アプリをダウンロード
37.5% feelingless / Chapter 6: Bab 6

章 6: Bab 6

Matahari sudah naik sejengkal,‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ Garh dan Sar yang sudah menyelesaikan tugas, sedang berjalan menuju ke markas utama yang berada di dalam kawasan bandar, Garh menoleh belakang melihat tembok ketiga sedang diturunkan.

"Aku dah kata tadi, ikut arahan kapten, tapi kau kata, |kita perlu tunggu sini, dan melaporkan kalau ada situasi yang tak terduga|, macam mana kalau aku kena pecat."Sar menggosok matanya.

"Jangan risau, kita akan dapat pujian nanti, agaknya, kenapa dengan mata kau?"Garh melihat Sar yang sedang menggosok matanya yang bengkak berwarna merah itu.

"Mata aku, kalau guna skill berlebihan, macam ni le jadinya."

"Untung ada skill, . .kalau aku bercakap nanti, kau diam je."

"Kenapa?"

"Shhhh, kita dah sampai."

Terlihat tenda besar tertutup berwarna putih yang merupakan markas utama di mana terdapat kepten Rha di dalamnya. Garh dan Sar masuk ke dalam tenda itu dalam keadaan gementar. Kapten Rha sedang berbincang sesuatu dengan beberapa orang, dia menghentikan perbincangannya selepas melihat Garh dan Sar masuk.

"Garh dari unit pemantau melapor diri."

"Sar dari. . .sama, melapor diri."

Garh dan Sar berhenti di hadapan meja, Kapten Rha berada di sisi sebaliknya.

"Garh dan Sar, tahu apa kesalahan yang kamu dah buat"ujar kapten Rha.

Garh dan Sar menundukkan kepala mereka.

"Beri saya alasan atas tindakan langgar arahan yang kamu berdua telah lakukan."

Setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut kapten Rha, Garh menegakkan seluruh badannya dan melihat mata kapten Rha dengan serius.

"Baiklah, selapas sahaja kapten memberi arahan supaya penjaga menara berpindah ke barisan ketiga, saya dan Sar mengambil keputusan untuk tidak mematuhinya kerana, satu, kami berdua percaya yang askar pada barisan pertama mampu untuk menghalangnya, kedua. . . ."

"oi,. . .aku. . . tak. . ."Sar cuba untuk bersuara.

"Kami orang pertama yang melihat gelombang pertama datang, kerana menara kami berada di atas tebing tinggi, jadi kami membuat keputusan untuk berada di situ untuk melihat dan melaporkan kepada kapten jika ada kejadian yang tidak terduga dan kapten, boleh saya mengeluarkan pendapat saya?"

"Ya, silakan."

"Kapten terlampau terpaku dengan ramalan masa depan yang diberi tahu, menyebabkan kapten leka, jika tiada saya yang sedar akan situasi dan Sar dengan skill miliknya di atas menari itu, mungkin kapten akan kehilangan beberapa orang, sejujurnya, saya rasa kepten Rha masih amatur."Garh menunjukkan jari telunjuknya kepada kapten Rha.

"Kurang hajar"seorang wanita yang berpangkat sarjan lengkap berpakaian perisai besi melangkah ke depan dan menampar Garh menggunakan belakang tapak tangan kanan yang bersarungkan besi.

Seluruh badan Garh terbawa arus tamparan itu, dia hampir jatuh tetapi Sar sempat menyambutnya, Garh memejamkan mata dan memegang pipi kanannya sambil tersenyum.

"Sarjan Mahhar, step back."

"Tapi kapten."

Kapten Rha menggelengakan kepalanya. Sarjan Mahhar melangkah ke belakang sambil memandang tajam Garh.

"Saya kagum kamu dapat membaca situasi dengan bagus, dengan itu, saya dan beberapa orang sarjan setuju untuk menaikkan pangkat kamu dari parajurit muda ke koperal, kamu berdua."

Salah satu sistem tentera di kerajaan Manhorn adalah jika seseorang itu mempunyai tiga pangkat yang lebih rendah di bawahnya, seseorang itu boleh menaikkan satu pangkat seseorang yang mempunyai pangkat terendah.

Sar yang hanya menunduk dari tadi, menegakkan kepalanya dan membuka mulut sambil tersenyum.

"Cabut lencana kamu dan letakkan di atas dulang itu."

Di atas meja yang berada di hadapan Garh dan Sar terdapat dua buah dulang, dulang di sebalah kiri mempunyai dua lencana pangkat koperal dan dulang di sebelah kanan, tiada apa-apa di atasnya. Garh dan Sar menanggalkan lecana mereka yang berada di dada kirinya dan meletakkan di atas dulang sebelah kanannya. Sar yang mahu mengambil lencana pangkat koperal itu diberhentikan oleh kapten Rha.

"Tetapi, hukuman tetap akan diberikan, kamu berdua digantung tugas serta-merta selama dua minggu."

Garh dan Sar terkejut kerana tidak menduga perkara itu.

"Tunggu apa lagi, berambus."

Mereka berdua berjalan keluar, Sar mendahului Garh, apabila hanya tinggal selangkah lagi untuk Garh keluar dari markas utama itu dia memberhentikan langkahnya, Sar yang perasan tindakan Garh itu menoleh kebelakang.

"Hoi, kau nak buat masalah apa lagi, cukup-cukuplah dengan apa yang dah buat tadi"Sar mahu menarik tangan Garh.

"Tunggu jap. . ."Garh menghalang tangannya dari ditarik Sar.

"Sarjan Mahhar, sebagai ORANG AWAM yang kebetulan lalu di sini, saya nak bertanya sesuatu,. . . .apa pandangan sarjan terhadap diri saya?"Garh menoleh ke belakang.

Semua yang berada di dalam markas utama itu memaku pandangannya pada Garh dan sarjan Mahhar. Sar cuba untuk menutup mukanya.

"Jauh dalam lubuk hati ni,. . . .aku benci kau"Sarjan Mahhar menyentuh dadanya.

"Ha, haha, hahaha, hahahahaha. . ."Garh ketawa sinis.

"nak tahu tak, semua perempuan yang cakap macam tu pada saya, . . . semuanya berakhir dekat sebelah saya,. . . . . . . .atas katil"Garh terus keluar dari markas utama selepas menghabiskan kata-katanya.

Sebaik sahaja sarjan Mahhar mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Garh, dia menggenggam rapat buku limanya dan mahu mengejar Garh, tetapi dia dihalang oleh seorang lelaki yang mempunyai pangkat yang sama dengannya dengan memegang bahunya.

"Kau dah gila ke, kau tahu tak siapa sarjan Mahhar tu."Sar menyamakan kelajuan berjalan dengan Garh.

"Sapa?"

"Sarjan Mahhar tu anak kapten Rha."

"Tahu."

"Masalahnya bukan tu je, sarjan Mahhar dah berkahwin, suami dia ada dalam tu tadi"Sar bersungguh-sungguh menerangkannya kepada Garh.

"Ha!,. . .haha, hahahahaha, lebih bagus la kalau macam tu, hahah"Garh ketawa dengan sinis.

"Gila betul,. . . .ha, lagi satu, Kapten Rha tu anak saudara raja Jargen,  aku tahu kau tu kaki perempuan, tapi kau jangan main-main dengan keluarga di raja"

Mereka berdua berjalan menuju ke kem untuk mengemas barang, tiba-tiba Sar menjatuhkan kedua lututnya ke atas tanah.

"Kenapa?" Garh melihat Sar yang melutut sambil membuka luas mata dan mulutnya.

"Garh,. . .tadi. . . .tadi kapten cakap kita di gantung tugas mulai esokkan?"Sar melihat Garh dengan pandangan terkejut.

"Serta-merta, sekarang kita dalam penggantungan tugas"Garh menjawab dengan tenang.

"HAAAAAAAA"Sar menjerit.

Di dalam markas utama, sarjan Mahhar tersenyum selepas mendengar penjelasan daripada seorang lelaki yang menahannya ketika mahu mengejar Garh sebentar tadi tentang apa yang akan Garh dan Sar lalui ketika dalam penggantungan tugas mereka.

"??"Garh mengerutkan keningnya.

"Macam mana kita nak balik ke ibu kota?"Sar melihat ke bawah.

"Naik kapal yang kita naik masa nak pergi sini la"

"Kau tak perasan ke, kita dah digantung tugas, kapal tu untuk tentera yang bertugas."

". . . . .Tak guna"Garh melepaskan kerutan keningnya.

"Kalau jalan kaki seminggu baru sampai, tu pun kalau berjalan tanpa henti, HAAAAA"Sar menjerit lagi.

"Kita sewa naga je la."

"Bukan murah nak sewa naga, lagipun aku tak bawa satu sen pun, sebab terma, kita tak boleh kerja apa-apa selain dari arahan orang atasan ketika berada dalam ketenteraan kalau nak tumpang pedagang boleh tapi. . ."

"Bila kapal tu nak berangkat?"

"Kalau tak silap, petang ni, jangan cakap dengan aku kau nak menyelinap masuk, mustahil, lagipun kapal tu jenis yang tiada tempat simpanan, bukan tu je, setiap kali nak masuk kapal, kita akan diperiksa."

"Cih,. . . .cepat bangun, kita gerak sekarang, kalau tak lambat sampai"Garh berjalan dengan pantas.

"Kau nak jalan kaki ke?"Sar bangun mengejar Garh.

"Ada pilihan lain?"


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C6
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン