アプリをダウンロード
47.45% DIA ATAU DIA? / Chapter 28: Bab 27

章 28: Bab 27

Aku duduk di atas katil hospital itu. Eiman kata aku balik nanti bila diorang sampai. Aku memandang plastik yang dibawa masuk oleh Eiman itu.

"Hah! Pandang-pandang apa tu?" tegur Eiman. Huh! Terkejut aku.

"Kau beli apa?" tanya aku. Perut aku sudah berbunyi. Huhuhu... Laparnya...

"Why? Lapar ke?" tanya Eiman.

"Ye, lapar... Tadi tak breakfast. Tak makan apa-apa lagi ni..." luahku.

"Aloo... Kesiannya baby girl I ni..." kata Eiman sambil mengusap kepala aku. Aku memandangnya. Eiman tersengih. Aku memegang kepala aku untuk membetulkan tudung bawal berwarna cream itu. Aku terpegang tangan Eiman. Oh-oh... Dia tak alih tangan dia lagi... Aiyoo... Nayli! Lain kali check dulu sebelum buat apa-apa! Aku mengalih tangan aku. Eiman turut mengalih tangannya dari kepala aku. Kami berpandangan. Kelihatan Eiman tersenyum. Aku? Err... Merah muka aku... Aaa! Aku tak nak blushing depan dia! Malu!

"Ehem!" Eiman berdehem. Aku memandangnya. Dia menghulurkan sekotak susu berperisa strawberry. Aku cepat-cepat mencapainya dengan wajah gembira.

"Thank you, Eiman!" ucapku. Eiman hanya tergelak kecil. Aku minum susu itu.

"Mia!" seseorang memanggilku. Aku tersedak. Nasib tak tersembur. Aku terbatuk-batuk. Eiman mengusap belakang aku. Huh! Terkejut lagi! Siapa pulak ni? Mia? Haizeq? Aku memandang ke arah pintu wad itu. Kelihatan Sarah, Qistina, Haizeq dan Johan masuk ke dalam wad itu. Eiman bangun dari kerusi. Sarah cepat-cepat duduk di kerusi itu. Yes! Finally! Selalunya Haizeq yang dapat... Desis hati Sarah.

"Nayli? Awak okay?" tanya Sarah.

"Okay je... Kenapa? Awak nampak kita mati ke?" tanya aku, gurau.

"Nayli! Jangan lah cakap macam tu! Orang serious lah... " kata Sarah. Dia memukul lengan aku.

"Aduh..." aku mengaduh kesakitan. Aku mengusap lengan aku. Muka aku berkerut. Haish! Mek Sarah ni. Tangan dia tu macam rotan! Sakit oi!

Qistina memukul Sarah. Ha! Padan muka... Pukul orang lagi... Kan dah kena!

"Eh, Sarah ni! Dia kan sakit. Yang awak pergi tambah sakit tu kenapa?" tanya Qistina kepada Sarah.

"Eheheh... Sorry, Nayli." Terus Sarah memohon maaf kepada aku. Dia tersengih.

"Hehehe... Sorry jugak..." balasku pula.

"Umm... kita pun nak minta maaf, Sarah. Terkuat pulak tadi..." kata Qistina. Aku, Sarah dan Qistina tergelak. Semasa kami tergelak sakan, Sarah ditolak turun daripada kerusi. Semua blur. What happened? Sarah memandang Haizeq dengan jelingan maut. Haizeq buat tak tahu dan duduk di atas kerusi itu. Semua memandang Sarah. Sarah menarik nafas, geram. Kalau korang dapat tengok situasi waktu tu, lawak gila! Aku dan Qistina menenangkan Sarah.

"Tarik nafas..." aku menyuruh Sarah menarik nafas untuk bertenang.

"Bertenang..." kata Qistina. Sarah menghembus nafasnya.

"Ey, dia ni..." Sarah ingin memberi tumbukan padunya kepada Haizeq dari belakang tadi tapi tidak jadi...

Haizeq menarik tanganku yang berada di lengan Sarah. Aku memandangnya.

"Kenapa kau buat macam tu dekat Sarah? Kesian dia..." kata aku selepas memukulnya. Haizeq mengaduh kesakitan.

"Kenapa kau pukul aku, Mia? Sakitlah..." kata Haizeq.

"Hehe... Siapa suruh kau buat macam tu dekat Sarah..." kata aku pula.

"Macam mana kau boleh pengsan?" Haizeq tidak menghiraukan kata-kata aku. Sebaliknya memberi pertanyaan kepadaku.

"Doktor kata dia stress and it's quite bad." kata Eiman bagi pihakku. Mereka terangguk. Aku turut mengangguk. Heh... Sibuk je. Orang angguk, dia pun angguk jugak... perli otakku.

"Mia. Jangan lah stress. Jaga lah kesihatan. Lately ni kau lemah sangat. Please. Jaga kesihatan kau." nasihat Haizeq. Aku tersenyum dan mengangguk.

"Thanks for that good advice. Ok. Aku ikut cakap kau." kata aku sambil tersenyum.

"Nayli." panggil Johan. Aku memandangnya sambil mengangkat kening.

"Haizeq risau sangat dekat kau tu... Tadi dia macam orang gila bila dengar kau pengsan. Bukan nak cakap kitorang tak risaukan kau. Tapi Haizeq ni sorang yang over. Heheh... Macam sayang gila dekat kau..." kata Johan. Johan, Sarah dan Qistina gelakkan Haizeq. Eiman hanya tergelak kecil. Aku tergelak memandang Haizeq. Eh jap. Berapa banyak 'gelak' yang aku tulis ni?

Haizeq memuncungkan bibirnya dan berpeluk tubuh. Hahah! Cute! pujiku dalam hati.

"Kau ni Johan... Kau kutuk aku eh? Siap kau balik nanti." kata Haizeq. Johan masih tergelak dan mengangkat kedua-dua bahunya.

"Jom balik." ajak Haizeq.

"Ok." aku hanya setuju. Aku ingin mengambil beg aku di tepi katil itu.

"Takpa. Biar aku bawakkan." kata Eiman. Eiman memikul beg kecilku pada bahu kanannya.

"Thanks." ucapku. Eiman hanya membalas dengan senyuman. Aku berjalan beriringan dengan Eiman.

"Umm... korang lapar tak?" tanya aku.

"Um, lapar lah jugak..." jawab Sarah.

"Kenapa? Nak singgah makan ke?" tanya Johan.

"Hehehe... Boleh ke?" tanya aku.

"Boleh je." kata Johan.

"Nak makan dekat mana?" tanya Qistina.

"McD je lah." kata aku.

"Ok!" semua setuju.

____________________________

"Ok. Hari ni biar aku orderkan." pelawa Eiman.

"Ok! Aku nak Spicy Fried Chicken. With coke." kata Johan.

"Aku nak Spicy Chicken McDeluxe. Coke jugak." kata Qistina.

"Aku nak Double Cheeseburger, Cheese stick, Iced lemon tea." kata aku.

"Smoky Grilled Beef." kata Sarah.

"Big Mac." kata Haizeq pula.

"Ok!" kata Eiman.

"Um... Eiman. Aku pergi dengan kau." pelawa aku.

"Eh... Nayli. Awak tak sihat lagi tau. Rest je lah. Biar kita tolong Eiman." kata Sarah. Eiman mengangguk.

"Hmm... Okay." aku hanya bersetuju. Aku melihat Eiman dan Sarah ke kaunter pesanan. Hmm... Teringat peristiwa dulu. Sarah dengan Eiman. Aku rasa macam aku... Hey! What's wrong with you, Nayli? Otak menyampuk. Aku melentokkan kepala aku pada meja. Haizeq mengusap kepala aku perlahan.

"Pening lagi ke?" tanya Haizeq.

"Sikit lah." jawabku.

"Rest lah. Aku tak nak tengok kau sakit lagi." kata Haizeq.

"Sweet. Ok." kata aku. Johan dan Qistina yang menyaksikan aksi sweet itu tersenyum.

____________________________

Setelah selesai makan, kami pulang ke rumah. Aku terus menuju ke bilikku. Setelah meletakkan beg di atas meja, aku keluarkan phone aku. Kemudian aku membuka tudung pula dan letakkan di tempatnya. Aku menunaikan solat Zohor. Setelah selesai, aku membawa phone aku dan baring di atas katil. Aku menarik selimut menutup tubuhku. Best tau kalau tidur bukak air cond, selimut, tutup lampu. Hehe... syok!

Aku tak tahu kenapa aku tak se-happy dekat hospital tadi. Lepas tengok Sarah dengan Eiman agak rapat, mood aku tak berapa nak okay. Aku jealous ke? Kalau Haizeq rapat dengan perempuan lain aku jealous. Kalau Eiman? Aku jealous jugak? Hmm... Jangan tamak, Nayli. Otak memberi peringatan. I don't know lah. Terlalu awal lagi untuk aku buat keputusan. Yeah. It's too early. Why don't you focus on study first? Yeah... Aku memejam mata. Aku tak tahu apa perasaan aku sekarang. Bercampur baur. Tanpa disangka, air mata turun membasahi pipi.


クリエイターの想い
missmiaa missmiaa

Hi guys! How? Okay? Ha! Ayok... Siapa buat Nayli nangis? Haha! Hm... Bab ni short kan? Takpe. Nanti saya sambung. Comment lah apa-apa. Nanti saya baca. Btw, thanks sebab sudi baca cerita saya! Stay tuned! Bye! Love you guys ❤️❤️❤️

Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C28
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン