アプリをダウンロード
50% CINTA GELANDANGAN / Chapter 4: BAB 4

章 4: BAB 4

Kali ni aku menjaga kaunter. Muka aku berkerut saja sepanjang bekerja hingga Fathin tegur

'Kalau nak marah-marah, baik balik rumah!'

Ya Allah macammana aku tak marah. Mamat tu guna RM20 hanya untuk makan. Lagi RM80 dan RM450 dia tu, dia guna untuk apa? Sampai habis dalam satu malam! RM80 bukan sikit tau awak. Boleh beli baju dua helai. 8000 biji gula-gula. Bucket KFC 2. Ayam McD 3 kotak.

Sedang aku menjaga kaunter, aku memerhati Farah yang berada di depan pintu sedang melayan seseorang. Seorang yang pakaiannya selekeh dan...

Tanpa fikir panjang, aku terus berlari ke arahnya.

Terkejut mamat tu nampak muka aku.

"Jangan lari lagi! Awak!"

Aku menarik bajunya. Tapi aku bernasib malang, bajunya terkoyak dan badannya kelihatan. Dan kini aku memegang cebisan kain dari baju nipisnya.

"Eyya! His shirt!"

"Arghh!" Aku mencampak kain itu ke dalam kedai. Pelanggan-pelanggan sudah memandang aku yang menjerit.

"Dia cakap apa dekat kau?"

Farah meneguk air liurnya. Mungkin tak berani nak menegur aku yang sedang marah.

"Dia... dia cuma minta makanan sebab dia lapar. Katanya sudah 2 hari tak makan"

"Jangan percaya langsung cakap dia. Dia habiskan RM20 hanya untuk makan semalam. Dia ambil RM80 aku dan habiskan begitu saja dalam satu malam. Kalau dia minta kau duit, mesti dia habiskan untuk perkara yang tidak berfaedah"

"Tapi..."

"Dah. Kalau budak tu nak minta makanan, jangan bagi! Dia menyusahkan hidup tahu tak?"

"Tapi Eyya... tadi.."

"Dahlah Farah." Aku bercekak pinggang.

"Aku berniat baik sampai keluarkan RM100 pada dia. Tapi aku silap"

"Tapi Eyya, dia..."

"Apa? Semua yang kau nak cakap fasal dia hanya menyusahkan hidup aku"

"Eyya! Dengarlah dulu! Tadi dia nak cakap sesuatu untuk kau. Dia nak pesan pada kau. Dia suruh aku kirimkan tapi bila kau sampai, dia terus lari macam tu!" Farah menghentak kakinya.

Aku tergamam.

"Dia pesan apa?"

"Manalah aku tahu! Tak sempat cakap! Kaulah ni bertindak melulu. Haish. Nanti kau jumpa dia, kau tanyalah dia"

Allahu... kesalahan kecil apakah yang aku telah buat?

*****

"Kitaorang nak singgah bundle kejap. Nnti kau nak balik, jangan lupa kunci mesin duit"

Pesan Annie sebelum meninggalkan kafe itu.

Aku dan Nazz hanya mengangguk. Kemudian masing-masing terduduk dekat atas lantai. Penatnya hari ni.

Aku pandang atas meja. Ada sekeping roti dengan jem kaya dan telur separuh masak atas meja. Ada juga kopi O atas meja.

Aku sebenarnya... menunggu seseorang.

"As... assalamualaikum"

Aku dan Nazz mengangkat kepala. Aku tersenyum memandang jejaka yang segak berada di depan mata aku.

Qabil!

He changes his style!

Dia memakai baju yang baru. Aku tahu dari bundle. Seluarnya pun sudah ditukar dan giginya mula putih semula dan bau dia wangi betul lepas mandi!

"Bila tukar?" Soalku selamba.

"Err..."

Qabil pandang pintu kafe. Seperti ada seseorang saja diluar kafe kemudian dia pandang aku semula.

"Tadi?"

"Maknanya dah makanlah ni?" Soalku lagi.

Dia mengangguk. Terus muka aku masam mencuka.

Qabil pandang dia atas meja. Ada sekeping roti.

"Saya... saya belum makan. Tadi terangguk. Belum. Serius belum"

"Kalau dah makan, buat cara dah makan. Tak perlu tipu pun. Roti atas meja. Kalau masih lapar, ambil saja dan makan"

Dia mengangguk.

"Ni siapa?"

Qabil tunjuk ke arah Nazz. Nazz tidak menjawab. Matanya melekat di telefon. Langsung tak mahu bercakap dengan stranger.

"Adik."

"Ouh..." Qabil senyum. Kemudian di duduk di atas kerusi dan mencubit sedikit demi sedikit roti itu.

"Tukar kat mana?"

"Rumah kawan. Dia pinjamkan duit untuk beli baju"

"I thought... awak beli dengan duit sendiri. Mana awak letak RM550 tu?"

"Ada kawan nak pinjam. Saya bagi. Nnti cukup masa, saya bagi semula"

Aku berkerut.

"Saya tak percaya ada orang nak pinjam dengan awak. Sedangkan dia tahu, yang awak tidak berkemampuan"

Qabil tidak menjawab. Dia meneruskan kunyahannya. Pada masa inilah, aku tahu dia menipu.

"Bagitahu saja perkara sebenar. Ah, tadi kawan saya cakap awak nak bagitahu sesuatu. Tapi tak sempat. Apa yang awak nak bagitahu?"

"Fasal tu..." Qabil menelan sisa roti dimulutnya. Kemudian dia fokus memandang aku yang sudah layu matanya menahan ngantuk.

"Saya cuma cakap, saya akan ganti balik RM100 awak nnti"

"Tak perlulah. Saya halalkan"

"Eh? Serius ke?"

"Serius..."

"Ya Allah! Thanks awak. Jimat duit saya boleh belanja makan sendiri je"

"Sendiri je?"

Dia tersengih. "Kalau saya banyak duit, baru saya belanja awak"

"Hm. Kedekut."

Aku buat muka acah merajuk. Kemudian berdiri dan duduk di atas kerusi.

"Cepat makan. Adik saya dah ngantuk"

"Tak ngantuk pun. Tgh sibuk layan socmed ni. Dia yang mengantuk, cakap orang pula" Balas Nazz selamba.

Eeii manusia ni. Aku cincang-cincang baru tahu. Potong stim betullah.

"Aa...berapa ringgit lagi tinggal dalam dompet?"

"Saya takde dompet. Duit pun dah takde"

"Qabil!" Aku menghempas meja.

"Ahh... apa awak buat dengan duit sebanyak tu?"

"Saya bayar hutang along. RM500. RM30 awak tu... saya guna untuk beli barang mandi dan baju" Jelasnya.

"Awak ada... hutang along? Berapa ribu hutang awak?"

"RM5000. Saya gadaikan rumah dan kereta. Saya hilang kerja. Saya guna duit lebihan bank untuk bayar hutang. Dan kini, saya tiada sebarang duit lagi dalam bank." Jelasnya.

"Dah habis belum?"

Qabil senyum. Dia menggeleng.

"Belum."

"Berapa ribu lagi? Awak dah gadai kereta dengan rumah pun masih tak boleh bayar duit RM5000 ke?"

"Dia... tambah lagi RM5000 setelah habis bayar."

"Riba'. Laporkan saja pada polis"

"Sudah. Tapi tiada sebarang tindakan. Takpelah. Asalkan saya bahagia hidup begini, cukuplah"

"Bahagia?"

Suara aku mula keras.

"Bahagia yang macammana awak ambil ni? Kalau saya jadi awak, saya dah lama bunuh diri tau"

"Bunuh diri bukanlah penyelesaian kepada semua masalah. Malah, boleh masuk neraka terus tanpa hisab"

"Ya. Tahu. Haish. Geram pula saya. Jadi duit tu awak dah bayar semalam lah?" Tanya ku lagi.

Qabil mengangguk. Sisa terkahir roti itu dikunyah habis. Kini hanya tinggal serbuk saja di atas pinggan.

"Sudahlah. Asyik bercerita fasal saya je. Eh, Ya Allah."

Qabil mulai gelisah. Dia segera mengeluarkan sesuatu dari poket belakangnya.

Ada sekeping Coklat Cadbury yang tersorok di belakangnya.

Tapi... err...

"Allah. Dah cair..." Keluhnya. Dia memandang aku kemudian menyimpan kembali coklat itu .

"Bekukan jelah balik"

"Yelah. Terpaksa beli baru."

"Apa pula beli baru? Guna saja coklat tu dan bekukan semula. Nnti dah beku, makanlah"

Dia membuat muka sedih. Menunjukkan sisi comelnya yang feminin.

"Ke coklat tu nak bagi dekat seseorang?"

Qabil angguk.

"Nak bagi dekat crush"

"Ouh. Yeke... eh. Dahlah. Cepat habiskan kopi tu. Nak tutup kedai"

"Ah, okey-okey"

"Adik, pergi basuh pinggan cawan ni"

"Okey..."

BY Eyya Dhyna


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C4
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン