アプリをダウンロード
40% BABAK Terakhir / Chapter 2: bab1

章 2: bab1

"Apa? minggu depan?"mata Sofea dibulatkan, terus sahaja dia bangun mendadak dari sofa empuk yang terletak di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu. Matanya segera ditenyeh-tenyeh kemudian diarahkan pula ke wajah Lia Sari. Wanita yang berusia 46 tahun itu sedang enak duduk di atas sofa bertentangan sambil minum teh dengan wajah yang begitu tenang sekali. Penuh nikmat sambil sesekali matanya dipejam-pejamkan seketika, mungkin saja menikmati aroma teh dari cawannya. Lia Sari angguk lalu tersenyum kecil

"Alah malaslah mak! Mak pergilah sendiri. Sofea tak ada mood!" Selamba jawapan yang diberikan kepada Lia Sari. Gadis yang berseluar trek hitam dan bertocang satu itu tegas dengan keputusannya apabila nama Arfa disebut. Lia Sari baru saja menyampaikan berita tentang kepulangan Arfa dan keluarganya dari England pada minggu hadapan. Lia Sari mahu mengadakan majlis menyambut kepulangan mereka sekeluarga. Tok Saif iaitu bapa saudaranya yang memberikan idea untuk mengadakan majlis tersebut sejurus selepas berita kepulangan keluarga Arfa diberitahu kepadanya semalam melalui telefon.

Lia Sari berdecit halus apabila melihatkan reaksi Sofea. Dahinya pula usah dikata, berkerut bagaikan warga emas berusia 80 tahun. Kemudian cawan teh yang elok berada di tangan segera diletakkan ke atas meja kopi di hadapannya lalu menarik satu nafas panjang.

"Isy budak ni! mana boleh tak pergi. Nanti apa pula kata Tok Saif. Lagipun Tok Saif yang suruh mak buat persiapan untuk majlis tu nanti. Ni hah, Tok Saif kau baru saja telefon mak beritahu suruh datang rumah dia malam esok nak bincangkan pasal majlis tu"

Sofea menggumam. Penumbuknya pula sudah dikepal-kepal secara sembunyi-sembunyi menahan rasa geram. Mahunya dia tak geram. Baru saja dia bercadang hendak pergi bercuti dengan teman-temannya pada minggu depan, tak pasal-pasal kena batalkan pula gara-gara majlis untuk menyambut Arfa, sepupu emaknya yang sudah lama tidak pulang ke Malaysia.

"Mak, dah tak ada orang lain lagi ke yang Tok Saif tu nak minta tolong? Baik-baik kita aje. Apa guna kalau ada orang gaji berlambak-lambak kat rumah tapi tak pakai khidmat dia orang tu. Membazir saja," bangkang Sofea lagi sambil merengus sedikit. Dia menyilangkan tangannya sambil memusingkan badan membelakangi Lia Sari. Lia Sari pula sudah hampir tergelak melihat gelagat anak perempuannya yang umpama budak-budak itu. Nampak tidak matang langsung!

Dia menghirup sedikit air teh lalu cawan di tangannya diletakkan semula ke atas piring di hadapan. Lia Sari menarik nafas perlahan sebelum menyambung bicara.

"Sofea, kau fikir Tok Saif tu boleh minta tolong kepada siapa selain daripada kita? Nak harap pak ngah kau tu? Huh.... Asyik outstation saja kerjanya. Nak harap bini dia pula, sampai kucing bertanduk pun belum tentu nak nampak batang hidung! sudah. Kau jangan nak mengada-ada, ya? Mak

tahu,kau mesti dah rancang nak pergi mana-mana ni." Jari telunjuknya sudah diangkat tinggi manakala kedua-dua belah keningnya pula sudah bertaut.

"Batalkan saja program kau. Kau tu yang asyik sibuk membazir duit sana sini. Suruh kerja tak nak, pemalas! Alasan tinggi kalah Gunung Ledang. Sultan Melaka pun tak nak masuk meminang nanti, tau. Alih-alih kau sibuk menghabiskan duit mak saja. Tu hah, beras dalam tong kat dapur tu siapa tolong belikan? Mak jugalah, kan?"

Laju saja mulut berapi Lia Sari membebel kepada Sofea. Geramnya semakin memuncak apabila ada saja alasan anak gadisnya itu. Sudahlah pemalas, banyak songeh pula tu. Kuat menjawab. Dia yakin anaknya itu pasti sudah ada agenda bersama teman-temannya. Bukan dia tidak tahu anaknya itu memang kuat merayap. Ada saja aktiviti yang disusun setiap hari. Sibuk lagak menteri walhal anak gadisnya itu sedang menyandang gelaran seorang penganggur yang hebat!

"Mak dengan anak sendiri pun mak nak berkira ke? Alah, esok-esok bila Sofea dah kerja, bukan kata setakat satu tong beras Sofea belikan, nak bagi mak beras satu kilang pun Sofea tak kisah" Dia berseloroh pula sambil ketawa lepas. Suka sangat mengusik emaknya.

Lia Sari mendengus. 'Isy, apa malang sangat nasib aku dapat anak macam ni. Belajar tinggi-tinggi, masuk universiti pegang diploma, pegang ijazah tapi pemalas dan loyar buruk!'

"Barangan tak habis-habis. Nak belikan aku beras satu kilang konon. Duit pun minta dekat mak, ada hati nak beli satu kilang... Berangan tak sudah-sudahlah budak ni. Hei, bila kau nak kerja, Sofea? Kalau perangai kau yang tak senonoh macam ni, tak ada siapapun yang sanggup nak ambil kerja. Jaga kendang lembu pun tak layak agaknya!" Sofea menghempaskan punggungnya ke atas sofa semula. Hei, emaknya yang seorang ni mulalah nak membebel. Bingit telinganya. Hari-hari cerita benda yang sama saja. Naik bosan dia nak dengar.

"Mak jangan pandang rendah dekat Sofea. Tengoklah nanti bila Sofea dah kerja, jawat jawatan manager ke,CEO ke, atau paling tidak pun,eksekutif, Sofea nak pindah kat rumah banglo lima tingkat. Mak duduklah sorang-sorang kat rumah ni!" Sofea bernada bongkak dengan angan-angan Mat Jeninnya

.

"Banyaklah kau nak jawat jawatan besar-besar tu. Ada ke orang yang nak bagi kau pegang jawatan tinggi tu? Silap-silap company orang tu bankrap sebab ada manager macam kau ni. Manager pemalas!"

"Amboi mak, laser nampak? mulut tak cover insuranslah tu!" sembur Sofea tidak bertapis. Dia dengan emaknya memang begitu. Ada saja peluang, pasti bertikam lidah mahu tengok siapa punya mulut lebih berapi. Kalau tak berapi, bukan Sofea dan Lia Sari namanya.

Lia Sari mencebik. Faham benar dengan sikap anaknya. Kalau orang luar tengok dan dengar, sudah pasti Sofea akan dicap anak kurang ajar. Tapi dia sendiri tidak kisah kerana Sofea sedari kecil di didik dengan cara sebegitu. Mulutnya pula memang sudah berapi, mahunya anak sendiri tidak ikut jejak.

"Tak kisahlah ada insurans ke tak ada. Daripada kau asyik melangut tak buat apa-apa, lebih baik kau tolong mak pergi jual jamu, lagi bagus. Hujung bulan mak kasi komisen," pujuk Lia Sari. Sofea memuncungkan mulutnya apabila soal jamu dibangkitan.

"Tak naklah, mak. Buat apa jual jamu, bukan boleh kaya macam Tok Saif pun!" balas Sofea lantang.

'Isy, ada ke patut mak suruh aku pergi jual jamu? Eee, tak kuasa aku' fikirnya sendiri.

"Eh, budak ni. Siapa kata jual jamu tak boleh kaya? Kau dah lupa ke? Dengan duit jamu tu la mak bagi kau sekolah, tahu? Ada saja kata mak ni yang kau nak bangkang, Sofea" marah Lia Sari membebel lagi.

"Mak, Sofea nak tanya ni. Apa mimpi Auntie Arfa cousin kesayangan mak tu nak balik Malaysia? Balik sekejap atau balik terus ni?" Sofea megesot sedikit membetulkan duduknya. Sengaja dia mengubah topik perbualan, takut kalau-kalau Lia Sari membebel lagi.

"Dengar kata nak menetap terus kat sini. Agaknya dah bosan duduk tempat orang lama-lama. Maklumlah, dah dekat lima belas tahun duduk sana. Kalau mak pun dah tentu mak bosan. bukannya ada famili kat sana pun. Hah, kau tu jangan lupa. Mak tak kira, macam mana sekalipun esok, kau ikut mak pergi rumah Tok Saif" ucap Lia Sari, tegas.

"Alah mak ni, tak sporting betullah! Baru fikir nak keluar pergi dating esok. Balik-balik nak pergi rumah Tok Saif tu. Tahulah rumah dia tu barkali-kali ganda besar daripada rumah kita ni. Ada swimming pool, taman, kolam ikan, tennis court, errr...... apa lagi, eh? Hah..... stok orang gaji berduyun-duyun di sertakan dengan pemandu peribadi dan pengawal keselamatan bagai. Tapi mak janganlah asyik nak tunjuk muka kat sana dua puluh empat jam. Tok Saif mesti bosan." Selamba dia menjawab.

"Isy budak ni! Cakap main ikut sedap mulut aje. Konon dating apa kalau hari-hari kau pergi melepak dengan si Era? Macam mak tak tahu.

"Alah mak, dengan Era pun dikira dating jugalah"

"Macam-macam kau ni, Sofea. Kalau ajak pergi rumah Tok Saif, ada saja alasan kau," marah Lia Sari. Gadis itu sebenarnya bukanlah tidak suka ke rumah Tok Saif tetapi dia rimas apabila setiap kali ke sana, dia akan disindir oleh orang tua itu kerana masih belum bekerja selepas tamat belajar. Kadang-kadang sindiran itu sampai terbawa-bawa ke dalam tidurnya

.

"Kau dah lupa agaknya. Tok Saif tu bukan ada sesiapa lagi saudara yang tinggal berdekatan dengan dia. Takkan kita nak abaikan dia? Kalau bukan di sebabkan jasa dia dulu, tak mungkin kau dapat masuk universiti, Shahrul kat kolej tu belum tentu dapat sambung belajar, tau! Kau kena ingat sikit, apa-apapun Tok Saif tu saudara kita. Ayah saudara mak, tok saudara kau dengan Shahrul. Jadi, apa-apapun yang terjadi kita tak boleh abaikan Tok Saif tu Lagipun kasian kat dia. Dia dah tak ada sesiapa lagi melainkan kita." Lia Sari sedikit serius. Sofea ralit mendengar celoteh emaknya. sedikit sebanyak kata-kata Lis Sari mengusik hati kecilnya.

"Kasian pula dengar kisah Tok Saif tu. Hai la badan, hartadah banyak, hidup kaya raya tapi tak ada anak bini pula. Yang nak perlukan duit ni pula tak kaya-kaya sampai sekarang!" Keluh Sofea. Dia tahu kalau bukan hasil bantuan ihsan daripada Tok Saif merangkap tok saudaranya itu, tak mungkin dia dapat menyambung pelajarannya ke universiti. Lelaki itu memang seorang hartawan yang dermawan. Punya segala-galanya yang manusia lain impikan namun hidupnya masih tidak lengkap. Kalau usianya menginjak 60-an, dia masih tak punya keluarga sendiri. Isterinya meninggal dunia 20 tahun lalu akibat kemalangan. Dia pula tiada ada anak. jadi tinggallah dia sendiri ditemani orang-orang gajinya yang sentiasa setia menurut arahan.

"Mak agak-agaknya Tok Saif akan wariatkan harta dia dekat kita tak?" Lia Sari yang mahu menyambung minum teh hampir tersedak.

"Isy, jangan fikir yang bukan-bukan boleh tak? Mulut tu.... cili baru tahu!" Marah Lia Sari. Sofea pula sudah ketawa kuat-kuat. Lia Sari dengan tidak membuang masa terus menghabiskan tehnya. Dia berlalu menuju ke dapur tanpa menghiraukan Sofea yang masih sibuk tergelak-gelak sambil berangan tentang wasiat Tok Saif.

Sofea ketawa sambil menyanyi-nyanyi. Lagu nyanyian Allahyarham Sudirman terngiang di seluruh ruang tamu.

"Jangan ku dipandang hina,

Hanya kerana aku penganggur,

Jangan pula kudilupa,

Hanya kerana aku penganggur,

Aku hanya insan biasa,

Ingin juga hidup bahagia,

Ohoooo.... Nasibku,

Aku penganggur,

Lalalala....."


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C2
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン