アプリをダウンロード
22.5% RATU HATI CIK ABANG / Chapter 9: bab9

章 9: bab9

"kenapa kau orang pandang aku macam tu?" soal Haniff lalu mengambil tempat disebelahku.

"macam mana kau boleh datang sini?" soal Hamzah.

"naik kereta " jawab Haniff selamba.

"maksud Cikgu Hamzah tu,kenapa tiba-tiba je awak muncul? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba duduk," ujarku

"kena ada angin ribut dulu eh baru boleh datang kedai abc? Tak tahu pula macam tu," ucapnya sambil memandangku bersama kerutan di dahi.

Aku memandang Haniff dengan jelingan maut,boleh pula mamat ni buat lawak hambar.

"ha kau Hamzah, keluar minum tak ajak aku pun, jangan cakap kau nak try makcik ni lah?" ujar Haniff sambil menepuk bahu Hamzah.

"makcik?! Eyy dia ni.. Muka aku ni tak berkedut lagi lah.

" kalau aku nak try pun tak salahkan,Alisya single lagi kan?" soal Hamzah sambil tersenyum.

"erk, hehe single lagi rasanya," ucapku sambil ketawa kecil.

Haniff merenung aku dalam, entah apa yang difikirnya,.

Pelayan wanita tadi, datang membawa tiga mangkuk abc di atas dulang.

"Niff,kau bukan alahan dengan red bean ke?" soal Hamzah sambil memandang Haniff.

"aahlah," ujar Haniff sambil membelek mangkuk abc itu.

"order lain lah" ujar Hamzah sambil mengerut dahi.

Haih lah Hamzah ni, nampaklah dia ni abang yang caring, untung Haniff ada abang baik macam ni, walaupun dah tua bangka!.

"eh, membazirlah, tak apa lah, boleh asingkan ni," kata Haniff kepada Hamzah.

"rajin ke nak asingkan?" soal Hamzah sangsi,

"Cikgu Alisya tolong asingkan boleh" ucap Haniff sambil merenungku dengan tenungan menggoda.

Kacaknya dia..mata tu, bersinar!

"boleh tak?" soalnya lagi bersama senyuman.

Astagfirullahalazim Alisya! kau ni memang iman senipis kulit bawang betul!

"eh ,tak payah lah susahkan orang, dah-dah order baru je, yang ni tapau,nanti aku minum dekat rumah " ucap Hamzah tidak setuju.

"erk, bolehlah, sebab tak banyak pun,tapi kira hutang lah nanti" ujarku sambil memandang Haniff bersama senyuman sinis.

"okey! Cool!" setuju Haniff bersama kenyitan mata kirinya.

Hamzah memandang kami silih berganti dengan pandangan pelik.

Sah dah mamat tu ingat aku ni syok adik dia, tapi,memang aku syok pun! Haha Alisya- Alisya, gediknya kau ni!

"eh tak payah lah Alisya, jangan layan Haniff ni,"ujar Hamzah.

" eh tak apa, saya ok je, tolong kawan kan, dapat lah pahala." ucapku sambil tersenyum.

"biar saya je lah yang buat" ujar Hamzah.

"kau ni bang, relax lah, Alisya ok je kan? "ujar Haniff sambil tersenyum kepadaku.

***

Diam tak diam hujung minggu telah pun tiba, pagi-pagi lagi aku dah bangub dan bersiap, haih nak pergi pikat air batu kan,hekhek.

Hari ni Haniff ada kelas dengan adik-adik aku, jadi ikutkan syarat pakcik tu, aku kenalah teman dia.

Aku hanya mengenakan seluar jean hitam bersama tshirt lengan panjang berwarna putih dan tudung bawal berwarna peach.

"ok ke pakai macam ni je Alisya?" soal hatiku

Eh kau pakai apa pun cantik! Kata ku yakin, heehe

Aku capai sling bag aku lalu turun ke bawah.

Baru sahaja kakiku menjejak tempat parkir, mataku terhenti pada satu susuk tubuh lelaki yang memakai baju lengan panjang berwarna putih yg dilipat lengan hingga ke paras siku,bersama seluar bewerwarna hitam.

Dia bersandar pada kereta berwarna putih sambil menyilang kakinya.

Aku tanpa sedar mengukir senyuman tatkala memerhati susuk itu.

Dia melambai dari jauh kepadaku,meraut rambut.

Aku berjalan perlahan sambil menghadiahkan senyuman manis kepadanya.

"kenapa lambat?" soal Haniff sinis.

Eh dia ni, mati mood aku betul, baru nak feeling macam dalam drama korea, tiba hangin satu badan.

"mana ada lambat, kita janji pukul 8, sekarang baru 8:02," ujarku tanpa rasa bersalah.

"tetap lambat." ucapnya serius.

" 2 minit je pun" ujarku .

"2 minit tu, boleh siap masak maggie tahu tak, lagi pun awak habiskan 2 minit tu dengan usha saya, Am I right Miss Alisya?" soalnya seraya tersenyum nipis.

"perasan eh" ucapku sinis.

" saya yakin, " katanya, lalu masuk ke dalam perut kereta.

"dah breakfast?" soal Haniff sambil matanya memandang ke hadapan.

"belum, mana lah sempat, tak sarapan pun, orang tu dah kata kita lambat," ucapku dengan nada sedih

"memang lambat pun, lagi satu siapa lambat? Awakkan? Its mean, only you, bukan kita" ucapnya sinis sambil memalingkan wajahnya sekilas.

Cehh,mamat ni, ada je ayat perli yang akan keluar dari bibir pink dia ni, bibir punya lah helok, tapi yang keluar dari mulut hadeh berapi je memanjang.

"kita makan dekat depan ni ok?" soal Haniff memecah kesunyian.

"boleh je,ikut awak lah, saya kenyang dah makan kata-kata pedas awak tu" balasku.

"okey" jawab Haniff ringkas.

Heh?! Tu je dia jawab? Kurang adab betul mamat ni! Tak nampak langsung berketurunan yang sama dengan Cikgu Hamzah tu, geram!

***

Aku duduk sambil berpeluk tubuh,bersama muka masam mencuka, aku mengaku, hodoh, tapi lantaklah.

Seorang pelayan datang mengambil pesanan.

Haniff memesan nasi lemak kerang bersama limau ais.

Pagi-pagi dah minum ais, patutlah beku sepanjang masa! Tapi sedapnya nasi lemak kerang, aduh Omelku di dalam hati.

"akak nak pesan apa?" soal pelayan lelaki kepadaku.

" dia taknak order dik, dah kenyang," jawab Haniff dengan muka serius.

Aku merenung dia tajam,menggelegak darah aku harini.

Pelayan lelaki itu pun pergi menghantar makanan,

Aku masih lagi merenung Haniff dengan padangan macam nak telan.

"why?" soal Haniff tanpa riak.

"awak yang cakap kenyang saya sampaikan je" ujarnya lalu membuka telefon pintar.

15 minit kemudian, pesanan yang di pesan Haniff pun sampai, namun peliknya, pesanan itu dihantar untuk dua orang makan.

Haniff membaca doa lalu mula menyuapkan nasi lemak ke mulut.

"tak nak makan?" soalnya.

"saya punya ke?" soal aku

"tak lah, awakkan dah kenyang, ni untuk saka awak yang dekat belakang tu." ucapnya.

"aa saya memang bela saka pun" ucapku lalu menarik pinggang mendekati aku.

***

Sesampai sahaja di rumah Kasih Anggerik, umi menyambut kamu dengan senyuman manis,

"eh, sedondon eh kau orang berdua, ada apa-apa ke ni?" sapa ummi mesra.

Eh aahlah tak perasan pula aku yang dia dengan aku memakai baju yang setona dan warna.

"tak ada apa lah ummi, kebetulan je ni," ujarku

"erm Lisya naik atas dulu eh, sementara Cikgu Haniff ada kelas." ujarku kepada ummi.

" ehem lupa ke , awak kena teman saya?" bisik Haniff perlahan

"saya dah datang sama kan?" ucapku tidak puas hati.

"bukan teman datang, teman mengajar ye " ucapnya lembut namun tajam.

Kecik besar kecik besar je pakcik ni, ada je tak kena!!

"awak,"

BERSAMBUNG..

P/s:hi! Selamat tahun baru!! Dah 2 January ye,dh ada yg sambut birthday ke? Kalau ada kita samalah! Harini birthday sis, kalau ada yg kongsi trikh sama happy birthday untuk korg! Moga bhagia selalu! Cuba teka umur sis berapa? Ehek! Next chapter kita jmp next week eh! Love korg, enjoy reading! Jgn lpe vote komen dan share!!


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C9
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン