アプリをダウンロード
37.5% CINTA GELANDANGAN / Chapter 3: BAB 3

章 3: BAB 3

"Nah"

Aku memberi dia sekeping roti bakar dengan kaya di atasnya. Terdapat satu telur separuh masak di tengah-tengah roti bakar itu. Buat dia bertambah selera makan.

"Terima kasih sekali lagi sebab tolong bayarkan tadi. Tu upah"

Ujarku. Aku tersenyum memandang lelaki itu makan dengan gelojoh. Gembira betul dapat makan.

Tadi, Farah dan Ain balik rumah dulu. Sekarang tinggal aku dan dia je. Aku tahu dia takkan datang selagi Farah dan Ain ada. Sekali pandang, dah tahu orangnya macammana.

"Kenapa lari masa kawan saya panggil tadi?"

"Tu... err... seganlah. Kawan-kawan awak cantik sangat. Saya boleh cair dibuatnya." 😅

Ujarnya

"Eeeii... macamlah orang nak dekat dia." Aku ketawa. Perasan betul mamat ni. Aku boleh letak dekat pintu muka dia ni. Lepas tu letak caption...

'mamat selenga perasan hensem'

"Sehensem-hensem dan sebaik-baik saya pun, ada berjuta orang yang rebutkan saya. Cuma saya je tolak" Ujarnya sambil tersenyum. Ada kesan comot di mulutnya. Seperti budak darjah satu makan.

Aku mengambil sehelai tisu di dalam kotak lalu mengelap mulutnya.

"Makan elok-elok sikit. Dah serupa anjing lapar dah"

"Ish, apa pula cakap kita ni anjing"

"Tak. Tak maksudkan awak anjing pun tapi perumpamaan seperti anjing"

"Hm. Samalah tu"

Aku menggeleng. Aku melihat jam di dinding. Lagi 20 minit nak pukul 11.

"Makan cepat sikit. Lepas tu balik" Arahku.

"Saya takde rumah. Nak balik macammana lagi?"

"Macam tulah. Aish awak ni. Rumah pun takde. Kejap"

Aku mengeluarkan dompet di poket lalu mengeluarkan wang RM100 lalu diserahkan kepadanya.

"RM35 pergi sewa mana-mana hotel atau hostel. Cari je mana-mana. RM20 pergi beli barang mandi. Selebihnya beli baju untuk diri sendiri. Kalau ada duit lebih, Guna saja duit tu untuk keperluan lain"

"Wah!" Dia mengambil wang itu dengan sepantas kilat. Entah dengar atau tidak penjelasan aku tadi. Masuk telinga kanan, keluar telinga kanan juga. Langsung taknak masuk ke sebelah kiri pun.

"Awak ni suka betul pada duit ya. Macam Mr. Crab"

"Kereb? Apa awak cakap tadi?" Dia berkerut.

"Mr. Crab. Pakcik kedekut warna merah yang dalam cerita Spongebob tulah. Yang bos kepada Krusty Krab" Jelas aku.

"Ouh. Saya memang suka duit pun. Kalau awak nak bagi lebih lagi, lebih luas tapak tangan saya ni!"

Aku menggeleng. "Duit saya tinggal RM400 saja untuk bulan ni. Terlalu sikit sebab dah selalu sangat sedekah jariah pada awak seorang"

"Yeke?"

"Yelah. Dah, makan cepat!"

"Ouh. Lupa pula" Dia tersengih. Kemudian dia meneruskan makan sisa baki yang tertinggal.

"Ouh, apa nama awak eh?" Soalku hairan.

"Qabil."

"Ouh. Saya Eyya"

"Tak tanya"

Ya Allah. Sabar Eyya. Gelandangan ni Eyya. Dia takde duit nak pergi hospital sekarang ni. Sabar. Kawal tangan kau Eyya. Ya Allah.

"Gurau je." Dia tersengih kembali. Eeeiii. Better senyap dari bercakaplah. Annoyed pula rasanya.

"Haih. Dahlah. Makan cepat"

"Hm"

*****

KLAK!

Aku menutup pintu rapat. Rumah dah gelap. Semua dah tidur lah ni. Baguslah. Aku sampai rumah pukul 12 sebab mamat tu. Aih.

"Jangan lupa mandi dulu"

Aku mengangkat kepala. Memandang ke arah dapur yang gelap. Sumpah. Sikit pun aku tak rasa gementar tapi suara siapa tu? Macam pernah dengar. Chin ke? Tapi Chin kan outstation 2 hari dekat Melaka.

Suara kawan-kawan aku lainlah.

"Oi"

"Bapak kau cantik!" Badan aku bergetar apabila melihat susuk tubuh seorang wanita di hadapan aku. Secara tiba-tiba saja dia keluar daripada dapur sambil memegang sebuah cawan yang berisi air kopi.

"Adik!"

Aku berkerut. Adik aku!

"Sejak bila balik dari U ni?"

Nazz senyum.

"Petang tadi. Ingat nak jenguk kau kat kafe tapi malas pula."

"Haih" Aku menggeleng-geleng.

"Cuti semester berapa minggu?"

"2 minggu je"

"Lamanya"

"Apa? Kau memang nak aku balik U Awal kan?"

"Kalau boleh, malam ni juga nak kau kemas beg balik U balik. Haha. Dahlah. Aku nak naik bilik. Kau tak tidur malam ni jangan nak buat onar pula." Tegas aku lalu berlari menaiki tangga.

"Okey..."

Aish. Adik baliklah pula. Habislah duit aku nnti dia minta macam-macam. Baru je ingat nak guna duit untuk belanja diri sendiri.

*****

ESOKNYA,

Fathin dan Hafiz balik hari ni. Kali ni, aku pergi dengan adik aku sendiri ke kafe pukul 7 pagi. Sebab 7 pagi, Fathin dan Hafiz sudah menunggu depan pintu kafe untuk Masukkan stok makanan lain.

"Banyaknya"

Ujarku sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Kenapa boleh ada perkakas dapur pula ni?

"Ain minta perkakas baru sebab perkakas yang sedia ada dah lama. Sekali-sekala beli perkakas baru, sedap sikit mata memandang" Jelas Fathin.

"Aduh. Macam-macamlah" Aku mencekak pinggang. Belum mula kerja apa lagi aku dah berpeluh ni.

"Guna duit kedai... kan?"

"Yup."

"Berapa?"

"Semua sekali termasuk perkakas dapur... RM1055"

"Allahu. Kau ada kira untung tak? Berapa duit lebih?"

Fathin sengih.

"RM200"

"Ya Allah...macam takde untung. Nasib baik duit api, aircond dan air semua dah bayar tahu tak. Haih. Kemas semua ni. Siap sebelum pukul 8. Aku nak kemas kat dapur"

"Okey" Fathin mengangguk. Hafiz hanya memandang. Adik aku lagilah. Sibuk dengan telefon. Takde kerja gamaknya.

"Nnti dah siap bagi.." Kata-kata aku terhenti. Aku terpandang tiang di kedai sebelah. Mamat gelandangan tu sedang tidur di tiang .

"Nanti dah siap bagitahu. Kejap"

Aku berjalan ke arah mamat gelandangan itu.

Nyenyaknya tidur. Semalam hujan pun lena lagi tidur dekat sini? Aku suruh pergi hotel dan beli baju tapi tak buat juga.

"Awak." Aku memegang bahunya dan menggerakkan badannya.

Dia membuka mata perlahan-lahan. Kemudian tersenyum apabila ternampak aku. Aku nak senyum juga tapi bau dia yang busuk sangat buat aku nak muntah. Jadi aku jauhkan diri sikit.

"Apa awak buat dekat sini?"

Dia menggeliat badan. Masih lagi tersenyum kambing

"Saya tidurlah"

"Saya suruh tidur hotel kan?"

"Hotel paling murah dekat sini RM65. Daripada saya bazirkan duit dekat hotel, saya simpan duit tu. Saya guna RM20 untuk makan mewah"

"RM20? Hanya untuk makan? Banyaknya! Bagi balik duit saya! Niat saya ikhlas nak bantu tapi awak buat benda lain pula. RM450 awak kan ada?"

Dia menggeleng. "Dah habis"

"Awak buat apa? Awak buat apa dengan RM450 dan RM100 yang saya bagi tu? Qabil!"

"Saya...saya pergi dulu!" Qabil terus berdiri dan melanggar kepala aku dengan kepalanya. Dia terus berlari ke belakang kedai.

"Aduh..."

Aku menggosok dahi aku yang rasanya sudah jadi burger sebab terhantuk kuat.

"Aduh.... sakitnya. Ish, mamat ni!"

"Oit"

Nazz menyergah aku. Terkejut aku dibuatnya.

"Ish kau ni! Kalau tak sergah orang tak boleh ke?" Aku mengetuk kepalanya.

"Hehe. Siapa pengemis tu? Akak kenal ke?"

Aku berkerut. Mood aku hari ni terus barai kerana mamat selenga tu. Nak senyum pun dah tak laku. Dahlah ambil RM100 aku lepas tu RM450 dia habis dalam satu malam je?

"Entah. Tak kenal."

"Hm?"

"Kau diam-diam sudah. Pergilah tolong Fathin buat kerja! Tahu membebel je!"

Semakin hairan Nazz dibuatnya. Sejak bila dia membebel? Setahunya, kakaknya yang sedang membebel dari tadi seorang diri.

"Okey..."

BY Eyya Dhyna


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C3
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン