アプリをダウンロード
50% MISTERI KOTAK HITAM / Chapter 1: Bab 1
MISTERI KOTAK HITAM MISTERI KOTAK HITAM original

MISTERI KOTAK HITAM

作者: imnurhafiz

© WebNovel

章 1: Bab 1

< REZA >

Skrin telefon pintar itu aku kuis perlahan. Bosan. Tiada post baru untuk aku lihat. Tiada orang yang mesej aku untuk tanya khabar. Maybe masing-masing sibuk kot sebab sekarang tengah cuti semester. Member yang sedang menghadap aku pulak bercerita tentang benda yang aku malas nak dengar. Serious, kalau orang tu asyik cakap benda yang sama dekat kau, mesti muak kan? Ha, tu la apa yang sedang terjadi sekarang.

"Serious, aku dah cakap yang aku mintak maaf, tapi dia tu yang beria-ria sangat. Aku ambik gambar dengan Qaseh pun sebab Qaseh yang mintak. Aku tak batak nak awek ramai-ramai. Aku ni jenis yang setia tau!", ujar lelaki berkulit sawo matang di hadapan aku itu. Amin memandang ke arah aku yang sedari tadi mengunci lidah. Aku hanya mengangguk, memberi reaksi kepada leterannya.

"You know what, kau dah cakap benda ni dari minggu lepas tau tak? Tak kan makwe kau tak maafkan kau lagi?"

"Tu la pasal, aku tak paham betul dengan perempuan ni. Marah tak bertempat. Setakat ambik gambar, dah tak nak tegur aku. aku mesej dua tiga hari lepas pun dia tak jawab, kau tau!"

"Memang lah dia marah, dah kau ambik gambar dengan diva kat kolej, Nur Qaseh yang putih melepak tu! lepas tu, kau orang berdua pulak ambik gambar dekat library yang section belakang, yang terselindung dari penglihatan orang lain, mestilah dia pikir kau buat benda pelik-pelik dengan Qaseh"

"Ah, takde maknanya. Aku ni lelaki yang bermoral tahu, aku tak buat benda-benda haram ni"

"Ceh, hisap vape, tak pikir halal haram?", perli aku. Amin hanya tersengih, menampakkan lesung pipitnya. Muka dia petak dan dagu dia tak lah begitu runcing. Boleh kata, sedap mata memandang. Amin ni, hensem orangnya, mungkin tu sebabnya makwe dia risaukan sangat pasal si Amin ni. Pasal makwe dia tu, aku tadah je bila dia nak cerita. Maklumlah dia satu-satunya member dari kolej aku yang duduk kat Temerloh. Rata-rata yang lain semua budak Kuantan. So, secara lumrah alam yang diatur tuhan, tak tahu macam mana, aku dah start berkawan dengan dia.

Peluh yang merenik di dahi, aku lap dengan tangan. Panas sebab bahang dari limpahan cahaya mentari sedang menyelubungi aku. Walaupun kafe tu ada kipas dekat setiap dinding, di setiap ceruk, masih tak boleh nak hilangkan rasa panas tu. Temerloh dah nak jadi pulau haba ke apa ni? Aku makin tak tahan dan tak selesa sebab aku dah bermandi peluh.

Aku baru nak bagi tahu Amin yang aku nak blah dari situ tapi aku batalkan niat tu selepas mendengar apa yang baru dimuntahkan dari mulutnya. "Weh Reza, kau tahu tak yang ada kes dekat kolej kita? Pasal budak perempuan second year medic yang hilang tu, apa nama dia? Afifah? Ada dengar?"

"Hilang? Tak dengar pulak aku pasal budak hilang. Cuba cerita sikit"

"Aku pun tak lah tahu sangat, tapi budak-budak medic semua cakap pasal 'kotak hitam'. Kau tahu tak pasal 'kotak hitam' ni? Dah jadik hot stuff pun", kata Amin sebelum menghirup airnya. Aku menggeleng. Sejujurnya, aku ni jenis manusia yang suka menyendiri, suka lepak sorang-sorang, eventhough ada banyak member ajak keluar lepak. Kalau aku nak lepak dengan member pun maybe dua tiga orang atau dalam group kecil je macam sekarang ni. Bagi aku, sunyi itu satu ketenangan kepada aku.

Anyway, aku memang tak tahu pasal 'kotak hitam' tu. Rasa ingin tahu yang menyelit dalam hati aku sudah menggoncang kemahuan aku untuk mendengar dengan lebih lanjut. Amin menghirup, menghabiskan airnya sehingga ke titisan yang terakhir sebelum membuka mulut untuk melontarkan cerita. Aku pula sudah sedia dengan memasang telinga. Amin memandang aku dengan satu pandangan yang tajam sebelum melihat sekelilingnya. Dia kemudiannya berbisik,

"Weh, kau jangan cerita dekat orang lain tau. Benda yang aku nak cerita ni macam bahaya sikit. Lain macam punya cerita"

"Oh, okay", jawab aku ringkas.

"Macam ni, sejak dua menjak ni, banyak kes orang hilang, tapi majornya semua dekat area Pahang. And basically, budak-budak ni assume… atau mungkin dah conclude yang Temerloh adalah main spot benda 'tu' jadi"

"Benda 'tu'? Heck what?"

"Pembunuhan! Ramai orang cakap orang yang hilang tu semua kena bunuh. Ingat tak pasal mak cik cleaner yang baru datang tiga bulan lepas? Dia pun kalau kau perasan, dah tak kerja dekat situ. Orang semua cakap yang dia kena bunuh", bisik Amin dengan nada ketakutan.

"Wait, what? No, no, no. Ain't shit. Mak cik tu pindah la. Yang selalu pakai cermin mata hitam tu kan? Dia pindah ke mana entah. Tapi keluar dari Pahang la. Aku dengar dia ikut family dia", kata aku dengan nada kecewa. Aku sangkakan yang mungkin kes pembunuhan tu mungkin betul, tapi aku dah mula ragu-ragu apabila dia cakap yang mak cik cleaner tu kena bunuh. Punyalah mak cik tu tinggal dalam area kampung aku dekat Bera tu, memang la aku tahu yang dia pindah. Hati aku dah jadi berbelah bahagi sekarang ni.

Nak balik atau teruskan dengar cerita dari Amin yang di mata aku kini mula melencong ke arah cerita karut.

Bila fikir seminit dua, aku decide untuk tadah je. Salah aku jugak yang tak blah awal-awal tadi. Lagipun kalau aku balik, bukan ada apa sangat dekat apartment aku tu. Mak ayah aku semua duduk jauh, dekat Selangor. So, basically, memang aku sorang je duduk dalam apartment dan memang confirm aku akan tidur lepas balik ni. Jadi, aku rasa tak salah kalau nak duduk sekejap je lagi.

"Macam mana benda ni… situasi ni, orang panggil 'kotak hitam'? I mean, orang hilang kan? Atau mati, tapi tak ada kotak apa pun."

"Haaa, tu yang kau tak tahu. Aku ni dapat tahu dari sorang budak jurusan seni kalau tak silap. Nama dia aku tak ingat la pulak. Dia cakap bila ada orang dibunuh, kepala orang tu akan dipotong dan diletakkan dalam kotak hitam. Lepas tu kotak hitam tu akan diambik…"

"Ambik? Siapa yang ambik?"

"Tak tahu. Aku tak tanya lebih-lebih. But the main point is, budak tu ada cakap yang kotak hitam tu adalah satu tanda penyertaan… or something like that. Aku pun tak faham. Apa-apa pun, benda ni macam tengah hot sekarang. So, baik kau hati-hati. Mana tau time kau balik nanti tiba-tiba ada kotak hitam", ujar Amin dengan senyuman pada wajahnya.

"Pi matilah! Kalau ada kotak ke, apa ke, aku anggap kau je yang buat"

"Eh, aku pulak?"

"Dah nak pukul tujuh dah ni. Balik jom?" Aku tidak hiraukan apa yang Amin baru sebut. Sekarang ni aku tahu aku nak balik je. Bila aku nampak Amin mengangguk, aku bangun terlebih dahulu dengan kaki diatur ke kaunter pembayaran. Selesai membayar, aku terus berjalan keluar dari kafe itu, berjabat tangan dengan Amin, lalu terus melangkah pergi. Barang dapur rasanya dah habis. Singgah TF dululah.

Kunci dipulas, enjin motosikal dihidupkan. Petang itu, aku meluncur melalui jalan raya dengan tenang. Sinar matahari mencium bandar Temerloh sebelum menghilang di balik tabir alam.

..............................…

Motosikal Yamaha berwarna hijau muda itu aku parkir di kawasan hadapan apartment aku. Aku menapak perlahan ke arah tangga sambil membawa satu plastik barangan dapur di tangan kiri dan telefon pintar di tangan kanan. Ada beberapa orang member yang baru update status dekat Instagram. Semua macam gembira je. Ada yang bercuti dekat Terengganu, ada yang pergi dekat area KL je dan ada yang pergi keluar negara, Indonesia. Aku ketik beberapa kali sehingga logo hati berwarna merah timbul di gambar yang mereka post.

Bila nampak member bercuti sana sini, tipu kalau aku kata aku tak jealous. Budak-budak lain semua pergi berjalan merata, aku pulak terperuk dekat Temerloh. Tapi aku tak ada lah sampai tahap nak mereput. At least time cuti ni aku boleh hang out dengan budak Temerloh macam Amin. Balik rumah mak ayah? Out of question. Kalau aku tak ada dekat apartmen aku ni, siapa nak tegur jiran gothic aku setiap hari, si Zack tu? Siapa nak berborak dengan jiran satu floor dengan aku, auntie Zaleha yang ramah bertanya khabar tu?

Setelah aku mendaki anak tangga terakhir pada floor aku, aku terus membelok ke kiri. Suasana gelap. Maklumlah dah pukul lapan lebih. Aku melalui jeriji-jeriji besi ditemani kegelapan. Tatkala aku menghampiri pintu rumah, aku nampak Zack sedang melangkah masuk ke dalam rumahnya. Aku berlari anak, ingin menegur. Boleh kata yang aku ni sebenarnya nak buat kawan. Aku dah lama perhati si Zack ni. Dia ni kecil molek je tubuh dia. Pendek sikit dari aku. Sampai sekarang aku masih was was yang dia tu lelaki atau perempuan. Tapi lepas aku tegur dia sejak minggu lepas, aku rasa dia lelaki kot. Dia jenis yang jarang bukak mulut. Senyap je memanjang. Gothic la katakan. Baju (bila aku nampak je la), tak lain tak bukan mesti ada lambang tengkorak. Kalau pasang lagu, mesti rock and metal yang memekik.

So, kesimpulan basicnya, aku dapat rasakan yang Zack ni lelaki. Anyway, aku terus berlari nak jumpa dia. Zack menoleh dan mata kami bertentang. Kepalanya terus dikalih sebelum dia meluru masuk ke ruang hadapan rumahnya. Dia menutup jeriji besi lalu bergegas untuk masuk ke ruang dalam.

"Zack!" Aku sempat panggil nama dia tapi dia langsung tak pandang dan terus tutup pintu rumah dia. Okay, maybe aku kena reject. Tak kisah lah. Esok aku tegur dia lagi. Tengah melintas bilik nombor 308, aku tak nampak lampu dalam rumah tu menyala. Tu rumah auntie Zaleha. Biasanya pintu terbukak, macam nak mempersilakan perompak melaksanakan tugas. Tapi malam ni lain macam pulak. Auntie Zaleha pergi balik kampung ke? Bila aku usha sepintas lalu, macam tak kot. Kasut tumit tinggi dia ada lagi kat depan pintu tu. Aku abaikan dan terus menghabiskan saki baki langkah ke jeriji besi rumah aku.

Entah apa yang tak kena dengan floor aku malam tu. Serba-serbi tak kena je. Maybe semua penduduk yang satu floor dengan aku dapat hidayah kot. Haha, mungkin.

Bila aku nak ambik mangga rumah aku, hati aku disambar dengan kejutan. Mangga besi yang biasa aku gunakan untuk mengunci jeriji besi itu sudah dipotong pada satu sisi. Fuck! ada orang pecah masuk rumah aku! Apabila aku lihat tombol pintu rumah aku, aku rasa macam aku dah nak naik gila. Tombol pintu rumah aku dah kemek ke arah kanan sebab kena kopak.

Aku tanggal kasut aku dan terus meluru masuk. Aku tengok, meja makan dekat bahagian sebelah kanan berdekatan dengan pintu rumah macam tak terusik. Peti ais pun tak kena rembat. So far, bila aku tengok isi rumah, semua masih dekat tempat asal. Tak ada tanda kena geledah, selongkar atau dialihkan dari tempat asal. Namun apabila aku mengalihkan pandangan ke bawah, ke arah alas kaki yang tertulis 'Welcome', bulu roma aku meremang.

Walaupun kegelapan masih menyelubungi segenap penjuru ruang rumah tu, aku pasti yang aku nampak ada sebuah kotak dekat situ!


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C1
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン