アプリをダウンロード
66.66% Cinderella seorang Putera / Chapter 22: Bab 22 : Something

章 22: Bab 22 : Something

Angin yang bertiup kadang membawa ketenangan dan kadang membawa gelisah. Namun, tanpa tiupan angin itu hidup menjadi lebih huru-hara.

Mata Noah tertumpu pada skrin televisyen tetapi fikirannya jauh melayang. Pn.Thalia yang sibuk membebel di sebelahnya tentang drama yang mereka sedang tonton tidak dia pedulikan. Fikirannya hari ini tiba-tiba melayang ke hari Leon 'membunuh dirinya'. Hari yang selama ini dia cuba untuk lupakan dan kuburkan jauh agar dia tidak mengingatinya lagi. Hari di mana dia dan Caleb tidak lagi bertegur sapa sehingga kini.

"Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa saya boleh berjaya. Saya tidak mahu dicaci orang kerana menumpang nama dan luck awak dan Caleb. Awak percaya kemampuan saya kan?"

Kata-kata Leon beberapa hari sebelum hilang dari rumah anak yatim masih terngiang-ngiang di telinga Noah. Sebab itulah dia sangat positif yang Leon tidak membunuh diri. Dia pasti dan yakin yang terdapat unsur sabotaj dalam kematian Leon tapi siapa dan kenapa.

"Awak tengoklah nanti, nama saya akan menjadi sebutan orang dan mereka yang dulunya mencaci saya akan tunduk kepada saya." Noah tahu yang Leon sering menjadi buah mulut orang-orang di sekelilingnya kerana hubungannya yang rapat dengan Noah dan Caleb. Mungkin mereka cemburu melihat Leon hidup senang disebabkan oleh mereka berdua saat itu. Sehingga digelar 'penumpang nasib'.

Noah memejamkan matanya, sebak memikirkan Leon. Selama ini dia ingatkan dia sudah melupakan rasa sedih dan sakit hati itu. Namun, rupanya dia silap. Sakit yang dia rasakan saat melihat sekujur tubuh tidak bernyawa itu masih sama sehingga kini malahan lebih pedih lagi kerana tidak ada jawapan yang pasti bagi setiap persoalan yang bermain di benaknya.

Polis juga sudah menutup kes tersebut dan menganggap kes kematian Leon merupakan kes bunuh diri yang biasa kerana mereka tidak menjumpai apa-apa bukti yang menunjukkan terdapat unsur jenayah atau sabotaj di tempat kejadian. Mereka menyifatkan bahawa Leon membunuh diri kerana tekanan hidup sebagai seorang anak yatim dan pelajar. Noah tidak dapat menerima kenyataan itu, walau berkali-kali dia cuba untuk memaksa dirinya untuk menerima kenyataan tersebut namun ianya tetap tidak berubah.

"Mama, mama masih ingat tak rumah anak yatim tempat tinggal Leon dulu?" Tanpa Noah sedari soalan itu meluncur keluar dari mulutnya.

Pn.Thalia menoleh pantas kearah anak lelakinya itu. Dia terkejut dan kurang percaya dengan apa yang keluar dari mulut Noah. Selama ini setiap kali dia menyebut nama Leon secara tidak sengaja dia pasti akan melenting tidak tentu pasal. Namun, kali ini dia sendiri membangkitkan isu berkaitan dengan Leon.

"I guess House of Virgin's Child. Kalau mama tidak silap...tapi sudah ditutup tahun lalu."

Leon mengerutkan dahinya, sudah ditutup? Kebetulan atau bagaimana?

"Mama dengar ada unsur penyelewengan kewangan dalam sistem pengurusannya menyebabkan rumah itu tidak lagi dapat menampung kos perbelanjaannya. Anak-anak yang ada terpaksa ditempatkan ke rumah anak yatim yang lain dan ada sebilangan diambil orang sebegai anak angkat." Pn.Thalia menyambung kata-katanya apabila melihat riak wajah Noah yang sedikit bingung. Dia ingatkan anaknya itu tahu tentang perkara tersebut tapi melihat raut wajahnya, dia seakan baru tahu saat ini.

"Kenapa mama tidak pernah beritahu Noah sebelum ini?" Noah bertanya tidak puas hati. Boleh pula perkara itu terjadi hampir setahun sudah tetapi dia langsung tidak mengetahui apa-apa. Walaupun Leon sudah tidak ada di rumah tersebut tetapi dia masih ambil berat tentang anak-anak yang lain kerana mereka adalah adik-adik kesayangan Leon dahulu.

Pn.Thalia menarik nafas dalam-dalam.

"Takkan Noah lupa yang setiap kali mama mahu bangkitkan isu mendiang Leon, Noah melenting? Isu yang tidak berkaitan dengan Leon tetapi mengingatkan Noah kepadanya juga sudah membuatkan Noah marah tidak tentu pasal. Apa lagi kalau mama sebut tentang rumah anak yatim bekas tempat tinggalnya. Rasanya apa reaksi Noah saat itu?"

Noah sekadar tersengih tidak mampu untuk menjawab kata-kata mamanya. Tapi bila dia memikirkan kembali hal tersebut, dia dapat menghidu sesuatu yang agak mencurigakan. Setahu Noah, rumah anak-anak yatim The Virgin's Child merupakan sebuah rumah anak-anak yatim yang sudah lama ditubuhkan. Boleh dikatakan yang rumah tersebut sudah kukuh untuk berdiri sendiri. Unsur penyelewengan kewangan? Sewaktu Dr.Melda yang menguruskannya sebelum bersara semua berjalan dengan lancar tetapi sejak anaknya Dr.Mike yang mengambil alih, Leon selalu mengadu tentang makanan yang tidak mencukupi dan keperluan asas anak-anak yang tinggal di situ terabai. Sehingga Leon terpaksa bekerja sambilan di kedai serbaneka 24jam secara rahsia untuk memastikan adik-adiknya mempunyai wang saku ke sekolah. Walaupun, Leon tidak mempunyai adik kandung tetapi semua yang tinggal di rumah itu dia anggap sebagai adik beradiknya. Kebetulan, dia adalah penghuni yang paling tua di dalam rumah itu. Penghuni yang sudah mencapai umur 18 tahun tidak lagi tinggal di situ dan selalunya mereka tidak lagi ingin mengambil tahu tentang penghuni yang lebih muda.

"Saya rasa saya perlu mencari rumah sewa sendiri dan bekerja sendiri tidak lama lagi, kalau boleh saya mahu membawa beberapa orang adik beradik yang lain untuk tinggal bersama saya." Ujar Leon sambil tangannya sibuk menyalin nota di papan tulis.

"Awak ingat awak dah cukup umur untuk tinggal sendiri? Wake up, man! Awak tue baru 17 tahun. Manalah layak untuk keluar dari Virgin's Child, apa lagi kalau mahu membawa adik-adik kamu yang lain." Caleb di sebelahnya menjawab.

"But i need to do it. Korang tak faham..." Leon kelihatan cukup bertekad. Noah hanya mendiamkan diri meneruskan kerjanya. Hanya otaknya sahaja yang ligat berfikir, namun dia tidak menyuarakan apa-apa pendapat. Mungkin kalau mereka lebih peka dan mengambil serius kata-kata Leon pada ketika itu, Leon masih hidup sehingga kini dan merealisasikan impiannya untuk membantu adik-adiknya yang lain.

Namun pada saat itu perbualan tersebut menjadi perbualan biasa yang tidak membawa sebarang maksud. Leon tidak lagi pernah menyebut tentang isu mahu menyewa rumah atau keluar dari rumah The Virgin's Child. Noah dan Caleb juga sudah terlupa tentang hal tersebut. Sehinggalah saat ini, barulah Noah terfikir tentangnya. Adakah Leon tahu tentang sesuatu yang sedang berlaku di dalam tampuk pentadbiran The Virgin's Child? Adakah kematian Leon ada kaitannya dengan isu yang mamanya katakan? Ah, mustahil ! Leon masih terlalu muda untuk terlibat dalam apa-apa masalah, lagipun Leon bukannya jenis yang suka mencari masalah. Bukan seperti dirinya yang sering terlibat dalam pelbagai masalah di dalam dan luar sekolah. Sebab itulah dia dikenali sebagai The Devil.

Diri Noah semakin tertanya-tanya tetapi dia tahu yang dia tidak mempunyai kemampuan untuk menyiasat hal tersebut lebih lanjut lagi. Dia hanya mampu berteka-teki di dalam hatinya sahaja.

"Noah, mama sebenarnya ada soalan nak tanya..." Noah melirik memandang Pn.Thalia, menanti apakah soalan yang mahu diajukan itu.

"Kenapa Caleb tidak pernah datang ke rumah kita lagi?" Noah tidak menyangka soalan itu yang akan keluar dari mulut mamanya. Dia terdiam seketika, tidak tahu apa yang perlu dia katakan. Rupanya selama ini dia tidak pernah memberitahu mamanya tentang masalah yang mereka sedang hadapi. Sudah pastilah mamanya akan berasa hairan kerana sebelum ini Caleb selalu datang bertandang ke rumah mereka untuk saja-saja melepak atau untuk makan malam atau sekadar untuk lawatan sosial semata-mata.

"It just...we are both so busy. Plus we are not in the same class anymore." Alasan yang agak lapuk. Siapa yang akan percaya dengan alasan-alasan sedemikian. Budak tahun 5 juga boleh memberikan alasan yang lebih baik daripada itu.

"Oh...really? So, di sekolah kamu masih bersama-sama? Susah untuk mama mahu percaya yang kamu boleh berenggang pula atau ada apa-apa yang telah berlaku?" Noah tersengih menggeleng ragu-ragu. Adakah membohongi mamanya adalah satu tindakan yang bijak? Apa-apa pun dia malas mahu menerangkan kepada mamanya saat itu, nanti kalau dia memberitahu keadaan sebenar panjang pula ceritanya. Biarlah dia merahsiakan hal tersebut daripada pengetahuan mamanya untuk saat ini. Bila tiba masanya nanti dia akan menjelaskan hal sebenar kepada mamanya.

"Then, ajaklah Caleb datang makan malam dengan kita sekali-sekala. Awak juga tahukan...his parents rarely at home. Busy memanjang. At least he got someone to eat with sometime." Semakin panjang pula kisah Caleb. Sakit telinganya mendengar nama mamat itu disebut-sebut. Ini baru disebut, belum lagi menghadap mukanya. Noah tidak menjawab, dia berpura-pura fokus menonton drama entah apa-apa di televisyen. Mahu masuk ke dalam bilik takut nanti mamanya akan syak yang bukan-bukan. Tidak pasal-pasal dia perlu menghadap mamanya itu dan menjelaskan hal dari A hingga Z. Sudah pasti mamanya akan memarahinya kerana berfikiran yang bukan-bukan dan tidak masuk akal. So, hadap sajalah drama mengarut yang menjadi kegemaran mamanya itu. Entah, apa sangatlah yang best dengan drama Korea yang menjadi kegilaan ramai itu. Nak kata pelakonnya hensem-hensem, hensem lagi dirinya.

"Noah, awak dengar ke mama cakap nie?" Suara Pn.Thalia sedikit tinggi, geram apabila anaknya itu tidak memberikan sebarang respond.

"Iya, mama...iya...mama tak nampak Noah tengah concentrate tengok drama nie? Noah jawab dalam hati sajalah." Noah menjawab acuh tidak acuh. Concentratelah sangat.

"Ya lah tue concentrate tengok drama. Noah bukan faham pun jalan ceritanya. Alasan semata-mata." Pn.Thalia memarahi. Noah melirik memandang mamanya itu kemudian memeluknya manja (okay, ganas-ganas macam mana pun tetap ada taman di hati bila dengan parents). Nanti kalau mamanya itu merajuk satu hal lagi untuk dipujuk. Tua-tua begini, rajuknya boleh tahan juga. Lebih liat memujuk berbanding pujuk girlfriend.

"Sebab tak fahamlah Noah cuba untuk fokus mama. Kalau Noah tidak faham, mama mahu membebel dengan siapa lagi tentang drama mama nie nanti? Bukan ada siapa-siapa lagi dalam rumah nie yang mama nak jadikan rakan kongsi cerita drama. Noah sajalah yang ada untuk melayan." Noah menjawab bijak. Brilliant Noah. You are the best! Dia bangga dengan dirinya sendiri kerana boleh menyusun ayat yang begitu telus dan menyakinkan itu.

"Apa-apalah...malas mama nak layan kamu nie. Kejap fokus dengan topik, kejap lagi fokus benda lain. Entah, macam manalah teman wanita kamu nie tahan dengan sikap kamu." Noah tersenyum lagi, teman wanita? Terbayang wajah Orange.

Tiba-tiba dia rindu pula dengan gadis tersebut. Gadis yang kononnya kini cuba untuk jual mahal dengan dirinya tapi selalu jatuh juga dalam perangkapnya (jangan salah faham, bukan perangkap yang negatif tapi positif). Noah melirik melihat jam tangannya, baru jam7.00 pm masih awal. Masih boleh lepak-lepak beberapa minit dengan Orange. Luar rumah pun boleh, janji dia boleh bertentang mata dengan gadis tersebut. Dia kemudian bingkas bangun dari duduknya dan berlari naik ke biliknya.

"Eh, what happen? Where are you going?" Pn.Thalia terkebil-kebil hairan. Beberapa minit kemudian Noah turun dengan berpakaian kemas. Harum semerbak perfumenya.

"Noah keluar dulu sekejap mama. Nak jumpa seseorang." ujarnya sambil bersiul-siul menuju ke pintu keluar.

"Jumpa girlfriend?" Pn.Thalia bertanya bersahaja. Noah tidak menjawab dan hanya sekadar mengangkat tangannya 'peace'.

"Next time bring her home. Dinner with mama. Mama pun nak kenal juga gadis yang berjaya mencuri anak jantan mama nie. Atau mama memang sudah pernah nampak sebelum ini?"

Langkah Noah terhenti dia menoleh memandang mamanya seketika. Mama pernah nampak? Bila? Dia tertanya-tanya sendiri. Pn.Thalia tersenyum penuh makna, tepat jangkaannya.

"Noah lupa tempoh hari? Dia pernah jemput Noah ke sekolahkan."

Noah berusaha berfikir, bila masa Orange datang menjemputnya? Oh, that day! Dia kemudian mengenyitkan matanya kepada Pn.Thalia dan berlalu keluar.

"Jaga baik-baik anak gadis orang, Noah. Jangan buat benda tak senonoh, ingat pesan mama tau!" Keadaan sunyi senyap kemudian kedengaran bunyi enjin kereta Noah dihidupkan dan berlalu meninggalkan halaman rumah mereka.

Pn.Thalia tersenyum senang. Noah merupakan satu-satunya anak kesayangannya bersama dengan suaminya. Namun, kini suaminya tidak lagi tinggal bersama mereka. Dia sudah menetap di Perth, Australia untuk menguruskan perniagaan perkapalannya di sana. Manakala dia pula menguruskan urusan perniagaan di Malaysia. Persoalan tentang status hubungan mereka suami isteri sering diajukan. Sejujurnya, dia juga kurang pasti dengan status hubungan mereka. Bercerai? Tidak. Masih saling mencintai? Sudah lama mereka tidak bertemu dan berhubung kecuali tentang perniagaan. Kadang-kadang dia berasa kasihan dengan Noah tapi anaknya itu tidak pernah menunjukkan yang dia kisah tentang ketiadaan bapanya di samping mereka.

Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana Noah membesar menjadi seorang anak yang baik dan matang (kadangkala) serta boleh diharap. Hanya satu yang dia harapkan, Noah akan membahagiakan gadis yang dia pilih dan tidak menjadi seperti bapanya. Menjadikan wanita sebagai boneka dan cagaran dalam kehidupan. Grow up to be better person, Noah.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C22
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン