Pagi itu mereka semua bertolak awal ke lapangan terbang. Bersama dengan beberapa orang maid, tukang masak dan pengawal keselamatan bersama menaiki kapal terbang peribadi milik keluarga Daniel.
Bersama-sama dengan Diana, Zara, Daniel dan Belinda menaiki pesawat dengan senyuman senang di bibir mereka.
Zara duduk rehat di kerusi dengan keluhan sakit di bibir. Sementara Daniel di sebelah sibuk menguruskan Zara.
Zara termenung memandang ke arah Belinda yang duduk di sisi Diana. Dua orang itu seperti sudahpun bersahabat baik. Tak sampai seminggu pun Belinda tinggal di situ, tapi Diana berkelakuan seperti sudah lama kenal Belinda.
"Awak tak boleh beritahu dia...""kata Zara sewaktu Daniel memasangkan seatbelt untuknya.
Daniel yang dengar memandang sekejap ke Zara sebelum duduk di tempatnya iaitu di sebelah Zara. Sementara Taylor duduk bertentangan dengan mereka berdua. Sibuk dengan laptop dan telefon. "
"Sampai bila?""soal Daniel sewaktu memandang neneknya dan nenek Zara yang sedang bergelak ketawa mengenai sesuatu.
"Sampai bila-bila..."jawab Zara sambil memejam mata melepaskan hela nafas menahan sakit.
"
"She need to know...""tanya Daniel bernada perlahan dan kesal.
Zara membuka mata dengan renungan letihnya."Tak boleh...dia akan jatuh sakit...lagipula..saya tak nak dia rasa kehilangan buat kali kedua...biarkan ia rahsia..""jawab Zara bernada menahan sakit.
Daniel melepaskan keluhan. Terus dia pandang ke arah Taylor. "
"Macam mana?Dah jumpa?""tanya Daniel sambil meramas jari jemari Zara dengan lembut.
"Dah tuan...saya telah dapatkan empat tiket untuk majlis itu.""jawab Taylor sambil memegang telefon dekat dengan telinga kiri.Mendengar ucapan orang di sebalik panggilan itu.
Zara memejam mata, dia waktu itu sedang tidak sihat. Kepalanya sakit, badannya sakit. Semuanya sakit.
"Awak bawa saya ke sana sebab dia ada dekat sana jugak ke?"soal Zara saat Daniel menggosok-gosok lembut permukaan tangannya dengan ibu jari.
Jari jemari runcing milik Daniel mengamit hati Zara sewaktu matanya tunduk memandang tangannya yang berada di lengan kerusi.
"Ha' ah...""angguk Daniel.
Taylor memandang Zara dengan renungan dingin tanpa perasaannya dengan lama. Zara menggeleng kepala perlahan-lahan.
"Awak berdua ni kan tak habis-habis nak bagi saya suprise lah...saya sendiri sampai sekarang tertanya-tanya macam mana awak berdua lakukan semua ni semata demi saya..perempuan penyakitan yang tak bagi sebarang keuntungannya langsung..."Zara melarikan pandangannya ke tempat lain sebelum bertentang mata dengan Taylor, lantas tersenyum nipis. Membalas renungan lelaki itu sebelum memejam mata hendak menahan rasa sakit.
"Sarah tahu ke tentang sakit awak ni?""tanya Daniel.
Zara menggeleng kepala. Tanpa membuka mata, dia menjawab. "
"Dia tak tahu. Selama ni dia fikir saya sakit migraine biasa jer...saya tak nak stress kan Sarah, cukuplah dengan kesusahan yang dia tanggung kerana saya. Jangan di tambahkan lagi..."hela nafas pendek dilepaskan kerana sakit.
Daniel melepaskan keluhan berat.
"Awak tahu Zara...awak nak lihat semua orang bahagia dan senang. Tapi awak tak pernah fikirkan tentang kebahagian dan kesenangan awak sendiri..."Daniel menyandarkan kepala ke atas kepala Zara lalu memandang ke arah Taylor yang sedang memandang penuh makna pada Zara.
Daniel tahu tapi dia tidak kisah tentang hal tu. Malah dia tidak salahkan Taylor sekiranya Taylor ada perasaan pada Zara. Kerana Taylor adalah orang yang paling dekat dengan Zara selain dirinya.
Kerana sejak awal lagi Taylor sudah berada di sisi Zara. Menjaga dan mengawasi gadis itu.
Zara ketawa kecil saat melentokkan kepala ke ceruk leher Daniel.
"Saya tak layak untuk rasa bahagia atau senang Daniel. Sebab kebahagian dan kesenangan saya itu penderitaan untuk orang lain...tak apalah kalau saya seorang sahaja yang menderita, asalkan mereka semua tidak apa-apa..."kata Zara dengan nada tenggelam timbul.
Daniel memeluk bahu Zara, menolak gadis itu sandar ke badannya.
"Apa rancangan awak nanti?"soal Daniel.
Mata Zara terkatup rapat. Deru nafas gadis itu naik turun tidak menentu.
"Berikan impian nenek saya selama ini yang mahu melihat wajah anak perempuannya.."ucap Zara dengan mamai.
"Awak akan tinggalkan dia bersama dengan ibu awak?"
"Umm..."angguk Zara dengan lemah.
"Macam mana dengan awak?"tanya Daniel lagi saat memandang Belinda sedang ketawa berborak dengan Diana.
"Saya tak apa-apa...tiada siapa yang perlukan saya selain awak di sini..."Senyum Zara sebelum dia berkerut kening menahan sakit taktala kepalanya berdenyut sakit.
Jari jemari Daniel digenggam Zara dengan kuat sewaktu Zara mengetap gigi menahan sakit. Suara merintih sakit akhirnya keluar dari bibir itu.