Orange berjalan sambil menunduk di sebelah Noah. Tidak kuasa rasanya untuk dia mengangkat mukanya memandang ke hadapan. Dia dapat rasakan yang banyak mata memandang dan merenung dirinya dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Sesekali juga kedengaran suara-suara sumbang berbisik tentang dirinya (atau itu hanya halusinasinya semata-mata). Oh, God help me. Orange berdoa di dalam hati. Dia mengangkat sedikit kepalanya memandang Noah yang berjalan seiring dengannya dan seperti biasa lelaki itu seperti tiada perasaan dan masih dengan wajah selambanya. Sudah tentulah dia dengan wajah selamba sebab dia yang merancang semua ini untuk menyusahkan diri Orange.
"What? Am i look handsome today? Sampai awak tak jemu-jemu merenung saya sejak dari dalam kereta lagi?" Noah menegurnya tanpa memandang kearah Orange.
Gosh.
Orange tertunduk malu sendiri, wajahnya merona merah. Boleh pula dia kenakan dirinya lagi. Handsome? Handsome lagi husky jiran sebelah rumah saya. Orange mencebik di dalam hati.
"Remember, you need to wait for me today if you wanna go to the canteen or else..." Noah memberikan amaran lagi. Sepanjang perjalanan dari rumah Orange sehinggalah mereka sampai ke sekolah, dia asyik membebel tentang 'dating' rules mereka dan what 'if' Orange melanggar salah satunya. Naik jenuh dia mendengar, macamlah dirinya itu benar-benar teman lelakinya.
"Hi, Orange."
Secara automatik, langkah kaki Orange terhenti mendengar suara tersebut. Hatinya berbunga-bunga tiba-tiba. Caleb. Dia mengangkat kepalanya memandang arah suara tersebut sambil tersenyum riang.
"Orange, come! Loceng akan berbunyi tak lama lagi!" Belum sempat dia membuka mulutnya, tangannya ditarik kasar oleh Noah. Jangankan menjawab, sempat melihat wajah Noah pun tidak. Hampir tercabut tangannya ditarik oleh Noah sambil berlari ke kelas. Tercungap-cungap Orange dibuatnya.
"Awak tak jelas lagi ke dengan my 'rules' that i have told you. No talking to other boys!..."
"And no eye contact with them in no matter what happen." Orange memintas kata-kata Noah sebelum dia habis berkata-kata. Noah menarik nafas dalam-dalam kemudian meninggalkan Orange di hadapan pintu kelasnya selepas beberapa minit merenung tajam gadis tersebut.
Orange menjelirkan lidahnya geram, mahu sahaja dia menanggalkan kasutnya dan membaling kepala Noah. Tapi apakan daya itu hanyalah angan-angan semata-mata.
"Good morning Orange, you look gorgeous today." Pn.Angel menegurnya mesra, Orange tersipu malu sambil menyusul di belakang cikgunya itu, semoga perkara tidak senonoh yang dia lakukan sebentar tadi tidak dilihat oleh Pn.Angel. Dari kejauhan dia dapat melihat Corina sudah siap sedia untuk mendengar setiap satu penjelasannya seperti yang dia katakan di dalam mesejnya semalam. Good luck, Orange!
******
Mata Noah melilau memandang dua orang gadis yang melintas di luar kelasnya. Its not Orange. Dia berpaling kembali menumpukan perhatian kepada En. Claude yang sedang menerangkan jenis-jenis lukisan yang berkaitan dengan pengkaryaan dan perekaan. Walau bagaimanapun, tumpuannya terganggu lagi apabila ada susuk tubuh yang melintas di luar kelasnya. Dia sebenarnya agak bersyukur juga kerana kelasnya terletak di laluan ke tandas perempuan (in some reason). Senang bagi dirinya untuk memantau pergerakan Orange, jika dia ke tandas. Matanya tajam memandang ke luar kelas apabila susuk tubuh tersebut milik Orange dan seperti biasa, seperti sebelum-sebelum ini dia berjalan sambil melihat hujung kasutnya. Bezanya, rambut yang dulu mengerbang dan mengurai panjang kini diikat pony tails dengan kemas. Memperlihatkan sisi wajahnya yang jarang-jarang kelihatan sebelum ini. Noah tersenyum sendiri. Jauh di sudut hatinya dia memuji kecantikan gadis tersebut yang dia sembunyikan selama ini dan kini terserlah sedikit demi sedikit.
"Ouch!" Orange terjerit kecil apabila kakinya tersadung dengan simen yang tidak rata, Noah hampir terlompat untuk berlari ke luar. Nasiblah dia sempat menahan dirinya walaupun kerusinya agak terundur sedikit. Xander yang duduk di hadapannya menoleh ke belakang kerana turut terkejut mendengar bunyi kerusi Noah.
"Takkan terlentok awal pagi, Noah?" Dia menegur sambil tersengih nakal. Noah hanya tersenyum simpul sambil berpura-pura membetulkan kolar bajunya dan mengurut dadanya. Careless betullah perempuan nie. Tak pasal-pasal bertambah lagi parut di lututnya nanti. Dia memarahi dalam hati. Kemudian terbayang kejadian minggu lalu apabila Orange terjatuh di dalam kelasnya sehingga lututnya cedera dan lelaki itu yang membawanya ke bilik rawatan. Noah mengetap bibirnya geram. Kemudian, keesokan harinya, dia juga yang menjemput Orange ke sekolah menyebabkan dia terpaksa menanti di luar pagar rumah gadis tersebut tanpa mengetahui apa-apa. Nasiblah, mama Orange datang dan memberitahunya, kalau tidak memang hingga ke sudahlah dia menanti Orange keluar dari dalam rumah.
"Noah, stop dreaming. Come back to reality!" Suara En.Claude mengejutkan Noah, Noah tersengih sambil mengangkat tangannya tanda meminta maaf.
Beberapa minit berlalu, Noah sudah tidak senang duduk, matanya sekejap-sekejap menoleh keluar jendela, mencari bayang Orange yang tidak muncul-muncul. Takkanlah dia pengsan dalam tandas? Noah menggeleng perlahan, tidak mungkin. Orange bukannya ada apa-apa penyakit pun tapi bagaimana kalau dia tergelincir kemudian jatuh sehingga tidak boleh bangun? Noah menggeleng laju. Eh, apahal pula dia risau tiba-tiba? Orange bukannya budak kecil lagi untuk tidak tahu menjaga diri sendiri. Lagi pun, buat apa dia mahu menyibuk hal gadis tersebut? Sejak bila pula dirinya prihatin terhadap Orange yang hanya merupakan seorang 'maid' baginya.
Noah bingung sendiri.
"Noah, sejak awak couple dengan budak weirdo tue...baru saya sedar yang dia cantik dan menawan." Xander tiba-tiba menegurnya, Noah tersengih tidak menjawab tetapi dalam hatinya tiba-tiba terasa membara. Pelik.
"Kalaulah awak nanti sudah bosan dengan dia, pass pula dengan saya." Tambah Xander lagi sambil tertawa kecil.
Bam!
Noah menghentakkan tangannya ke meja tiba-tiba. En.Claude yang sibuk menulis nota di papan tulis, menoleh terkejut. Begitu juga dengan pelajar yang lain.
"Cakap baik sikit, Xander. Shes my girl and nobody can touch her not even laying a finger on her. Don't tell me i don't warn you if anything happen on you." Noah memberi amaran keras, geram dengan kata-kata Xander sebentar tadi. Xander hanya mampu merenung rakannya itu, dia bingung dan sedang menghadam apa yang telah dia lakukan sehingga Noah melenting sebegitu sekali.
Selesai dengan kata-katanya, Noah beredar pergi tanpa mempedulikan En.Claude yang terpinga-pinga di hadapan.
"Cikgu, i'm so sorry." Noah sempat meminta maaf sebelum melangkah keluar dari pintu kelas. Xander menoleh memandang En.Claude yang sedang merenungnya dengan muka masam mencuka. Matilah, singa akan mengaum tidak lama lagi.
"I'm just kidding...i don't even mean it. Sorry, class." Ujar Xander sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak sangka Noah boleh naik angin pula dengan kata-katanya, dia hanya bergurau tapi tidak menyangka hal sedemikian akan berlaku. Kata-kata tersebut adalah perkara biasa dalam kalangan mereka bersahabat dan Noah turut sering mengatakannya dengan tujuan bergurau. Entah, roh setan mana yang merasuk dia hari ini. Xander bermonolog sendiri. Adakah dia benar-benar sudah jatuh cinta dengan gadis weirdo itu?
******
Orange keluar dari dalam tandas sambil menyanyi kecil dan seperti biasa dia berjalan sambil menunduk tanpa memandang ke hadapan.
"Hati-hati bila berjalan, mata tue tengok depan. Nanti terlanggar jodoh."
Orange mendongak pantas, langkahnya serta merta terhenti. Jantungnya hampir tercabut kerana terkejut ditegur tiba-tiba.
"Oh..." Orange tersenyum riang. Its Caleb.
"What a coincidence, huh." Ujar Caleb sambil tersenyum lebar. Orange membalasnya dengan agak kekok.
Waduh, dalam banyak-banyak tempat di sekolah ini, boleh pula dia terserempak dengan Caleb di depan tandas. Nasib baiklah dia berkelakuan senonoh. Bak kata orang tua-tua, jodoh akan jumpa kita sewaktu kita berada dalam keadaan yang paling teruk dan keadaan sekarang ini adalah yang paling teruk. Hello, in front of the toilet? Seriously guys, this is not romantic at all.
Noah yang sedang membara panas di hatinya melangkah geram ke arah tandas wanita apabila dia melihat susuk tubuh yang agak familiar sedang berbual dengan Orange di hadapan tandas. Dia mengetap bibirnya geram.
Tak habis-habis nak buat saya naik darah.
Bukk!
Satu tumbukan padu hinggap di pipi Caleb, Orange terundur ke belakang tidak mampu berbuat apa-apa. Dia bingung dan terkejut dengan kehadiran Noah yang tiba-tiba.
"I've warned you! Don't disturb what is mine." Noah bersuara keras sambil memandang Caleb yang tersungkur menyembah bumi, kalau diikutkan hatinya. Mahu lagi dia membelasah lelaki tersebut.
"Noah, stop! What are you doing?" Orange menarik tangan Noah apabila berjaya mengumpulkan tenaganya untuk bersuara. Tubuhnya menggigil terkejut dan gerun melihat kejadian tersebut. Dia tidak menyangka yang Noah akan muncul dan menumbuk Caleb.
Noah menarik nafas geram sambil matanya terus menerus merenung Caleb yang sudah bangkit dari jatuhnya.
"Nice punch,bro." Caleb mengelap sisa darah di bibirnya sambil tersenyum sumbing.
Noah cuba untuk menarik tangannya tetapi dirangkul kemas oleh Orange.
"Noah, stop! Lets go..." Orange beredar sambil terus menerus merangkul tangan lelaki tersebut. Nanti tidak pasal-pasal pertumpahan darah akan berlaku. Di hadapan tandas perempuan Pra-U SMK Keningau.
"Sorry..." Dia sempat berbisik kearah Caleb, rasa bersalah menebal di dalam hatinya.
Tiba di hujung kelas, Orange melepaskan tangannya sambil merenung tajam kearah Noah yang masih kelihatan sisa marahnya. Orange menarik nafas dalam-dalam, mencari seribu satu kekuatan untuk bersuara.
"Bukan saya sudah bagi amaran dengan jelas ke tentang 'rules' bercakap dengan lelaki terutama Caleb?" belum sempat Orange membuka mulutnya, Noah sudah mendahului. Terpaksa dia telan kembali apa yang dia mahu katakan.
"Awak fikir saya tak nampak ke awak lalu kat kelas saya? Dan awak fikir saya tak tengok jam ke berapa lama awak kat tandas? Tak sangka pula awak me..." Noah tidak meneruskan kata-katanya.
Berdesing telinga Orange mendengar ayat terakhirnya, walaupun kata-kata tersebut tidak dihabiskan, dia dapat meneka ayat seterusnya.
"Who are you to control my life? I'm not your girlfriend! Awak saja nak kenakan nak susahkan hidup saya sahaja." Orange bersuara marah, dia tidak mempedulikan lagi volume suaranya yang agak kuat berkemungkinan akan didengari oleh mereka yang berada di kelas berdekatan.
"Its pretty obvious that you are my forever 'maid' and you can't deny it. Except you want me to reveal your big secret to the world." Noah menjawab. Orange menelan air liurnya, kelu dan cuba mencari ayat power lain.
"What if i'm your 'maid'? Saya pun manusia, remember. I have family that loves me as i am. Accept me for who i am and unconditionally. Why should i obey your every words just because of my diary? It won't kill me. Tho, you tell the world. You are torturing me and i can't stand it anymore. Why don't you just kill me? Kalau saya benar-benar menyusahkan hidup awak." selesai dengan kata-katanya, Orange terduduk menangis. Dia sudah tidak tahan dengan layanan Noah kepadanya. Ini sudah melampau batasnya.
Noah terdiam, kali ini gilirannya yang terdiam. Dia tidak menyangka yang Orange akan menangis di hadapannya. Dia tidak pernah menyangka keadaan ini akan berlaku (keadaannya berbeza dengan keadaan di mall sebelum ini.) Dia tidak tahu mahu mengatakan apa kepada Orange. This is rare.