10.02 malam. Malam yang semakin muda, bagi orang muda. Waktu cengini, seronok kalau dapat jejalan keluar makan dekat luar. Makan Shell out yang ada ketam ala besar-besar raksasa. Merah menyala je atas meja. Adik-beradik kau yang join sekaki, dah meleleh air liur dekat tepi. Huishhhh....Perut aku dah nyanyi lagu rock 90 puluhan!!😫😫
Alahai...sekarang ini. Lebih better duduk di dalam rumah, mencapap muka sambil layan Naruto Shippuden. Ahekksss... Korea drama dah banyak sangat. Layan benda sama je, kita try tukar mood sikit dengan layan Naruto. Even, cerita dah lama. Layan balik.
Siri anak Naruto, dah lama habis. Hahaha...Sedih jugaklah. Musang ekor sembilan yang bernama Kurama tu, korbankan diri. Huuu..menangis aku di bucu katil. Walau aku perempuan, kalau dah minat. Jangan hairan, umur 26 tahun ini, aku masih layan kartun. Haa..tapi, siri cerita Naruto ini, kebanyakkan fans akan gelar ianya Anime.
Siri Anime, lebih terkenal dari negara Jepun disebabkan karakter animasi yang mempunyai mata bulat dan pelbagai warna, berbeza dengan animasi di negara lain. Fakta utamanya juga adalah disebabkan ianya comel, kiut ala anak kucing. Ramai yang suka menonton cerita animasi dari tanah matahari ini, termasuklah aku yang terjebak sekali.
Antara yang aku dah habis layan. Fruits in the basket. Haikyuu dan Shokugeki no souma. Memang best sebab banyak fantasi dari realiti. Uhuuuuu...Tapi. Haikyuu tu bergenre school life and sukan. Kalau siapa yang suka tengok blench. Conferm tahu cerita ini. Malas nak hurai panjang-panjang.🙄🙄🙄
Dan, kalau dari segi komik atau manga. Aku layan jugak, tapi lebih kepada webtoon. Sebab, zaman sekarang dah tak macam dulu, yang guna buku atau majalah bila nak baca. Sekarang ini, kau taip cerita yang kau nak genre dia apa. Berlambak-lambak dekat laman sesawang.
Kalau diikutkan, aku pernah juga kumpul. Tapi mesti tak pernah complete. Last-last, aku biarkan sahaja. Malasnyalah lahabau aku nih. Semangat sekejap.
Kalau komik di Malaysia, aku ada satu yang memang aku sarankan disebabkan cantik dan lawa. kalau kelakar, dah tahu dah. Apo, Lawak Kampus dan Kartun Ujang. tapi, kalau yang nak iras-iras komik dari Jepun. Komik Le Gardenia, karya dari Ben. Memang lawa. Aku ada simpan buku komiknya, sebab karakter yang dia lukis cantik dan jalan cerita pun menarik.😍😍
Tapi...tulah. Hangat-hangat tahik ayam. Semangat nak kumpul tu, sekejap je. Bukan apa, susah nak dapat sebab kawasan bandar jauh waktu itu. Duit pun, ciput ala siput sesak nafas. Memang bantut jadinya.😜😜😜
After tu..aku try kumpul komik dari Negara Korea. Sebelum ada webtoonlah. Komiknya,macam jelajah apa yaa...??? Sekejap, aku selongkar bilik. Lupa pulak.
Haa...bukan jelajah. Tapi, kembara di tanah Turki. Banyak perara yang kau boleh belajar. komik ini, dah di translate pada banyak bahasa termasuklah Bahasa Melayu. Dari kau tak pernah pergi Turki, kau dah macam pernah duduk di negara tu sebab dalam komik ini kau boleh belajar adat-adat dari negara sana. Macam kau belajar subjek sejarahlah, tapi versi komik.
Memang best bagi muka budak-budak yang tidur time subjek sejarah. 😒
Kalau di Jepun, komik di panggil manga.
Kalau di Korea, di panggil dengan manhwa.
Malaysia?? Komiklah. Kan dah disebutkan dari atas. Indonesia dan Malaysia, memanggil dengan nama komik. Bahasakan serupa, tapi masih berbeza. unik tak...Hahah....
Teringatkan negara jiran sebelah. Aku dulu, suka gila layan sinetron. Umur baru dua belas tahun. balik je sekolah, terus hadap tv. Kau bayangkanlah. Sinetron bawang putih dan bawang merah. Siap ada peri atau pari-pari. Excitod aku waktu tu. Ada satu lagi, yang aku memang habis hati waktu itu.
Sinetron Olivia. Huh!!! watak yang dimainkan oleh Vilove Vexia dan Raffi Ahmad. Memang kelakar habis dan best. Sampai sekarang, kalau ada masa. Aku intai-intai tengok dekat youtube. Aku refer sinetron lagi dari movie orang putih. Ada plot yang aku kurang gemar sikit. Scene rated 18lah. Haaa....jangan gatai nak search pulak! Huh!!
Tapi...sekarang zaman dah banyak yang berubah. Mungkin, orang sangka zaman sekarang semakin canggih sebab, nak apa sahaja. Kau pergilah tanya cik google. Kalau dia tak bagi jawapan, dia akan sarankan apa yang masih berkaitan. Baik taw, cik google. Kalau aku, dah lama aku hempuk sampai masuk ICU. Ajenya, tak faham-faham.😤😤😤
Sebenarnya, zaman sekarang ini, zaman yang semakin mundur. Kenapa kata mundur. Orang dulu, mana ada helikopter. Zaman sekarang, nak pergi mana-mana pun dah ada aeroplane. Terbang tinggi atas awan. Tunggu dua tiga jam sahaja. dah sampai....
Kata kau, yang bila ada subjek sejarah. Kau tidur. Even tak ada aeroplane, baginda Nabi Muhammad dah sampai ke langit ketujuh. Haaa...tak ada aeroplane pon. Yang hanya ada waktu itu adalah Buraq. Binatang seperti keldai, tetapi mempunyai sayap. Kelajuan dia lebih laju dari kereta api laju di Jepun. Means aku, zaman yang dimaksudkan mundur ialah. Zaman yang semakin lunturnya akhlak.🤦♀️🤦♀️
Dulu, anak buat salah. Kena marah dengan cikgu, balik pergi mengadu dengan mak ayah. Pasti, kena balun balik. Hebatnya akhlak orang zaman dulu yang menghormati para pendidik. Laaaa ni, zaman di arah canggih yang dikatakan hebat.
Cikgu yang mendenda anak murid, akan di dakwa dan mungkin digantung pekerjaan. Hebatnya zaman ini, yang diagungkan oleh para cetek akhlak. Kadang...aku memang agak salute dengan mak aku. Boleh survive jadi seorang pendidik.
Dia seorang pendidik, dan ibu tunggal yang menyara kami tiga beradik. Di ajar hormat cikgu dan hormat orang tua. Aku salute tu, sebabnya ayat my mom yang kau sendiri macam tersentap sekejap. Haaa....
Contohnya, bila adik beradik kau or kau be like disuruh kemas rumah. Tapi, melengah-lengahkan sebab hadap hplah. Mak aku tak bebel, just dia cakap. "Inilah anak-anak zaman sekarang, anak-anak menjadi tuan kepada ibu bapa."
Haa..sedas ayat mak kau bagi. Naya dohh...sentap jugaklah aku.
Tapikan. Apa kaitan komik dengan akhlak?? Entah...panas pulak hati aku bila kupas pasal pendidik. Bukan setakat pendidik je. Kadang, orang yang jaga anak atau orang panggil babysitter, ini pon kena sedas dengan mak ayah. Walaupun aku tak pernah jaga, kawan aku yang jaga. Sempat jugaklah awal tahun haritu, dia membuat luahan perasan.
Hahahaha...So, sampai sini sahajalah. Aku finishkan ayat aku terakhir dengan ucapan selamat tahun baru. Welcome to 26 years' old.🙆♀️🙆♀️