アプリをダウンロード
43.58% MY LITTLE PRINCESS / Chapter 17: BAB TUJUH BELAS

章 17: BAB TUJUH BELAS

Belum pun sempat Vee keluar melepasi pintu pagar utama rumah itu, tiba - tiba tangannya di sentap kasar. Dia di tarik pantas, ke tepi penjuru dinding tembok rumah itu tanpa rasa belas kasihan. Terasa keseluruhan tangannya sakit akibat dari tindakan kasar itu. Vee ketap bibir, geram dengan tindakan Ariel itu. Wajahnya yang merah padam semakin terasa panas bila menghadap wajah Ariel, yang turut kelihatan tegang di depannya.

Renungan tajam Ariel menunjukkan yang dia juga tidak berpuas hati dengan keputusan yang di buat Vee itu tadi. Begitu juga sebaliknya dengan Vee. Masing - masing sedang menunjukkan sikap ego mereka saat itu. Vee yang rimas dengan keadaan sebegitu, lantas memalingkan wajahnya.

"Dammit, Vee! Takkan U langsung tak boleh nak tolong I?" Vee berpeluk tubuh, bersandar lemah pada dinding tembok rumah Ariel.

Dia hanya berdiam diri. Ariel sendiri sudah beralih duduk berdekatan dengan parit besar di hadapan tembok dinding rumahnya. Wajahnya kelihatan agak sugul.

"I takkan terdesak macam ni, kalau I boleh selesaikan sendiri..."

"Jangan cakap yang awak turut terbabit sama dengan idea gila mereka bertiga tu, Ariel. Sebab saya tak boleh nak tolong awak!" dada Vee masih lagi turun naik menahan gelora perasaannya yang mulai bercampur - aduk. Ariel yang duduk membelakanginya, di pandang dengan perasaan bercampur - baur. Antara perasaan sakit hati dan juga perasaan kasihan.

Dia sendiri bercelaru memikirkan tentang masalah yang di hadapi oleh Ariel dan juga masalah yang bakal dia tempuhi nanti, seandainya dia bersetuju untuk membantu lelaki itu kelak. Vee hela nafas dalam dan melepaskannya perlahan - lahan. Dia perlu bertenang dan mengawal emosinya dengan baik agar riak wajahnya tidak terlalu mempamerkan keadaan situasi mereka yang sebenar ketika itu.

"I langsung tak tahu yang Shak dengan Ery terlibat sama. I cuma call Kimi dan minta bantuan dia. Itu aje... I tak tahu pun yang mereka akan pilih U, Vee. Honest!" ujar Ariel, lemah. Dia turut melepaskan keluhan beratnya beberapa kali.

"Kenapa awak tidak terima aje cadangan ayah awak tu. Fiesyah pun nampak baik orangnya... Dia pun cantik jugak!" ujar Vee cuba berlawak. Ariel ketawa sinis.

"U tak payahlah nak pujuk I untuk terima dia. Family I pun cakap macam itu juga dengan I. Termasuklah Kimi, Shak dan adik I sendiri... Tapi I tak boleh nak terima dia, Vee. U pun tahukan yang I sedang mencari seseorang sekarang ni..." ujar Ariel dengan nada sedikit kesal dan tegang. Dia bengang dengan sikap acuh tidak acuh gadis kacukan itu terhadap dirinya yang sedang dilema masalah sekarang.

"Kalau ianya pun, awak janganlah marah kita pulak! Perlahankan sikit suara awak tu, saya belum pekak lagi! Nanti apa pulak kata family awak kalau mereka dengar awak cakap macam tu?" Ariel mendengus kasar. Dia meraup wajahnya. Rambutnya juga sudah kelihatan tidak terurus dan rapi seperti tadi.

"Let's think straight about all this, Ariel. Kalau kita berjaya sekali pun yakinkan mereka... I'm pretty sure yang kita pasti akan terperangkap dalam masa yang sama jugak!... Saya tahu... awak pun bukannya nak sangat hadap muka saya ni! Sampai bila awak nak kita terus berlakon?"

"I faham apa maksud U, tu Vee. Tapi jujur, I cakap yang I memang tidak boleh nak terima Fiesyah. I sanggup buat apa saja asalkan I tak jadi dengan dia... Takkan U nak korbankan kebahagian U semata - mata nak bahagiakan parents U? Habis tu kebahagian kita sendiri macam mana? U yakin yang pilihan parents, U akan bahagiakan U nanti? Yang U tak akan menyesal?!" Vee kerut dahi seribu.

Lain macam je ayat dia ni? Takkan Jepun sesat ni suka dengan aku pulak?? Aish... mana aku nak letak Aloy nanti, kalau dia dah mula rasa macam ni..... Walaupun dia terpaksa melalui pelbagai majlis yang membosankan dan memenatkannya, tapi sehingga ke saat ini kedua orang tuanya masih belum memutuskan apa - apa mengenai kehidupan masa depannya. Vee cukup yakin yang mama dan papa tidak akan mengecewakannya nanti.

"U sanggup terima orang yang U, langsung tak cinta?"

"Habis tu, kita ni bercinta?!" Ariel terkedu.

Dia memandang Vee dengan pandangan tidak menentu. Kalau bukan sebab dia pernah berjanji dengan Sweet, dan juga dengan dirinya sendiri untuk menjadikan Sweet sebagai calon isteri, sudah pasti dia akan mencuba sedaya upayanya untuk memikat gadis kacukan di hadapannya itu.

"Tak! Kita tak bercinta pun dan tidak pernah bercinta, dan tidak mungkin akan bercinta... Which I'm sure about it too..." balas Ariel dengan pantas dan yakin.

"Wow! Well said, Ariel... for a guy who look so desperate like yourself now... Kenapa awak tak cakap aje terus terang dengan parents awak tentang Sweet? Saya rasa awak takkan perlukan bantuan saya hatta sedikit pun untuk selesaikan masalah awak ni..." ujar Vee geram. Ariel lepas keluhan berat.

"I tak sanggup nak lukakan hati ayah dan ibu, I. Syarat mereka mudah saja, Vee. Bring my girl and Fiesyah is gone for good... Tapi, I nak cari dia dekat mana? Tell them the whole truth, won't bring any good either. I perlukan seseorang yang faham akan masalah I yang sebenarnya dan orang yang paling sesuai sekali ialah U" ujar Ariel lemah.

Dia kelihatan seperti orang yang sudah berputus asa. Vee sendiri terdiam, mendengar kata - kata Ariel. Dia sendiri tidak mungkin akan mempertaruhkan masa depannya dengan lelaki yang dia langsung tidak cintai. Apa ertinya sebuah perkahwinan andai tidak ada perasaan kasih dan sayang. Dia dengan Ariel juga terlalu jauh berbeza. Paling dekat pun cuma sebagai teman gaduh yang paling ideal saja.

"Apa kata kita buat perjanjian?"

"Gila! Perjanjian apa lagi, Riel? Whatever we do after this... will end us up as husband and wife no matter what! So lets just face the fact... Apa sahaja alasan yang bakal kita buat malam ni, tetap tidak dapat mengubah apa - apa pun nanti. Especially when you are dealing with both of my parents!"

"U pasti tak ada jalan lain selain itu lagi?" Vee tersengih lucu mendengar kata - kata Ariel.

"Saya kenal papa dan mama saya lebih dari sesiapa pun. Saya tahu cara mereka berfikir"

"Kalau macam tu, kita kahwin ajelah terus. I rasa I pun mampu nak bahagiakan U jugak!"

"What?? Bagaimana pula kalau perkahwinan itu nanti ada syarat yang lain lagi? Awak nak setuju jugak? Awak tetap nak kotakan janji awak jugak?!" soal Vee dengan nada separuh terkejut dengan kata - kata Ariel itu tadi.

Lelaki di hadapannya itu tidak berfikir secara logik dan waras. Dia cuma tahu masalah dia selesai, itu sahaja. Dia langsung tidak berfikir tentang mereka berdua. Dia tidak sedar yang dia akan membuat masalah yang jauh lebih besar dari itu. Masalah yang mereka sengaja cipta demi kepentingan Ariel sendiri.

"Tentang itu nantilah kita fikirkan kemudian. I janji I akan bersetuju dengan setiap syarat U, Vee. I tidak akan bantah satu apa pun, macam mana?"

"That is a suicide! Saya tak yakin dengan kata - kata awak..."

"Vee... please..."

"Bagi saya masa untuk berfikir, Ariel. Saya tak nak menyesal lepas tolong awak malam ni, nanti"

"Boleh tak kalau U jangan berfikir sejauh itu dulu?"

"Why not? Saya cuma nak pastikan yang saya tidak akan menyesal tolong awak nanti..." Ariel mendengus kasar.

"Kita selesaikan apa yang patut dulu, malam ni. Lepas itu baru kita fikir cara lain untuk putuskan hubungan kita pula. I tak fikir kita akan bertahan lama! So will U or not, help me?" Ariel dan Vee menapak masuk bersama - sama.

Vee meminta mama dan papa untuk mengikutnya masuk ke dalam bilik bacaan yang terdapat di dalam rumah Datuk Sri Zainal terlebih dahulu sementara mereka menunggu kehadiran Ariel dengan ibubapanya ke ruangan itu sebentar lagi. Tuan Victor Hashim dan Puan Aisyah yang pelik dengan tindakan anak gadis mereka itu, bertanya lanjut.

"Vee nak Papa dan mama buat apa dekat dalam ni? Papa tidak selesa duduk dalam ni lama - lama..."

"Err, papa dengan mama tunggulah kejap. Vee nak cakap something important dekat papa dan mama... tapi sebelum itu Vee nak papa dengan mama jumpa dengan mereka terlebih dahulu, boleh?" kening Tuan Victor Hashim bertaut erat. Begitu juga dengan pandangan isterinya.

"Vee, nak Papa dengan mama jumpa dengan siapa sebenarnya ni?" soal Tuan Victor Hashim sekali lagi.

Dia paling tidak suka bila anak gadis tunggalnya itu berteka - teki dengan mereka. Saat dia mahu membuka mulut, tiba - tiba pintu bilik bacaan itu terbuka. Muncul wajah Datuk Sri zainal, Datin Sri Roqaiyah berserta dengan anak lelaki mereka, Ariel di situ. Tuan Victor Hashim dan isterinya berbalas pandangan. Datuk Sri Zainal lantas menghulurkan tangannya dan memeluk Tuan Victor Hashim, erat. Vee sekadar tersenyum tipis membalas pandangan tajam papanya.

"Sebelum kita berbincang lebih lanjut dan panjang lagi soal ni, terlebih dahulu aku nak cakap yang aku gembira sangat, malam ni... sebab akhirnya anak - anak kita berani untuk membuat keputusan dan berterus - terang dengan kita malam ini..." ujar Datuk Sri Zainal dengan senyuman lebarnya.

Tuan Victor Hashim yang masih agak keliru dengan situasi tersebut meminta penjelasan yang lebih lanjut dari Datuk Sri Zainal tentang tujuan sebenar dia dengan isterinya berada di situ bersama - sama dengan mereka. Ariel yang mendengar persoalan yang di bangkitkan oleh papa Vee lantas bangun dan menjelaskan satu persatu mengenai tujuan sebenar mereka sekeluarga berada di dalam ruangan bilik tersebut. Melihat pada riak wajah papa dengan mama Vee yang agak terkejut dengan pengakuan secara tiba - tiba Ariel itu, membuatkan mereka semua terdiam lama untuk seketika.

"Are you sure about this, Vee? Baru petang tadi, Vee cakap yang Vee langsung tak ada apa - apa hubungan istimewa dengan Ariel! And now you accept me to believe it?" ujar Tuan Victor Hashim, mendatar. Dia cuba untuk mengawal intonasi suaranya agar tidak menyakiti hati sesiapa yang berada di situ.

"Yang sebenarnya... saya yang nak Vee cakap macam tu, uncle..."

"Kenapa? Tell me, why?" soal TuanVictor Hashim dengan nada tidak puas hatinya. Vee dapat mengagak yang papanya pasti merasa tertipu dengan mereka berdua. Sebab itulah dia kelihatan agak beremosi.

"Saya minta maaf banyak - banyak, uncle... auntie. Kami cuma tak nak terburu - buru sebab itulah kami cakap macam tu... tapi bila ayah dan ibu mula nak pasangakan Riel dengan orang lain, Riel ingat kami kena berterus - terang... Riel minta maaf kalau uncle dan auntie terasa hati dengan tindakan kami berdua... jujur Riel cakap yang Riel langsung tak berniat untuk menipu tentang hubungan kami berdua..."

"Kenapa malam ni, Ariel nak ubah cerita pulak?"

"Vic, please listen to them first..." cela Datuk Sri Zainal, perlahan. Sementara itu Datin Sri Roqaiyah dan Puan Aisyah sekadar diam dan menjadi pendengar serta pemerhati di sisi suami mereka.

"Riel bukan nak ubah cerita uncle... Tapi itulah yang sebenar - benarnya berlaku. Riel terpaksa ubah pendirian kami berdua malam ini sebab ayah nak jodohkan Riel dengan anak Datuk Arshad. Riel tak boleh nak terima Fiesyah. Kalau uncle rasa Riel tak cukup ikhlas dengan kata - kata Riel, Riel minta maaf banyak - banyak sebab buat macam ini dengan keluarga uncle... Riel jujur dan ikhlas sayangkan anak uncle! Cross my heart. I swear, I really love your daughter! Riel berharap sangat yang uncle dengan auntie akan menerima dan merestui hubungan kami berdua" tutur Ariel penuh pengertian.

Riak wajahnya juga jelas memperlihatkan ketulusan kata - katanya itu. Vee sendiri agak terkejut dengan pembohongan Ariel yang kelihatan begitu benar. Ucapannya kedengaran jauh lebih ikhlas dan jujur seolah - olah ianya memang lahir dan tulus dari hatinya. Vee menarik nafas perlahan - lahan. Dia sudah menjerut lehernya sendiri dengan bersetuju mengiyakan semua pembohongan yang di reka oleh Ariel itu.

"Riel pun nak minta maaf dekat ayah dan ibu sebab tidak berani berterus - terang selama ni... Riel minta maaf sebab Riel terpaksa tolak pilihan ayah dan ibu..."

"Tak. Ariel tidak kecewakan Ibu dengan ayah pun. Sebaliknya Ariel buat Ibu dengan ayah bahagia, sebab Ariel memilih Vee..." ujar Datin Sri Roqaiyah dengan senyuman bahagianya.

Dia lantas memeluk Puan Aisyah dan berharap hubungan mereka sekeluarga akan menjadi lebih erat dan akrab lagi selepas ini. Perbincangan mereka agak panjang juga kerana papa Vee masih lagi sangsi dengan Ariel. Dia mahu mempastikan Ariel betul - betul jujur dengan kata - katanya kerana dia hanya punya satu orang anak perempuan sahaja dan perkara terakhir yang terlintas di fikirannya ialah melihat anak perempuan tunggalnya itu kecewa.

Dia tidak mahu perkara seperti itu berlaku dengan anaknya dan dia juga tidak akan sanggup berkompromi kalau dia tahu Ariel sekadar mahu menggunakan Vee sebagai alasan untuk dia tidak menerima anak Datuk Arshad. Datuk Sri Zainal yang pada mulanya tidak terlalu banyak bertanya, bersetuju dengan kata - kata papa Vee itu kerana dia juga tidak mahu mengeruhkan hubungan persahabatan mereka sekeluarga yang sudah lama terjalin itu.

Berkali - kali Ariel terpaksa menjelaskan tentang perasaannya di hadapan kedua - dua lelaki itu yang agak sukar untuk memberikan kata persetujuan mereka berdua. Entah di mana Ariel mendapat idea gilanya, dia lantas berjanji bersaksikan senaskah Al Quran, di hadapan keluarga mereka berdua yang dia betul - betul jujur dan ikhlas dengan kata - katanya itu. Dia bersumpah yang semua dia katakan itu betul dan bukannya bohong kerana dia memang cintakan Vee sejak kali pertama lagi dia melihatnya.

"Apa kata kau, Vic? Kau masih sangsi lagi?"

"Aku sebenarnya tidak sangsi dengan anak kau, Nal... cuma aku mahukan kepastian dari dia sahaja. Vee itulah satu - satunya anak yang aku ada! Aku mahu dia mendapat yang terbaik..."

"Habis tu, anak aku macam mana?" Tuan Victor Hashim kuntum segaris senyuman. Dia lantas menjabat tangan Datuk Sri Zainal.

"Aku yakin dengan kata - kata dia tadi! Dia mampu jadi suami yang bertanggungjawab jika dia benar - benar ikhlas dengan apa yang dia katakan. Lebih - lebih lagi bila dia berani bersumpah macam itu... rasa - rasanya dia tidak main - main dengan apa yang dia ucapkan"

"Aku pun setuju dengan kata - kata kau, Vic. Aku tak terfikir pulak mahu bersumpah sebegitu di hadapan mak dengan ayah mertua aku dulu!" balas Datuk Sri Zainal dengan senyuman. Mereka lantas ketawa bila teringat dengan keberanian Ariel yang sanggup bersumpah di hadapan mereka berdua.

"Habis itu macam mana sekarang?"

"Aku ikut saja apa yang kau rasa betul, Nal. Lagipun aku ni cuma dari pihak perempuan saja"

"Bagus! Itu yang aku nak dengar tu, Vic. Macam ini, aku cadang nak umumkan pertunangan mereka berdua malam ni. Macam mana?"

"Kau rasa tidak terlalu cepatkah?"

"Apa pulak cepatnya, Vic. Anak - anak kita pun bukannya masih remaja lagi. Sudah layak jadi suami dan isteri dah pun! Kita tidak payah peningkan kepala fikir yang bukan - bukan, lagi bagus kalau kita dapat langsungkan pertunangan mereka secepat yang mungkin" ujar Datuk Sri Zainal lagi.

"Kalau macam itu, aku ikut sajalah apa yang kau putuskan. Aku pun nak juga tengok mereka berdua bahagia bersama" balas Tuan Victor Hashim sambil tersenyum senang.

Dia pasti keputusan anak perempuan tunggalnya itu ialah yang terbaik kerana dia tahu Ariel tidak akan berani untuk mengecewakan harapan mereka sekeluarga. Ariel sendiri sudah berjanji untuk menjaga putri tunggalnya itu dengan sebaik mungkin. Besar harapannya untuk melihat mereka berdua di satukan dan hidup bahagia berdua, bersama. Dia akan memegang janji Ariel itu sampai bila - bila. Kalau Ariel tidak menepati janjinya nanti, dia tidak akan teragak - agak untuk membuat tindakan.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C17
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン