengan semua itu, Xiana berpaling ke meja kopi. Dia ambil beg tangannya lalu di pegangnya. "Ibu...Ana balik dulu."pamit dia yang mahu keluar dari situ jugak.

Serabut kepala dia dengan family ni.

Sekali pun tak pernah dia lihat rumah ni aman kalau dia ada di sini.

Ibu Xiana sikit pun tak hiraukan Xiana semasa dia keluar dari situ. Ibu Xiana hanya sibuk menguruskan dua beradik yang mulai saling bertikam lidah itu. Memujuk mereka selembut yang boleh.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C3
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン