アプリをダウンロード
66.66% Dia Imam Mudaku! / Chapter 14: Bab 14

章 14: Bab 14

Aku menduduk di meja belajar Isyraf dan mencapai sikat. Isyraf pula baru masuk bilik bersama tualanya di atas kepala sambil menggosok rambutnya. Aku sekadar menyikat rambutku dan mula terfikir akan bila aku ingin menjenguk abah dan abang-abangku. Selalu sahaja jumpa umi di kedai.

"Termenung jauh nampak," tegur Isyraf dan melabuhkan pinggangnya di tepi katil berdekatan denganku.

Aku memusing badanku dan memandang wajahnya sebelum bertanya, "Awak, boleh tak kita duduk rumah umi dan abah buat beberapa hari?"

Isyraf mengangguk dan berkata, "Sudah tentu boleh.. Lagipun, dah lama kita tak jenguk abah, along dan angah."

Aku mendiamkan diri dan perasan bahawa Isyraf sedang memandangku dengan pandangan yang tidak begitu tajam.

"Kenapa?" soalku. Isyraf hanya menggelengkan kepalanya. Jam tanganku menunjukkan pukul 5 petang. Aku meminta diri untuk ke dapur dan menolong Puan Zalikha, menyiapkan makan malam. Isyraf mengangguk dan membaringkan badannya di atas katil sambil menutup matanya.

*****************

Isyraf POV

Sebaik sahaja Nazirah keluar dari bilikku, aku membuka mata dan memegang dadaku. Aku dapat merasakan hatiku berdegup tidak tentu hala semenjak aku memandang wajah Nazirah. Tanpaku sedar, Isya masuk ke dalam bilikku.

"Termenungkan apa tu?" sergah Isya bersama satu buku.

"Allah. Isya, kenapa sergah abang macam tu?" balasku dengan sedikit marah.

"Alah.. Abang yang termenung jauh sampai Isya ketuk pintu bilik abang beberapa banyak kali pun abang tak dengar," kata Isya dengan polos.

Isyraf mengaru lehernya sebelum bertanya, "Ada apa Isya datang sini? Kalau nak cari Kak Naz, dia ada kat dapur dengan ibu."

"Isya datang sini bukan nak cari Kak Naz. Tapi nak cari abang. Boleh abang tolong ajar Isya bagaimana nak lukis?" balas Isya. Walaupun Isya ni budak umur tujuh tahun tetapi cara dia berbual dan berfikir tidak seperti kanak-kanak. Aku mengangguk setuju dan mengajak Isya untuk ke ruang tamu. Sebelum ke ruang tamu, aku pergi ke dapur dan mengambil dua gelas.

"Raf nak buat apa dengan dua gelas?" soal ibu, yang sedang sibuk memotong sayur-sayuran.

"Nak bancuh air untuk Raf dan Isya. Ibu nak Raf tolong bancuhkan air untuk semua ke?" balasku dan mengambil sebuah jug.

"Boleh juga," kata ibu. Nazirah, yang sedang mengaul sambal, mengambil syrup manga dan memberi kepadaku. Tanganku lincah membuat air manga dan menuang ke dalam dua gelas yang telah aku ambil. Setelah itu, aku membancuh air manga untuk seluruh keluargaku dan meletakkan dia atas meja makan.

"Ibu.. Mana ayah?" soalku.

"Ayah pergi ke padang belakang. Nak tolong tengok-tengokkan, katanya," balas ibu.

Aku sekadar mengangguk sebelum melangkah ke arah Isya yang sedang menungguku bersama dua gelas di tanganku. Ibu dan Nazirah pula sibuk memasak sambil berbual. Isya mengambil satu gelas dari tanganku dan menolongku meletakkan di atas meja yang disediakan. Aku mengajar Isya melukis sementara menunggu jam berlalu. Ayah memberi salam dan melangkah masuk ke dalam rumah.

"Raf, Isya. Tengah buat apa tu?" soal ayah.

"Abang tengah ajar Isya lukis," balas Isya sambil memandangnya.

"Ayah nak air? Raf pergi ambilkan. Kebetulan Raf dah siapkan air bancuh," soalku.

"Boleh juga. Ibu dan Naz mana? Tengah masak makan malam ke?" balas ayah dan terselit soalan.

"Ya, ayah," kataku sambil melangkah ke meja makan untuk mengambil minuman untuk ayah. Setelah mengambil air untuk ayah, aku sibuk mengajar Isya. Lepas beberapa minit mengajar, Isya cuba melukis dan pada saat itu, Nazirah datang ke arah kami.

"Isya tengah melukis?" soal Nazirah.

"Ya, akak. Ni pun suruh abang ajarkan. Kalau akak nak tahu, abang Raf pandai melukis," balas Isya sambil berlukis.

Nazirah mengangguk. Aku pula hanya diamkan diri kerana tidak tahu apa yang ingin dikatakan. Dia datang untuk memanggil aku, Isya dan ayah ke meja makan kerana makanan sudah siap. Jam menandakan pukul 7 malam dan aku meminta diri untuk ke tandas.

************************************

Keesokkan hari

Perjalanan ke sekolah

Nazirah's POV

"NAZIRAH!!!" jerit seseorang dari jauh. Aku dan Isyraf berhenti mengayuh. Aku memandang Isyraf sebelum memandang orang yang menjerit namaku. Kelihatan Farah sedang mengayuh basikal ke arah kami.

"Awat kau terjerit sana sini?" soalku.

"Saja nak suruh kau berhenti sekejap dan aku boleh kayuh ngan kau.. Dah lama tak luangkan masa ngan kau," balas Farah sambil memandangku.

"Hmm.. Kalau kau nak luangkan masa dengan aku, kau kena tanya orang dekat sebelah aku ni," kataku selamba sambil mengayuh bersama Farah dan Isyraf. Farah dan Isyraf berpandangan sebelum tersengih apabila mengenang perangai selambaku.

Aku pandang belakang dan berkata, "Cepat ah.. Nanti lambat, bukan salah aku."

Mereka berdua tergesa-gesa mengejarku sementara aku mengayuh ke sekolah. Tiba sahaja di sekolah, kawan-kawanku yang lain seperti gelisah.

"Isyraf!! Ustaz Khairul perlukan kau sekarang. Farah, kau ikut aku. Naz, kalau kau nak ikut Isyraf, kau ikut ah," arah Suzy.

Kami bertiga mengangguk. Aku dan Isyraf segera mencari Ustaz Khairul manakala Farah dan Suzy pergi masuk kelas masing-masing. Amir dan Iskandar mengikut Farah dan Suzy manakala Lily dan Rizal mengikut aku dan Isyraf. Laila dan Faiz pergi menolong apa yang patut. Aku ternampak Ustaz Khairul di hadapan salah satu kelas dan memanggil Isyraf, Lily dan Rizal untuk pergi ke arah sana.

"Ayah! Apa jadi?" soal Isyraf.

"Ada pergaduhan besar di sini tetapi bukan itu sahaja. Ada seseorang murid sedang menjual dan mengedar rokok. Sampai sekarang masa belum ada murid hendak mengaku kesalahannya," terang Ustaz Khairul.

Aku, Isyraf, Lily dan Rizal berpandangan sebelum membantu gurur-guru untuk memikirkan bagaimana hendak membuat murid itu mengaku kesalahannya. Tiba-tiba, aku mempunyai satu idea.

"Apa kata kalau kita mengugut mereka?" kataku.

"Mengugut dari segi apa Naz?" soal Ustaz Khairul.

"Kita mengugut mereka dengan memberitahu ibu bapa mereka dan ingin memberhentikan sekolah. Mungkin dengan cara itu, mereka boleh berubah," terangku. Lily dan Rizal memandangku dengan pandangan hairan manakala Ustaz Khairul cuba untuk memahami apa yang aku katakan itu.

Isyraf tersenyum apabila dapat apa yang aku cuba sampaikan dan berkata, "Menjual dan mengedar rokok tidak semestinya mereka menghisap rokok. Untuk pelajar yang menghisap rokok, kita bagi denda yang sepatutnya manakala untuk pelajar yang menjual dan mengedarkan rokok, kita bagi denda yang lebih sikit dari yang sepatutnya."

Ustaz Khairul memandang aku dan Isyraf sambil mengangguk. Suzy dan Rizal pula tersengih memandang kami berdua.

"Bagus juga itu.. Kamu berempat pergi menolong Laila dan Faiz. Biar Ustaz dan guru-guru yang lain menyelesaikan masalah ini," arah Ustaz Khairul. Kami berempat mengangguk dan pergi menolong apa yang patut.

"Caya lah kau, Naz," kata Lily.

"Dalam masa yang agak singkat, kau boleh fikirkan saranan untuk menyelesaikan masalah," kata Rizal pula. Aku sekadar senyum tanda terima kasih dan pada saat itu, seorang pengawas datang ke arah kami.

"Naz, Isyraf. Ahli club pengawas memerlukan bantuan," kata pengawas itu.

"Bantuan apa?" soal Isyraf.

"Ahli club pemgawas mempunyai seramai tiga puluh lima pengawas dan dalam sepuluh atau kebih pengawas tidak dapat hadir ke sekolah. Selepas guru-guru menyelesaikan masalah yang ada, mereka ingin bermesyuarat tentang pelajar-pelajar di sekolah ini.. Kami memerlukan dalam sepuluh pelajar untuk menolong kami," terang pengawas itu lagi.

"Kami akan tolong. Rizal, kau pergi panggil Laila dan Faiz. Lily, awak pula pergi panggil Farah, Iskandar, Suzy dan Amir," arahku.

"Lepas panggil mereka, datang terus ke bilik pengawas," kata pengawas itu. Kami berpecah dan lepas hampir dua puluh minit, kami berjumpa di bilik pengawas. Di situ, kami ditugaskan untuk bekerjasama dengan pasangan dan akan ke kelas yang dipilih oleh ketua pengawas agar dapat mengawasi mereka sementara guru-guru bermesyuarat.

--Aku dan Isyraf (2G2)--

--Lily dan Rizal (2G3)--

--Suzy dan Iskandar (3S1)--

--Laila dan Faiz (4S3)--

--Farah dan Amir (1S1)--

Kami berpisah dan pergi ke kelas yang ditetapkan. Aku, Isyraf, Lily, Rizal, Iskandar, Laila, Suzy, Farah, Faiz dan Amir membawa beg masing-masing bersama kami agar tidak kebosanan.

TBC


Load failed, please RETRY

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C14
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン