Sudah seminggu lebih kami berada dikem, hari ini adalah dua hari sebelum kami bergerak menjalani latihan hutan, hari ni kami diarahkan untuk membersih dan membasuh khemah yang agak lama tidak digunakan, khemah yang mampu memuatkan 50 anggota dan mungkin lebih, tapi khemah itu tidak boleh diangkat dengan orang seramai 4 atau 5 orang kerana khemah itu agak berat kami memerlukan sekurang-kurangnya 6 orang anggota ke 7 orang anggota untuk mengangkat khemah tersebut untuk dibentangkan diatas padang kawat, korperal zul pula membawa hos bomba dan disambungnya ke pili bomba untuk memulakan proses pembasuhan dan pembersihan, untuk khemah sebesar itu kita tidak boleh menggunakan getah paip biasa tak tau lah bila akan siap khemah dibasuhnya kerana itu kami menggunakan hos bomba lebih pantas untuk menyiapkan basuhannya, lagi pun bukan 1 khemah kami kena basuh ada lagi 8 khemah yang boleh memuatkan 8 orang yang perlu kami basuhkan.
Kami membasuh bermula dari jam 8pagi sehingga selesai pada pukul 3.30 petang dan kini proses penjemuran dan pengeringan dan selepas itu proses melipat, jangan pikir melipat itu mudah, ada tatacaranya yang tersendiri, dikem kami diberi makan sebanyak 5kali sehari, pagi sarapan pagi tapi dikem mereka tak panggil sarapan pagi tapi ianya dipanggil kudapan pagi, seterusnya minum pagi pada pukul 10, makan tengah hari antara pukul 12 ataupun pukul 1 petang bergantung pada jurulatih masing-masing, setelah itu minum petang anggaran masa antara pukul 3 ataupun 4 petang dan akhir sekali makan malam, kalau kena "luck" dapatlah merasa makan tengah malam itu pun kalau ada.
itulah rutin kami seharian, pagi pukul 8 hingga 3 petang kami ada latihan kawat, dari kawat kaki ke kawat senjata, waktu rehat bergantung pada jurulatih masing-masing, kadang-kadang kami buat latihan kawat kaki sampai tak sedar matahari dah terpacak diatas kepala, peluh tak payah cakap baju kami sampai lencun macam kena hujan lebat. Bila kami betul-betul dahaga kadang-kadang koperal zul selalu hidangkan kami air garam satu "jerican" sampai kawan-kawan ramai yang fade up dengan gurauan kasar korperal sampai ada yang sanggup teguk air paip lebih bagus rasanya dari air garam bercampur batu jalan mana entah dengan rumput pun ada dijumpai dalam jerican tu.
Pukul 1.30 semua dah tercongok disurau untuk solat asar ada yang pergi kerana kewajipan sebagai umat, ada yang pergi kerana terpaksa dan terseksa takut kena ceramah dengan sarjan tak henti-henti, 4.30 solat asar, 7.30 maghrib dan 8.40 isyak ini waktu kasar sebab aku pun tak berapa ingat waktu pada tahun itu, kalau nak diingatkan kembali rasa dah hampir 18 tahun lepas dah memori lama berulang kembali, aku pun dah R.O.D ( retired on demand ) tak larat dah. Walaupun kami ni simpanan tentera darat separuh awam separuh tentera tetapi latihan ketenteraannya menggunakan latihan zaman 60-70an agak kasar latihannya berbeza dengan latihan ketenteraan yang memakan masa tempoh kursus asas selama 9 bulan berbanding kami yang hanya sebulan, kalau kami di padang kawat pukul 4 pg, mereka kalau ikut waktu sekarang terlampau mudah pukul 6 pagi baru ada dipadang kawat.
Nak dijadikan cerita hari untuk latihan tempur hutan sebenar sudah pun bermula, 10x truck 7ton siap menunggu diperkarangan padang kawat, kami yang lengkap berpakaian loreng ( camouflage) bersama pouchers, senjata M16 dengan tali sling dan juga kelopak ( magazine ) kosong siap berbaris dipadang kawat menunggu kedatangan timb komander kem Leftenan Kolonel ????? (sebab aku tak ingat dah lama sangat.)
Nak tunggu pegawai habis berucap sahaja dah makan masa sejam aku sampai apa dia cakap tak masuk dalam kepalalah sebab kaki dah sakit berdiri tengah-tengah panas dengan baju loreng yang pada masa itu agak tebal rasanya, dengan helmet latihan tempur yang diperbuat dari plastik jenis berat tebal pula tu, setelah habis ucapan pembukaan pegawai timbalan komander kem kami diiringi dengan bacaan doa sebelum mengorak langkah memanjat trak askar Hicom lepas seorang, seorang naik ke belakang trak. Setelah kesemuanya selesai, kami memulakan konvoi kami ke tempat kami tujui iaitu tempat latihan tempur yang dibuat disebuah kawasan ladang kelapa sawit yang terletak dirembau, dan tempat itu agak keras kerana banyak kubur orang asli berada disitu. Dalam proses kami menurunkan barang kelengkapan yang diperlukan salah seorang anggota kami tidak tahan untuk membuang air kecil lalu dia hanya meluru dan memancut pada salah satu pokok kelapa sawit, dan disitulah bermulanya detik seram kami sepanjang kami berada disitu. Seperti kami semua ketahui setiap tanaman yang dijaga oleh orang asli disitu mereka akan meletakkan satu jin penjaga, tapi pada masa itu kami masih belum mengetahuinya lagi, nak dijadikan cerita, masa tu dah tiba waktu makan tengah hari, kitaorang semua dah beratur dengan mestin ditangan mengambil sesenduk nasi dan lauk dan duduk dimana-mana tanah yang rata dan mula menjamah makanan tengah hari kami, walaupun lauknya tidaklah sesedap masakan air tangan ibu sendiri tapi kami bersyukur kerana masih dapat merasa makanan berbanding dengan negara lain yang sekarang masih lagi terlibat dengan perang "saudara" .
Disaat kami sedang leka menjamu selera, tiba-tiba terdengar suara orang menjerit meminta tolong, lolongan dan jeritannya itu bergema dikawasan ladang sawit, kami apa lagi kami langut kepala kami sambil terkial-kial mencari dari mana arahkah punca suara itu datang, akhirnya kami terlihat rakan kami yang tadi tidak tahan mahu membuang air kecil dan memancut terus diatas tanaman orang asli tadi kelihatan seperti sedang bergelut sendirian, seperti disampuk jin, kami terus bertukar arah pandangan kami yang tadi membelakangkan sungai dan kini kami duduk menghadap sungai, dan rakan kami tadi berada diseberang sungai sedang bergelut sendirian, kelihatan diwajahnya pucat lesi dan juga ketakutan yang amat sangat, kami masa itu masih tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Kami hanya melihat seperti menonton filem sambil mengunyah makanan kami, ibarat popcorn ditangan sambil melihat filem.
Rakan kami pada masa itu situasinya seperti seseorang sedang mencekik dia tetapi entahlah tak tau nak cerita macam mana, tangan kanan mencekik lehernya sendiri manakala tangan kirinya pula seperti cuba untuk melepaskan cengkaman tangan kanannya itu seperti pertarungan dua entiti dalam satu badan, dia masih menjerit meminta tolong, waktu pada itu ialah jam 4.30 ptg dan kami pun curiga juga waktu macam ni pun dah ada "hantu" ke? Sesungguhnya kami memang tidak mengetahui bahawa ladang sawit yang kami berada pada masa itu adalah suatu tempat yang amat "keras" (seram, angker) disitu, disitulah bermulanya detik cemas kami dimana dalam 1 hari 8 orang sekali gus kena sampuk dalam waktu berbeza pada hari yang sama.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
*nota*
sampuk - dirasuk oleh entiti lain
mestin - bekas makanan tempur yang diperbuat dari keluli tahan karat.
ransum - bekalan makanan yang disediakan oleh angkatan tentera
R.O.D - retired on demand atau berhenti atad kerelaan sendiri.
Jerican - suatu bekas besi yang digunakan untuk mengisi sebarang jenis cecair, dan jerican juga terbahagi kepada bermacam jenis, seperti dimana mana kenderaan tentera seperti land rover mereka ada jerican mereka sendiri iaitu "fuel jerican" atau ejaan betulnya Fuel Jerrican ada yang digunakan untuk mengisi minyak, air biasa mahupun air masak yang masih panas, banyak jenis dan saiz.