アプリをダウンロード
90% RATU HATI CIK ABANG / Chapter 36: bab36

章 36: bab36

    Pagi-pagi lagi Haniff sudah berangkat ke sekolah. Guru pengiring la katakan. Teruja sungguh dia ingin pergi ke rumah jagaan tersebut. Kalah anak-anak murid gayanya. Malam tadi, bukan main lagi minta aku pilihkan baju nak pakai sampai sangsi juga la aku ni. Dia ni nak pergi rumah kebajikan, atau nak pergi dating dengan perempuan.

Teringat pula aku dengan perbualan kami malam tadi.

" Awak ni.. yang excited naw-naw nak pergi rumah anak yatim tu kenapa? Ada niat lain eh?" Soalku sambil mata ku tajam memandangnya.

" Niat lain? Haha awak fikir apa ni sayang?" Ujarnya sambil ketawa kecil.

"Pandai ehh.. kalau saya curiga sikit terus sayang-sayang. Ghisau melayang je nanti." Ucapku dingin.

"Amboii. Garang betul ye. Dah macam kucing berebut ikan." Sakatnya sambil merenung wajahku dari setiap sisi.

Ehhh dia ni. Geram pula aku. Kita tanya betul-batul dia boleh panggil aku kucing berebut ikan. Kalau kucing tengah tidur ke, kucing mahal ke..ok la juga. NI! Kucing berebut ikan?. Apa selebet punya persamaan.

"Cepat la.. awak ada sorok apa-apa ke?" Soalku lagi.

"Kalau dah sorok.. takkan nak bagitahu pula kan..?" Ucapnya sambil tersenyum nakal.

Seronok la tuuu dapat sakat aku. Eh la dia ni geram betul aku. Besar-besar je aku tengok.

"Cepat la Haniff...!" Ujarku geram.

"Wuishh sabar sayang sabar.. awak ni garang betul laa siapa air batu sebenar ni? Macam awak je terlebih dingin ni. Hahah" ujarnya.

Aku hanya mendiamkan diri sambil mata masih tertacap keras diwajahnya.

"Ok-ok saya bagitahu. Tapi.. sebenarnya tak ada apa pun nak bagitahu. Saya memang macam ni la setiap kali ada trip.. atau apa-apa yang jarang jadi. Awak kan baru je jadi isteri saya.. jadi awak tak tahu la yang suami awak ada habit macam ni." Jelasnya bersama senyuman sambil menggelengkan kepalanya. Mungkin pening fikirkan perangai aku.

"Iya ke? "Soal aku yang masih kurang yakin.

"Iye baby bucuk masham. Suami awak ni tak tipu pun. Dulu waktu hari pertama saya nak mengajar tuisyen dekat rumah anggerik, saya macam ni juga. Tapi waktu tu.. sebab rasa macam first date dengan awak. Haha" ceritanya dengan wajahnya yang sedikit merona merah.

"Ehh pakcik ni, blushing ke? Macam ni rupanya air batu blushing. First time tengok."  Bicara aku di dalam hati.

"Boleh percaya ke awak ni?" Soal aku lagi.

"Kalau tak percaya... Belah lah hati operate la jantung." Ujarnya sambil menggerakkan tangan ke dadanya. Seolah olah sedang di bedah.

" Eyy drama la!" Ujarku.

"Masa tu saya seorang kat rumah, jadi tak ada saksi. Tapi.. saya ada la whatsapp

Hamzah, tanya baju mana ok nak mengajar tuisyen. Haha" ujar sambil menggaru belakang kepala.

Haih la Haniff ni, makin lama aku jadi isteri makin macam-macam perangai pelik keluar ye.

***

Aku berjalan menuju ke tong sampah. Iyalah hujung-hujung minggu ni, wanita bekerjaya pun tetap jadi suri rumah juga.

" Alisya!" Panggil seseorang.

Aku menoleh ke arah pemilik suara itu.

"Eh, Zarul" sapaku. Wajah putih bersih itu masih mekar diingatanku.

"Woo awak ingat lagi ye. mana Haniff?" Soal Zarul.

"Dia ada rombongan sekolah, nak jumpa dia ke?" Soal aku lagi.

" Ohh. Tak ada lah. Tengok awak sorang je tu yang tanya Haniff mana." Jelas Zarul.

"Alisya, saya curious, macam mana awak boleh kahwin dengan Haniff. Iye la awak kenal kan Mira? Kira power juga la awak ni, mampu buat Haniff move on." Ujarnya

"Kenapa, teruk sangat ke Haniff sampai awak rasa dia tak mampu move on?" Soalku. Entah la aku terasa soalan Zarul begitu negatif.

"Awak jangan salah faham Alisya, cuma saya rasa kalau saya jadi Haniff pun, saya tak sanggup lagi nak teruskan hidup, orang yang saya sayang kena rogol dan kena bunuh oleh orang yang patutnya jadi pelindung saya " ujar Zarul perlahan.

"Haa? Mira kena bunuh? Dengan siapa?" Soal aku terkejut.

Iya la kisah yang aku dengar, Mira bunuh diri, tapi ini versi lain pula. Oleh orang yang patut lindung Haniff? Siapa? Arghh kenapa la otak aku perlu serabut dengan manusia bernama Amira ini? Kenapa kau menghantui hidup aku Mira? Kau masa lalu dia, tapi jiwa kau terlalu kuat hinga masih mekar dalam ingatan setiap orang yang mengenali kau.

" Dengan siapa? Awak betul-betul tak tahu ke?" Soal Zarul hairan bercampur terkejut yang jelas terpancar diwajahnya.

Telefon ditanganku berdering nyaring. Terpapar diskrin Haniff yang menelefon.

Pantas jariku menerima panggilan tersebut.

"Hi sayang, tengah buat apa tu?" Kedengaran suara ceria Haniff.

"Tengah.. buang sampah lepas tu borak dengan Zarul dekat depan rumah." Ceritaku dikala otak masih ligat mencerna semua maklumat.

"Haih sayang borak apa dengan Zarul?" Tanya Haniff.

" Borak pasal Encik Haniff. Macam-macam ye yang saya tak tahu." Ucapku.

Haniff diam tanpa kata.

"Awak? " Panggil ku.

" Yee.. haih macam-macam la Puan Alisya ni. Jangan percaya sangat dengan Zarul tu. Ok la sayang. I have to go. Jumpa petang nanti. I love you. Ingat tau tanam dalam hati. " Ucapnya.

Aku memandang Zarul bersama senyuman nipis.

"So?" Ucapku.

"So apa? Haih kalau awak tak tahu cerita. Tak boleh la saya nak cakap lebih. Awak patut tanya sendiri. Inikan kisah dia. Saya ni kawan je. Ok saya masuk rumah dulu. Kirim salam dekat Haniff tu." Ucap Zarul lalu berlalu pergi.

***

Usai menunaikan solat magrib, aku keluar dari bilik. Haniff masih belum pulang. Biasala rombongan katakan.

Entah kenapa mataku menangkap tangga yang menghubungkan ke tingkat atas. Kata Haniff, hanya ada satu bilik di situ, dan itu hanya stor.

Aku memanjat satu per satu anak tangga. Saja rasa ingin melihat bilik yang belum lagi aku jejaki. Dan itu satu-satunya ruang yang masih belum aku lihat dalam rumah ini.

Sampai sahaja di tingkat atas. Benar. Ruang tingkat ketiga dalam rumah ini hanya ada satu bilik. Malah jarak lantai dan siling tidak lah begitu jauh. Cukup-cukup saja untuk aku 165cm ini berdiri. Kalau Haniff ni, memang sah akan sedikit membongkok.

Tanganku memulas tombol pintu itu. Nyata bilik ini tidak berkunci. Perlahan aku menguak pintu itu.

Gelap. Iya lah aku masih tak memetik suis lampu. Kalau terang pelik pula. Silap-silap berkawad bulu romaku.

Lampu ku hidupkan. Ya ruang ini memang stor. Tapi tidak lah begitu bersepah. Namun mataku menangkap barang-barang yang berada dalam bilik ini.

Aku berjalan perlahan menuju ke arah sebuah meja yang berada di penjuru kamar ini. Di atas meja itu jelas terpapar gambar Amira. Bingkai gambar yang berukuran sederhana besar itu, memegang utuh gambar Amira yang sedang memeluk seekor kucing.

Aku masih cuba untuk berfikiran positif melihat suami sendiri menyediakan bilik khas untuk kisah lalunya. Aku memberanikan diri mencapai binkai gambar tersebut. Aku menebalikkan bingkai tersebut. Terukir QALISYA AMIRA

Qalisya Amira? Nama yang masih segar dalam ingatanku. Meski raut wajahnya sudah pudar dalam ingatanku namun namanya masih terpahat. Insan yang berkongsi darah ibu dan ayah bersama aku. Kakak. Iya nama itu persis nama insan yang begelar kakak.

Pantas tanganku mencapai album yang berada di atas meja. Kolam mata yang kering kini berisi air dan hampir melimpah. Dia orang yang sama ke? Amira kakak yang hilang ke?

Tangan aku menyelak helaian album. Habuk dan debu tak aku endah lagi. Yang aku inginkan hanya kebenaran.

Tanganku terhenti pada satu gambar. Gambar yang memperlihatkan seorang wanita dalam lingkunga 20 an bersama seorang lelaki. Aku kenal kedua manusia ini. Mereka ayah dan ibu kangdungku. Terjelopok aku jatuh ke lantai.

Apa ini semua ya Allah?.. bermula dengan ayah dan ibu bercerai, kakak dijaga ibu dan aku dijaga ayah. Itulah kali terakhir aku melihat ibu dan kakak. Ayah pergi tinggalkan aku di dunia sepi. Mereka tak temui ibu. Lalu aku diurus ke jabatab kebajikan dan berakhir di rumah

Kasih Anggerik. Kini.. bergelar isteri kepada kekasih kakak ku. Apa ini..

Danau yang sudah penuh kini melimpah membasahi pipi. Aku tak tahu apa yang terjadi ini. Mimpi atau khayalan aku?

"Qalisya!" Terdengar suara memanggil di belakangku.

Aku menoleh. Haniff yang berdiri di muka pintu jelas terkejut. Berlari menadakapku.

"Sayang, macam mana awak boleh ada dekat sini? Saya boleh explain" tuturnya cemas.

"Haniff, awak tahu?"


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C36
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン