アプリをダウンロード
33.33% Love me just one day / Chapter 2: Bab 2

章 2: Bab 2

SERIUSLAH....

Aku memandang malas ke arah barisan hadapan sekali di mana geng Alpha duduk.Dee pandang aku sambil tergelak kecil.

"Haih kan dah cakap kau memang berjodoh dengan diaorang.Tak nak percaya..."

"Weh tapi serius ah diaorang pun nak ambil bidang seni? Diaorang budak sains kot siap straight A lagi!" ujar aku tak puas hati.

"Dah kau budak sains kenapa ambil seni?"

"Sebab subjek tambahan aku seni dan failed addmath"

"Okeh itu logik" Dee mengeluarkan buku notanya lalu meletakkannya ke atas meja begitu juga aku.

"Tapi kan, kau tak rasa pelik ke diaorang boleh kekalkan satu kelas dengan kau sampai sekarang?"

"Maksud kau?"

"Yelah.Kau tengok eh, even markah kau rendah pun, cikgu tak pernah turunkan kau ke kelas belakang.Nak marah kau pun tak pernah even budak yang sama gagal dengan kau siap kena herdik lagi.Cuba fikir"

Tak semena-mena terus otak aku ligat berputar.Memproses maklumat dari Dee.Kalau ikut cakap dia, ada logik.

"Entahlah weh aku pun tak boleh nak hadam semua benda ini"aku merenggangkan lengan aku.

"Ish kau ni!"

"Apa?"

Dee pantas menarik pipi aku lalu mengoyangkannya.Muka aku pun dah macam apa entah.Habis rosak tudung aku

"Dee...sakitlah!"aku menepis tangannya.Dee ketawa suka.Budak perempuan yang duduk selang dua buah kerusi dari kami juga turut ikut ketawa.

"Korang ini comellah!"ujar gadis tadi.Ya ampun merdunya suara dia.Aku sebagai seorang perempuan kagum.

"Kitaorang memang dah kawan dari darjah empat!"Dee mengeluarkan peace.

"Oh ye ke? Anyway, saya Raja Farah.Dekat depan sekali itu, Raja Firdaus, abang kembar saya"

Mendengarkan itu, kami tercengang.

"AWAK ADIK DIA?!"

Aku lantas menampar wajah Dee dengan buku.Gila kuat dia jerit.Boleh pekak telinga aku.Paling tak bolehnya semua pandang kami.

"Sorry ya semua? Ada orang sengal dekat sini!" laung aku cuba meriuhkan suasana dan juga menutup malu.Kemudian satu dewan gelak.

"Tak apa pun.Dari sunyi kan?"balas seorang lelaki di bawah kami."Anyway semua, aku Amir!"dia menyambung lagi.

Dan kemudian semua orang mula memperkenalkan diri termasuklah geng Alpha. Memandangkan pensyarah masuk lambat sedikit sebab ada urusan bolehlah riuh sekejap.

"Farah, kenapa saya tak pernah nampak awak dekat sekolah? Oh ya saya satu sekolah dengan abang awak"

Aku memandangnya dengan wajah keliru.Dia hanya tersenyum.

"Oh yang itu? Saya home-schooling"

Aku hanya mengangguk.Patutlah tak pernah nampak dia.Tiba-tiba Dee menyiku lengan aku.Barulah aku perasan aku seorang sahaja yang tak memperkenalkan diri lagi.

"Hai semua, saya Nur Airis Shazia!"ujar aku ceria.

"Awak ini comellah nak-nak pakai spec bulat itu!"

Tiba-tiba ada seorang gadis menjerit teruja di bawah.Tak silap aku nama dia Alieya.Aku hanya tersenyum kekok mendengar pujiannya.

Dan dengan itu, aku tak sangka aku jadi terkenal hanya kerana aku ada 'doll-faced'.

AKU terus menghempaskan tubuh aku ke atas katil sebaik sahaja masuk bilik.Dee pula hanya ketawa lalu menutup pintu.

Hell yes...kami sebilik.

Bukan kebetulan tapi atas permintaan mak aku memandangkan Dee dah janji dengan dia untuk jaga aku.Kau ingat mak aku bagi ke aku belajar jauh-jauh.Dahlah itu Kuala Lumpur dengan Pahang jauhlah juga.

Oleh kerana aku memang nak sangat masuk universiti dekat sini sebab nak jauh dari rumah, aku minta tolong Dee pujuk mak aku.

Thanks to her aku dapat jejak dunia luar selain rumah dan sekolah.Susah juga rupanya jadi satu-satunya anak perempuan.

"Ris, nak aku mandi dulu ke kau nak mandi dulu?

"Kaulah mandi dulu.Aku penat melampau ini"

Aku memeluk bantal busuk aku lalu menutup mata.Penat jangan cakaplah.Dengan aku sesat lagi.Nasib baik Dee tolong aku cari jalan.

Lain kali aku nak pergi mana-mana, aku akan ajak Dee sekali.

Tidak lama itu, kedengaran bunyi pancuran air dari dalam bilik air.Aku hanya membiarkannya.Aku nak tidur dulu baru mandi kemudian solat asar.

MALAM itu selepas solat Isya', aku dan Dee rancang nak turun bawah cari makan.Kebuluran kami dibuatnya.Menyesal pula tak beli awal-awal petang tadi.

"So, kita nak keluar ke macam mana ini?" soal aku kepada Dee yang sibuk membelek telefon dari kami turun tangga tadi.

"Tak payah.Jehan tengah on the way sini.Kita tunggu je dekat pondok guard belakang"

Aku hanya mengangguk.

Jehan itu tunang Dee.Dia memang tinggal dekat Pahang tapi aku tak sangka pula Dee minta tolong daripada dia.Tapi okaylah sebab dah malam ini ingat guard itu nak bagi kami keluar?

Kami kemudian duduk menunggu di pondok guard.Dari sini aku dapat mendengar beberapa orang pelajar sedang melepak dan bergelak ketawa.

Gila berani diaorang ini.

"Ha itu dia dah sampai"Dee serta-merta bangun.Aku pula hanya duduk di sini.Malas nak kacau mereka.

Dahlah aku ini spesies forever alone.

Huhu sendu sekejap.

"Eh Airis?"

Aku bagai terkena kejutan elektrik apabila seseorang menegur aku.Aku pantas menoleh.Terkejut aku melihat Tengku Adam dan Shahrill yang berada di belakang aku.

"Ermm...hai?"aku melemparkan senyuman manis kepada mereka.

For the first time in forever aku tegur mereka setelah bertahun-tahun aku meluat tengok muka mereka setiap tahun.

"Err...awak buat apa dekat sini?"soalnya sambil tangannya digosok pada baju T-shirt birunya.

Dia ini dah kenapa? Ada alergik ke apa?

"Saya tunggu kawan.Dia jumpa boyfriend dia jap"

"Oh"

Dan kami senyap.

' Eh rasa macam lama pula si Dee ini '

"Airis, err...nah!"tiba-tiba Tengku Adam menghulurkan bungkusan plastik merah kepada aku.Aku pula dah buat muka blur .

"Hmm?"

"Ada yang salah order tadi.Kebetulan nnnampak awak bagi jelah"

Dia memang gagap ke?

Tapi aku tetap sambut bungkusan itu.Dalam cahaya samar-samar, aku ternampak Shahrill sedang tahan senyum.

Serius.Kenapa pelik sangat mereka ini?

"Ah terima kasih.Baiklah awak ini"

Dah orang dah buat baikkan, puji jelah.

"Oo...oh sama-sama.Em..kami pergi dulu.Jangan duduk luar lama sangat.Bahaya"

"Okay.Thanks tau!"aku terus melambai mereka apabila mereka mula meninggalkan aku.Aku mengintai sedikit ke dalam plastik.

Woah, roti canailah! Macam tau-tau je yang ini favourite aku.

"Ris jom naik bilik.Lagi satu Jehan kirim salam"Dee muncul setelah beberapa minit mereka pergi.

Aku lantas menjawab salam tersebut.Seketika aku melihat ke arah beg plastik yang banyak digantung di jari Dee.

"Weh dia belanja barang dapur sekali ke?"

Dee senyum suka.Ceh banggalah itu!

"Eh yang itu plastik apa pula?"Dee baru perasan plastik yang aku pegang.Aku pandang plastik itu.

"Oh yang ini Tengku Adam beri"

"Ehem...aku dah dapat agak yang kawan aku ini dah curi hati orang"Dee sudah tersenyum penuh makna.Aku pula dah buat muka ngeri.

"Eh eh kau ini! Dia bagi sebab ada lebih dah alang-alang dia nampak aku duduk sini"

"Oit perempuan.Dah itu, kau ingat blok itu hanya ada bilik diaorang je ke sampai rajin sangat turun nak beri makanan lebihan?"

Terus aku terdiam mendengar ayat sarkastik dari Dee.Otak aku dah jadi oteng sekejap.Cuba mencerna kata-kata Dee.

"Err...cubalah bersangka baik.Kotlah bilik dia aras bawah lepas itu semua dah kenyang itu yang dia beriya cari orang tapi malas naik atas"

Okay sekarang aku rasa aku pula tak logik.

Erk!

"Aku syak Tengku itu minat dekat kaulah.Tahu tak dari minggu orientasi hari itu dia asyik pandang kau je tahu!"

Aku terus ketawa tak ikhlas.

"Jangan nak buat lawak boleh tak? Kalau betullah dia minat aku patut dari zaman smk lagi dia dah tegur aku.Heisy, kebetulan je itu"

"Kotlah dia malu"

"Dahlah Dee jom naik.Aku dah kebulur sampai Parkinson tahap 500 ini"

"Hei budak ini karang. Asyik nak lari dari topik je.Kau tengoklah.Kalau betullah Tengku Adam itu memang ada hati dekat kau, kau kena belanja aku Baskin Robbins 4 kotak"

"Ha ye ye"

Sedang kami berjalan ke arah blok asrama, tiba-tiba aku rasa seperti deja vu pula.Aku lantas memandang sekeliling.Tak semena-mena bula roma aku naik mendadak.

Sumpah creepy

"Kau dah kenapa?"soal Dee bila sedar aku tiada di sebelahnya.Aku lantas berlari-lari anak mendekatinya

"Tak ada apa-apa.Dah jom jom"aku lantas menarik lengannya supaya berjalan laju.Dee hanya mengikut tanpa banyak soal.

Serius, aku rasa macam ada someone yang tengah perhatikan kami.Dan aku mula rasa tak sedap hati.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C2
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン