アプリをダウンロード
60% Wanita milik raja / Chapter 3: Permulaan percintaannya bermula di sini.

章 3: Permulaan percintaannya bermula di sini.

"Tapi,saya rasa atuk awak ni sangat baiklah.Awak sepatutnya bersyukur dapat Tuk Guru Lu sebagai atuk awak.Dia membebel pun untuk kebaikan awak"

Ujarnya panjang lebar sambil merenung wajah Lu Xiang Lin.

Lu Xiang Lin selesai menyiram pokok.Dia meletakkan baldi kecil yang digunakan untuk menyiram pokok di tepi dinding.

"Ye,saya tahu.Saya saje je cakap.Saya sayang sangat atuk saya.Selepas ibu bapa saya mati,atuklah yang jaga saya.Semua keperluan saya diturutkan.Dia banyak berjasa dengan saya"

"Boleh saya tahu,kenapa ibu bapa awak mati?"

Lu Xiang Lin terdiam.Kemudian dia menarik nafas.

"Mereka dibunuh oleh tentera Qin.Sebenarnya kami sekeluarga warga Yan yang sekarang telah ditakluk oleh Qin"

Giliran Zhouge Yu pula senyap.Tadi air mukanya tenang,tetapi,lepas dengar apa yang dikatakan tadi oleh Lu Xiang Lin,air mukanya berubah keruh.

Lu Xiang Lin mengerut dahi.Dia sebenarnya pelik dengan perubahan air muka Zhouge Yu itu.

'Mungkin dia bersimpati agaknya'

"Tuan Muda Zhouge,apa kata saya bawa awak jelajah tempat ni?Kemudian saya bawa awak ke sungai tempoh hari.Saya ingatkan nak cari herbalah.Kalau nak ajak Abang Su,dia ke pekan.Malam ni baru dia balik.Awak nak teman saya tak?"

"Boleh sahaja.Apa salahnya"

"Kalau macam tu,jomlah.Tapi saya nak minta izin atuk saya dahulu.Awak tunggu sini dulu ye"

Zhouge Yu mengangguk.Kemudian Lu Xiang Lin berlalu ke dalam rumah untuk meminta izin daripada Tuk Guru Lu.

Seketika kemudian,dia keluar dengan membawa bakul kecil di tangannya.

"Jom"

Mereka beriringan menuju ke arah bertentangan dengan rumah Lu Xiang Lin.Kemudian Lu Xiang Lin berhenti di sebuah pokok yang bunga yang paling besar. Dia mengusap pokok tersebut.Zhouge Yu pula hanya memerhati tindakan Lu Xiang Lin.

"Pokok ni mengingatkan saya kepada ibu saya.Ibu saya suka sangat pokok bunga ni.Kadang-kadang kalau saya keluar,saya mesti melawat pokok ni"

Lu Xiang Lin mengetap bibir untuk menahan air matanya dari jatuh.Zhouge Yu kekal seperti tadi,hanya kekal menjadi pemerhati.

"Maaflah,saya terlebih pulak.Jomlah kita ke sungai.Saya nak cari herbalah.Jomlah"

Katanya kemudian berlalu.Zhouge Yu hanya mengikutnya.Lama juga mereka berjalan.Sampainya di sana,Lu Xiang Lin merebahkan badan.

'Huh...penatnya.Rugi pulak tak bawa air',rungut Lu Xiang Lin.

Dia berjalan ke arah bertentangan dengan sungai.Dia mula memetik daun yang berada di situ untuk dijadikan ubat.

"Awak memang selalu petik herba di sini ke?"

"Tak adelah selalu sangat.Dekat sungai ni ade banyak herba.Cumanya,ubat untuk merawat luka tikaman awak tiadalah.Saya boleh tolong hentikan pendarahan sahaja"

"Sejak bila awak mula belajar perubatan?"

"Dah lama.Sejak saya tinggal menetap dengan atuk saya.Sejak ibu dan ayah saya meninggal saya dah belajar semua ni termasuklah memasak dan kung fu"

Zhouge Yu terdiam.Dia tersentuh dengan cerita yang dikatakan oleh Lu Xiang Lin.Nampaknya,dia dah mula sayang dengan gadis ini.Permulaan percintaannya di sungai ini.Dia memerhatikan Lu Xiang Lin yang tekun memetik herba.Sekali-sekala dia akan cuba herba itu.Berkerut-kerut mukanya.

"Awak ni asyik tengok saya sahaja.Ade apa-apa yang tak kena dengan muka saya ke?"

"Takdelah.Saya saje je tengok muka awak"

"Suka hatilah.Nak tengok sampai mata lebam pun takpe.Saya izinkan"

Zhouge Yu tersenyum.Gadis dihadapannya ini mampu membuatkan dia tersenyum sepanjang masa dan lupakan perkara yang dihadapinya seketika.

"Saya dah selesai.Jom kita pergi jalan-jalan disekitar hutan ni"

Dia memaut lengan Zhouge Yu yang masih tercegat.

"Jomlah"

Zhouge Yu melirik lengannya yang dipaut oleh gadis tersebut.Dia tersenyum dan mengikuti langkah Lu Xiang Lin.

Lu Xiang Lin menunjukkan bentuk muka bumi kawasan kediamannya yang istimewa. Itulah sebabnya kenapa Tuk Guru Lu membina rumah di situ.Tapi dia tidak sedar,yang tindakannya menceritakan tentang bentuk muka bumi kawasan kediamannya adalah tindakan yang salah.

***********

Menjelang petang,barulah mereka berdua balik.Lu Xiang Lin menuju ke arah dapur,manakala,Zhouge Yu pula menuju ke arah ruang tamu.

Lu Xiang Lin mengambil beberapa jenis sayur dan mula memotongnya kecil-kecil.Selesai dia memotong sayur menjadi kecil,dia masukkan sayur ke dalam kuali.Dia mula memasak beberapa hidangan untuk makan malam mereka.

Tak lama kemudian,dia membawa makanan yang telah siap ke meja di ruang tamu.Dia menyusun lauk-pauk yang terhidang.

Kelihatan kelibat Tuk Guru Lu dan Zhouge Yu di ruang tamu.

"Sedapnya bau.Awak masak semua ni ke?"

"Kalau bukan saya yang masak,takkanlah ayam peliharaan saya yang masak"

"Ling'er.Tak elok cakap macam tu kepada tetamu"

Tuk Guru Lu menegur percakapan Lu Xiang Lin yang dirasakan agak lepas untuk orang yang Kali pertama jumpa dengannya.

"Maaflah ye dengan cucu bertuah saya tu.Dia memang suka cakap lepas"

"Atuk.....Maaflah.Saya terlepas cakap"

Katanya sambil memeluk bahu Tuk Guru Lu.Ketara sangat kemesraan mereka.

"Tak mengapa.Saya faham yang Cik Lu kita ni memang suka cakap lepas"

'Amboi....perlilah tu'

"Saya dah balik"

Kedengaran pula suara Su Liang.Di tangannya terdapat beberapa balang arak dan sebungkus makanan.

"Abang Su.Lamanya awak keluar.Nasib baik kami belum makan lagi"

"Abang pergi beli hadiah untuk awak dahulu", bisiknya.

Terus berubah muka airnya kepada teruja.Kemudian Su Liang mengisyaratkan supaya Jangan beritahu kepada sesiapa.Lu Xiang Lin mengangguk.

" Marilah makan.Lauk sejuk karang mesti tidak sedap.Mari.....mari"

Ajak Tuk Guru Lu.Mereka mengambil tempat duduk masing-masing. Lu Xian Lin duduk di sebelah Tuk Guru Lu yang juga berhadapan dengan Zhouge Yu. Su Liang pula duduk di hadapan Tuk Guru Lu yang juga bersebelahan dengan Zhouge Yu.Mereka makan dengan gembiranya sambil berborak-borak.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C3
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン