アプリをダウンロード
39.28% My bodyguard be my lover / Chapter 11: Percaya

章 11: Percaya

Gavin menatap wajah Elita yang sedang tidur.

"Goodnight"

Gavin membelai rambut Elita lalu dia berdiri.Gavin membuka pintu dan menuju ke mesin air.

Ketika Gavin sedang meneguk air milo,tiba-tiba seorang doktor terlanggar bahunya sehingga air dalam tin itu keluar ke baju putih Gavin.

"Sorry"Doktor itu menundukkan kepalanya dan lekas berjalan.

Gavin melihat doktor itu tetapi doktor itu telah pun menghilangkan diri daripadanya.

"Kurang ajar!Nasib baju aku tak basah sangat"Gavin terus meneguk airnya.

Doktor itu mencekik leher Elita sambil menekup mulut Elita.Elita terjaga dari tidurnya dan menjerit meminta tolong namun tiada sesiapa yang mendengarnya.

Gavin berjalan dengan perlahan dan membuka pintu.Dia terkejut melihat seorang doktor sedang mencekik leher Elita.

"Woiii!!"

Doktor itu berhenti dan Elita terbatuk-batuk.Hampir terputus nafas Elita tadi.

Doktor itu mengeluarkan pisau dan menghiris lengan kanan Elita sehingga Elita menjerit.

Gavin berlari ke arah doktor itu tetapi doktor itu mengangkat tangan Elita sekali lagi dan meletakkan pisau di lengan Elita.Gavin berhenti.

"Help me Gavin!"Darah di lengan Elita mengalir laju.

"Berhenti!Jangan lakukan apa2 pada dia!!"arah Gavin.

"Kalau kau nak dia hidup lagi,kau perlu lepaskan aku pergi!"

Gavin tidak mempunyai pilihan lain dan dia terpaksa bersetuju.

"Ok"

"Jangan dekat!"

"Tak guna"bisik hati Gavin dan mengangkat kedua tanggannya.

Doktor itu melepaskan tangan Elita dan berlari.Gavin mengejarnya tetapi dia sudah jauh melarikan diri.

"Kau akan ditangkap punya!"

"Gavin.."Elita memanggil Gavin.Mukanya bertambah pucat.

Gavin berlari ke arahnya.

"Elita!"

"Panggilkan doktor.."suaranya sayu kerana menahan kesakitan di lenggannya yang dihiris.Darah di lenggannya itu masih tidak berhenti mengalir.

Gavin berlari memanggil doktor.

Mata Elita mulai kabur lalu dia memejamkan matanya.Gavin mengekori doktor dan jururawat menuju ke tempat Elita.

"Cik tolong tunggu di luar"

Gavin mengganguk faham dan keluar dari wad.Dia mulai cemas.

"Haishhh shit!!"Gavin menumbuk dinding.Dia menyesal kerana tidak menjaga Elita tadi.Dia berharap tiada apa2 yang berlaku pada Elita.

Gavin berusaha ingat suara seorang doktor yang terlanggar bahunya tadi dan muka doktor yang mencederakan Elita.Sangat sama walaupun doktor itu memakai mask.

"Dia!Ya aku yakin dialah pelakunya!"

Gavin menumbuk-numbuk dinding sehingga jari-jari tanggannya merah.

***

Gavin masih menunggu di luar.Sudah 1 jam dia menunggu namun belum ada apa2 berita tentang Elita.Dia semakin rasa risau.Salah seorang doktor membuka pintu.

"Doktor macam mana keadaan dia?"

Gavin cemas kerana melihat muka doktor itu tidak menunjukkan kegembiraan.

"Luka di lenggannya sudah dijahit.Syukur,dia tak banyak kehilangan darah.Nasib awak sempat datang selamatkan dia tadi.Jadi dia perlu berehat lagi di sini"

Gavin mengangguk laju.

"Boleh saya lawat dia sekarang?"

"Boleh"

Gavin masuk ke dalam dan menuju ke arah Elita.

"Awak ok tak?"

Elita memandangnya.

"Ya Gavin.. don't worry about me"

Gavin melihat lengan Elita yang dijahit.

"Sorry Elita saya tak jaga awak tadi"

"Takpe,thanks sebab awak dah selamatkan saya"

Gavin duduk di sebelah Elita.

"Saya bersalah tak jaga awak,saya janji tak akan tinggalkan awak lagi"

Dia membelai rambut Elita.

"Saya nak tanya"kata Elita.

"Apa dia?"

"Awak sanggup kehilangan saya?"

"Tak"

"Kenapa?"

"Sebab saya sayangkan awak,kenapa awak tanya?"

"Takdelah.Tapi kenapa awak abaikan Elmira?Dia kan teman wanita awak dan saya hanyalah boss awak.So awak mesti ambil berat tentang dia"

Gavin memegang tangan Elita dan melihatnya.

"Listen Elita.Saya adalah pengawal peribadi awak dan tugas saya adalah jaga keselamatan awak.Saya nak tengok awak gembira dan saya tak nak tengok awak sakit"

"Tapi awak pun mesti jaga Elmira"

"Awak lebih penting dalam hidup saya,Elita"

Elita terdiam.'penting?Saya lebih penting dalam hidup dia?But why?'bisik hati Elita.

Elita hendak bertanya sekali lagi tetapi Gavin sudah tidur dengan menyandarkan kepalanya di katil sambil memegang tangan Elita.

"Kenapa saya penting dalam hidup awak?Adakah awak akan setia untuk berada di sisi saya walaupun banyak yang menjadi penentang hubungan kita berdua?"Elita masih bertanya.Gavin tidak menjawab.

"Saya harap awak tak akan tinggalkan saya,Gavin.Sebab saya juga tak sanggup kehilangan awak.Saya harap awak dengar dan awak akan jawab soalan saya ni suatu hari nanti"

Setitis air mata jatuh di pipinya.

"Hati saya belum terbuka untuk awak sebab saya tahu awak masih sayangkan Alden dan saya tak nak rampas awak daripada Alden.Tapi saya tetap akan setia berada di sisi awak, Elita"Gavin menjawab soalan Elita dalam hatinya.

***

Memandangkan Elita tidak mengingati muka lelaki yang menyamar sebagai doktor dan mencederakan dirinya semalam,pihak polis bertanya pada Gavin.Gavin menceritakan semuanya dari A hingga Z.

"Baiklah,kami akan berusaha untuk menangkap lelaki itu.Saya sarankan pada awak sebagai pengawal peribadinya.awak perlu sentiasa menjaganya untuk mengelakkan kejadian ini berlaku sekali lagi"

Gavin hanya mengiyakan sahaja.Pihak polis tersebut beredar dari sana meninggalkan mereka berdua.

"Saya takutlah,Gavin"

Gavin mengenggam erat tangan Elita.

"Awak tak perlu takut sebab saya tak akan biarkan sesiapa pun ganggu awak lagi"balas Gavin untuk meyakinkan Elita.

"Morning cik Elita dan Gavin"

Vivi berdiri terpacak di depan pintu dan menegur mereka berdua.Elita dan Gavin menegurnya dan menjemput Vivi masuk.

"Elita ok tak?Vivi risaukan Elita"

"Elita ok.Vivi tak perlu risaukan saya sebab Gavin jaga Elita"balas Elita sambil menunjukkan senyumannya.

"Ok Vivi harap Gavin akan selalu jaga Elita"

Vivi gembira melihat Gavin bersama Elita.Dia berharap Gavin dan Elita akan ditakdirkan jodoh.Walaupun dulu Vivi pernah jatuh cinta terhadap Gavin namun dia membatalkan niat itu untuk meluahkan perasaannya kerana dia tidak suka menganggu hubungan orang lain.Orang yang terlepas dari tangan juga dapat dicari ganti.Dia berharap putera yang muncul dalam mimpinya akan ada dalam dunia sebenar.

***

Hadzwan dan Alden sedang merokok di bawah pokok.

"Sampai bila kita nak duduk diam dalam rumah aku je?"

"Sampai mati"

"Weii jawablah soalan aku dengan betul"

"Kalau polis dah tak cari kita,kita mulakan plan kita"

Alden membuang rokoknya di merata tempat.Hadzwan tidak memarahinya kerana takut dibunuh oleh Alden.

"Aku akan pastikan yang Gavin dan Haura akan mati,lepas tu aku akan bawa Elita dan suruh dia berkhawin dengan aku.Aku akan bawa dia jauh daripada keluarga dia hahahahahah"

***

"Hari ni cik Elita dah dibenarkan untuk dibawa balik ke rumah.Tapi cik Elita perlu jaga kesihatan.Cik Elita perlu elakkan makan makanan yang bersantan,pedas dan elakkan minuman kopi dan teh.Makanan ini adalah pantang larang untuk pesakit gastrik.Sebaiknya cik Elita pilihlah jenis masakan seperti sup ayam dan sup sayur"

Elita mengangguk faham.Doktor dan jururawat itu keluar meninggalkan mereka.

"Yeahh awak dah boleh balik"kata Gavin.Sepanjang Gavin menjaga Elita dia tidak bermain game PUBG.Dia gembira kerana dia dapat meluangkan masanya nanti untuk bermain game kegemarannya itu.

Gavin mengemas barang-barang Elita tanpa disuruh oleh Elita.Elita tersengih melihatnya.

Gavin menyuruh Elita duduk di kerusi kerana dia ingin menyusun katil.

"Rajin pun demi game je dia ni"

Katanya dalam hati sambil ketawa kecil melihat Gavin.

***

Gavin memegang tangan Elita dan membawanya sehingga ke depan kereta.

Dia membantu Elita untuk membuka pintu.

"Thanks"

Gavin mengangguk.Lalu dia masuk ke dalam kereta.Semasa Gavin memandu dia bercadang untuk mengajak Elita berbual.

"Awak ingat apa yang doktor nasihatkan awak tadi?"

"Ingat"

"Ok apa yang doktor nasihatkan pada awak?"

Elita menggaru kepalanya yang tak gatal.Dia cuba mengingati nasihat doktor.Ketika doktor memberikan nasihat tadi,dia langsung tidak menumpukan perhatian malah dia menghayal berfikir makan makanan pedas.

"Elita?"

"Erh jap saya nak ingat"

"Ke awak menghayal tadi?"

"Taklah saya lupa je"

"Hmm..takpelah biar saya je yang ingatkan awak.Awak tak boleh makan makanan yang bersantan,pedas dan awak tak boleh minum kopi dan teh"

Elita mengangguk.

"Ok thanks kalau saya lupa lagi saya hanya harapkan awak je untuk ingatkan saya"

Elita ketawa.Gavin menggeleng kepalanya.'apa nak jadilah dengan dia ni'bisik hatinya.

Gavin berhenti ketika lampu isyarat menunjukan warna merah.

Elita melihat kereta yang berada di sebelah mereka.Pemandu itu membuka cermin keretanya.Elita terkejut.

'Haura?Dia masih hidup?'Elita melihat pemandu itu dengan teliti.

"Tapi gaya dia tak sama macam Haura dulu.Dia lebih bergaya daripada Haura.Dia pakai cermin mata hitam tapi wajahnya seperti Haura'bisik hatinya sambil membuka matanya dengan luas.

Lampu isyarat sudah menunjukan warna hijau dan Gavin meneruskan memandu.

'Betul ke dia adalah Haura?'Elita menoleh belakangnya tetapi kereta perempuan itu telah pun hilang dari pandangan matanya.

'Haura?Awak masih hidup ke?Tapi kenapa dia tak tengok saya?Dia lupakan saya ke?'

***

"Welcome back to home"kata Gavin sambil membawa Elita duduk di sofa.Vivi datang ke tempat mereka dan menegur mereka berdua.

"Vivi dah masakkan makanan untuk awak berdua.Jemputlah makan cik Elita dan Gavin"

"Suruh je Gavin makan,Elita tak ada selera nak makan"balas Elita.

"Tak boleh ,awak mesti makan"kata Gavin.

"Tak nak"Elita tetap membantah.

"No"Gavin berdiri dan menghulurkan tanggannya pada Elita.Elita menolak tangan Gavin dan menuju ke dapur.Gavin mengekori Elita.

Vivi ketawa kecil melihat mereka berdua.

***

Elita mengambil piring dengan tangan kanannya.

"Auch"

Dia terlupa luka di lengan kanannya itu masih belum sembuh sepenuhnya walaupun sudah dijahit.

"Biar saya tolong awak"

Gavin berdiri di belakang Elita sambil mengambil piring di rak.

Muka Elita berubah merah.

"Jom duduk"

Elita mengangguk perlahan dan duduk di sebelah Gavin.

"Awak nak saya tolong suapkan?"

"Takpe"

Elita menundukkan kepalanya untuk menahan malu.

'Tadi tu mimpi ke?Dia berdiri kat belakang saya?'bisik hati Elita sambil mencubit pipinya.

'memang sah bukan mimpi?!'

Elita mengusap pipinya yang sakit dicubit.

"Awak ok?"Gavin bertanya padanya.

"Erh ok"

Elita menundukkan kepalanya lagi dan tidak melihat Gavin kerana malu.

Gavin tersengih.Jantungnya berdebar saat berdiri di belakang Elita tadi.

'Beraninya dia berdiri kat belakang saya tadi?Dia memang gila!'Elita memarahinya dalam hati.

***

"Alden awak kat mana sekarang?"

Elita menghembuskan nafas berat.Dia cuba memejamkan matanya tetapi tak dapat.Elita tidak dapat tidur kerana masih berfikir tentang Alden dan Haura.

"Saya harap Alden tak akan bunuh Gavin.Relax Elita tu hanyalah mimpi huh....Haura betul ke awak masih hidup?"

Elita melirik ke arah jam.

"What?!Dah jam 12 tapi belum dapat tidur lagi?"

Dia berdiri dan membuka pintu biliknya.Sunyi walaupun lampu tidak ditutup.

"Tak ada hantu pun.Be brave Elita"

Dia memberanikan dirinya untuk turun ke bawah.

Elita terus berjalan menuju ke dapur.Gastriknya muncul dan memaksanya untuk makan.Elita minum air holicks dan makan kuih yang ada di meja.Semasa Elita sedang makan,dia terdengar bunyi orang tertendang pasu bunga di luar.Elita menyimpan cawan di sinki dan keluar dari dapur.

Elita berjalan dengan perlahan ke arah pintu di ruang tamu.

Dia memegang tombol pintu tetapi tanggannya ditarik oleh satu tanggan.Elita melepaskan genggamannya dan melihat wajah siapa gerangan yang menarik tanggannya.

"Gavin!awak buat saya hampir nak menjerit tau tak!"

Elita mengurut dadanya.Gavin menyuruh dia diam.

"Awak tinggal kat sini biar saya yang tengok orang tu"

"Tak nak"

"Bahaya.Biarkan saya je yang keluar"

"Saya tetap nak ikut awak,please"balas Elita.

"Erm yelah tapi awak mesti kat belakang saya je"

Elita mengangguk laju.

Gavin membuka pintu dan keluar.Elita mengekori Gavin sambil memaut lengannya.Gavin dan Elita terkejut melihat lelaki itu sedang memanjat pagar.

"Hoii!"lelaki itu menoleh ke arahnya Gavin.Keadaan yang sangat gelap menyukarkan Gavin dan Elita untuk melihat muka lelaki itu.

Gavin berlari ke arahnya tetapi lelaki itu sempat melarikan diri.

"Haishhh!"Gavin bercekak pinggang.

Elita memanggil Gavin lalu Gavin membawa Elita masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

"Kita perlu laporkan masalah ni pada polis"kata Elita.

"Tak perlu"

"Kenapa?"

"Saya nak tangkap sendiri"

"Gavin!Kes ni sangat bahaya!Awak tak boleh uruskan masalah ini dengan sendiri!"

Gavin menarik tangan Elita dan meletakkan tanggan Elita di dadanya.

Elita dapat merasakan jantung Gavin berdebar.

"Saya rela selesaikan masalah ni untuk melindungi awak.Saya tak akan biarkan lagi orang lain cuba nak mencederakan awak.Saya nak awak sentiasa selamat"

Elita menundukkan kepalanya.

"Saya pun nak awak sentiasa selamat dan saya.."

Elita tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana Gavin memeluk dia.

"Don't worry Elita,kita berdua akan selamat.Saya tak akan tinggalkan awak"kata Gavin.

'Dia tahu apa yang saya nak katakan lagi??'kata Elita dalam hatinya.

"Walaupun banyak penentang hubungan kita berdua,saya akan tetap berada di sisi awak"Gavin memeluknya dengan erat.

'Akhirnya dia jawab..'bisik hati Elita dan air matanya mengalir.

Gavin melepaskan Elita daripada pelukannya.Lalu dia mengesat air mata Elita.

"Dah jangan menangis lagi,saya nak tengok awak senyum"

Elita mengelenggeng.

"Please Elita"

Elita mengangkat kepalanya dan senyum pada Gavin.Gavin membalas senyuman Elita dengan senyuman manisnya.

"Thanks sekarang saya nak tidur besok kita perlu bangun awal"

Elita mengangguk faham.

"Bye"kata Gavin lalu meninggalkan Elita yang masih berdiri di depan pintu.

'Tapi adakah kita berdua akan ditakdirkan bersama suatu hari nanti?'bisik hati Elita sambil melihat Gavin menuju ke biliknya.

***

"Siapalah pula yang pecahkan pasu ni?!"Vivi meletakkan pasu bunganya yang pecah di tempat asal.Pasu bunga itu adalah pasu kegemarannya.

Elita menuju tempat Vivi yang sedang menangis.

"Kenapa awak menangis,Vivi?"tanya Elita.

"Pasu bunga saya pecah"kata Vivi dan terus menangis.

Patutlah lelaki yang menceroboh masuk ke dalam rumah semalam tu tertendang pasu bunga Vivi sehingga pecah.Tapi dia tu siapa? Elita berasa kasihan melihat Vivi dan mengusap bahunya.

"Takpe nanti saya gantikan untuk awak"

Vivi berhenti menangis dan menoleh ke arahnya.

"Betul ke cik Elita?"

"Ya betul"

"Terima kasih banyak-banyak cik Elita"balas Vivi

Gavin membetulkan kolar bajunya sambil berjalan ke kereta Elita.

Elita berdiri dan meninggalkan Vivi.

Elita dan Gavin masuk bersama ke dalam kereta.Vivi melambaikan tangan pada mereka berdua.

"Yess!Cik Elita nak belikan pasu bunga untuk saya!"

Vivi berlari tetapi dia tergelincir sehingga dia terjatuh.

"Adoii"

Vivi berdiri dengan perlahan sambil mengusap pinggangnya.

"Nasib sakit sikit je"kata Vivi.

Akibat terlalu gembira dia tidak sedar lantai itu licin akibat hos paip air yang bocor.

***

"Kenapa Vivi menangis tadi?"tanya Gavin sambil memandu

"Pasu bunga dia pecah,tapi nanti saya akan beli pasu bunga yang baru untuk dia"

"Patutlah,mama dan ayah awak ada call tak?"

"Ada,diorang risau tentang saya.Saya cakap yang awak sentiasa jaga saya dan mereka percaya"

Terukir senyuman di bibir Gavin saat mendengar penjelasan daripada Elita.

"Awak tak jumpa Elmira ke?"Elita bertanya padanya.

"Tak tahulah"

"Kenapa?"

"Saya tak nak tinggalkan awak"

"Takpe saya boleh jaga diri saya sendiri"

Elita menundukkan kepala dan mengetap bibirnya.

'Tapi kalau awak tetap nak bersama saya pun boleh..'

Gavin fokus ketika memandu dan tidak menjawab apa yang dikatakan oleh Elita.Masing2 berdiam dan tidak bergaduh seperti dulu.

***

"Morning baby!Sayang rindu nak jumpa baby ,sayang harap sangat yang baby tak akan curang"Elmira memaut lengan Gavin walaupun Elita berada di depan mereka.

"Elmira boleh lepaskan tangan saya tak?Elita kan ada kat depan kita"balas Gavin sambil cuba menarik lengannya tetapi Elmira tidak melepaskannya.

"Eh dah pandai mengelak pula!Dia tu kan cuma boss awak dan bukannya teman wanita!"kata Elmira dan menjeling Elita.

"Takpe,saya tak kisah kalau awak bersama Elmira.Betul apa yang Elmira katakan yang saya cuma boss awak"Elita masuk ke dalam pejabat tanpa melihat mereka berdua.

"Kan betul apa yang baby katakan! Elita tak suka awak!Dia tu benci awak faham!"

Gavin berdiam membiarkan Elmira membebel.

"Baby?Awak sayang saya kan?"

"Entah"balas Gavin dan meninggalkan Elmira.

"Baby!"Elmira mengejar Gavin.

Semasa Elita berjalan menuju ke dalam biliknya,terdapat beberapa pekerja melihatnya dengan muka yang tidak gembira.Tadi bising siap mengumpat cik Elita lagi.Elita menjeling mereka yang memandang rendah terhadapnya.

"Apa tengok2?!"Elita bersuara kerana tidak berpuas hati dengan pandangan mereka.

Gavin membuka pintu dan semua pekerja tertumpu melihatnya.

"Wait me,Elita"

Elita menghentikan langkahnya.Semua pekerja menjadi pemerhati dan kumpulan mak cik bawang sudah mula berbisik.Gavin memaut lengan Elita dan membawanya masuk.

"Diorang dah berbaik ke?"kata Ayita.

"Tak tahu,saya rasa kan Elita tu cuba nak merampas Gavin daripada Elmira!"balas Chandani.

"Dasar perampas!"kata Afra.

Elmira masuk ke dalam pejabat lalu duduk di tempatnya.

"Elmira ok tak?"Ayita bertanya padanya.

"Tak!"

"Takpe saya faham sebab cik Elita dah berbaik dengan Gavin"

"Dia tu perampas!"kata Elita

"Shh jangan jerit Elmira tak pasal2 kita dimarahi oleh cik Elita nanti"Chandani menenangkan dia.

"Ada aku kisah!"

Semua pekerja melihat Elmira.

"Buatlah kerja korang tu jangan sibuk nak tengok kat sini!"kata Ayita sambil mengusap bahu Elmira.

***

"Gavin saya dah kata kan awak tak perlu ikut saya lagi!"

"Tak boleh saya mesti jaga awak selagi saya masih pengawal peribadi awak"

Elita duduk di kerusinya membiarkan Gavin berdiri.

"Duduklah kat sofa sana!Jangan tengok saya je!Rimas faham rimas!"

Gavin tersengih.Dia tetap melihat Elita walaupun Elita berkali-kali menghalangnya.Gavin menarik kerusi dan duduk.Elita menjeling Gavin dan terus menumpukan terhadap tugasannya.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C11
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン