アプリをダウンロード
63.33% Lollipop!(Malay) / Chapter 19: Bab 18

章 19: Bab 18

"Buekkk!!!" Dua bulan berlalu selepas 'kejadian' itu; aku mulai merasai perubahan dalam diriku; bagai ada sesuatu yang tak kena denganku. Kini sudah hampir tiga hari aku rasa tak sedap badan dan mual; segala yang pernah aku sukai kini bagai asing untukku. Malah, masakan kegemaranku juga aku tak dapat nak jamah; hanya sekadar menghidu aromanya, sudah cukup membuatkan aku ingin memuntahkan segala isi perut yang ada.

"Cik patut beritahu Tuan; boleh Tuan bawakan doktor untuk periksa cik. Mungkin cik keracunan."

"Saya okay, Mak Piah janganlah risau."

"Eliza okay?" Suara atuk mengejutkan aku yang baru saja melangkah keluar dari bilik air; Mak Piah berlalu keluar dari bilik untuk menyediakan bubur untuk

"Okay… atuk janganlah risau. Mungkin saya tersalah makan."

"Tapi, macam dah lama sangat Eliza muntah-muntah ni…"

"Atuk jangan risau… nanti Eliza janji akan pergi jumpa doktor, ya?"

"Betul ni? Kalau tak pun, biar atuk panggilkan Doktor Sofia datang sini saja untuk periksa Eliza."

"Tak apa; atuk… saya okay. Lepas rehat nanti, baiklah ni." Aku bertegas untuk tidak keluar dari bilikku kerana aku sudah berasa makin lemah akibat terlalu kerap muntah tadi.

"Baiklah, kalau kamu dah cakap macam tu. But do tell me if you need anything, okay? You know I'll do anything for you, right?" Datuk mengucup dahiku selari keluar meninggalkan aku sendirian di situ.

Dengan tak semena-mena air mataku jatuh tanpa aku sedari; aku dapat agak apa yang sedang berlaku padaku ketika itu. Aku menggapai telefon bimbitku selari duduk di atas katil; cuba menghubungi Jonathan.

"Joe, aku nak minta tolong pada kau ni."

"Nah… tapi, kenapa kakak nak suruh saya beli benda ni? Kak tak pernah…" Aku tunduk tanpa kata; ku tahu walaupun usianya muda, Joe mampu memahami maksud kebisuan ku itu.

"Kak pernah?"

"Ingat tak masa insiden rancangan Fiona tu?" Aku memberinya sebaris senyuman kelat tatkala hatiku mulai terasa dirobek oleh insiden lalu itu.

"Kak… saya minta maaf…kalau bukan sebab…"

"Joe… yang dah lepas tu lepaslah… kakak pun nak mulakan hidup baru lepas ni; tak kira kalau keputusannya positif mahupun negatif."

"Maksud kakak? Dengan abang Thomas?"

"…" Dari menjawab, aku hanya mengangguk.

"Tapi, bolehkah dia terima kalau keputusan tu positif?"

"Takkanlah dia sanggup menolak darah dagingnya sendiri…" Joe ternyata terkejut dengan kenyataanku tadi.

"Maksudnya…" sekali lagi Eliza mengangguk sebelum tunduk merenung kotak kit ujian kehamilan ditangannya dengan penuh rasa gemuruh.

"Kau rasa… mungkinkah aku…"

"Joe pun tak tahu, kak… tapi baik kakak uji dulu; untuk kepastian." Eliza mengangguk setuju selari menuju ke bilik mandi; Jonathan keluar dari bilik tidur Eliza menuju ke biliknya pula. Pelbagai perkara mulai bermain didalam fikirannya ketika itu; dia mulai memikirkan akibat dan kesan kalau perkara sampai ke pengetahuan kakaknya dan apa yang mungkin dia lakukan untuk mencapai apa yang diingininya.

'Jadi… ; kak Eliza terserempak dengan abang Thomas malam tu. No wonder they look really fond of each other. Tapi… Parah kalau sampai kakak Fiona tahu ni… budak tu pun mungkin takkan selamat. Aku mesti buat sesuatu.'

"Joe!" Saat aku keluar dari bilik air; Jonathan telahpun hilang dari pandangan.

'Mana pula dia ni? Aku baru nak beritahu dia berita gembira ni… tapi…' mengingatkan kembali apa yang bakal terjadi kalau perkara ini terbongkar, aku terdiam sebelum duduk di atas katil.

"Apa agaknya reaksi atuk nanti?" Aku melepaskan keluhan yang terasa amat berat sebelum melayangkan pandanganku kepada kit ujian kehamilan yang terang menyatakan dua garisan merah disitu; positif.

'Ya, aku hamil.'

"Apa pula reaksi dia kalau dia tahu?" Perasaan bercampur baur antara gembira kerana bakal bergelar ibu; dan risau akan reaksi orang ramai nanti.

"Tahu apa tu?"

"Hah?!" Mak Piah masuk ke dalam bilik selari membawa semangkuk bubur nasi buatku; lantas aku menyembunyikan kit kehamilan tadi dibawah bantal secepat yang mungkin.

"Maaflah… tadi Mak Piah ingatkan cik tengah tidur; tu yang tak ketuk pintu."

"Ah, tak apa…"

"Ni Mak Piah ada bawakan bubur nasi untuk cik Eliza; cik Eliza tak makan dari pagi tadi, kan? Jamahlah sikit…" pelawanya selari menghulurkan mangkuk itu padaku; aku menyambutnya dari tangan Mak Piah sebelum menyuapkan sesudu bubur ke dalam mulutku.

"Mmm…. Sedap bubur Mak Piah; macam biasa."

"Nasib baik Eliza boleh terima; risau juga kalau bubur tu tak kena dengan selera cik tadi."

"Terima kasih, Mak Piah… saya janji akan habiskan semuanya."

"Baiklah kalau macam tu, Mak Piah ke dapur dulu, ya? Sekejap lagi Tuan nak balik makan tengahari." Aku mengangguk selari melihat Mak Piah menutup pintu dibelakangnya. Aku melepaskan keluhan kecil selari meletakkan mangkuk bubur tadi di atas meja katil. Ku mencapai kembali kit tadi sambil sebelah tanganku memegang perut.

'Macam tak percaya saja. Dia sedang membesar dalam perut aku. My own mini me!' Aku tersengih sendirian tatkala merenung kit kehamilan ditanganku.

Petang itu, sengaja aku turun untuk minum petang apabila aku mulai rasa bosan berkurung di bilik sedirian.

"Ni kenapa cik turun ni? Bukan Cik ta sihat lagikah? Kalau Tuan tahu, mesti Mak Piah yang kena marah ni." Mak Piah memerhatikanku sambil mencekak pinggang. Aku mengabil tempat di kerusi dapur sambil tersengih.

"Alah.. tak apalah… Eliz bosan duduk lama-lama dalam bilik tu; Jonathan pun dah keluar tinggalkan Eliz seorang diri. Mak Piah tak kasihan pada Elizakah?" Aku memuncungkan bibirku sambil menjeling ke arah wanita yang telah ku anggap bagai ibuku sendiri itu.

"Yalah… tapi, jangan buat kerja berat atau aktif sangat; tahu? Kamu tu bukannya sihat lagi tu!"

"Yes, boss!" Aku mengangkat tabik sambil tersengih padanya; mak Piah membalas senyumanku sambil menggelengkan kepalanya.

"…tapi, Datuk mana? Tak nampak dari tadi..?" Aku memanjangkan leherku ke arah ruang tamu selari mencari kelibat datuk.

"Di bilik bacaan, mungkin. Tadi, Mak Piah dengar Datuk nak berbincang dengan Cik Fiona tadi."

"Fiona? Dia ada disini?" dengan tak semena-mena aku berasa tak selesa apabila mendapat tahu keberadaan Fiona di rumah itu; bukan aku tak sukakan Fiona. Tapi, kehadirannya membuatkan aku teringat akan apa yang telah berlaku tak lama dulu;

'Tapi…' Lantas aku menundukkan pandangan ke arah perutku sambil mengusapnya.

'Kalau bukan sebab 'Niat buruk' Fiona, aku takkan berada dalam keadaan ni sekarang; dan mungkin takkan dapat jumpa dengan Adam pun.'

'Benarkan saya bertanggungjawab pada diri awak.' Sekali lagi hatiku terusik dengan kata yang dilafazkan Adam tempoh hari.

Senyuman kecil terbit dari bibirku lantas aku melayangkan padanganku ke arah ruang tamu semula apabila satu lembaga tinggi tiba-tiba melewati kawasan ruang tamu. Meremang bulu romaku dengan keadaan itu.

'Seriously… siapa tu? Mak Piah? Datuk? Joe? Tak mungkin… baru tadi Mak Piah cakap dia nak kebelakang sekejap; Datuk ada meeting dengan Fiona dibilik bacaan, Joe pula keluar dari tadi. Kalau dia pun, Joe takkan berlegar di ruang tamu ni.' dengan pantas, Eliza mencapai payung yang Mak Piah letakkan di bahagian belakang pintu dapur dan memegangnya erat.

'Takkanlah ada orang pecah masuk?' Bermacam-macam perkara berlegar didalam fikirannya ketika itu tatkala dia merapati ruang tamu dengan berhati-hati; dijengahnya kiri dan kanan, tapi masih tak kelihatan akan kelibat tadi.

"Aku salah tengokkah?"

"AAAHH!!!!" Gadis itu menjerit sekuat hati sambil memukul kelibat yang tiba-tiba memeluknya dari belakang.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C19
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン