アプリをダウンロード
90.47% Lukisan Cinta Kita / Chapter 19: Chapter 19

章 19: Chapter 19

"Okey kerja rumah hari isnin yang cikgu bagi tu sila hantar sekarang kat depan" Arah Cikgu Laila. Seorang cikgu yang bertudung labuh, berbaju kurung setiap kali ke sekolah. Mengajar bahasa Melayu dan juga guru kelas mereka. Cikgu perempuan itu menarik perhatian Lyrine kerana suaranya yang lembut seperti kakak sulungnya dan juga dia selalu tersenyum. Buat dia rindu akan kakak-kakaknya yang jauh diluar negara tinggal dengan suami masing-masing dan kerja.

Dalam 9 adik-beradiknya iaitu ada 5 lelaki dan 4 perempuan termasuk dia. Semua kakaknya sudah berkahwin. Abangnya pula semua belum berkahwin. Semua dapat kerja dan bekerja di luar negara. Hanya abang ke 6 dia sahaja yang belum habis belajar lagi sebab masih belajar di UK.

Mereka semua hanya akan bertemu ketika raya iaitu setahun sekali. Mujur mereka semua akan berkumpul di Malaysia selama 2 minggu baru balik ke tempat kerjanya mereka.

"Hei Lyrine. Cikgu Laila panggil kau" Wani memanggil Lyrine yang dari tadi tunduk merenung mejanya langsung tidak sedar yang Cikgu Laila memanggilnya di depan kelas.

"Eh? Ah?" Lyrine tersedar dari lamunannya. Dia memandang Wani dengan wajah bingung.

"Cikgu panggil kau kat depan" Ulang Wani lagi.

"Oh. Okey. Okey." Lyrine berdiri pantas dan melangkah ke meja guru apabila melihat Cikgu Laila sedang memandang ke arahnya menyuruh dia ke sana sekarang.

Dia langsung tidak peduli dengan tindakan kecil pelajar perempuan yang menjauhinya ketika dia lalu dimeja mereka. Malah siap ada yang sengaja mendengus kecil. Mungkin hanya dia dan pelajar sebelahnya sahaja dengar.

Pelajar lelaki pula langsung tidak peduli ke arahnya. Urm. Bukannya dia kisah pun.

"Apa dia cikgu?" Soal Lyrine kepada Cikgu Laila.

"Kamu dipanggil ke bilik guru sekarang." Kata Cikgu Laila sambil menunjuk skrin telefonnya yang ada chat grup semua tenaga pengajar SMK Seri, yang meminta Lyrine ke bilik guru sekarang.

"Untuk apa cikgu?" Soal Lyrine. Terasa berat hati mahu ke sana. Dia nak belajar kot. Dahlah kelmarin dia tertinggal satu kelas kerana dibawa ke bilik disiplin.

"Ibubapa Dania dan Aisyah datang ke sekolah. Mereka nak jumpa kamu" Kata Cikgu Laila. Ada nada risau dalan suaranya memikirkan ibubapa pelajarnya yang dipukul kelmarin ingin berjumpa dengan Lyrine, pelajar baru kelasnya ini.

Lyrine mengerutkan keningnya terus. Belum selesai lagikah? Bukankah dia sudah meminta maaf kat Dania dan Aisyah kelmarin waktu sesi rehat, yang berakhir dua kawannya itu tidak mahu melihat dia atau mengeluarkan suara membalas permintaan maaf dia.

Mahu migrain dia memikirkan dua rakan sekelasnya itu dan kini ditambah lagi oleh ibubapa mereka?.

"Kat pejabat pengetuakah cikgu?" Dia meminta tempat yang tepat. Tidak mahu berlama di dalam bilik guru yang ramai cikgu itu. Lebih baik dia terus ke pejabat pengetua. Sebab dia yakin pasti mereka sedang menunggu dia di sana. Yang buat dia malu tu bila cikgu-cikgu tu semua seperti tengah bualkan hal dia di dalam chat tu tadi. Malunya...mana nak letak muka aku wei??... Cepat betul gosip beredar!. Kalah skandal artis!.

"Iya kat sana. Lyrine okeykah ni?" Risau pula Cikgu Laila melihat muka susah pelajarnya itu.

"Okey cikgu. Kalau begitu saya gerak ke sana dulu cikgu" Dia ambil keputusan ke sana sahaja. Takut nanti ibubapa itu datang menyerang dia pula kat dalam kelasnya ini. Tambah malu dia!. Jaha pasti tambah tak suka dia lagi waktu tu!.

"Lyrine hati-hati kat sana. Kalau mereka marah, Lyrine diam je. Okey?" Pesan Cikgu Laila. Sebab dia memang selalu nampak ibubapa yang terlalu manjakan anak mereka sehingga sanggup datang ke sekolah untuk menyerang cikgu yang mendenda anak mereka atau pelajar yang mencederakan anak mereka. Kalau diam sahaja mengaku je itu ialah salah kamu, barulah mereka puas hati dan tak akan panjangkan lagi masalah itu.

"Okey cikgu" Balas Lyrine. Walaupun dalam hati tidak setuju. Mana mungkin dia akan mengaku itu salah dia kalau semua masalah itu bukan berpunca darinya?!.

Lyrine ketika keluar dari kelas. Dia dapat rasa pandangan rakan sekelasnya semakin teruk ke arahnya. Pasti imaginasi mereka dah fikir jauh ke Afrika Selatan dah.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C19
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン