アプリをダウンロード
65% Catatan Malim Gunung / Chapter 13: Payung

章 13: Payung

Selain daripada plastik sampah yang sangat berguna, aku nak cerita pasal satu barang lagi yang penting iaitu payung. Sebagai seorang pendaki ini merupakan salah satu peralatan hikmat yang wajib aku dibawa.

Apa perasaan korang kalau terserempak dengan orang yang pakai payung ketika mendaki? Adakah korang kagum? Dengki? atau pandang serong?

"Poyo la bawak payung bagai!"

"Bajet bagus la ni.. hipster sangat!"

Iya mereka semua memang poyo pada pandangan kau sebab kau tak bawa payung! Itulah kebiasaan yang berlaku, busuk hati dan dengki membuta tuli tanpa sebarang pengetahuan baik buruk sesuatu peralatan.

Iklim Khatulistiwa dan Hutan Hujan Tropika. Dua perkara ini sudah kita pelajari semenjak dibangku sekolah lagi. Perlu akui cuaca negara kita memang panas dan taburan hujan sepanjang tahun sangat tinggi.

Baiknya membawa payung adalah untuk melindungi diri daripada terik matahari terutamanya ketika mendaki di denai terbuka seperti jalan balak dan juga di atas permatang berbatu yang hanya ditumbuhi pokok renek.

Selain daripada itu, payung dapat melindungi diri anda dan juga haversack daripada basah lencun ketika mendaki. Dengan adanya payung anda dapat membuka haversack untuk mengambil peralatan perkhemahan dan perkakas memasak dalam keadaan hujan dengan mudah tanpa was-was.

Pernah sekali ketika bermalam di dalam hutan hujan turun dengan lebatnya. Keadaan menjadi huru-hara apabila ada khemah client mula dimasuki air. Nak harap diorang keluar?Memang tidaklah! Nasib baik aku bawa payung. Boleh lah bantu-bantu menyelesaikan satu masalah dunia.

Keberkesanan penggunaan payung juga ada dicatatkan di dalam buku Ray Jardine. Isi kandungannya ditulis berdasarkan pengalaman dan boleh dijadikan sebagai bahan rujukan yang baik.

Namun begitu, setiap kebaikan sesuatu peralatan itu tetap ada bahaya yang perlu kita ketahui. Perkara ini perlu diambil perhatian, kerana malang itu tidak berbau.

Payung boleh mencederakan mata rakan yang berhampiran. Oleh itu, berhati-hatilah ketika menggunakan payung terutamanya ketika sedang mendaki. Amalkan jarak yang selamat dan sentiasa berwaspada dengan pergerakan yang dilakukan semasa memegang payung.

Payung juga boleh menjadi medium tarikan kepada arus elektrik seperti petir, terutamanya yang diperbuat daripada kerangka besi. Jangan sesekali membuka payung ketika anda berada dikawasan tanah tinggi yang terbuka ketika hujan. Lebih-lebih lagi jika ada guruh dan kilat.

Akhir kata kalau nak menggunakan payung dalam aktiviti mendaki, bawalah payung yang boleh disimpan kecil. Payung yang tahan lasak dan berkualiti juga sudah wujud dipasaran. Payung yang mempunyai kerangka plastik atau karbon adalah pilihan yang terbaik untuk dibawa oleh seorang pendaki gunung.

Jangan cakap abang tak payung!


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C13
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン