アプリをダウンロード
17.02% SUAMIKU ENCIK LAWYER / Chapter 8: bab8

章 8: bab8

                 "Assalamualaikum,pa,ma,eyh kau pun ada eh dik?" Ucapku sambil menyakat si Syazril.

"mesti lah ada kakak ku,akak ingat Syaz anak pungut?" katanya sambil memasamkan wajah.

"eyh ni ke bakal abang long ?"tanya Syazril dengan nada teruja selepas melihat Zafrel di sebelahku.

"banyaklah kau punya abang long,ni Abang Zaf kawan akak."kenalku,

Kawan kau Saira? Bila pula la kau kawan dengan dia, detak hatiku

"hai Abang Zaf! Eh iyake kawan ni kak Saira? Malu-malu pula eh akak,mengaku je lah ni bakal suami" ujar Syazril sambil ketawa.

"dah-dah la tu sakat kakak kamu tu Syaz,memang dah terang-terang tu kekasih hati dia,kamu tu gatal mulut sangat ye nak bertanya.haa kamu berempat ni,duduk lah" kata papa yang tiba-tiba mencelah.

Aku dan Zafrel duduk bersebelahan,sambil ditenung oleh empat mata milik mama dan papa,

"haa jom la makan"pelawa mama

Sebelum makan,Zafrel terlebih dahulu mengetuai bacaan doa,aku dapat melihat semua ahli keluargaku, tersenyum senang melihat Zafrel.

Baru sahaja masuk suapan pertama,tiba-tiba mama berkata.

"macam mana Zafrel kenal anak mama ni? Tanya mama sambil memandang sekilas ke arahku.

Mama? Haih,mama pun dah bahasakan diri dia mama dengan Zafrel,haihh.. Rungut hatiku

"erm,kita orang jumpa dekat mahkamah tiga tahun lepas,tapi tak rapat pun,and then,a few month ago,Saira apply kerja dekat syarikat saya,so kita orang jumpa time interview,and then start rapat" terang Zafrel dengan ayat yang kami karang semalam.

"its mean,Zaf ni bos Saira lah?" soal mama.

"aah Zaf bos Saira," jawab Zafrel sambil tersenyum memandang ke arah mama.

"wuu,mesti anak kau orang banyak cakap kan nanti,sebab papa and mama dia lawyer" sampuk Syazril sambil menayang muka nakal

Anak? Kahwin pun tak mungkin,kau nak cakap fasal anak Syaz, mimpi lah! kataku tapi hanya bergema di ruang hati.

"Zaf ni asal mana?" tanya papa.

"saya asal kelantan papa". Jawab Zaf sambil tersengih.

"ouh ni sek-sek budu lah ni?" Syaz sekali lagi menyampuk.

"Syaz,jangan menyampuk boleh tak,? Macam budak-budak lah,awak tu dah habis belajar tahu tak." tegur Salina dengan menghadiahkan satu renungan yang tajam kepada Syaz.

"mama,tgk kak lyn ni,"mengadu Syaz kepada mama.

Syazril memang begitu,walau umur sudah mencecah 24 tahun,namun dia tetap anak manja mama,bayangkan boxer dia pun mama yang belikan.Sepanjang dia berada di Australia,hampir setiap hari mama telefon dia,risau sangat dengan anak teruna dia tu.

"ern..,Syaz ambik bidang apa waktu study dulu?" tanya Zafrel.

"Syaz ambik seni bina bang."jawab Syazril.

"dah dapat kerja?" tanya Zafrel lagi

"belum,abang tahu,tak papa suruh kerja kat hospital dia jadi cleaner!"mengadu Syazril kepada Zaf.

Aku menjadi hairan dengan semua orang yang mengenali Zaf,cepat sungguh mereka mesra,Zaf memang baik kalau dengan orang lain,tapi kalau dengan aku,ada sahaja yang hendak digaduhkan.

"haa abang ada kawan,dia arkitek, dia kerja dengan papa dia,kalau Syaz berminat,abang boleh tanyakan."kata Zafrel.

"tak menyusahkan ke?" Tanya Syazril serba salah.

"alah,bukan orang lain bakal adik iparkan"kata Zafrel seraya memandang ke arahku

Aku hanya memberi riak kosong,suka hati dia lah nak buat apa,asalkan perjanjian kami cepat berakhir.

"erm,papa,Zaf nak mintak izin boleh?" tanya Zafrel penuh sopan.

"izin apa?" tanya papa sambil memandang ke arah Zafrel.

"nak bawa Saira jumpa ummi dengan abi Zaf." terang Zafrel dan menghadiahkan segaris senyuman.

"ouu,ingat apalah tadi,bila tu?" Tanya papa.

"erm esok."jawab Zafrel ringkas.

What?! Esok? Dia tak cakap apa-apa pun dengan aku,tiba-tiba je esok,langsung tak berbincang! Rungutku di dalam hati.

"kamu nak bawa Saira balik Kelantan ke?" tanya papa.

"eyh tak lah,ummi dengan abi datang sini esok,jadi saya bawa Saira ke rumah saya sahaja lah,boleh uncle? Erk I mean papa" tanya Zafrel gagap

"eyh papa tak kisah,asalkan Saira selamat,papa percaya pada kamu.nanti bagilah tahulah nak hantar bila." nyata papa

"hantar apa papa?" tanyaku kehairanan.

"hantar rombongan lah kak oi" jawab Syazril terlebih dahulu.

"haa?! Cepatnya papa,bagilah kami masa." kataku bersama kerutan di dahi.

"lah,kan papa dah cakap papa nak kamu dengan Salina kahwin hujung tahun ni,sekarang dah nak masuk bulan 11,kenalah cepat." ujar papa dengan wajah serius.

"tapi papa,Saira..belum ready lagilah nak kahwin,kalau Lyn kahwin dulu boleh?" tanyaku dengan muka meraih simpati papa.

"no excuse Saira! Papa nampak Zaf ni ok je,nampak boleh jadi imam yang baik untuk kamu."kata papa muktamad.

Aku hanya menghela nafas berat,ini bukan yang aku mahu,aku taknak kahwin dengan mamat tu,tapi kenapa papa berkeras sangat tentang isu perkahwinan aku dan Salina ni? Buntu aku dibuatnya.

Aku memandang ke arah Zafrel.tenang sahaja raut wajahnya,adakah semua hal ini tidak terkesan kepadanya?  Adakah aku seorang yang sahaja yang rasa terbeban?

****

Sampai sahaja di rumah,aku cepat keluar dari perut kereta,namun baru sahaja hendak membuka kunci rumah, Zafrel memanggilku.

"Saira,can we talk?" katanya,kedengaran seperti sedang merayu.

Aku memandang Salina dan Syarif yang memndang ke arah kami berdua,jadi serba salah aku dibuatnya.

Dengan berat,aku melangkah perlahan menuju ke arah Zafrel.

"awak nak apa?" soalku acuh tak acuh.

"masuk kereta saya kejap boleh?" soalnya sambil merenung tepat ke arah mataku.

"nak buat apa?!" soalku kembali,dengan nada sedikit marah,aku bukan marah kepada Zafrel tapi aku penat lalui malam ini,penat menjaga hati papa,tapi papa? Tak pernah bertanya apa yang aku rasa.yang dia mahukan hanyalah perkahwinan.

Tanpa menjawab,Zafrel terus menarik lengan bajuku dan masuk ke dalam kereta,

Dia memang suka paksa-paksa ke? Sama macam papa. Degusku

Masuk sahaja dalam kereta,Zafrel berkata.

"Let's get married" kata Zafrel tanpa memandang ke arahku.

"hah?! Awak gila ke?" tanyaku dalam keadaan terkejut.

"its your choice" katanya lagi dengan nada yang mendatar.

"pilihan apa yang saya ada? Kenapa saya perlu kahwin dengan awak? Ni bukan apa yang kita deal En Zaf." kataku dengan nada tegas.

"pilihan yang awak ada adalah berikan papa awak ketenangan atau bagi dia kerisauan." katanya

"apa yang awak maksudkan Zafrel?" tanyaku dengan rasa sabar yang semakin menipis.

"did you know,that your father has cancer on stage four?" ujarnya dengan nada sedikit meninggi.

"cancer? Apa yang awak mengarut ni Encik Zafrel Amran?!" tanyaku dengan suara yang dinaikkan lagi satu oktaf.

"its up to you,saya hanya nak tolong seorang ayah,yang sangat sayang akan puteri-puteri dia." katanya dengan nada bagaikan memujuk.

"awak dah boleh masuk,take your time to think about this." ujar Zafrel lembut.

BERSAMBUNG....

P/s:macam mana semua? Enjoy? Betul ke ayah Saira ada kanser? Atau Zaf menipu? Nak tahu? Kite jumpa next bab ye..apa2 pun enjoy reading semua.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C8
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン