アプリをダウンロード
53.33% Lollipop!(Malay) / Chapter 16: Bab 15

章 16: Bab 15

"I knew that… Dan sebab tu jugalah saya kena buat research lebih... I have my own ways on doing things…"

"Buat apa awak susah-susah nak tahu pasal saya? Lagipun, kenapa awak panggil saya Rozelle? Semua orang panggil saya Eliza; Atuk pun panggil saya dengan nama tu."

"… Like how you prefer Adam, I prefer Rozelle."

"Okay…" Jawapannya ringkas tapi kedengaran masuk akal bagiku.

"Cik Eliza, Encik Thomas; hidangan tengahari dah siap. Jemputlah ke meja makan." Mak Piah datang dari arah dapur memanggil kami untuk makan tengahari; membantutkan niatku untuk terus menyoalnya.

"Well, I guess it's lunch time." Adam bergerak dari tempatnya meluru menuju ke ruangan makan; meninggalkan aku dibelakang.

"I'm not finish with you yet!" Sengaja aku melantangkan suaraku selari mengekorinya dari belakang.

"Lepas makan nanti, cik berdua boleh sambung berborak lagi; Tuan pun nak jumpa dengan Encik Thomas petang nanti."

"Petang? Datuk tak balik lagikah?"

"Belum… Tuan kata ada hal diluar dan akan pulang selepas waktu makan tengahari."

"Datuk selalu macam tu… Mesti dia nak skip makan tengahari lagi ni." Aku memuncungkan bibirku; tanda tak puas hati.

Datuk memang selalu pentingkan hal perniagaan lebih dari kesihatannya sendiri; itulah yang selalu membuatkan aku risau selama ini memandangkan hanya datuk yang aku ada sekarang selepas kehilangan kedua-dua orang tuaku sejak 15 tahun dulu.

"Mak Piah, boleh tolong bungkuskan makanan tengahari ni?" permintaan Adam secara tiba-tiba itu membuatkan aku dan Mak Piah terpinga-pinga.

"Hah? Apa yang awak nak buat ni?"

"Kalau awak risaukan sangat pasal pappy tak makan, mari kita makan tengahari bersama dengannya."

"Tapi, bolehkah?" Aku agak kaget kerana Datuk agak tegas apabila berada dia berada di pejabat berbanding di rumah.

"Awak jangan risau, saya ada… pappy takkan marah." Tangan besarnya menindih tanganku di bawah meja; bagai ingin menenangkanku. Aku menarik tanganku apabila menyedari perbuatannya lantas mengalihkan pandanganku ke dapur; enggan bertentangan mata dengannya.

"Mak Piah?" Adam sekali lagi memanggil Mak Piah untuk membantunya membuat bekal untuk dibawa ke pejabat atuk.

"Ah, ya; cik… sekejap…" Orang tua itu bergerak; patuh dengan arahan Adam.

Kereta merah Adam berhenti di hadapan pejabat datuk; hatiku kian berdebar. Sebelum ni memang aku pernah ke sini; tapi hanya untuk 'lawatan sambil belajar' itu pun dengan mendiang papa. Aku masih ingat lagi betapa bengisnya datuk dengan pekerjanya, papa juga tak terlepas dengan ketegasannya dalam urusan pekerjaan ketika itu.

"Awak pergi ke pejabat pappy dulu; saya nak parkir kereta. Nanti saya akan menyusul."

"Eh? T…Tak apalah… kita pergi sama-sama?" Hatiku terasa berat untuk ke pejabat datuk sendirian.

"Okay… tapi, awak tunggu saya di lobi dulu." Kedengaran seperti dia melepaskan keluhan kecil sebelum menjawab dengan senyuman.

"Mesti dia ingat aku ni macam budak-budak…" aku melihat kereta merah Adam memasuki kearah ruangan parkir pejabat dengan perasaan yang aku sendiri tak faham.

Ternyata benar kata Adam apabila datuk menyambut kami dengan gembira di pejabatnya; tiada sebarang tanda kemarahan pun diwajahnya pada waktu itu. Aku lega kerana aku setuju dengan cadangan Adam tadi.

Datuk meminta Adam untuk menghantarku pulang memandangkan dia masih mempunyai urusan lain; sempat juga mereka selesaikan urusan kerja bersama semasa makan tadi.

"Terima kasih; pasal tadi…" Ayatku tergantung, aku teragak-agak ingin berbicara.

"Tak jadi masalah… Jadi?" Aku mengalihkan pandanganku padanya; tanda tanya mulai muncul dalam fikiranku.

"Jadi?"

"Do you forgive me?" sekali lagi aku mengalihkan pandanganku; kini keluar tingkap.

"You do know what you've done to me is something serious, don't you? "

"Ya; saya sedar…" Nadanya kedengaran serius dan penuh penyesalan.

"Then, how do you expect me to forgive you?"

"Benarkan saya bertanggungjawab pada diri awak…" tanganku digenggamnya dengan tiba-tiba; membuatkan aku memandangnya secara refleks.

"Adam… Ia tak semudah itu…" Aku cuba melepaskan genggamannya tapi gagal apabila dia enggan melepaskanku.

"Jadi, bagi saya peluang… at least…" Dia memberiku pandangan merayu selari mengucup jariku lembut; terasa hangat wajahku dengan kelakuannya. Aku terus menyentap tanganku darinya sebelum mengalihkan pandangan keluar tingkap.

"I'll think about it."

"That's good enough." Ayatnya kedengaran perlahan tapi penuh perasaan; membuatkan jantungku berdegup kian laju.

'Kenapa dengan kau ni, Eliz!?!? You barely known him! He even got an 'accident' with you! You can't fall for him THAT easily! Wake up!' Aku memejamkan mataku selari cuba menenangkan jantungku yang masih berdegup laju; bagai baru lepas berlari marathon 10 kilometer.

'Tapi…' dengan tak sedar, aku kini sedang merenung wajahnya yang kelihatan agak tampan dari sebelum ini.

'Kenapa selama ni aku tak pernah perasan rupa dia? Dia pun boleh tahan gentleman kalau nak dibandingkan dengan kawan lelaki aku yang lain. Keluarga dia pun ada sejarah dengan keluarga aku; jadi memang tak ada masalah dengan keturunan dia. Mungkin aku patut bagi dia peluang?'

"Cik Rozelle?"

"Hmm?"

"It's hard for me to focus on my driving if you keep staring at me like that." Kata-katanya membuatkan wajahku mulai terasa hangat; selari aku mengalihkan pandangan ke tingkap sisiku kembali.

"Pandai-pandai saja! Bila masa pula saya pandang awak? Saya tengah tengok tingkap sebelah sisi awak tu lah!" Aku berusaha untuk menidakkan fakta itu selari menyembunyikan wajahku darinya.

'Alamak, nampak sangatkah? Buat malu sajalah kau ni, Eliza!' Aku memarahi diriku lagi; cuba menahan diri dari merasa lebih kekok.

"Oh… kiranya saya 'ter' perasanlah ni? My bad…." Ayatnya menarik perhatianku; aku tercuit tanpa sedar.

"Yalah… mungkin awak memang jenis yang cepat perasan kot?" perlahan-lahan aku mulai rasa selesa bercakap dengannya.

"You can't deny that I Am kind of a charmer, right?"

"Wah, Perasan! Meluat pula rasanya…" aku menjeling ke arah Adam dengan terlihat senyuman sinisnya. Dalam diam, aku berterima kasih pada Adam kerana telah membuat saat itu tak kekok bagiku lagi.

Sedang sibuk kami berbual, kereta merah Adam telah pun tiba diperkarangan rumah Atuk; Adam memberhentikan kenderaannya betul-betul dihadapan pintu rumah sebelum memberiku isyarat untuk keluar.

"Awak tak nak singgah?" tiba-tiba aku terasa berat hati untuk meninggalkannya.

"Kenapa? Takut dah mula rindukan saya?"

"Dah lah, malas nak layan; saya masuk dulu… bye!" Aku yang keluar dari perut kereta dengan tergesa-gesa, terhenti apabila tanganku dipegangnya.

"Hah? Adam?" ku lihat dia sedang merenungku tanpa sebarang reaksi; membuatkan jantungku mula berdegup laju.

"Sa… saya akan tunggu jawapan awak, cik Rozelle." Pertama kali aku melihat dia kelihatan tersipu-sipu dalam tempoh perkenalan singkat kami; membuatkan aku terpaku seketika. Perlahan-lahan tanganku dilepaskan apabila aku hanya mengangguk sebagai respon bagi soalannya tadi.

"Hati-hati…" sempat lagi aku menyelitkan pesan sebelum melambai padanya; kereta merahnya berlalu pergi tak lama kemudian.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C16
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン