アプリをダウンロード
82.79% Ainaa Sofea / Chapter 76: Chapter 76

章 76: Chapter 76

KERETA yang dipandu Danish, sudah di parkir ke satu kawasan yang selamat walaupun tempatnya sedikit sempit dan berbukit. Ada sebuah perkampungan lama, yang terletak agak jauh pendalaman yang baru mereka sedar akan kewujudan kampung kecil itu. Sebelum mereka berhenti di satu kawasan terpencil itu, mereka telah melalui jalan kecil perkampungan penduduk kaum asli. Rumah-rumah yang berbungbungkan atap rumbia dan dinding buluh. Nyata sangat cantik dan tak jemu mata mereka memerhati keunikkan kaum dari bangsa itu. Teruja dengan keunikkan di sana, dan hal itu juga menarik minat Avienna yang sebelumnya lebih fokus pada tujuan mereka. Kagum dengan keindahan yang tak dirosakkan oleh pembanggunan dan kemajuan bandaraya.

Tidak terfikir juga, bahawa ada penempatan di kawasan terpencil seperti ini di kawasan ini.

Perjalanan mereka masih diteruskan ke kawasan yang semakin jauh ke dalam. Di hujung jalan, mereka sudah tidak boleh memandu masuk membawa kereta ke dalam kerana laluan kecil dan sukar untuk kenderaan besar dipandu masuk ke dalam. Mereka terpaksa mendaki beberapa bukit dan curam kaki bukit.

Tak lama, mereka berjalan kaki mendaki ke dalam hutan. Mereka menemui sebuah rumah usang berwarna putih, terselindung dengan lalang dan semak samun yang menutupi pemandangan rumah. Rumah itu, sepertinya sudah lama ditinggal manusia. Namun, masih tampak tersergam indah dan kukuh.

Mereka berjalan masuk sehingga betul-betul tiba di hadapan rumah. Kawasan lalang yang tinggi meninggalkan kesan calar balar pada tubuh mereka.

"Alamat ni yang kau dapat?"

Danish memerhati sekeliling, dengan anggukkan kepalanya menjawab pada pertanyaan Ainaa. Dia tidak memandang saat ditanya, selain memerhati banggunan putih yang lusuh dan terbiar di kawasan luar. Fokusnya lebih tertumpu pada rumah tinggal, yang mendatangkan aura seram dan menakutkan. Seperti, rumah ini mempunyai misteri yang tersimpan. Adakah rumah ini pernah menjadi tempat pembunuhan, atau mungkin tempat pemujaan??

Masing-masing diselimuti dengan perasaan aneh dan kehairanan. Sambil berpandangan di antara mereka. Adakah Danish dapat alamat yang salah?

"Kau mahu, teruskan?" soal Avienna, pada Ainaa yang memikirkan sesuatu. Segala tindakkan dan keputusan berada di tangan Ainaa. Wajarkah atau tidak untuk mereka mencari Rafael sehingga memperjudikan nasib. Belum tentu selamat. dan belum tentu, mereka akan dapat jawapan. Tetapi, bukankah ianya sudah alang-alang. Mereka sudah sampai ke sini, takkanlah dia mahu berpatah balik.

"Kak.."

Ainaa melihat Danish yang mulai memandang ke arahnya. Mereka sudah datang sejauh ini dengan niat untuk mencari lelaki bernama Rafael. Lelaki yang memberikan tangkal pada dua beradik kembar itu. Dan sehingga sekarang mereka masih mencari kelibat Rafael, namun gagal. Mereka perlu tahu mengapa mereka diberikan tangkal dan sumpahan pemisah yang dikenakan ke atas mereka. "Kak!" Ainaa tersentak.

Sofea mengeleng dalam rungutan kecil tatkala panggilannya itu, tidak didengari oleh saudara kembarnya. Apabila saudara kembarnya itu, berpaling memandangnya dengan roman muka yang tedesak. Dia serba salah. Dia, sejujurnya tidak suka menempah bala, apabila memasuki kawasan yang bila-bila masa sahaja, memberi petanda buruk ke atas mereka.

"Aku rasa, baik kita try masuk." celah Danish. Dia yang membawa mereka berdasarkan maklumat dari kawan-kawannya.

Ainaa masih berfikir lama. "Aku hanya perlu ikut kau." Jawab Avienna apabila kawannya itu, memandang ke arahnya. Seolah-olah meminta sahabatnya itu memberi jawapan untuknya.

"Terlalu bahaya untuk ambil risiko." hujah Sofea. Dia risau, hatinya tak senang. Tak sedap, sebaik dia keluar dari rumah sahabat kakaknya.

Ada benar kata-kata kembarnya. Hatinya tak enak, seperti akan ada sesuatu perkara yang tak baik akan timbul. Namun, mereka sudah semakin hampir pada jawapan penamat. Tinggal langkah akhir sahaja. Tetapi, jika ini hanya melibatkan nyawa dan dirinya seorang. Tidak apa. Tetapi, jika ianya melibatkan adik dan Avienna. Dia perlu pertimbangkan."Okay..kita balik dulu." Putus Ainaa.

"Dah, alang-alang nak sampai!" marah Danish, apabila Ainaa membatalkan rancangan mereka di saat-saat akhir.

Tersentak mereka, dengan pandangan hairan. Sofea berang. "Semua tak mahu pergi!"

"Itu kau seorang. Aku okay sahaja." balas Danish, apabila dia melihat ke arah Sofea yang enggan untuk masuk ke dalam seperti yang mereka rancang awal.

Ainaa mengangkat tangannya, menghalang mereka berdua yang mula bertelingkah."Aku tak mahu memaksa. Tapi, lebih baik tak masuk sebab cuaca makin gelap..." suara Ainaa, untuk mengelakkan perbalahan yang berlaku antara Danish dengan adik kembarnya. Sedikit sebanyak, perasaannya pada Danish makin sangsi.

"Takut, kalau masuk nanti tak keluar-keluar."

Terjengil mata Ainaa apabila perkataan yang diperkatakan telah diucap oleh Danish dengan lagak sindiran. Namun, dia segera membiarkan dan lantas memujuk adiknya yang hangin dengan sindiran Danish. Mereka berempat, tak sehaluan kali ini.

"Ya..aku takut!" Marah Sofea, menghentakkan kakinya ke tanah tanda tak puas hati. Merengus dia, menghamburkan rasa amarahnya pada Danish. Lelaki itu, makin menjadi-jadi apabila sudah tahu latar belakang kisah mereka. Apa!! sudah jadi hero tiba-tiba?!! Bengang, apabila Danish sengaja menguji dirinya yang sememangnya gerun dan takut. Alam ngaib, bukan satu permainan!

"Sudah! kita semua, balik!"

Ainaa menaikkan oktaf suaranya. Dia tidak suka, perbalahan yang tak memberi manfaat ketika ini. Fikirannya masih serabut, selagi dia tidak menemui Rafael.

"Aku tak mahu!"

Ainaa menjeling Danish, dengan pandangan tajam. Lelaki ini, seakan tidak tahu batas-batas kesabarannya. Dia, mampu sahaja mencederakan lelaki ini, sekiranya lelaki ini sengaja mencari nahas dengannya."Aku tak minta.." Suara Ainaa makin dalam, dan tegas. Dia merenung Danish yang kelihatan sudah tekad dengan keputusannya untuk tidak balik semula ke tempat merek berkumpul.

"Dan..better you follow her's wish." ujar Avienna, melanjutkan langkahnya mendapatkan Ainaa. Sofea yang tidak betah berada di situ, mulai mengatur pergi.

Ainaa yang masih mampu mengawal barannya, sudah mengengam buku lima. Dia mampu sahaja mencederakan lelaki itu, walaupun jarak mereka agak jauh. Kakinya panjang, dan seni pertahankan dirinya juga tangkas.

"I don't care. Aku boleh buat keputusan sendiri. Ini nyawa aku, bukan nyawa kau!" Ego Danish, terasa membakar. Selama ini, dia hanya menurut seperti pak turut. Dia sudah dewasa untuk membuat keputusan yang dia mahukan.

Bukk!! Satu layangan tumbukkan, mengena rahang Danish dan menyembabkan lelaki itu tersungkur. "Kau jangan cabar aku!"

Ainaa merengus marah. Avienna terus memengang rakannya itu, apabila dia melihat Ainaa sudah menumbuk muka Danish. Lalang yang agak tinggi, menyukarkan langkahnya, sehingga dia tidak sempat menahan Ainaa dari melepaskan tumbukkan pada lelaki itu.

Danish terduduk, dengan keperitan di wajahnya. Mujur, tiada gigi yang patah. Tumbukkan Ainaa, agak menyakitkan walaupun kelihatan kecil.

"Kak, abaikan dia. Kita balik." sampuk Sofea, yang sudah berada agak jauh dari mereka. Dia tidak mahu berlama-lama di kawasan itu. Hatinya, berdesis tidak senang.

Pasti saudara kembarnya merasai perasaan yang sama. Sofea sendiri merasa yakin.

"Baik. Kau bukan siapa-siapa, nyawa kau-kau punya. Nyawa aku-aku punya." ujar Ainaa, mengangkat tangan menandakan dia sudah berputus asa dengan sikap Danish yang berkeras untuk tunggu di situ walaupun cuaca semakin beranjak ke lewat petang.

Danish bangun. "Ya. Nyawa aku, bukan nyawa kau!"

Ainaa mengigit bibir bawahnya, menahan amarah. Jika, Avienna tidak menghalangnya. Sudah teruk dia kerjakan lelaki muda itu.

"So..mampuslah!!"

Ainaa tekad untuk pergi setelah dia mengucapkan kata akhir pada Danish. Dia beredar, berjalan keluar dengan iringan Avienna. Danish pula, menambah langkahnya meneruskan agendanya. Jika Danish yang mahu bergitu. Siapa dia, mahu menghalang.

...

DI SURAU ISKANDARIAH- Masing-masing, sudah terduduk kepenatan. Selepas sahaja solat asar berjemaah. Mereka sudah memulakan bacaan yasin dan pengubatan Islam yang di atur sendiri oleh Ustaz Yusof.

Namun, setiap sesi pengubatan tak menemui jalan penyelesaian apabila Najihah masih tidur tak sedarkan diri. Pelbagai cara sudah digunakan dan beberapa ayat rukhsah dibaca untuk membangunkan Najihah dari tidur yang panjang. Tetapi, usaha mereka tidak mendatangkan hasil. Najihah tetap koma tak sedarkan diri.

Sepertinya ada satu tali ikatan yang masih belum terputus. Sehingga mengikat wanita itu dalam tidur yang berpanjangan.

"Ustaz, mahu teruskan semula?"

Zafran menanti jawapan ustaznya. Risau juga, ustaznya itu memaksa diri. Semua mata, mengalih pada Ustaz Yusof yang juga kelelahan. Dia mengambil nafas, dan berfikir seketika. Pelbagai cara dia sudah cuba, namun tidak semudah waktu di sekolah pondok.

"Adakah, kita perlu pergi semula ke sekolah pondok?" celah Nabila.

Masing-masing terdiam. Memikirkan perkara yang dibangkitkan Nabila sebelum mengalih pandangan ke arah ustaz mereka. Keputusan, akan diputuskan oleh Ustaz Yusof.

"Saya rasa. Kita perlu kembali semula ke tempat asal mereka. Di gunung pondok. Kalau macam itu, lepas magrib. Kita akan bertolak balik ke Perak." Putus Ustaz Yusof, menimbang semula kata-kata bekas anak muridnya.

Mereka bersetuju dan bersepakat untuk membawa Najihah balik ke tempat pengajian mereka. Dan keputusan itu juga dipersetujui oleh ahli keluarga Meor.

Mereka perlu balik ke Perak.

...

ZAHRA membuka telefon pintar miliknya. Khabar tentang menantunya, selalu sampai lewat pesanan ringkas. Namun, gerak hatinya ralat apabila urusannya di sini mengambil beberapa tempoh waktu. Walaupun, doktor memberitahu menantunya itu sudah sembuh dan boleh bergerak seperti orang biasa umumnya. Tetapi, menantunya masih perlu bergantung dengan ubat-ubatan.

Nama Ammar Waziff, yang ditulis dengan nama 'Anakku Amar' di dail.

"Assalamualaikum, anak ibu."

"Hello?! Wasalam, ibu. Kenapa?" Suara Ammar Waziff, bergema di corong panggilan dengan menyambut salam dari panggilan ibunya. Lembut sahutnya. Dia yang tinggal bersendiri, sesekali menanyakan perihal ibunya melalui pesanan ringkas.

Zahra senyum. "Ibu bukan apa, risau. Ammar dah makan ubat?"

Ammar Waziff mengulum senyum. Cerita ibunya tentang keluarga mereka adalah rahsia besar yang di pendam lama oleh ibu mentuanya. Sejarah lama, bukan untuk menghukum sesiapa. Namun, salah satu takdir kehidupan.

Dia pada mulanya, kurang percaya dengan mistik atau sihir. Mula percaya setelah dia sendiri yang mengalaminya. Selain bertemu dengan doktor untuk rawatan minggu. Ibu mentuanya itu turut membawanya bertemu dengan beberapa ustaz dari Darul Syifa'.

"Ibu, Ammar baik-baik disini. Bila ibu nak balik?" soalnya, manja bagai anak kecil yang merindui ibunya. Zahra ketawa kecil. Menantunya itu, anaknya juga. "Insya-Allah. Bila semua urusan di sini selesai."

"Araa.." Zafran memanggilnya dari jauh. Zahra mengangguk dengan kepalanya. "Baiklah. Nanti ibu call lagi. Jangan lupa, makan ubat dan jaga diri sana. Selalu-selalu hantar pesan" tutur Zahra sebelum panggilan diputuskan. Ammar Waziff, hanya satu-satu anaknya yang tinggal kini. Untuk kehilangan lagi. Dia tidak mahu.

Bersambung...


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C76
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン