アプリをダウンロード
18.51% Stay with Me *Kay* / Chapter 5: 5

章 5: 5

  Makayla masuk ke ruang restoran bersama Janina dan Freya. Makayla sudah ditarik bersama Mr. Eric ke meja tetamu utama. Makayla lebih banyak berdiam dan memdengar sahaja cerita mereka yang lain di meja makan, Makayla hanya mencelah bila perlu sahaja. makin lama Makayla semakin bosan. Makayla mengeluarkan telefon bimbitnya untuk melihat jam. Jam baru sahaja menunjukkan 8.00 malam. Makayla mengeluh kecil sambil.memandang sekeliling. Teringin sekali Makayla berpindah dan duduk semeja dengan Freya, Janina dan kawan-kawan yang lain.

Whatsapp Group

Team Archiez

Kay: Korang!!!

Kay: Bosan duduk sini...

Janina: Marilah sini...

Freya: Ada satu tempat kosong

Zarith: Tak nak ke usha jutawan kat meja tu...

Kay: Nak penumbuk tak?

             " Kay... " Panggil Mr. Eric  Makayla mengankat mukanya. " Sorry.... Mr Eric .." Makayla berkata kerana agak terkejut. " Client kita dah nak balik... So we send them to the Lobby..." Makayla menganguk dengan perasaan yang sedikit lega kerana tidak lama lagi event akan habis. Makayla juga mahu balik awal kerana agak penat. Tidak lama kemudian klient.sudah meminta diri selepas persembahan yang terakhir. Mr Eric dan Makayla sama-sama ikut klient keluar dari restoran tersebut. Selepas itu, Makayla masuk balik dan duduk di meja Freya dan Janina untuk berbual sekejap.

             " Kay tak tahu pula kenapa Kay pemat sangat...." Freya dan Janina ketawa. " Yalaah... Kay kan architect kesayangan Mr Eric... Jadi semua job client besar mesti Kay yang kena buat..." Makayla tersenyum. " Alaa... Jangan lah cakap macam tu... " Makayla berkata lagi. " Eh....esok kita terus ke tapak project dah kan?" Zarith mencelah. Makayla menganguk sahaja. " Jomlah pergi sekali... " Freya berkata pula. " Boleh je... Nak Zarith ambil dekat rumah mana satu..." tanya Zarith. " Banyak juga rumah Kay..." Baisyirah mencelah pula. Baisyirah seorang architect baharu di syarikat. Tetapi Baisyirah tidak berapa suka dengan Makayla kerana menganggap Makayla salah seorang pesaing terbesarnya. Design Makayla sangat hebat sehingga design Makayla selalu terpilih oleh client besar mereka. Semasa University dahulu Baisyirah Baisyirah selalu dipuji kerana designnya terbaik, tetapi bila masuk alam pekerjaan persaingan untuk prestasi terbaik agak sengit. " Zarith ambil Kay dekat apartment Kyle..." Dahi Baisyirah berkerut. " Kyle?" Tanya Baisyirah. Makayla mengeluh kecil. " Yes. My boyfriend..." Janina dan Freya sama- sama menahan ketawa. "Nasib baik Janina dekat office jer.... Tak perlu berpanas..." Janina pula mengubah topik. Disebabkan sikap tegang Baisyirah, ramai yang tidak berapa suka dengannya.

Whatsapp

Kay: Bubbly Boo...

Kyle: Yes my naughty one too?

Kyle: Dah habis event?

Kay: Yeap...

Kyle: ok... Kejap lagi hubby sampai... Bby tunggu dkt lobby

Kyle: nti dah sampai Kyle call

Kay: Okey .. thanks my grab driver....

                " Kay nak tunggu Kyle dekat lobby dulu... See you guys tomorrow ya... " Makayla berkata sambil memeluk Janina dan selepas itu Freya. "Goodnight... Jangan pula Kay nak berkerja keras malam ni...  Nanti esok penat pula..." Sempat Freya menyakat. "Hey... Freya ni memang tau..." Makayla berkata sambil mencubit Freya. Selepas  Makayla berlalu pergi, tiba-tiba Baisyirah membuka mulut. " Ira nak tunggu dekat lobby... Kejap lagi abang Ira sampai..." Janina tersenyum senget. "Ira nak tengok ke muka bf si Kay... Ira jangan terkejut tau kalau nampak Kyle Scott nanti..." Baisyirah membuat muka menyampah. ' Jadi memang betul lah selama ini gossip Kyle Scott dengan perempuan yang bernama Arianna. Makayla dan Arianna adalah orang yang sama, cuba dalam gambar di instargram Kyle, Makayla selalu mengunnakan make up tebal. Jadi susah sikit hendak mengecam wajah Makayla kerana biasanya Makayla tidak bermake-up ke tempat kerja.

               Dari Lobby, Baisyirah melihat Makayla masuk ke dalam kereta BMW. Pasti kereta itu milik Kyle. " Kenapa hidup Kay perfect sangat ya..." Baisyirah bercakap sendiri. Makayla memandang Kyle yang kelihatan sedikit ngantuk. Mungkin Kyle juga penat. "Hubby... Penat ke?" Kyle tersenyum kelat. " Mestilah penat... Dah Kyle saja yang berkerja keras..." Makayla menjeling kerana faham sangat apa yang dimaksudkan Kyle dan tidak lupa untuk mencubit paha kyle. " Babeee.... I'm driving!!!" Kyle berkata tetapi masih ketawa melihat reaksi Makayla. " So event next ... What are you going to perform...? " tanya Makayla sekadar mahu mengubah topik. " One group dance and a duet performance" Makayla diam. Kalau duet sudah pasti Kyle dan Laikha akan menari duet bersama. Makayla tahu, dia perlu kuat untuk menghadapi adegen bersentuhan dan berpelukan dalam tarian mereka. " Can't wait for next week...." Makayla berkata lagi untuk menutup rasa gusar dihatinya.

           " Val... Kay belum balik lagi?" tanya Encik Fariz kepada isterinya. Walaupun Makayla dan Amelia hanya anak tiri sahaja kepada Encik Fariz, Encik Fariz tetap sayang anak kembar milik Puan Valerie. " Val rasa Kay tidur rumah Kyle... Nanti kejap lagi Kay akan whatsapp Val..." Encik Fariz mengeluh kecil. " Val... Boleh tak tegur Kay...Riz minta maaflah...tapi Riz rasa tak patut Kay selalu ke rumah Kyle... Lagi-lagi bila belum sah apa-apa .." Puan Valerie juga turut mengeluh kecil. " Riz... Budaya kita dan mereka dah tak sama... Val tak kisah yang pemting Kay bahagia... Cukup Val dah kehilangan seorang anak... Val tak mahu kehilangan Kay... Kay sahaja yang boleh terima kita...she is a good girl... Dan Val tahu... Kay mampu menjaga dirinya sendiri..." Encik Fariz mengangguk tanda faham dan juga setuju dengan apa yang dikatakan Puan Valerie.

Whatsapp

Kay: Mummy.... I am at Kyle's tonight...

Mommy: Ok. Dear. Love you... Goodnight...

Kay: Love you too mommy...

             " Kyle... So if we plan to do the wedding here... Kita buat di rumah... Or... Hotel?" Dahi Kyle berkerut. " Why suddenly babe?" Makayla pelik Kyle tanya balik. " Bukan hari di Phuket we were discussing but we were cut off because Laikha came along..." Kyle menupuk dahi kerana lupa pula. " I remember... But Kay... Maybe we should take our time... Maybe we could have the wedding in an other year or two... I realize we both have big commitment in our jobs.. so maybe just wait a little while..." Makayla sedikit terkejut kerana tempoh hari Kyle melamar Makayla, Makayla ingatkan yang Kyle nak membuat perkahwinan mereka dalam masa terdekat tetapi kena tunggu setahun dua tahun lagi pula. "Kay... Are you sulking?" Kyle bertanya sebaik sahaja melihat muka masam Makayla yang terus menutup wajahnya dengan selimut. " Kay... " Panggil Kyle lagi. " No Kyle.. i am just tired... I have a long day tomorrow..." Makayla cuba bernada biasa, Kyle tahu yang Makayla terasa.

               Awal pagi tersebut Kyle bangun tetapi Makayla sudah tiada disisinya. Kyle mengambil telefon bimbitnya untuk melihat jam. Pukul 6.30 pagi. ' Argh... Sudah... Memang sah Kay merajuk...' bisik hati Kyle. Kyle bangun dan menukar pakaiannya untuk ke gym di apartmentnya. Setelah bersenam lima belas minit dekat gym. Kyle menerima whatsapp dari Laikha.

WhatsApp

Laikha: Kyle... Jom teman Laikha Jog dekat taman....

Laikha: Then we can rehearse our duet...

Kyle tersenyum sendiri, boleh juga Kyle membuang masalahnya dengan Makayla dengan membuat activity yang lain. Kyle rasa sedikit serabut dan juga menyesal kerana melamar Makayla terlalu awal walaupun belum bersedia sepenuhnya untuk berkomitmen lebih.

Kyle: Ok... Give me a few minutes. Jumpa tempat biasa.

Laikha; Ok see you there...

              Kyle kembali ke bilik apartmentnya untuk mengambil kunci keretanya. Apabila Kyle masuk ke dapur, Kyle terkejut melihat Sandwich peanut butter and jelly yang disiapkan Makayla sebelum Makayla keluar pagi tadi. "Kay ni marah ke memberontak atau tak marah langsung?" Kyle bercakap sendiri. Pelik. Kyle membuat kesimpulan yang perempuan memang complicated. Kyle mengambil botol airnya yang sudah diisi dengan air putih dan terus keluar dari apartmentnya. Dalam masa sepuluh minit Kyle sudah sampai ditaman. Matahari juga semakin cerah. Laikha sudah menunggu tetapi sedang membuat senaman sambil menunggu Kyle.

           " Laikha ..." Panggil Kyle. Laikha memusingkan badannya. Laikha tersenyum. Kyle ikut sama bersenam dan selepas itu mereka sama-sama berjogging. Selepas beberapa pusingan mereka duduk berehat sebentar diatas rumput. "Kyle... What's wrong with you..." Tanya Laikha kerana Kyle banyak berdiam diri. Kyle tersenyum kelat. " I purposed to Kay..." Hati Laikha hancur berkecai. " When..." Itu sahaja yang mampu Laikha katakan , walaupun dalam hatinya sangat sakit. " Two months ago..." Laikha menunduk dan menguis-nguis rumput dihadapannya. " So I suppose I should congradulate you...." Laikha berkata lagi. Kyle mengeluh, Kyle tahu Laikha tidak gembira juga dengan berita itu. " I want to perspone the wedding... For a a year or two... But I think Kay is not happy about that..." hati Laikha tiba-tiba sahaja gembira. Laikha rasa masih ada harapan lagi untuk dirinya. " kyle... I know you are not ready to commit to a marriage when you are at the peak of your carrier but if Kay really loves you, she will wait." Kyle mengangguk setuju kerana kata-kata Laikha ada benarnya. Selepas lama duduk berehat, sempat Kyle dan Laikha 'rehearse' tarian duet mereka sebanyak tiga kali sebelum berangkat pulang untur bersiap dan berangkat ke Singapura.

              Makayla sudah bersiap dengan kemas. Makayla tidak lupa untuk whatsapp Zarith untuk mengambilnya di rumah ibunya. Hari ini Makayla mengenakan blouse berwarna biru laut dan seluar slack berwarna hitam. Sedap mata memandang kerana Makayla sudah memiliki raut wajah yang sangat cantik. Makayla mengambil beg laptopnya, segulung lukisan plan projek dan helmetnya. Makayla turun ke bawah dan menunggu di ruang tamu utama rumah banglo milik Puan  Valerie. " Morning Kay... Join us for breakfast..." Sapa Uncle Fariz. Makayla tidak menolak kerana jam masih menunjukkan 6.40 pagi dan mengekori Uncle Fariz ke ruang makan, tidak lama Puan Valerie pun tiba. " Awal Kay balik..." Puan Valerie membuka cerita. Makayla senyum. " Kay dari apartment Kyle pukul 5.30 pagi tadi.. sebab Kay nak bersiap sebab banyak barang kena bawa..." Puan Valerie menganguk sahaja. " So... Did you and Kyle discuss any wedding plan? Your father wants to pay for it..." Makayla menelan air luirnya kerana soalan itu begitu berat baginya. "Mommy... Kyle wants to wait for another year or two... He has too much commitment at the moment..." Encik Fariz berdehem. Puan Valerie tahu kalau ayah Makayla tahu tentang hal ini semestinya ayahnya tidak berpuas hati. " Kay... Uncle nak cakap sikit... But I am sorry if it hurts your feelings... A guy will always have a lot of commitment. No matter a married man or single. If Kyle is taking you seriously he should be planning to tie the knot in a few months. Kay... Uncle sayang sangat dengan Kay macam anak sendiri. My words may hurt you... But I don't want you to suffer being toyed around by a guy." Makayla hanya diamkan diri, tidak melawan kerana apa yang Uncle Fariz katakan adalah betul.

             " Kay tahu uncle... Kay tak marah pun dengan apa yang uncle katakan..."Makayla akhirnya bersuara. Puan Valerie tersenyum. Makayla anak yang baik. " Mia kata petang ini dia sampai dari London... She will be here for a month. The first two night she will be staying here then after that she will be staying at her friends apartment..." Puan Valerie mengubah topik. Makayla tahu yang Mia Marcella A.K.A Amelia Marcella terpaksa menginap di rumah Puan Valerie. Sehingga kini Amelia bersikap dingin dengan Puan Valerie. Berapa kali ayah mereka berpesan Jangan berdendam, Jangan bersedih atas penceraian mereka, tetapi Amelia tetap juga berdegil. Untuk balik ke banglo Puan Valerie,.Amelia perlu dipaksa ayahnya berapa kali dan dengan penuh terpaksa Amelia kena balik ke rumah Puan Valerie.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C5
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン