アプリをダウンロード
11.11% Milik siapakah hati ini / Chapter 2: Bab 2

章 2: Bab 2

Atirah sudah mula bekerja. Walaupun hanya sebagai kerani dia bahagia. Kak Ana baik dengan Atirah. Kak Ana merupakan kerani yang telah lama bekerja di sini. Kak Ana seorang yang mulut becuk tapi Atirah tahu hatinya baik. Kak Ana sering memberi tunjuk ajar kepada Atirah dalam bekerja.

Atirah sendirian sekarang. Kak Ana telah memberitahu bahawa dia lambat hari ini kerana anaknya demam. Sedang Atirah leka melayan perasaannya, dia dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki.

"Opocot mak kau!" Atirah terkejut melihat seorang lelaki berdiri dihadapannya. "Mak saya ada kat rumah. Kenapa, nak berkenalan ke? Saya rasa boleh, tapi sebelum tu kena berkenalan dengan anaknya dulu. Hai, saya Rizal. "Rizal menghulurkan tangan kepada Atirah. Atirah hanya memandang geram. Eh, dia buat joke kat sini. Dah tak ada kerja lain agaknya. Dia ni nak apa? Atirah mula rasa tidak selesa. Melihat tangannya dibiarkan sepi tak bersambut, Rizal hanya tersenyum. "Boleh saya tahu apa yang awak nak?" Atirah cuba untuk menahan marahnya. "Boleh, saya nak awak la." Rizal masih mahu menyakat Atirah. Wajah Atirah bertukar merah. Atirah menjeling tajam ke arah Rizal. Rizal serba salah, tidak disangka gurauannya itu tidak disenangi oleh gadis dihadapannya ini. Keadaan sunyi sepi seketika. Atirah resah. "Awak nak apa sebenarnya? Sebelum saya panggil pengawal, baik awak pergi. Saya tak ada masa nak layan awak. Banyak kerja lagi yang saya nak buat." Atirah cuba beranikan diri. Rizal berkira-kira sendiri dalam fikirannya. Kemudian dia duduk di ruangan menunggu tanpa mengendahkan amaran Atirah. Atirah memerhati Rizal. Eh, mamat ni, dia nak apa? Tak kan kawan Encik Khairail. Atirah menggaru kepalanya yang tak gatal. Rizal hanya memandang Atirah dengan hujung matanya. Dia tersenyum melihat gelagat staf barunya itu. Atirah belum mengenalinya lagi.

Rizal bosan menunggu. Melihat Atirah yang sedang sibuk dengan kerjanya, Rizal mula mencari idea nakalnya untuk mengenakan staf barunya itu. Rizal menyusun langkah ke arah Atirah. Wajah Atirah ditatap dengan penuh minat. Cantik, Rizal berkata dalam hatinya. Kau jangan buat hal Rizal, kau baru putus cinta. Lagi pun, tu pekerja baru kau. Nahas kalau papa tahu. Getus hati Rizal.

Atirah pura-pura tidak nampak Rizal yang berdiri dihadapannya. "boleh saya tahu nama awak?" Soal Rizal pada Atirah. Atirah membulatkan matanya. Apa kena mamat ni. "Awak boleh tak pergi sebelum Boss saya sampai. Awak kenal Boss saya. Dia garang." Atirah cuba untuk menakutkan Rizal. Ketawa Rizal pecah. Boleh tahan pekerja barunya ini. Atirah hairan dengan gelagat lelaki dihadapannya. Gila agaknya. Atirah mengangkat ganggang talefon di hadapannya. Dia ingin memanggil pengawal keselamatan. Rizal menghalang. "Awak nak buat apa?" Rizal dapat mengagak tindakan Atirah mungkin ingin memanggil pengawal keselamatan untuk menghalaunya keluar. Atirah terkejut dengan tindakan Rizal yang dirasakan sudah melampau. "Awak jangan macam ni. Nanti saya jerit." Atirah mula cuak dengan tingkah laku lelaki ini. Muka saja hensome, tapi sayang gila. Getus hati Atirah. "Eh, saya tak buat apa-apa pun. Saya Cuma nak tahu nama awak, mudah la saya nak panggil. Tak kan saya nak panggil awak hoi pula." Rizal senyum. Atirah tarik muka. Sempat lagi mamat ni cari helah. "Khairail dah datang belum?" Soal Rizal. O... nak jumpa Encik Khairail rupanya. Cakap la dari awal. Geram Atirah dengan gelagat lelaki ini. "Encik Khairail belum sampai lagi." Rizal menganggukkan kepalanya. "Kalau macam tu, Kak Ana ada?" Atirah hairan. Sekejap ketawa, sekejap senyum, lepas tu cari Encik Khairail, sekarang Kak Ana pula. Dia ni siapa? Atirah tetap menjawab soalan yang diajukan padanya. " Kak Ana lambat sikit, dia ada hal dirumahnya. Awak siapa?" Atirah sudah tidak dapat menahan perasaan ingin tahu siapa lelaki ini dan apa tujuannya dia ingin berjumpa dengan Encik Khairail dan Kak Ana. Rizal mamandang Atirah yang sedanag menunggu jawapan darinya. Belum sempat dia menjawab soalan Atirah, Kak Ana masuk ke pejabat dengan lelahan yang masih bersisa. Kak Ana kelihat penat. "Eh, Boss. Kenapa tak masuk office?" Soalan Kak Ana membuatkan Atirah terkejut. Bos! Mampus aku. Rizal menahan ketawa melihat wajah Atirah yang terkejut, seperti orang tercekik tulang. " Ini la Boss kita Tirah, Akak kenalkan Encik Rizal, dan ini Atirah." Kak Ana memperkenalkan mereka berdua. " Saya lupa bawa kunci bilik." Rizal memita Kak Ana berikan kunci pendua biliknya. Setelah kunci ada ditangan, Rizal segera berlalu ke biliknya. Dia tahu Atirah serba salah. Sisa ketawanya masih ada di bibir.

Atirah masih membatu di tempatnya. "Kau kenapa Tirah. Akak tengok dah macam kena sampuk je?" soal Kak Ana. Atirah menceritakan apa yang berlaku kepada Kak Ana. Meletus ketawa Kak Ana mendengarnya. "Macam mana ni Kak, Tirah takut kena buang kerja. Tirah ada tinggikan suara tadi pada Encik Rizal." Atirah cuak. "Ala Encik Rizal okey la. Akak berani jamin dia tak marah. Pergi la masuk hantarkan kopi pada Encik Rizal." Kak Ana cuba memberi ruang pada Atirah untuk memita maaf pada Rizal.

Kecut perut Atirah. Perlahan-lahan Atirah mengetuk pintu bilik Bossnya. Setelah mendengar suara mengarahkan dia masuk, Atirah dengan berhati-hati membuka pintu. Rizal pura-pura sibuk dengan kerjanya. Dia tahu Atirah datang untuk meminta maaf di atas keterlanjuran yang dilakukan. "Errr... Encik Rizal, kopi." Lembut Atirah bersuara. Minta-minta cair la hati boss aku ni. Doa Atirah dalam hati. Rizal memandang Atirah sambil menghadiahkan Atirah senyuman. Dia menunggu Atirah memulakan bicara. Atirah segera meminta maaf kerana tidak mengenali Rizal dan kerana sikapnya tadi terhadap Rizal yang agak kasar. "Tak apa, awak bukan sengaja. Lagi pun salah saya tidak memperkenalkan diri saya tadi." Dalam hati Atirah mengiakan kata-kata bossnya. Tahu tak pa. Salah dia la tak beritahu aku dia tu siapa. Atirah meminta izainuntuk keluar. Sempat Rizal memuji Kopi yang dibuat Atirah sedap. Hati Atirah berbunga mendengar pujian dari Bossnya.

Atirah lega, dia tidak dibuang kerja. Atirah meneruskan kerjanya yang terhenti. Atirah hilang dalam dunianya. Tanpa Atirah sedari, Rizal sedang memerhati tingkah laku pekerja barunya. Dia tertarik dengan cara Atirah dan merasakan seperti ada sesuatu yang membuatkan dia ingin terus memandang Atirah.

Sudah-sudah la tu pandang anak dara orang Rizal. Kau saja cari nahas. Papa dah bagi amaran, jangan buat hal dekat pejabat. Rizal mengingatkan dirinya sendiri. Rizal tidak menyangka gadis yang melanggarnya tempoh hari adalah pekerja barunya. Dia pasti Atirah tidak mengingatinya. Terasa lucu bila dikenangkan peristiwa itu. Atiarah memarahinya kerana duduk mengikat tali kasut di depan pintu menyebabkan gadis itu hampir jatuh tersungkur kerana terlanggarnya.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C2
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン