Jam menunjukkan sudah pukul 5.30 petang , sepatutnya shift kerja Laura sudah tamat 30 minit yang lepas akan tetapi rakan sekerja yang shiftnya sudah bermula sejak tadi tidak nampak bayang ini kan pula batang hidung. rakan sekerja yang masuk shift pagi bersamanya sudah pun pulang.Hanya Dia dan Ajim sahaja belum pulang .Laura yang diselubungi perasaan gelisah itu. Asyik meninjau ke luar restoran sahaja.
Die berpaling ke arah Eddy yang sibuk membaca document dalam komputer dibiliknya lantas menanya , " Miss.. Dina datang kerja tak hari ni? dia tak ada WhatsApp apa - apa ke? "
" Tak ada pun. Aku call pun dia tak jawab. kalau dia tak datang , kau la ganti. " dengan nada yang bersahaja.
" Ahh.. mana boleh saya ada kelas martial art lah. Bayar mahal- mahal, asyik skip je rugi la." mengalih pandangan dan memerhati berberapa pelanggan sedang menikmati makanan.
kau memang tak guna kan .. kalau aku jumpa kau .. siap !! . bentaknya di dalam hati. ekspresi muka dia kini seperti singa betina kelaparan tapi dia tetap menghadiahkan pelangan dengan senyuman yang manis kerana dia tahu membezakan antara hal peribadi dan kerja.
Laura mengantikan tempat Dina sehingga lewat malam. Tanpa rela dia akur dengan arahan yang di beri tanda menghormati ketuanya itu. Setelah siap melakukan closing dia menuju ke bilik staff untuk mengambil beg dan sweater miliknya lalu keluar melalui pintu belakang. Dia berdiri di hadapan pintu itu lalu mengeliat . " Arghh penatnya"
"Ehh , kau ni memang suka duduk tengah jalan kan. ke suka orang tolak kau? "
Laura segera menoleh ke belakang dan terkejut akan Ajim yang tinggi lampai itu berdiri hanya sejengkal darinya menyebabkan badannya hilang imbangan lalu jatuh terduduk.
" Aduhh.. kau ni kenapa!? sakit tahu tak. Apa yang kau benci sangat dekat aku ?? cakap lah ! " lalu bangun dan menggosok - gosok punggungnya yang sakit itu.
Ajim dengan muka yang tenang berjalan keluar dan menyandarkan badannya ke dinding sebelah kanan lalu mengeluarkan telefon pintarnya . Dia hairan kerana kebiasaan gadis itu hanya diam seribu bahasa tidak melawan biar pun sudah berkali kali dia menyakitkan hati Laura.
" kau orang ni kalau tak bercakar tak boleh ke? tiap kali jumpa macam anjing dengan kucing. Gee , kau tu perempuan cakap lah lembut sikit baru manis. kau pulak Ajim tak bosan ke dengar si Gee ni menjerit? hairan aku la."
" Miss tu pun..perem.. " belum sempat dia menghabiskan ayat. Eddy menyampuk. " Aku lain..kau tu lain..dah la aku nak balik, kau sambung la gaduh dengan dia ni" segera menghidupkan enjin motorsikal miliknya dan berlalu pergi. Meski pun perwatakkan Eddy menyerupai lelaki tetapi hakikatnya dia tetap seorang perempuan.
Ajim memandang Laura tanpa menyedari bibirnya mengukir senyuman apabila melihat wajah gadis itu yang muncung sambil membebel.
" Ajim , kau nak join tak? aku dengan Ziqri nak lepak mamak. "
Suara itu mematikan lamungan Ajim. Dia melihat Firdaus, Ziqri dan Laila keluar dari restoran tempat mereka berkerja.
" Malas lah, esok aku masuk kerja pagi sampai malam."
"Alah jomm ahh.. malam minggu kot. masyuk lah kau asyik OT je."
" Masyuk tak masyuk dah tak ada orang . kau buat lah boleh aku cuti."
" Ziqri, kau OT lah malam esok weh. ganti Ajim." lalu Daus menyiku lengan Ziqri untuk mendapatkan respon.
" Sorry bro tak boleh lah. Girlfriend aku ajak keluar." kata ziqri yang sedang asyik melayan telefon pintarnya.
" Okay lah kalau kau tak nak. Kami blah dulu ahh." berlalu pergi bersama deruman motorsikal yang ditunggang.
ping..ping.. bunyi hon kereta. "Laila balik dulu kak Gee , Ajim. Ayah dah sampai tu. Bye." Laila melambai tangan dan berlari lari anak menuju ke kereta. Laila pekerja paling muda di situ, umurnya baru 19 tahun. Telefon milik laura berbunyi lalu dia mengeluarkan dari beg. Tertera panggilan masuk dengan nama Mika di skrin. Dia menjawab . " hello..
"Hello my baby.. buat apa tu?" lembut suara milik Mikail yang berjaya menambat hati Laura tiga tahun yang lepas.
" I baru habis kerja. On the way nak balik rumah. Hari ahad ni I cuti, Jom keluar ?.
" I ada group discussion la, sorry ya baby. by the way.. I nak minta tolong sikit ni. I..nak pinjam duit sikit. tak banyak pun 300 je."
" I belum gaji la, ni baru 27 hari bulan. 31 nanti baru I gaji. Bukan ke U baru receive duit PTPTN ke? tak kan habis dah"
" Bila assignment dan group project banyak, banyak lah keluar duit. Nak bayar duit sewa rumah lagi.U cakap sayang I. Sedia nak support I sampai berjaya and then I akan repay balik apa yang U dah buat untuk I. Dah la tak guna I cakap banyak bukan U faham , sebab U tak pernah jadi student pun." terus memutuskan panggilan.
Ayat terakhir yang di ucapkan oleh Mikail telah mengguris hatinya. yaa.. dia tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat universiti kerana dia mahu berdikari dengan usahanya sendiri.
Dia mengeluh dan menyusun langkah untuk pulang ke rumah . Sempat lagi dia menjeling ke arah Ajim tanda tidak puas hati.
"Gee." panggil Ajim dengan suara yang lembut tapi kuat . Laura hanya membiarkan sahaja dia terus berjalan tanpa menoleh ke belakang walaupun sedikit. Ajim mengekori dengan langkah yang laju lalu menyambar pergelangan tangan Laura dan menarik ke arahnya.
" Apa !" garang suaranya. Laura menoleh ke belakang dan memandang Ajim.
" Aku hantar kau balik."
" Aku boleh balik sendiri. kau buang tebiat ke apa ni? tiba - tiba nak hantar aku balik."
" Kau tu buang tebiat, celik mata kau luas - luas sekarang dah pukul 2 pagi. Bahaya jalan seorang."
Laura masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Dia hanya memandang sahaja Ajim yang sedang melangkah menuju ke motor miliknya
" Yang kau tercegat kat situ lagi kenapa ? ke nak aku angkat?"
" Yaa .. Aku datang lah ni. sabar lah.kaki aku bukan panjang macam kaki kau."
"Nah.. pakai ni." Ajim menghulurkan helmet pada Laura.Laura mengambil dan terus memakai tetapi dia terkial- kial cuba mengetatkan tali helmet
"Ishh dia ni.. Naik la cepat."
" ni.. aku tak pandai la. kalau yang nenek aku dulu clickkan aje." lalu menunjukkan tali tersebut pada Ajim.
" kau nih.. meh sini aku buat" Ajim menghulurkan tangan
" kau masukkan tali ni dalam lubang dua- dua besi ni tarik sampai ketat lepas tu ke bawah kan tali ni sumbat balik dalam lubang besi yang first ni. siap."
" thank you." ucap Laura dengan nada yang lembut.
"Dah naik la cepat. lewat dah ni. berembun kang kau tu demam pulak."
" Jangan laju laju tau . Aku takut lah."
Ajim tersenyum nakal bila mendengar Laura meminta supaya jangan laju. Apa yang Laura tidak suka itu lah yang dia akan buat.
Ajim menuruni jalan turun dari taman teman dengan perlahan pada mulanya tetapi dia memulas sehabis mungkin throttle motorsikal miliknya lalu meluncur laju menuruni jalan tersebut. "Ajimmmmmmm !!!! jerit Laura lalu mencengkam erat baju pemuda itu.
Berhenti sahaja motor, Laura terus cepat - cepat turun. Dia menyepak tayar depan motor Ajim berulang kali.
" Orang cakap slow. slow je lah. isshh ambik kau." "
kalau setakat kau yang sepak tak senget pun la motor aku ni. kaki kau yang sakit ade lah. tak nak berterima kasih ke?"
Laura menghentak kaki lalu menuju ke tangga . " Malas aku layan kau.
" helmet aku tu bagi balik lah." hulur tangan tanda meminta.Laura berpusing semula ke arah Ajim yang berada di atas motornya.
"Ambik lah." Dia mendongak sedikit ke atas.
" Buka lah.. Kau yang pakai."
" Tolong la buka. Aku tak pandai" sambil tangan memintal mintal tali helmet."
" Cakap dulu terima kasih Ajim yang baik hati."
" Tak nak..Kau yang sukarela nak hantar aku kan. bukan aku yang suruh." dia memeluk tubuhnya.
" Okay, Aku balik dulu.. semoga berjaya"
Laura memaut lengan Ajim " Ehh.. Ajim.. kau selalu macam ni."
"Cakap dulu.." dengan senyuman nakal.
Dia mendekatkan mukanya lalu berkata "Terima kasih Abang Ajim yang baik hati. buka kan please." Laura senyum dan mengerdip kan matanya beberapa kali. Ajim turun dari motor berjalan menghampiri Laura dan membuka helmet itu.
Laura membetul rambut yang sedikit berserabut kerana di tiup angin semasa dia membonceng bersama Ajim.
" Cepat lah masuk rumah, tak payah betulkan rambut tu bukan ada orang tengok pun .kau ni serba serbi lambat."
Laura menjuih bibir mulutnya dan berjalan menaiki tangga. Ajim mengekori dari belakang.
" Ehh, kau nak ke mana? " tanya Laura.
" Aku teman kau naik la sampai depan rumah. kang jadi apa-apa kat kau , aku jugak kena sebab aku orang terakhir ada dengan kau."
" hurmm , yela tu. bukan kau lagi suka ke? sebab tak payah nampak aku lagi dah kan." meneruskan langkahnya mendaki anak tangga.
Ajim terdiam seribu bahasa . hatinya jadi tersentuh apabila mendengar kata - kata Laura. Dia pun tidak pasti kenapa perasaannya begitu.
Laura membuka digital doorlock rumah sewanya.
"Balik lah. aku dah sampai kan."
" Masuk lah dulu . kau masuk baru aku balik. kalau tak aku tunggu kat sini."
" yela. terima kasih. bye ." Dia menghadiahkan senyuman manis sebelum menutup pintu rumahnya.
Ajim menatap pintu rumah Laura dan membisik kepada hati nya. " Gee.." kenapa dengan aku hari ni?. Aku sepatutnya benci dekat kau.