Aryan masuk ke dalam syarikat dengan gelabah sampai terlanggar staf yang lalu di tepinya. Dalam minda Aryan hanya satu perkara iaitu dia tidak mahu Rohan menyebabkan kehilangan besar untuk Rakesh dan dia. Walaupun Rohan hilang ingatan namun kemahirannya terhadap kerja masih sama. Aryan mengetuk pintu bilik Rohan.
"Masuk." jawab Rohan dan dia senyum apabila melihat orang yang ketuk itu adalah pak ciknya.
"Maaf Rohan pak cik terlambat sikit. Saya harap Rohan okay selepas masuk office. Semua clearkan? Ada apa yang pak cik boleh bantu?" tanya Aryan.
"Yes pak cik, I masih ingat lagi yang pak cik cakap I kemalangan semasa pulang dari kilang kan?" tanya Rohan sambil minum Cappuccino yang disediakan oleh Naina.
"Yes, kenapa tiba-tiba Rohan tanya ini?"
"I nak tengok tempat itu pak cik. Boleh temankan?"
Soalan tersebut menyebabkan jantung Aryan terasa nak gugur. Aryan dapat rasakan yang dia macam dah kena perangkap dengan soalan Rohan.
"Err.. Boleh Rohan but why now..?" dengan gementar Aryan menjawab untuk soalan Rohan.
"Saja je pak cik. Rohan selalu dihantui dengan mimpi sebuah kemalangan jadi disebabkan Rohan sendiri mengalami kemalangan I nak tengok tempat itu sendiri. Lepas lunch kita pergilah ya pak cik"
Aryan mengiyakan dan keluar ke pantry untuk berfikir tentang akibat jika pergi ke tempat tersebut. Aryan risau jika Rohan jumpa apa-apa bukti berkenaannya.