" Sarapan dah siap, " Liana memanggil semua orang ke ruang makan. Dengan senyuman, Liana menghidangkan santapan yang pelbagai.
Mereka memandang makanan itu seperti pemangsa melihat mangsanya. Sudah lama mereka tidak merasa makanan yang sedap.
" Mmm, sedapnya. " Farhan menikmati sarapan itu dengan selera. Dapat juga mereka mengisi perut dengan makanan sebenar. Liana hanya tersenyum melihat geligat mereka berempat.
Tiba – tiba kenikmatan itu diganggu dengan satu pengumuman yang menjengkelkan.
" Perhatian kepada semua pemain, permainan akan bermula sekarang. Cabaran pada hari ini adalah GOLEM, " pengumuman telah dibuat. Makhluk seterusnya akan keluat tidak lama lagi.
Satu gegaran yang kuat tiba – tiba berlaku. Mungkin gempa bumi. Gegaran itu menyebabkan meja makan mereka bergoyang. Makanan yang sedap dan masih panas jatuh ke atas lantai.
" Tidak, sarapan sedap… " Adam meratapi makanan yang sedang dinikmatinya. Makanan itu bertukar menjadi pertikel digital lalu lenyap ke udara. Adam menggenggam tangannya dengan ereat. Belum sempat dia menghabiskan sarapannya.
" Ambil senjata, jom kita gerak, " arah Farhan. Golem itu perlu diselesaikan dengan cepat.
Farhan dan yang lain sedng berlari ke arah dataran. Gegaran dirasakan semakin kuat. Cahaya sudah mula dapat dilihat. Hanya beberapa meter sebelum sampai ke dataran.
Langkah pertama menjejakkan kaki di atas dataran. Sesuatu yang gargantula sedang berdiri mega dihadapan mereka. Itulah golem yang mereka perlu selesaikan.
Farhan mengarahkan supaya serangan dilancarkan dengan cepat. Anak panah dipanah. Libasan pedant dihayunkan. Serangan demi serangan dilepaskan.
Setiap serangan mereka berjaya mencederakan golem. Namun, setiap bahagiannya yang tercedera atau tercabut, bahagian itu pulih semula.
Golem itu diperbuat daipada tanah. Serangan fizikal bagai tiada kesan kepadanya. Dia sedang beards ditas tanah. Pemulihan boleh berlaku tanpa masalah.
Tiba giliran golem pula untok menyerang. Satu tumbukan yang kuat dihalakan ke arah Farhan. Tumbukan itu hampir menghentam Farhan. Farhan hanya mampu melakukan pertahanan dengan menyilangkan pedangnya.
Tiba – tiba, tangan golem terbelah dua. Farhan melihat sekeliling untuk mencari siapa yang mematahkan serangan itu. Terdapat kesan cecair hijau pada tangan golem yang Sudah tercabut.
" Wei, aku nah minta maaf. Bar aku tolong korang" kata seseorang. Rupanya ianya Fakhrul. Dia menghulurkan tangannya untuk membantu Farhan bangkit semula. Namun Farhan hanya menepis tangan Fakhrul.
" Kau ingat aku nak maafkan kau lepas apa kau dah buat kat Liana?! " Farhan hanya menengking Fakhrul. Bukan mudah untuk dia melupakan perara yang dilakukan oleh Fakhrul. Tindakannya boleh meragut nyawa Liana.
Sedang mereka leka bertengkar, golem mengambil peluang itu untuk menyerang Farhan dan Fakhrul sekali gus. Rakan mereka yang lain terlalu jauh untuk sempat menyelamatkan mereka.
Farhan yang terperasan melalui ekor matanya hanya sempat menyilangkan pedangnya. Mereka berdua tercampak jauh ke belakang. Kalau tidak dek pertahanan yang tidal seberapa itu, nyawa mereka berdua pasti sudah melayang.
Farhan terhentak pada sebatang pokok. Darah merecik keluar dari mulutnya. Kepalanya juga berlumuran darah akibat impak yang amat kuat.
Fakhrul pula sedang terbaring beberapa langkah dari Farman. Dia mendarat di atas lopak air. Air itu perlahan – lahan bertukar kemerahan akinat bercampur darah.
' Cepat fikir, kitorang kena kalahkan raksasa ni,' bisik Farhan kepada hatinya. Darah banyak keluar pada kepalanya. Pening. Sangat susah untuk mengatur strategi.
" Farhan, aka ada rancangan, " kata Fakhrul sambil cuba mencapai Farhan. Dia membuat muka kesian. Sangat jelas keinsafan pada mukanya. Namun, Farhan hanya menjeling sebelah mata sahaja.
"Tolonglah dengar. Aku betul – betul dah insaf ni, " Fakhrul cuba lagi untuk merayu kepada Farhan. Nasib menyebelahinya kali ini. Farhan memandangnya dengan betul.
" Apa? " tanya Farhan. Suaranya kedengaran lembut tetapi nadanya kasar. Keadaan sangat kritikal. Dia tiada pilihan lain daripada rancangan Fakhrul.
" Begini, tembak air, lepastu bakar, " Fakhrul terus berkata. Dengan ayat yang pendek itu, mata Farhan terus terbuka luas. Semangatnya kembali pulih.
Tanah. Apabila dicampur dengan air, akan menjadi lumpur. Lumpur akan menjadi keras setelah dibakar. Sama seperti membuat tembikar.
" Amir, Aniq! Tembak air kat golem tu! " Farhan menjerit sekuat hatinya. Amir dan Aniq menoleh sebentar memandang Farhan. Mereka mengangguk tanda faham.
Aniq berlari menuju ke arah golem. Dia menusuk kaki golem lalu mengeluarkan air daripada pedangnya. Ai melimpah ruah lalu menukar kaki golem menjadi lumpur.
Amir pula menarik tali busurnya sehingga maksima. Sengsungut yang ada pada busur itu bergerak sehingga tertonjol keluar. Air mula muncul di antara sengsungut itu.
Gelembung air sudah besar, Amir pun lepaskan tali busur. Air yang banyak menukarkan golem tanah kepada golem lumpur. Golem menjadi lebih sukar untuk dikalahkan. Merea mula berasa hairan dengan rancangan Farhan.
Dengan hanya bertongkatkan pedangnya, Farhan cuba untuk bangun. Dia kehilangan banyak darah dan cedera di merata tempat. Keadaannya kritikal dan hangar lemah.
" Wei, apa kau buat ni? " Fakhrul risau melihat Farhan. Walau cedera bagai nak mati, di masih cuba berdiri.
" Aku kena lawan. Diorang nak keluar dari game ni. " Farhan menggnakan Segala kederat yang masih tinggal. Apabila suda mampu berdiri, dia terus memecut ke arah golem. Semangat untuk bertarung masih ada. Fakhrul termotivasi dengan tindaka Farhan.
" Adam, tembak api kat dia! " arah Farhan sambil berlari. Adam hanya akur dengan arahan Farhan. Dia memanah api ke arah golem. Farhan memanjat tubuh golem yang berlumpur. Api tidak berhanti keluar dari pedangnya. Bahagian yang terbakar terus kering lalu mengeras. Farhan menggunakan bahagian itu untuk memanjatnya.
Sejurus sampai di atas kepala golem, Farhan terus melompat tinggi di udara. Dia fokuskan api pedangnya tepat ke arah golem. Api yang panas itu menolak Farhan supaya tidak jatuh.
Fakhrul mengambil kesempatan it untuk menyerang glom. Ia membelah golem menjadi beberapa bahagian. Asid yang keluar dari pedangnya memudahkannya untuk memotong golem.
Golem bertukar menjadi partikel digital lalu lenyap. Emblem jatuh ke tanah.
" Perhatian kepada semua pemain, Golem telah dikalahkan. Pemain yang berjaya menewaskan Golem ialah Farhan, Amir, Adam, Aniq, Fakhrul, Liana, Danish dan Daniel. Tahniah kepada semua pemain ini," sedang berbunyi, Farhan dan Fakhrul jatuh dengan laju ke tanah. Mereka pengsan. Mereka kehilangan banyak darah. Nyawa eureka dalam bahaya. Air dan Daniel menymbut mereka di udara.