アプリをダウンロード
61.36% Di mana aku sekarang? / Chapter 27: Kejutan

章 27: Kejutan

Pagi itu, Tsumiki bangun seperti biasa. Dia masih teringatkan Rin. Babak genting semasa Rin berada di Portal masih segar di ingatannya. Itulah yang menghalangnya ke sekolah. Hidupnya kini kosong. Dia kehilangan orang yang tersayang buat kali kedua. Harapannya kini pudar kerana dia merasakan agak mustahil Rin akan kembali semula ke Jepun. Dia menuju ke dapur untuk membuat sarapan. Tiba-tiba telefon rumahnya berdering. Eh. Siapa yang menelefon awal pagi ni? Sekolah ke. Kalau sekolah.. saya cakap je saya masih sakit. Saya belum nak ke sekolah lagi.

"Helo?" suara tersebut ialah Rin.

"Rin-kun?"

"Ye saya ni. Saya kat rumah Kagamine-sensei."

"Rin awak kembali. Awak apa khabar? Bagaimana dengan sekolah? Awak akan sekolah kat sini kan?" soalan bertubi-tubi diajukan kepada Rin.

"Kalau pasal tu, gome.. saya perlu pulang ke Malaysia. Saya datang ni cuma nak ambil barang saya je."

"Rin.. boleh kita jumpa saya nak cakap sesua..." belum sempat menghabiskan ayatnya Rin memintas.

"Gomenasai.. saya perlu cepat. Penerbangan pukul 9 pagi. Saya perlu bergegas ke Lapangan Tokyo secepat mungkin."

Kata-kata Rin membuatkan Tsumiki lemah sehingga dia terduduk. Kesedihannya tak tertahan lagi. Dia terus mendapatkan jaketnya dan meluru kearah pintu hadapan rumahnya. Dia hendak mengejar masa. Dia perlu berjumpa dengan Rin walaupun untuk sekejap. Dia mahu berkata Daisuki walaupun ia merupakan kali terakhir.

Sebaik sahaja dia membuka pintu hadapan, dia tidak percaya apa yang dia nampak. Rin dan yang lain berdiri di hadapan pintunya.

"Tanjobi omedeto Tsumiki."

"Minna..Arigato." Tsumiki berasa sangat terharu sehingga mengalirkan air mata. "Bukankah awak nak balik ke Malaysia, Rin?"

"Taklah.. Gome.. saya cuma nak buatkan awak kejutan. Esok kita pergi sekolah sama-sama ye." kata Rin.

"Ye, macam dulu-dulu." katanya sebelum memeluk Rin.

Mereka masuk ke dalam rumah Tsumiki.

"Eh? Tak apa-apa ke. Nanti ibu bapa awak marah macam mana?"

"Takpe. Ibu bapa saya masih outstation. Bulan depan mereka balik."

Rin membawa masuk kek untuk sambutan hari jadi Tsumiki.

"Wah, besarnya kek. Awak beli ke Rin?" Kata Orihara-kun.

"Taklah saya buat sendiri."

"Wah, kek homemade Rin untuk Tsumiki-senpai. Sweetnye." kata Akira. "Yu-kun kalau hari jadi saya awak buatkan saya kek ye."

"Eh?"

"Takpe asalkan awak yang buat semuanya sedap bagi saya. Hehe." kata Akira.

"Wah,.. Amaran sweet couple di hadapan." kata Kazuo bergurau.

Akira memukul kepala kazuo. Mereka ketawa melihat gelagat rakan mereka itu yang tak pernah berubah.

"Baiklah masa untuk potong kek." kata Rin.

Belum sempat Rin melepaskan pisau kek Tsumiki mengenggam tangan Rin.

"Kita potong sama-sama ye Rin-kun."

Kazuo pengsan melihat kemesraan mereka. Mereka memotong kek tersebut bersama-sama disertai dengan tepukan gemuruh. Hari tersebut ialah hari yang indah bagi mereka semua. Pertemuan semula yang sangat bermakna.

Orihara-kun dan yang lain bermain permainan parti untuk memeriahkan lagi suasana majlis tersebut. Rin tidak menyertai mereka. Dia berada di tepi tingkap. Sedang mengelamun. Tsumiki pergi ke arah Rin.

"Rin-kun. Awak tengah buat apa?"

Sapaan Tsumiki menghentikan lamunan Rin.

"Takde apa-apalah hehe.."

"Jangan tipu.. saya tahu awak tengah fikirkan sesuatu."

"Saya cuma tertanya-tanya, di mana ibu bapa saya berada sekarang." Dia kemudian membuka tingkap slide tersebut. "Tapi saya pasti mereka ada di luar sana tangah memerhatikan saya dari jauh." kata Rin sambil melihat kearah langit yang membiru.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C27
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン